Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kembara Sastera Nisah Haron : United Kingdom & Dublin

Rate this book
“Jauh Perjalanan luas pandangan”.

Demikianlah kesimpulan yang dapat diberkas melalui pembacaan buku Kembara Sastera Nisah Haron. Nisah Haron, penulis sepenuh masa yang sanggup meninggalkan kerjaya profesionalnya sebagai peguam, kerana kecintaannya dan keyakinannya kepada dunia penulisan, khususnya bidang kesusasteraan, berjaya merakamkan pengalaman pengembaraannya dari United Kingdom ke Dublin yang bertemakan buku dan kesusasteraan.

Nisah Haron menggunakan sepenuhnya peluang dan ruang daripada pengamatannya untuk dibawa balik dan melahirkan hasil pengamatannya itu dalam bentuk buah fikiran atau idea baharu yang boleh dimanfaatkan di tanah airnya. Terutama yang berkait dengan kebajikan para penulis; agar dihargai dan dikenang jasa mereka sepanjang zaman, biarpun mereka telah tiada lagi di dunia ini.

Lantaran buku ini ditulis oleh seorang penulis kreatif, perlukisan lokasi geografinya melalui kata-kata amat berkesan, hingga jelas terbayang di mata bagaikan pembaca turut berada di tempat yang ceritakannya. Pembaca juga dapat menyelami jiwa penulis riang, duka, getir dan tabah penulis menghadapi cabaran dalam merealisasikan cita-citanya. Sesungguhnya buku ini bukan hanya mengisi kisah kembara tetapi lebih daripada itu, tentang nilai persahabatan, nilai persaudaraan dan motovasi bahawa dalam kehidupan ini pandanglah dengan pandangan yang positif dan bersangka baiklah kepada Allah kerana Dialah yang Maha Pemberi segala yang difikirkan hamba-Nya.

“Nisah, anda sangat berani dan sangat merangsang. Suami dan lima orang anak anda juga sangat berani dan memahami. Bapak kagum!” - Dato' (Dr.) A. Samad Said

244 pages, Glossy Art Paper

First published April 27, 2012

12 people are currently reading
186 people want to read

About the author

Nisah Haji Haron

27 books375 followers
Born in Seremban, Negeri Sembilan on 20 April 1973, Nisah Haron has been writing as a hobby since 1988. She has written forty short stories, five novels, essays and a few poems published in local literary magazine and newspaper.

Nisah Haron had her legal education from National University of Malaysia and graduated in 1997. She also obtained her LL.M from the same instition in 2006. She practised as an advocate and solicitor as well as a syarie counsel for eight years before becoming a full-time writer in 2006. She advocates on the copyright awareness among writers and publishers. Nisah has also written a copyright book for laymen entitled "Karya Kita Hak Kita - Panduan Hak Cipta" (Al-Ameen Serve Holdings, 2008).

Her works has been received my awards including Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan and many others. Recently, she won first place in Hadiah Sastera Berunsur Islam with her winning short-story, “Aset Istiqamah”.

Her personal blog is www.annyss.blogspot.com, or join her on Facebook "Nisah Haron - Pengarang".

Nisah Haron full bio is available online - http://annyss.blogspot.com/p/biodata-...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
87 (55%)
4 stars
53 (33%)
3 stars
15 (9%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 43 reviews
Profile Image for Aini Akmalia.
100 reviews70 followers
December 13, 2015
Kali pertama buku ini sampai di tangan, saya seolah-olah tidak percaya dengan saiznya. "Mak aih, besaqnyaa!", terdetik dalam hati. Bukunya yang bersaiz buku teks ini tidak digemari saya pada awalnya kerana ianya seakan tidak mesra pembaca dek kerana sukar dibawa ke mana-mana. Nak masuk dalam beg pun fikir banyak kali. Berat pun satu hal juga. Namun begitu, isinya sungguh menggamit rasa. Terhapus serta-merta perasaan tidak enak terhadap buku ini. :)

Seperkara yang mencuri hati saya tentang buku ini ialah pengembaraan penulis dalam menjejaki sejarah dan menghirup udara sastera yang tumbuh kian mekar di beberapa kota di luar negara. Apa yang menariknya, pengembaraan tersebut berkisar tentang buku, penulis, sastera, muzium, perpustakaan! Wah ini barulah "syurga dunia", haha.

Biasanya kita dengar orang pergi jaulah sini, jaulah situ. Setiap orang juga ada nawaitu dan objektif yang berbeza terhadap kembara yang dilakukannya. Namun kali ini niat penulis hanya satu, melihat hanya yang berkaitan buku sahaja! Hatta segala tempat yang menjadi tumpuan pelancong pun penulis tidak begitu ambil pusing atau dengan kata lain; excited. Sebab apa? Tujuannya bukanlah menara Big Ben, bukan jua apa-apa tumpuan pelancong yang kita selalu fikirkan berada di Eropah, sebaliknya hanya buku!

Saya kagum dengan disiplin penulis sepanjang kembara ini. Saya faham betapa sukarnya seorang pencinta buku untuk menahan diri daripada membeli buku dalam keadaan lambakan buku yang menarik (tambahan pula harga yang berpatutan) terhidang di depan mata. Namun penulis selalu mempertimbangkan banyak perkara apabila mahu membeli buku ketika berada di setiap tempat. Ini merupakan suatu bimbingan dan panduan yang baik untuk semua bibliofil jika mengembara ke kota sastera.

Selain itu, saya suka dengan setiap perincian yang penulis coretkan di dalam buku ini. Dari cara menempah hostel, membeli tiket, membaca route tren dan banyak lagi! Malah di akhir setiap bab juga turut disenaraikan buku-buku yang telah dibeli oleh penulis di setiap tempat tersebut. Memang benar-benar panduan yang berguna untuk bibliofil, namun sayang saiznya sahaja besar. Namun itu tidak mencacatkan buku ini. Konsepnya sangat menarik. Banyak gambar, banyak juga ceritanya.

Mencuci mata melihat keindahan kota sastera yang hidup dengan buku, serta bagaimana orang Eropah menghargai dan mengangkat martabat penulis atau sasterawan di negara mereka, sekaligus mengabadikan mereka buat tatapan generasi seterusnya. Seandainya kerajaan Malaysia mengadakan usaha untuk mewujudkan kota sastera di Malaysia, saya berharap ianya bukan usaha yang hangat-hangat tahi ayam atau secara melepaskan batuk di tangga!

Sungguh saya cemburu dengan penulis. Berharap suatu masa nanti saya diberi kesihatan yang baik, kelapangan waktu dan ditambah rezeki kewangan yang kukuh untuk mencipta kembara seperti ini. Mudah-mudahan.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
May 9, 2025
Sudah lama mahu memiliki, tetapi saiznya yang seperti buku teks sekolah selalu membuat saya berfikir dua kali. Memandangkan travelog merupakan antara jenis buku yang saya sangat gemar, saya dapatkan juga secara online. Tidaklah terbelek-belek dan menjadikan saiznya lagi sebagai alasan. Saya tidak menyesali keputusan itu.

Seperti dibawa mengikut kembara yang singkat dan padat, hati saya dicuit emosi yang pelbagai. Saya tumpang bangga apabila penulis berjaya tiba ke destinasi yang dicari, adakalanya ikut cemas dan takut ketika penulis sesat dan penat dan kadang-kadang terjentik lucu juga. Hanya mengikuti penulis dari jauh, saya sangka beliau sangat serius. Saya silap. Kisah beg 99 pence dan digital audio tour di Dublin Writers Museum berjaya membuat saya tersengih-sengih sendiri (agaknya seperti ketika penulis tiba di 84, Charing Cross Road).

Walaupun pernah berangan ke Old Trafford, catatan kegemaran saya ialah bab-bab mengenai Edinburg dan Lake District. JK Rowling mungkin menjadi penyebab dan selebihnya, gambaran penulis terhadap tempat-tempat ini terasa amat mesra.

Buku ini bukanlah manual untuk mengembara, maksud di sini lengkap menceritakan hal sosio-budaya, tempat-tempat perlancongan terkenal atau kedai-kedai makanan halal dan popular, tetapi sekurang-kurangnya ia memberi contoh yang baik sebuah pengembaraan terancang dalam masa yang singkat. Fokus menjadi kata kunci supaya perjalanan berlangsung lancar. Seperti yang tertulis jelas pada tajuknya, fokus pengembaraan ini ialah kembara sastera - bukan hal membeli-belah atau lain-lain.

Benarlah, kalau difikir alang-alang tiba di sana tentulah seberapa banyak tempat mahu kita teroka. Namun kekangan masa akan menjerat diri sendiri dan bimbang nanti akhirnya tujuan utama terabai pula. Dalam hal ini, beberapa perkara terpaksa dikorbankan. Saya percaya sekiranya masa bukan satu masalah, penulis pasti akan berlama-lama di setiap kedai buku yang ditemui ataupun di taman-taman indah menghayati ciptaan Tuhan dan menghargai usaha-usaha manusia yang menjaganya.

Buku kembara ini sememangnya tidak lupa mengingatkan hal kebergantungan kepada Allah - usaha dan tawakal. Saya sangat suka dengan salah satu perenggan pada bab terakhir dalam buku ini yang menyebut:

"Saya semakin terasa bahawa merapatkan diri dengan Allah itu bukanlah semata-mata dengan melakukan ibadah-ibadah khusus seperti bersolat, berpuasa dan sebagainya. Bermusafir ke negeri asing ini juga membuka banyak ruang untuk saya kembali memikirkan kekurangan diri, kekurangan bangsa dan betapa perlunya kita kembali mengukuhkan jati diri."


Ini mengingatkan saya yang masih belum dapat mengembara dalam erti kata mengembara yang sebenar bahawa buku-buku juga adalah salah satu medium mendekatkan diri kepada Yang Esa. Kembara minda, seperti kata penulis. Menulis buku yang bermanfaat itu satu ibadah, maka pahala buat penulis-penulisnya. Memilih buku yang baik juga tiada beza. Saya meyedari bahawa kekangan masa bukanlah berlaku kepada penulis dalam kembaranya sahaja, tetapi terjadi kepada kita sebagai manusia yang mempunyai pelbagai agenda dan urusan. Meminjam kata kunci buku kembara ini, semoga saya lebih fokus dalam mencari bacaan-bacaan yang bermanfaat dalam kembara hidup di dunia yang singkat ini.

Cuma secara peribadi saya fikir, susun atur gambarnya boleh diperbaiki. Ada yang terlalu kecil dan terutama gambar panorama, boleh diletak memanjang. Ada ruang kosong di kiri dan kanan yang boleh dimanfaatkan dengan gambar yang lebih banyak. Mungkin?

Keseluruhannya, buku ini sangat menarik. Ia berjaya membuat hati semakin tertarik untuk mengembara. Perkongsian buku mengenai buku, karya-karya sastera yang baik dan perkampungan buku pula membuat saya ingin mengenali, menghargai serta menelusuri dunia ini dengan lebih. Terima kasih buat penulis.

Edit: Baca kali kedua (2019), tambah lagi satu bintang cukupkan lima.

Edit lagi (8/5/2025): Bacaan edisi terkini 2024.

Edisi terbaharu ini saya beli pada PBAKL 2024. Apa yang membezakan ialah jenis kertas (jenis kertas majalah) dan ia mengandungi bab tambahan yang memaparkan poskad-poskad yang penulis kirim buat sahabat-sahabatnya dari lokasi kembara beliau.

Benarlah, membaca buku yang sama setiap kali kadang-kadang memberi persepsi baharu. Saya rasa lebih menghargai penulisan dan kembara ini keseluruhannya.

Mengimbas pengalaman membaca travelog ini kali pertama, saya kompelin tentang saiz buku ini tanpa pengetahuan wujudnya jenis coffee table book. Ia memang diterbitkan begitu. Dan saya fikir Beatrix Potter itu ada kaitan dengan Harry Potter, mungkin saudara Bellatrix. Naif sungguh. Melalui travelog ini juga saya didedahkan kepada buku-buku yang baik dan bermutu. Pembacaan saya yang pada waktu itu cederung kepada fiksyen pop memang tidak luas. Saya anggap sastera berat hanya untuk orang sastera. Buku ini seperti membuka jendela baru juga buat saya agar lebih terbuka dengan bahan bacaan yang ada dan menghargainya.

Buku ini juga akan sentiasa mendapat tempat istimewa di hati saya kerana ulasan original di atas merupakan pemenang sayembara ulasan anjuran Goodreads dan Berita Harian (tak ingat tahun berapa). Pertama kali saya menang sesuatu dalam dunia buku dan penulisan.

Saya juga direzekikan bertemu dengan Puan Nisah Haron tahun lalu. Kami bercakap tentang buku ini dan hal-hal perbukuan juga. Satu pengalaman yang sangat manis dan berharga.
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books348 followers
June 21, 2012
Saya menarik nafas dalam dan puas selepas selesai membaca KS Nisah Haron. Pertama kerana tujuan terpenting pengarangnya, yang sebetulnya akan juga merupakan salah satu tujuan terpenting jika saya diizin sampai ke bumi UK, telah berjaya. Saya dapat merasakan debar dan uja perasaan pengarangnya ketika berdepan dengan 84, Charing Cross Road; begitu sekali mengesankan buku Helene Hanff bagi para pencinta buku.

Meskipun perjalanan ini begitu tergesa-gesa, berbeza dengan Warkah Eropah, namun bagi saya ia sebuah kembara yang berjaya dan mencapai tujuannya. Kalau dalam WE A Samad Said cuba menggali makna dengan mendalam dan penghayatan, KS Nisah Haron lebih kepada menjadi saksi mata dan mengecapi rasa sebelum menikmati hidangan pada suatu waktu lain.

Memang banyak hal yang dapat dipelajari dari KS Nisah Haron, terutama mengenai bagaimana membudayakan sastera dan seni sehingga akhirnya dapat menjadi produk pelancongan. Namun secara kritis, saya rasakan tradisi ini mungkin agak sukar mengakar dalam budaya Islam (yang menjadi asas kepada budaya Melayu), kerana tradisi Islam menolak bentuk mirip 'pendewaan' terhadap para pengarang seperti yang berlaku di Barat. Sepanjang sejarah Islam ini tidak berlaku, malah terhadap para ulama' yang lebih tinggi tabaqatnya dari segi keilmuan. Jika kita ingin menerapkan penghargaan kepada para pengarang kita dan mengangkat mereka sebagai produk pelancongan, bagaimana agaknya kita dapat melaksanakannya supaya tidak tercair kesan baiknya, dan mungkin inilah yang perlu diperhatikan dahulu, kerana apa-apa yang sejalan dengan budaya asal, akan lebih cepat mendapat sambutan.
Profile Image for Khairul Hezry.
747 reviews141 followers
May 4, 2012
Reviu di bawah ini mula disiarkan di blog saya, The Malaysian Reader

(Disclosure: The author of this book is an online friend and there is a paragraph within the book that alludes to me, though anonymously. Therefore claims of bias might be raised but are unfounded, I assure you)

If you are not familiar with Nisah Haron, she is an author with several novels and at least one children’s book to her credit. She also maintains a blog and it was in this blog that she first chronicled her travels to the UK and the city of Dublin, Ireland. Kembara Sastera (A Literary Travel) is a collection of those blog posts.

So yes, it is a blook. Ugh, I hate that word but it is a book derived from a weblog so it’s an accurate description. Why then should anyone bother to pay when it’s free online? Well for one thing, if you’re like me (and that would be awesome!) you would always prefer to have a hard copy in hand rather than reading from a screen no matter how convenient it may be. And as I have mentioned above, Nisah Haron is an established author so she can write. No ghostwriters needed here. It’s all her.

Travel books usually have a theme. Trekking cross-country on a bike, for example, or in search for the best street food in the world. Nisah Haron also had a specific aim in her travels and that is to discover the rich literary culture of the British and the Irish and the contributions they have made to world literature. All that in just under two weeks (she was on a budget). Beginning at Birmingham, she works her way north to Manchester, the Lake District, Edinburgh, across the Irish Sea to Dublin, London and back to Birmingham before flying back home. In between all that, she squeezes in visits to Stratford-upon-Avon and the bookworm paradise better known as the Hay Festival at Hay-on-Wye. True to her objective, Nisah Haron makes an effort to visit anything connected to books and the arts at every stop she makes. Don’t expect her to gush about the incredible shops selling incredible wares because this book has none of that. Unless its books. Then yeah, it has plenty of gushing over books and bookshops in Kembara Sastera.

The Hay Festival? Gush.

The James Joyce Center? Gush.

The Writer’s Museum, Edinburgh? Gush.

The Cambridge University Press? Gush.

Charing Cross Road, London? What do you think?

Kembara Sastera is also packed with photos of the places Nisah Haron visited (basically the same ones in her blog) which sure helps the reader appreciate the chronicles of her travels even more, and the photos are not just in the middle of the book like you’ll find in most books but just about on every page and in colour as well. Visual aids! Yay!

This book is simply a treasure for the Malaysian bookworm. Never before have I read a travel book in Malay that focuses solely on a particular nation’s literary treasures. Her travels also showed her and us the care and thought given by the Brits and the Irish to their authors and the ideas they brought forth. Over there men and women of letters are respected and honoured almost to the point of worship. Their homes are preserved, statues are erected in their honour, there are museums dedicated solely to authors and of course their books are kept in print even if demand is low and the author long dead. We Malaysians clearly have a long way to go.

Can’t afford to visit the book lover’s paradise that is the United Kingdom? Reading Kembara Sastera is the next best thing. And if you can afford to visit the UK, the book can act as a travel guide.

Here’s hoping there’ll be more travel books like Kembara Sastera in the near future either from Nisah Haron or others because there’s nothing a voracious reader likes more than to read a book about books. To us, it’s like porn but without the shame and guilt.
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
June 9, 2016
Ini contoh sastera. The way it should be.
Terima kasih, Puan Nisah atas sumbangan karya ini buat manfaat generasi hadapan.
Tahniah juga diucapkan kepada pihak ITBM atas hasil pembukuan berkualiti pada harga berpatutan.
This book is a keeper!
If you liked this book, do check out Ulu Yam di Liverpool and Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman.
Profile Image for Ummu Auni.
663 reviews
May 3, 2016
Sudah lama saya membeli buku ini, namun, saya yang menangguhkan pembacaannya. Saya sendiri tidak pasti kenapa saya lambat membaca buku ini. Barangkali dua tahun kebelakangan ini, semangat membaca makin pudar. Mungkin naskhah yang kelihatan besar menyebabkan saya bertangguh membacanya. Rupanya sekali saya mula membaca, sukar untuk berhenti. Tulisan Puan Nisah yang agak santai, mudah dihadam oleh pembaca buku 'ringan' seperti saya, amat menarik, tambahan sarat dengan foto. Perjalanan yang hanya dua minggu itu tidak meleret penceritaannya, tetapi sedikit sebanyak menarik perhatian saya untuk mencuba kembara sastera mengikut jalur perjalanan yang sama. Ada tempat yang telah saya kunjungi, tetapi malangnya, mungkin tujuan saya lebih kepada ingin bersantai, menikmati alam di tanah orang luar, menyebabkan saya terlupa untuk menilai tempat-tempat tersebut. Kedai buku Walterstone yang dinyatakan juga, pernah saya kunjungi, ibarat bertemu sebuah kedai gula-gula yang penuh gula-gula kegemaran saya! Antara tempat yang saya rasa saya perlu tiba setelah membaca buku ini, adalah bumi Dublin! Seolah mengujakan, begitu juga 84 Charing Cross Road. Ah, tulisan Pn Nisah menyebabkan saya merindui tempat-tempat itu walaupun belum pernah saya kunjungi. Catatan travelogue di Cambridge, benar-benar seperti apa yang saya rasai ketika dahulu, begitu juga antara impian dan angan-angan. Kesimpulannya, sebuah karya yang baik untuk menikmati aroma buku.
Profile Image for Ramzah Dambul.
Author 9 books59 followers
December 10, 2014
Walaupun saya suka mengembara, saya sebenarnya tidaklah suka sangat membaca buku-buku kembara. Sebabnya? Saya tidak mau ujaan untuk mengembara di tempat yang sama dimatikan oleh buku yang dibaca.

Tapi buku ini saya tekuni dengan penuh minat, kerana saya ada ikatan tersendiri dengan subjek dan penulisnya. Pertama, saya pernah menuntut di UK, tapi tidak pernah mengembara dengan fokus kepada menjejak tarikan-tarikan persuratan. Kedua, saya pernah membaca beberapa karya sastera Nisah (termasuk kumpulan cerpen Sangkuriang) - dan tentunya teruja mau menghadam perspektif beliau dalam menukangi cerita yang tidak berunsur fiksyen.

Saya suka dengan cara buku ini dikonsepkan; dengan kehadiran gambar yang banyak. Pilihan item penceritaan pada setiap destinasi juga sangat selektif dan menarik. Catatan-catatan yang bukan saja penuh informasi; tetapi juga membangkitkan inspirasi.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews59 followers
May 20, 2012
Buku ini wajib dibaca dan dimiliki oleh peminat buku. Kembara meneroka segala-gala yang berkaitan dengan buku. Meneroka jejak-jejak penulis Inggeris yang selama ini hanya dikenali melalui hasil penulisan mereka.
Profile Image for Nur Asilah.
94 reviews
August 28, 2012
Banyak inspirasi yang saya dapati melalui kembara kak Nisah. Perancangannya begitu rapi, juga maklumat destinasi yang mahu dituju benar-benar dikenalpasti terlebih dahulu agar mengetahui arah dan tujuan yang sebenar. Ya, tanpa tujuan, pasti kembara tidak menyeronokkan.

Melalui pembacaan buku ini juga, Kak Nisah masih setia dengan adat budaya sebagai seorang Islam. Kiblat dan waktu solat juga perlu dikenalpasti. Begitu juga pemakaian kak Nisah menjaga aurat sebagi seorang muslimah. Di perantauan itu, saya benar-benar kagum dengan Kak Nisah! Tidak sekalipun mahu membodek atau mengampu tetapi jelas melalui penulisan beliau. Kak Nisah begitu berani. Berani menempuh segala cabaran di perantauan kembara ini. Tidak tahu arah, sentiasa bertanya. Ringankan mulut. Apabila berkelana secara berseorangan, pastinya timbul sifat untuk berdikari, disiplin, ramah untuk berkomunikasi dan sebagainya. Persediaan sebagai pengaturan perjalanan kelak.

Paling membuat saya tersenyum, ada ungkapan Kak Nisah yang saya kongsikan dengan sahabat sekuliah, masuk kandang kambing, buatlah ‘aksi kambing’. Sesuatu yang di luar kotak pada aras bahasanya. Biasanya kita mendengar, masuk kandang kambing, mengembek. Sahabat-sahabat sekuliah pasti mengajuk, ‘mbekkkk, mbekkkk’. Sudah masuk negara orang, maka ikutlah cara mereka selagi tak melanggar syariat sebagai muslim. Seperti contoh, orang ramah berkomunikasi, maka balasan responnya tentulah positif.

Satu lagi inspirasi yang saya dapat, walaupun, kata-kata kak Nisah itu ditujukan pada Shahkang Aizat, “sebuah cerpen yang bagus, tetapi siap adalah lebih baik daripada sebuah cerpen yang kononnya bagus tetapi tak siap-siap!” – halaman 31

“karya yang tidak bagus, tetapi siap, masih boleh disunting, Shah. Kalau karya itu masih dalam kepala sahaja diamnya, bagaiman karya dalam kepala boleh disunting, bukan?” – halaman 31

Catatan kak Nisah juga turut memperkenalkan saya pada penulis-penulis Inggeris yang tidak saya ketahui malah penulisan penulis-penulis inggeris ini dikaitkan dengan latar tempat yang dihadirinya. Sungguh, ketika kecil, memang saya menggemari karya-karya fantasi Inggeris. Dan sekarang, karya fantasi inggeris atau Melayu pun saya 'ratah'.


Pendek kata, catatan kak Nisah yang santai ini benar-benar memberangsangkan sekaligus memberi inspirasi,dalam sebuah pengembaraan yang bertujuan ilmiah sebegini.
Profile Image for Siti Salha.
76 reviews8 followers
October 24, 2012
"A traveler without observation is a bird without wings." Tiba-tiba rasa nak pergi backpacking!
Profile Image for Izzati Rahim.
1 review4 followers
September 17, 2013
Pada mulanya saya kurang pasti apa yang membuat saya tertarik untuk mengambil naskhah buku ini di rak buku di asrama setelah hampir 3 bulan dibeli. Dan saya tak sangka yang buku ini berjaya dihabiskan bacaannya kurang dari seminggu! Ulasan Pak Samad tentang buku ini benar-benar menjentik suatu perasaan yang aneh.

Sejak itu saya mula larut 'mengembara' bersama Kak Nisah dari awal hingga akhir dengan perasaan teruja yang luar biasa. Bermula dengan persediaannya yang cukup teliti, rasa kagum terhadap keberanian Kak Nisah mengembara secara solo mula terbit perlahan-lahan. Ia sangat luar biasa. Bukan mudah bagi seorang wanita muslim mengembara secara solo walaupun masih bujang, apatah lagi bagi seorang isteri dan juga ibu kepada 5 orang anak seperti Kak Nisah!

Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam ternyata sangat istimewa dengan muzium seni dan perpustakaannya. Tak lupa juga pada tulipnya. Setelah sampai di Birmingham, Kak Nisah melawati Stratford-upon-Avon yang merupakan tempat kelahiran Shakespeare. Mama pernah ke sini semasa belajar di UK! Sampai di Manchester, saya terpana sebentar dengan nasihat Kak Nisah kepada saudara Shahkang Aizat yang beliau temui di sana. Katanya, "Sebuah cerpen yang tidak bagus, tetapi siap adalah lebih baik daripada sebuah cerpen yang kononnya bagus, tetapi tidak siap-siap!"

Lawatan ke Lake District membuatkan saya kembali tercari-cari memori dengan seekor arnab semasa masih kanak-kanak dalam buku The Tale of Peter Rabbit. Lawatan ke Edinburgh memberikan maklumat baharu buat saya tentang pengiktirafan "Kota Sastera" oleh UNESCO. Lawatan ke Dublin mengingatkan saya kepada watak Leprachaun yang comel. Dan kembara Kak Nisah diakhiri dengan pertemuannya dengan seorang sahabat penulis iaitu Kak Ira atau Puteri Al-Insyirah di Coventry. Apa yang menarik, tarikh pertama kali mereka bertemu di DBP ialah tarikh saya dilahirkan; 5 Jun 1992!

Saya cuma menyebut beberapa tempat yang dikunjungi Kak Nisah sepanjang tempoh pembacaan yang tak sampai satu minggu. Sedangkan beliau berjaya melawat lebih kurang 11 buah tempat di UK dan Dublin (Ireland) dalam masa 11 hari secara solo! Di akhir pengembaraan Kak Nisah, saya menemukan semacam persamaan yang sukar diungkap seperti mana yang saya rasakan pada setiap kembara yang pernah saya lalui. Walaupun ya, tempat dan situasinya cukup berbeda, namun kembara tetap kembara bukan? Kita seringkali menemukan sesuatu yang sangat bernilai dalam setiap kembara. Entahlah. Saya memang tak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. Mungkin perlu lalui sendiri pengalaman sebuah kembara yang terlalu berharga itu.

Kesimpulannya, buku ini ternyata berjaya menambahkan dos semangat untuk mengembara lagi. Saya teringin benar mahu menjejakkan kaki ke UK atau sekurang-kurangnya ke London. Seringkali saya tertanya-tanya, apa sebenarnya yang ada di sana sehingga terlahirnya buku ini dan buku-buku seperti Ibu Melayu Mengelilingi Dunia, Warkah Eropah dan Aku Melayu di Kota Inggeris walaupun belum sempat membaca semuanya. Saya juga ternanti-nanti karya 10 penulis muda yang ditaja oleh ITBM dalam program Kembara Penulis Muda ke London pada bulan Mac tempoh hari lebih-lebih lagi kerana saya mengenali 3 orang daripada mereka. Moga kesempatan itu akan tiba suatu hari nanti dan moga Allah murahkan rezeki saya untuk ke sana. Amin.

Kak Nisah, you are such an inspiration! :)
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
June 22, 2012
Nilai buku yang berharga RM30.00 (harga asal) tak semahal pengembaraan Nisah Haron dalam "Kembara Sastera Nisah Haron United Kingdom dan Dublin".Inilah perkara pertama yang terdetik dalam pemikiran saya sejurus selepas menghabiskan kembara ini.Membaca kembara ini turut membawa saya mengembara ke tempat yang dijejaki Nisah Haron bermula di Birmingham International Airport.Sungguh walaupun saya tidak pernah menjejakkan kaki ke sana namun saya dapat menyelami perasaan dan suasana berada di sana dalam imaginasi saya.Mungkin saya juga mempunyai minat seperti beliau,tidak sekarang mungkin satu hari nanti.kembara yang akan membawa saya ke Tanah Arab terutamanya untuk mendekati tokok-tokoh atau penyair/penyajak Islam yang saya kagumi.InshaAllah

Pertemuan saya dengan Nisah Haron buat pertama kalinya di Seminar Penterjemahan pada 19 Jun 2012 di ITBM yang lalu membuat saya tertanya apakah hebatnya Nisah Haron ini?Tanpa perlu menjawab saya sendiri dapat merasakan 'aura' beliau.Lantas saya membeli buku ini dan meminta beliau menandatangani buku ini.Membaca kembara seorang pengarang dengan seorang yang 'biasa' sangatlah berbeza dari segi tujuannya.Pengarang mengembara mencari ilmu,namun kebanyakan orang 'biasa' mengembara sekadar 'melancong' melawat tempat-tempat menarik.Secara peribadi, mengembara mencari ilmu lebih 'mengisi' berbanding melancong.Andai saya diberi peluang seperti Nisah Haron, saya mengimpikan tempat2 seperti 'Library', muzium, kedai buku berbanding shopping mall.Itu saya pegang.

Beberapa petikan dan kata-kata beliau yang memberi kesan kepada saya secara peribadinya:

"The fool doth think he is wise, but the wise man knows himself to be a fool"-William Shakespeare,As You Like it.(ms 12)

"Jika seseorang itu punya perpustakann dan sebuah taman bunga, berertinya hidupnya sudah lengkap"(ms 23)

"Hanya orang yang bersedia untuk oergi jauh, akan tahu berapa jauh dia mampu pergi.:(ms 24)

"Sebuah cerpen yang tidak bagus , tetapi siap adalah lebih baik daripada sebuah cerpen yang knonnya bagus, tetapi tidak siap-siap"(ms 31)

"Karya yang tidak bagus tetapi siap, masih boleh disunting>kalau karya itu masih dalam kepala sahaja diamnya,bagaimana karya dalam kepala boleh disunting?"(ms 31)

"it is the soul of a place that gives meaning to the place"(ms 34)

"20 tahun dari sekarang, kau lebih menyesali perkara(baik) yang tidak kau lakukan berbanding perkara yang kau lakukan .Jadi, tinggalkanlah pelabuhan yang selamat itu, terjahlah angin dan samudera.kembara , bermimpi dan temukan sesuatu!"(ms 68)

"You know you are in Scotland, when you can get all four seasons in one day?"(ms 82)

"apabila kita bersahabat dan berbuat baik dengan alam, alam akan bersahabat dan membalas budinya kepada kita."(ms 88)

"pot of gold at the end of the rainbow"(ms 125)

Muslihuddin Sadi berkata,"a traveler without observation is a bird without wings."(ms 145)
Profile Image for Juliana Es.
254 reviews30 followers
June 8, 2018
I haven't read that many travel books. In fact, I can't recall if I have ever read any before Kembara Sastera Nisah Haron. So, if I suddenly want to proclaim myself a travel book fan, and set an ambition to become a travel writer/photographer one day, what impression would you get about this book?

I have travelled to a number of countries, and each time I did (or tried to) write a journal of that journey. After reading Kembara Nisah Haron (shortened it for easy reference), I feel like "hey, I wish I can write as well as she does!"

Before Nisah Haron embarked on that UK and Dublin trip, she contacted me to ask if I were interested to join. It was an out-of-the-blue call, and I was stunned but honoured that she should even consider me! (I'm not into actors/actresses/singers celebrities, but authors are MY kind of celebrities. How would you feel when your favourite author suddenly remembers to invite you to be part of her literature trip?) I couldn't join her, unlucky me. When this book was out, I bought it, and strangely I felt proud of her - that she managed to travel alone, managed to find the funds for this trip, and managed to write the detailed accounts of her journey!

To say the book is very interesting is an understatement. I love how she pens in her thoughts besides her experiences.

I'm not going to spoil you with the contents. This review is strictly on how I feel and think about this book. I didn't really read it by chronology. After the first few chapters, I skipped to whichever place that I was interested to read first. Then I would come back to the same chapter(s) that I already read - either because I forgot I already read that, or because that particular chapter is so interesting and it's simply worth revisiting. And yes this book can be read that way.

I know this review can be considered late, because the book was published in 2012, and this is 2018, man! But I believe for each book its readers, and her/his time. Whether you read it way later, or as soon as it came out, it doesn't matter. The bottom line is, I read, and I felt good reading it.
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
May 12, 2012
Sepanjang pembacaan buku ini hati saya seperti ditarik-tarik untuk turut mengembara seperti ini. Terasa seronok betul jika dapat pergi ke mana saja yang kita mahu sekehendak hati, tanpa perlu memikirkan sama ada tempat yang kita pilih akan turut menyenangkan hati orang yang bersama ini.
Tempat-tempat pilihan penulis sangat menarik.
Hanya saya fikir buku ini mengejar waktu penerbitannya, menyebabkan ada ayat-ayat yang saya kira tidak diatur sempurna (layakkah saya mengatakan sebegini?). Dan ada banyak lagi ruang kosong yang saya kira perlu turut dipenuhkan dengan gambar-gambar berkaitan cerita di muka surat tersebut. Dan, satu lagi, kulit buku yang kelihatan klasik, warnanya kurang menyengat (hi..hi..pada pandangan saya dan suami), serta elok kiranya gambar Pn Nisah sendiri berada di situ menggantikan wanita Inggeris yang ada.
Walau apa pun, buku ini, kisah kembaranya yang lain dari kebiasaan & pengembaranya, memang hebat!
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
May 25, 2015
Kembara di bumi Inggeris ini, jelas merupakan satu kepuasan kepada Puan Nisah. Setiap satu tempat lawatannya, dapat dikaitkan dengan pengalaman diri. Membesar dalam "dunia buku" memberikan beliau banyak kelebihan, dan pastinya membuatkan kembara sastera ini tidak sia-sia.

Saya cemburu. Cemburu dengan kembara sebegini. Bukan cemburu kemampuan Puan Nisah mengembara ke bumi Eropah. Eropah, bumi empat musim, memang menjadi idaman kebanyakkan kita. Tetapi saya cemburukan dengan "rasa" yang dinikmati beliau. Perasaan yang menggebu-gebu apabila melihat/berhadapan/bertentang mata dengan apa yang hanya pernah dibaca dan didengar. Rasa teruja dengan setiap lokasi yang dilawatinya, menimbulkan rasa yang tak terucap. Bagai bersatu, tanpa sedar. Itulah yang saya cemburukan.

Tahniah Puan Nisah Haron. Terima kasih atas perkongsian.
Profile Image for ilafahmy.
114 reviews19 followers
June 7, 2012
Usaha pengembaraan yang sangat berani dan penuh semangat dari seorang penulis wanita yang hebat sehingga berupaya menghasilkan sebuah buku yang sangat informatif dan merujakan terutamanya kepada sang pencinta buku dan dunia kesusasteraan. Jika selama ini kita hanya didedahkan mengenai Eropah sebagai sebuah syurga membeli belah..kini kita raikan pula Eropah sebagai sebuah tempat yang sangat meraikan ilmu dan ilmuannya...cuma mungkin atas faktor kekangan masa dan kewangan, kembara ini terpaksa disingkatkan tempohnya...mungkin di kesempatan lain akan ada sambungan kepada kembara sastera ini:-)
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews170 followers
December 17, 2020
Travelog 11 hari Pn. Nisah Haron di UK ini merakam dengan penuh terperinci tempat-tempat berlatarkan sastera yang sempat dijelajahi oleh penulis. Travelog ini sedikit sebanyak telah mengheret kolam kenanganku saat pertama kali menyandang beg "backpacker" di Manchester-London sana pada tahun 2012.

Detik-detik kesuntukan masa dan keterhadan berat bagasi (23 kg) untuk menerjah ke syurga buku di sana, aku tebus kembali sewaktu berkelana sementara ke Amerika Syarikat (East Lansing-Harvard) dengan limpahan buku-buku terpakai yang berkualiti lagi murah dan juga di Istanbul sewaktu transit beberapa hari sebelum pulang dari Mesir ke tanah air.

Seperti yang diduga, travelog Pn. Nisah Haron dalam buku ini agak condong ke arah penjelajahan karya-karya berunsurkan sastera semata-mata (bersesuaian dengan tajuk dan latar penulisan penulis). Lensa kembara mungkin akan lebih menarik jika dicapahkan sedikit kepada karya-karya dan tokoh-tokoh agung dunia yang lahir dan masih wujud di sana. Jika penulis sudah memperkenalkan pembaca kepada Shakespeare, William Wordswoth, Roald Dahl, Za'ba, Mark Twain dan W.B. Yeat, mungkin penulis boleh perkenalkan pembaca juga dengan Shaykh Abdal-Hakim Murad, Muhammad Abdel Haleem dan Wael Hallaq (sekadar menyebut beberapa nama) yang turut ada di sana.

Jika di Amerika Syarikat, nama-nama seperti Malcolm X, Syeikh Hamza Yusuf, Dr. Umar Faruq Abd-Allah dan Prof. Jonathan Brown merupakan nama yang tidak asing untuk disebutkan. Di Turki, nama-nama seperti Muhammad al-Fateh, Imam Zahid al-Kauthari, Dr. Heba Raouf dan Syeikh Muhammad ‘Awwamah pula merupakan mutiara-mutiara yang sentiasa dicari. Begitu juga di Mesir, nama-nama seperti Imam al-Syafi‘i, Ibn ‘Athaillah, Syeikh al-‘Izz ‘Abd al-Salam, Syeikh Ali Jum‘ah dan Syeikh Usamah al-Azhari merupakan nama yang tidak asing untuk dititipkan.

Walau bagaimanapun, puing-puing idea yang ditaburkan penulis dalam buku ini agak menarik untuk diberi perhatian seperti saranan untuk mewujudkan perpustakaan di dalam kompleks beli-belah seperti di Dublin, impian untuk mewujudkan deretan kedai buku terpakai di Makro, Seremban dan mewujudkan satu galeri-muzium indah berkenaan Negeri Sembilan di sekitar Terminal 1, Seremban bagi memperkenalkan akar dan sejarah Negeri Sembilan kepada penduduknya itu sendiri.

Mesej terpenting yang boleh diperoleh melalui Kembara Sastera ini atau kembara di mana-mana negara-negara Eropah/Barat sendiri, sudah tentulah mengenai peri pentingnya menyemai roh, semangat dan budaya cintakan buku dan pembacaan supaya ia mengakar dalam batang tubuh dan pembuluh darah masyarakat Malaysia yang saban hari kian tenggelam dalam wacana populis dan mengenyahkan nilai-nilai sejarah, kebudayaan dan kegiatan membaca dek kerana kegagalan untuk mempersembahkan komponen ini dalam wajah yang indah, kreatif lagi mengujakan.
Profile Image for Saadah.
54 reviews20 followers
February 11, 2013
Pengembaraan yang sangat menarik kerana ia dimulakan dengan niat yang suci. Ya, niat suci itu yang memudahkan urusan penulis sepanjang pengembaraannya. Bacaan kali ini juga diakhiri dengan sebuah niat. Niat untuk menjejaki lokasi yang telah dikunjunginya suatu hari nanti.

Teruskan membaca catatan peribadi di http://saadahkhair.blogspot.com/2013/...
Profile Image for Mohd Fadzil Yusof.
28 reviews1 follower
January 25, 2019
Sebuah buku yang sangat rare, atau nadir dari segi genrenya, walau travelog memang makin bertambah di kedai buku, tapi buku sebegini perlu lebih, kerana tiap kembara berbeza perasaannya, berlainan pula pengalamannya.
Profile Image for Puteh Jerneh.
112 reviews14 followers
December 25, 2012
Best. Rasa mcm nak pegi sume tempat yang ada kat dalam buku ni.
Profile Image for Rasydan Fitri.
Author 16 books29 followers
October 15, 2012
Buku yang sangat bagus dibaca sekiranya anda peminat sastera tegar, dan peminat kembara. Saya suka menyebut kata-kata penulis yang pernah saya dengar ketika majlis pelancaran buku Trem ke Pintu Syurga, katanya: Cabaran penulis yang menggunakan latar luar negara atau latar asing dari Malaysia ialah untuk menggambarkannya kepada orang yang tidak pernah berada di sana. Dalam buku ini, penulis berjaya mengemukakan perincian tempat-tempat yang dilawatinya dengan baik. Ini sesuatu yang perlu memandangkan buku ini merupakan buku kembara.

Jika anda peminat sastera, pasti anda cemburu dan teruja juga untuk melawati tempat-tempat yang dikemukakan dalam naskhah ini. Gambar-gambar, susunan bab, nota kaki/rujukan, dan penerangan tambahan yang disertakan sangat membantu mereka yang mungkin juga berminat merancang ke sana.

Mungkin sedikit rasa terkilan juga (seperti penulis) kerana kembaranya agak tergesa-gesa kerana mengejar waktu agar jadual tidak lari, dan semua tempat yang dirancang untuk pergi dapat dilawati. Sekiranya penulis tidak begitu terkejar-kejar, saya pasti lebih banyak lagi pengisian yang boleh disampaikan kepada pembaca. Apapun, itu tidak bermakna kandungan buku ini tidak bagus.

Kandungan dalam naskhah ini asalnya adalah entri yang dimuatkan blog penulis secara bersiri. Antara kembara yang terdapat dalam buku ini yang saya sendiri sudah lalui ialah perjalanan ke Charing Cross Road, London yang menempatkan deretan kedai buku terpakai. Di sana juga terdapat tapak asal kedai buku bernombor 84 yang popular melalui novel Helene Hanff bertajuk 84, Charing Cross Road. Meskipun kembara saya ini berlaku sebelum penulis melakukan kembaranya ke sini dan menulis buku Kembara Sasteranya, saya perlu berterima kasih juga kepada penulis. Sebabnya, saya membeli buku Helene Hanff dan terinspirasi ke Charing Cross Road juga setelah membaca entri di blog beliau tentang pembelian buku tersebut yang dibuat di Book Depository, sebuah laman web pembelian buku antarabangsa. Saya merupakan peminat karya epistolari jadi cepat-cepat saya membelinya dan setelah selesai membaca saya mencari peluang untuk mencari 84, Charing Cross Road di London. Saya catatkan pengalaman (dan reviu buku) tersebut di dalam blog saya di sini: http://helaianrindu.blogspot.com/2010...

Sekalipun anda juga sudah membaca siri kembara ini melalui blog penulis, saya sarankan anda tetap dapatkan sebuah hardcopy kerana persembahan oleh ITBM sangat menarik.
Profile Image for Shahkang.
Author 13 books81 followers
September 4, 2012
Bukanlah bermaksud saya menjadi watak sampingan dalam catatan ini menyebabkan saya meletakkannya sebagai lima bintang.

Saya suka dengan cara kupasan penulis. Ternyata kembaranya sudah disusuli terlebih dahulu dengan bacaan terperinci tentang tempat yang mahu dilawati. Meskipun saya punya kebolehan untuk mengembara ke tempat-tempat tersebut (kerana belajar di sana), tapi saya pasti tidak dapat mengupas khazanah sastera yang ada di sepanjang perjalanan. Itulah perbezaan kembara Nisah Haron dengan kembara penulis-penulis lain. Ketinggian ilmu sastera miliknya menjadikan kembara ini bukan semata-mata kosong dan makan angin.


Ditambah dengan gambar berwarna dan ilustrasi lain, buku ini sememangnya menggamit sehingga ke muka terakhir. Kebolehan pengarang menggambarkan suasana dengan baik menyebabkan pembaca terpanggil untuk menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang dilawatinya. (Sebagai bukti, saya sudah pun melawat Cambridge sesudah membaca karya ini kerana teruja dengan laporan penulis. Teringin juga ke Hay Festival dan melihat pekan kecil yang dimaksudkan tapi belum berkesempatan.)

Tahniah kepada penulis dan penerbit ITBM.

Coretan ringkas.

Profile Image for Wardah Puteh.
Author 4 books5 followers
March 15, 2013
Catatan di kulit buku -yang sering ditinggalkan oleh penulis kepada pembeli (peminat) naskhah ini ditulis jawi oleh Kak Nisah. Salam kembara katanya...dan memang benar, saya yang membaca larut dalam pengembaraan beliau.

Paling saya sukai di dalam buku ini adalah, nota kaki di setiap bab; buku-buku yang dibeli di tempat yang disinggahi. Idea ini saya suka- kalau kebiasaannya orang membeli keychain, baju dan perhiasan sebagai cenderahati, kenapa tidak buku? Tanpa saya sedari, tindakan pencinta buku adalah sama...ke mana-mana saja, yang mengiurkan pastilah buku. (Dan saya jadi terkenang dibebel mama kerana membeli banyak buku di Madinah; dan saat gigih mencari ITBM bukan Jalan TAR di sesaknya bandaraya KL).

Buku ini juga membuat saya berfikir dan termenung, jika semua manusia menyintai buku dan penyudahnya menjadi penulis pula, adakah setiap inci bumi akan turut dimuatkan dan dikisahkan di dalam buku-buku?

Memang mengujakan betul kalau ada peluang ke tempat-tempat yang selalu diceritakan dan menjadi sejarah unggul kenangan...

Tahniah Kak Nisah, kerana anda, seperti kata S.N. A. Samad Said, memang pemberani...
Profile Image for Nuur Syahidah.
160 reviews
March 10, 2017
rakaman perjalanan ini untuk pencinta buku!! baru tahu rupanya ada bandar sastera yang diiktiraf of UNESCO. Iowa,Melbourne (damn,i didn't know when i was there...), Reykjavic, Edinburgh, Dublin, Nottinghill dan beberapa lagi

Profile Image for Amiruddin MR.
70 reviews8 followers
September 20, 2012
Beli di Pesta Buku Kota Kinabalu, Sabah 2012.

Sejujurnya, ini buku ke-2 Nisah Haron yang saya miliki selepas ''Lentera Mustika.'' Perasaan rindu mencengkam diri untuk menekuni kisah 'kembara sastera' selepas buku ''Warkah Eropah'' SN Datuk A. Samad Said.

Saya turut sama terkesan dengan kalam semangat daripada Pak Samad yang ditulis dalam buku ini; ''Nisah, anda sangat berani dan sangat merangsang. Suami dan lima orang anak anda juga sangat berani dan memahami. Bapak kagum!''

BimillahirRahmanirRahim... kembara bermula!
Profile Image for Zatika.
Author 5 books24 followers
October 2, 2014
Di halaman-halaman akhir KS, saya mengalirkan air mata. Banyaknya pengajaran dan pengalaman yang dikongsi oleh Puan Nisah. Saya rasa seperti terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada seorang sahabat karib yang punyai minat yang sama, walaupun dengan latar belakang yang berbeza.

(Saya mengikuti blog beliau on and off sejak zaman blogging circa 2005 tetapi ketika itu, saya lebih banyak berinteraksi dengan bloggers peminat filem berbanding pencinta buku~ terasa ruginya di situ. Kak Nisah, saya MamaIkmal). :)
Profile Image for Raiha.
Author 11 books98 followers
December 21, 2012
Tegar sungguh hati penulis. Bagaimana perjalanan 11 hari sendirian boleh menghasilkan buku sepadat ini? Bukan setakat rakaman perjalanan menjejak dunia sastera, malah menjadi panduan buat penggemar dunia sastera yang juga berjiwa kembara. Ditulis dengan bahasa yang sederhana dan sangat jujur sehingga dirasakan sangat akrab. Sangat teliti dan terperinci. Wajib dibaca oleh semua ulat buku Malaysia.
Profile Image for Fathul Khair.
9 reviews86 followers
December 21, 2012
Kembara Sastera ini telah dikhatam sebanyak dua kali selepas membelinya secara dalam talian daripada Puan Nisah sendiri.

Pembacaan sebanyak dua kali ini menjadikan saya teruja memulakan langkah yang pertama untuk kembara. Selain itu, Kembara Sastra ini juga membantu saya untuk mengenali dan menjadikan sebagai rujukan untuk berkembara ke sana nanti.

Terima kasih kepada Puan Nisah atas buah tangan yang bermakna ini.
Profile Image for Basma Hashem.
48 reviews3 followers
February 21, 2015
catatan perjalanan seseorang yang dibukukan boleh disamakan kualiti ilmunya dengan travel guide yang biasa kita temui dipremis jualan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang.
bezanya travel guide lebih general dan nipis. catatan kembara lebih details dan acapkali tebal.
saya menyukai kembara ini kerana didalamnya merupakan suatu perjalanan seorang penggemar buku. bukan kembara suka-suka melihat pemandangan dan merakam foto sahaja.
Profile Image for Wan Atiee.
38 reviews22 followers
January 10, 2013
sangat menyentuh jiwa muda saya untuk turut kembara ke eropah. Saya selalu membaca buku ini dengan ditemani alunan lagu m.nari salam dunia. terima kasih juga kepada kak nisah kerana menghidangkan buku yang begitu menarik sekali untuk kita membaca dan sama-sama manfaat isi yang terkandung didalamnya. Buat kak nisah, syabas saya ucapkan.
Displaying 1 - 30 of 43 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.