Nikah gantung. Itulah istilah pernikahan aku dan Nadhir. Baru saja bernikah, aku dah ditinggalkan kerana suamiku mahu menyambung PHD di UK dan dia tak membawa aku bersama. Namun, pernikahan ini tak menjanjikan apa-apa sementelah diriku ini, ibarat sampah yang tak berharga dimatanya. Mahu disimpan seketika namun bakal dibuang bila-bila masa.
"Tak ada satu pun ciri-ciri gadis idaman aku, ada pada kau. Jadi, aku harap kau tak mengharap yang perkahwinan ni. Balik dari UK nanti, kita akan bincang kesudahannya." - Nadhir
Nadhir. Perkataanmu benar-benar membunuh jiwa ini hingga hilang segala rasa perasaan padamu. Dua tahun lagi, Kau takkan menjumpai Seri yang dulu lagi. Seri yang bodoh ni, dah mati!
Dua tahun aku digantung tak bertali tibalah masa suamiku pulang ke Malaysia dan memberi penyudahnya pada ikatan suami Isteri diantara kami.
Aku dah lahir sebagai Seri yang baru. Pasti ya, Aku takkan biarkan lelaki berstatus suami itu menganiaya aku lagi. Aku ingin bebas dan dilepaskan.
Namun, hal lain yang berlaku saat kami bertentang mata selepas dua tahun bila dia enggan menceraikan aku.
Aku meraih kemenangan pertama dan aku akan menghitung penyesalannya hari demi hari, dengan penuh kegembiraan.
Adakah aku puas? Sampai bila, aku nak balas segala perbuatannya dulu? Bagaimana kisah kami akan berakhir? Cari cinta yang lain atau masih punya dia...Jom baca ebook ini.
Lama F tak baca karya Mia Kiff.. kali ini kita disajikan dengan watak female yang chubby kena kahwin dengan anak angkat mak long.
Tetapi dia ditinggalkan gantung tak bertali selama 2 tahun. Semua ini salah faham. Sebab suaminya terdengar yang isteri dia nak saif sahaja. Merajuk la suami sampai keluarkan ayat² yang melukai perasaan isterinya.
Isteri nekad blocked semua phone number, facebook, instagram dari suaminya.
After 2 years suami dia balik, dia ingat dapatlah bercerai tapi lelaki taknak bercerai. Yea selama 2 tahun dia ditinggalkan, dari 102kg turun berat badan ke 52kg. Makin cantiklah empunya badan.
Bila suami nak kembali dan memohon maaf, kata² sinis diberikan pada en suami. F faham kita ini perempuan selalu ikut emosi.. kadang² kesian jugak bila rasa kurang ajar kat suami, tapi ditinggalkan 2 tahun tanpa berita memang menyakitkan hati.