Jump to ratings and reviews
Rate this book

Anekdot ZRA

Anekdot Kembara

Rate this book
Pelabuhan bangga menceritakan kapal-kapal yang menyinggahinya,tapi kapal tidak berbangga dengan pelabuhan yang disinggahinya, kerana kapal akan menceritakan tentang lautan yang telah direntasnya.
- Zainal Rashid Ahmad (ZRA)

282 pages, Paperback

First published April 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Zainal Rashid Ahmad

44 books107 followers
Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mencipta nama pada tahun 1990-an dengan cerpen-cerpen bernuansa eksperimental yang menjurus kepada menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama. Zainal memenangi deretan anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan. Sehingga kini Zainal telah menghasilkan dua buah kumpulan cerpen iaitu Alkisah (2012) dan Yang Tercinta (2012). Zainal mempunyai pengalaman luas sebagai wartawan; pernah bertugas di Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3. Zainal turut menerima Anugerah Seri Angkasa 2004, Anugerah Media Pertahanan 2009, Anugerah Dokumentari Terbaik 2010 dan pelbagai anugerah PPFM sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Terbaik. Kini Zainal merupakan Pengurus Besar, Jabatan Penerbitan sosial, Politik & Ekonomi TV Al-Hijrah. (2014)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
51 (52%)
4 stars
33 (34%)
3 stars
11 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (2%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
1 review
June 23, 2024
Tulisan ini adalah dedikasi buat naskhah berjudul ‘Anekdot Kembara’ dari Tuan Zainal Rashid Ahmad (ZRA) - wartawan Malaysia pertama yang berjaya menyelinap masuk ke bumi Palestin pada 2005.

Anekdot Kembara, 280 muka, terbitan Tentang Kita, yang tiga perempatnya selesai saya baca, saat berulang alik Nilai - KL - Nilai. Naskhah ini membenarkan apa yang saya rasa terhadap penulisnya. Anekdotnya bersahaja tetapi maknanya tetap sampai pada jiwa si pembaca.

Bergelumang sebagai seorang wartawan selama 26 tahun, beliau telah dihantar bertugas ke 25 buah negara, yang kebanyakannya adalah untuk menghasilkan laporan mengenai krisis kemanusiaan.

Menerusi naskhah ini, sepertinya saya merasai, mentari tegak di atas kepala tatkala menelusuri lorong lorong kecil di Kebri Dehar. Seakan saya mengerti, hibanya melihat anak anak kecil kebuluran di Kebribeya - di mana kematian lebih diraikan berbanding kelahiran, kerana peritnya mencari secebis makanan.

ZRA turut mengulang duka saya ketika menyentuh tentang bandar Homs di Syria, yang tidak terkira berapa banyak air mata saya menetes kerananya tatkala menekuni karya Zulfa Katouh, melalui karakter Salama dan Kenan. Getir hidup mereka dalam peperangan - merentas lautan hanya untuk bergelar pelarian.

Sekali lagi, ZRA membuat saya - baca dan berhenti - saya perlukan sedikit jeda, untuk menghadam pengalaman Norzie Pak Wan Che - hos Majalah Tiga, ketika berada di kem pelarian Palestin - Shatila di Beirut, Lubnan.

Pengeboman oleh Israel berlaku pada 1982, dan mereka melawat lokasi itu 23 tahun kemudiannya. Tetapi, bekas sepatu bayi, barang permainan kanak kanak masih tersisa - seakan akan mereka tidak pernah pergi.

Jika Zul Fikri Zamir berjaya membawa saya terbang ke Bosnia Herzegovina untuk merasai keperitan Perang Bosnia 1992, Zainal Rashid Ahmad pula berjaya membawa saya terbang ke Kosovo, mengagumi sosok Adam Jamshari, yang seluruh keluarga - termasuk cucunya berusia 6 bulan dibakar hidup hidup oleh tentera Serbia - harga yang perlu dibayar agar Kosovo mekar dan merdeka.

Pembunuhan beramai ramai di Palestin menyebabkan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya, mempunyai tanggapan negatif terhadap dunia Arab. Ramai berpandangan mereka hipokrit, talam dua muka serta enggan membantu saudara seagama. Tuan Zainal Rashid Ahmad tidak berkongsi sentimen yang sama.

Di akhir perenggan, beliau meninggalkan persoalan, “Kalau kita disuruh memakai kasut yang dipaksakan pada bangsa Arab; apakah kita sanggup menyarungnya?”

Anekdot Kembara ini bagi saya istimewa kerana ia masih ada sentuhan peribadi, yang membuatkan kita merasa dekat dengan penulis, walau berulang kali Tuan ZRA menekankan bahawa ada perkara - terutama yang melibatkan hati - beliau enggan berkongsi. Kerana alasan mudahnya, “lelaki sejati tidak membukukan seluruh dirinya”.

Yang terakhir, Anekdot Kembara ini mengingatkan saya tentang al-Baqarah ayat 155.
Betapa kita memerlukan anak anak pelarian Palestin di Kem Shatila, gadis kecil berlumuran darah merebut jagung di Ethiopia, untuk memahami firman Tuhan,

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”

Selamat membaca dengan jiwa. Selamat menikmati dengan hati.
Profile Image for akusipeminatbuku.
268 reviews33 followers
July 18, 2024
Buku ini, menceritakan perkara-perkara yang berlaku dari sudut yang berbeza. Kita mungkin mengetahui cerita yang berlaku di negara-negara bergolak melalui kaca televisyen atau laporan berita-berita.

Bagi seorang wartawan, penulis melalui dan melihat kesengsaraan, kelaparan, kemusnahan dengan mata sendiri.

Kisah kembara penulis ketika menjadi wartawan dikongsikan dalam buku ini. Walaupun kisahnya ringkas tapi tulisannya sampai ke hati.

Apakah kita tahu erti kebuluran?

Seorang kanak-kanak, sanggup dipukul demi melindungi setongkol jagung. Orang tua berebut kurma yang sudah jatuh di atas tanah.

Sesungguhnya, amat bersyukur dengan kemurahan rezeki dan makanan di negara kita.

Apakah kita tahu erti kesengsaraan?

Perjalanan dan tekad penulis kembara ke kawasan-kawasan konflik untuk melihat sendiri kem-kem pelarian, keadaan mereka serta menyampaikan bantuan. Bertemu dengan mereka, kanak-kanak adalah yang paling ramai. Melihat ke mata mereka, setiapnya ada cerita sengsara mereka.
Profile Image for sooha.
111 reviews1 follower
April 28, 2026
suka sangat perkongsian yang bersahaja tapi sarat dengan fakta dan pengalaman mahal daripada wartawan yang berani, Tuan ZRA.

Pengalaman yang dikongsikan dalam buku ni ternyata dapat membuka mata pembaca untuk sentiasa mendengar kisah daripada kesemua pihak, dan bukan membuat kesimpulan hanya berdasarkan satu sumber, sepertimana tuduhan masyarakat keatas negara Arab yg dianggap tidak membantu negara Islam yang sedang berkrisis. Apa sahaja yang kita tahu? melainkan berita-berita yang dikawal agenda Barat bagi memastikan umat sentiasa menyalahkan satu sama lain. Kerana apa yang paling mereka gentar adalah apabila umat yang bersatu.

Juga kisah suka duka beliau merantau demi memberikan perkongsian secebis rasa kehidupan manusia, ibu-ibu dan kanak-kanak di negara-negara yang masih belum mengenal erti kemerdekaan cukup menyentuh hati ini untuk sentiasa mengucap rasa syukur dan mendoakan kebaikan kepada setiap hamba Allah yang diuji di atas muka bumi ini
Profile Image for Nas.
17 reviews1 follower
March 8, 2025
ZRA’s books never fail to leave an impact, and this one is no exception. Packed with meaningful quotes and insights, it offers a fresh perspective on life, personal growth, and self-reflection.

I first discovered ZRA through his podcast videos, and his way of speaking has always been captivating. He shares wisdom drawn from his own experiences, making his words feel genuine and relatable.

At first glance, this book appears simple, but beneath its pages lie powerful reflections that encourage deep introspection. Every chapter offers something valuable, and I found myself learning a lot from it.

If you’re looking for a book that inspires and resonates on a personal level, this is definitely one to add to your reading list. Highly recommended!
Profile Image for Zikerry.
14 reviews
June 10, 2026
This book is a light read which is easy to follow. It encourages further reading on histories, wars and Islam. The author highlights the importance of being humane, especially through the idea of ḥabl min al-nās (حَبْلٌ مِنَ النَّاسِ), which emphasizes our connections with others. The book evokes feelings of sadness and anger, particularly about the ongoing situation in Palestine, which remains unfree. As ZRA notes, while we will all eventually return to our own home, the ultimate hope is the eternal everlasting home.

But, on the side note, maybe dont include the part of falling in love with women in this. Low key ruin the good book but it’s author’s personal experiences. Not icing on the cake and def no cherry on the top kind of feels.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Zi.
34 reviews
December 6, 2025
This book is a light read which is easy to follow. It encourages further reading on histories, wars and Islam. The author highlights the importance of being humane, especially through the idea of ḥabl min al-nās (حَبْلٌ مِنَ النَّاسِ), which emphasizes our connections with others. The book evokes feelings of sadness and anger, particularly about the ongoing situation in Palestine, which remains unfree. As ZRA notes, while we will all eventually return to our own home, the ultimate hope is the eternal everlasting home.

But, on the side note, maybe dont include the part of falling in love with women in this. Low key ruin the good book but it’s author’s personal experiences. Not icing on the cake and def no cherry on the top kind of feels.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for izz4hx .
63 reviews
August 6, 2026
Pendapat peribadi, saya lagi suka Anekdot Kembara daripada Anekdot Jalanan. Mungkin tema krisis peperangan, pelarian, isu kebuluran dan kembara yang menumbuhkan cinta terhadap karya ini. Banyak benda baharu yang saya belajar macam siapa Yasser Arafat, Osman bin Laden, Ethiopia, usaha berterusan negara Arab yang selalu kita pandang remeh. Kita marah kerana bangsa Arab tidak bertindak mengikut selera kita. Al-Jazeera milik Qatar rupanya dan dipaksa menanggung rugi melalui penstriman percuma di Youtube semata untuk membuka mata dunia.

Ada memori yang tidak pernah diungkapkan kerana tidak semua perasaan adalah idea untuk dikongsikan.
3 reviews
October 19, 2025
Mengisahkan perjalanan Kewartawan beliau kebeberapa buah negara yang bergolak dengan disebabkan peperangan. Masalah pelarian kemiskinan dan kebuluran. Sedikit sebanyak menceritakan fungsi negara Arab dalam membantu Palestin. Buku yang seronok untuk dibaca ada momen2 indah ketika beliau bekerjasama dengan hos2 tv terkenal Dari Malaysia. Juga momen2 sedih pilu ketika beliau di negara yang mengalami kebuluran dan kemiskinan.
Profile Image for Azzan Aznan.
37 reviews
September 10, 2025
Satu karya yang membawa pembaca untuk mengembara ke Palestine, Lubnan, Jordan, Afghanistan, Kosovo, Ethiopia dan lain-lain negara. Pengembaraan yang mengisahkan sudut tragis manusia dan kemanusiaan. Umat yang melarat, miskin, kelaparan dek peperangan.

Terima kasih ZRA atas perkongsian pengalaman ini.
Profile Image for ilham.mukhtar.
87 reviews6 followers
October 29, 2025
The good; great encyclopaedic knowledge of recent history, one which I has forgotten. Hearing back tales of Kosovo, Taliban and Bamiyan is inspiring me for a visit/further delve into the topics.

The bad; Jumpy narration, ‘love’ stories felt awkward, messed timeline.

On the balance, still a great read.
Profile Image for Kutubkhanah Ilahusna.
111 reviews17 followers
Read
August 3, 2026
Melengkapkan bacaan siri Anekdot (Kecuali Anekdot Buku belum baca). 

Rasa tidak puas sebab kisahnya pendek-pendek. Namanya anekdot... Perjalanan kembara ZRA yang kebanyakannya sudah dibaca dalam Facebook. Ini versi buku. 
Profile Image for Roslan  Abd Latib.
47 reviews1 follower
October 4, 2024
Pengalaman penulis yang sangat hebat jarang orang dapat merasai pengalaman seperti ini .Tahniah ZRA
Profile Image for Haikal Hakim.
12 reviews
March 20, 2025
Cebisan daripada ribuan kisah hidup yang "dihidupkan" dengan karya yang pendek dan berimpak
Profile Image for anis.
76 reviews
May 23, 2025
Sekali lagi, tulisan Haji ZRA menyentuh hati. Gaya penceritaan sama seperti Anekdot Jalanan, banyak kisah yang buat kita nilai semula erti kemanusiaan dalam diri.
Profile Image for Amar Jue.
35 reviews
June 12, 2026
The price of the book is high relative to its content. While the formatting has improved since the previous iteration (Anekdot Jalanan), there is still significant room for improvement. We expect ZRA to write his anecdotes as well as he tells them during podcasts or FB/TikTok lives, but in my humble opinion, he is a much better storyteller than he is a writer.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews577 followers
October 2, 2024
Aku selalu percaya apa yang kita ketahui daripada sudut pandang orang ketiga adalah sangat berbeza dengan apa yang disaksikan oleh mata sendiri. Kerana rasa tidak hadir tepat pada ketika kejadian, dan rasa orang ketiga juga berbeza ketika dia berada di ketika kejadian dan ketika kejadian itu dirisalahkan.

Anekdot Kembara oleh ZRA (Zainal Rashid Ahmad) adalah pengecualian mutlak. Walaupun ia adalah laporan kemanusiaan Tuan ZRA ketika melaksanakan amanah kewartawanan, apa yang disuratkan dalam koleksi ini dapat aku rasakan kehangatan jiwanya ketika mata pena menari membawa berita dari padang perang.

Anekdot Kembara jauh lebih berat dan panjang berbanding Anekdot Jalanan. Aku suka kedua - duanya. Daripada apa yang ada di media menerusi wartawan bertauliah dan tidak bertauliah, aku lebih suka laporan dari ZRA. Aku tidak disogokkan dengan emosi, aku dibenarkan beremosi dengan laporannya.

Highly recommended.

4.6 / 5 stars
Displaying 1 - 19 of 19 reviews