Jump to ratings and reviews

Pesan

‘An-nyeong haseyo!’ Pasti ramai yang biasa mendengar ungkapan Bahasa Korea ini.

Sungguhpun begitu, tidak ramai yang mahir berbahasa Korea untuk tujuan perkembangan diri mahupun dakwah. Buku tulisan Norul Madihah ini menghimpunkan sekitar 200 kosa kata bahasa Korea — beserta sebutan dan maksudnya. Tambahan pula, setiap kalimat mempunyai pesan yang bermakna buat kehidupan seharian. Semoga ada manfaat yang bisa dibawa ke akhirat!

229 pages, Paperback

Published May 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Norul Madihah

3 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (28%)
4 stars
7 (50%)
3 stars
3 (21%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Izzati.
643 reviews7 followers
December 9, 2024
4.5 stars

Pesan adalah buku kedua oleh Norul Madihah yang saya baca. Saya membaca buku Baik-baik Saja pada tahun ini juga, jadi lebih senang untuk membandingkan antara kedua-duanya.

Bagi saya, buku ini jauh lebih baik dari bukunya yang pertama itu. Mungkin penulis sudah menjumpai suara penulisannya, atau mungkin dia mempunyai idea yang lebih baik untuk buku ini. Sebagai seorang yang mempelajari Bahasa Korea, saya amat suka dengan konsep buku ini yang membuat sajak Melayu untuk setiap satu perkataan Korea mudah yang diasingkan mengikut huruf Korea. Oleh sebab saya belajar bahasa asing itu dengan Duolingo, memang saya tidak tahu banyak perkataan berunsur muslimah seperti ‘akhirat’ dan ‘solat’. Sajak penulis yang sentiasa berat dengan nasihat itu pun lebih cantik berbanding dengan sajaknya di dalam buku Baik-baik Saja.

Saya mengesyorkan buku ini kepada sesiapa yang minat Bahasa Korea dan sajak Melayu yang penuh nasihat dan refleksi kehidupan.
Profile Image for Athirah Idrus.
445 reviews8 followers
February 7, 2025
Rating: 4.5 stars

Walaupun saya minat belajar bahasa, secara jujurnya bahasa Korea bukanlah salah satu bahasa yang saya ingin pelajari buat masa ini. Namun, penulis buku ini merupakan salah satu dari figura umum yang amat saya kagumi kerana kerja-kerja amalnya, peringatan mengenai kesihatan mental dan juga perkongsian penulis tentang bahasa.

Buku ini merupakan buku ketiga penulis yang saya baca dan pengisian di dalam buku ini lebih menarik dari saya jangkakan, walaupun fokus utamanya mengenai perkataan-perkataan terpilih dalam bahasa Korea. Penulis menyampaikan ‘sajak’ mengenai setiap satu perkataan Korea, dan menunjukkan interpretasi penulis mengenai setiap satu perkataan yang dikongsikan.

Menariknya, perkataan yang dipilih bukanlah perkataan yang lazimnya diajar di dalam kurikulum permulaan bahasa asing, namun lebih kepada perkataan yang membawa makna tersirat bagi penulis sendiri. Setiap sajak yang ditulis juga lebih matang dari segi isinya dan juga lenggok bahasa. Bukan sahaja boleh dinikmati dari segi bacaan ringan sekadar mengisi masa, buku ini juga boleh dijadikan rujukan, sesuai bagi yang ingin mempelajari tatabahasa Korea tanpa rasa bosan seperti membaca kamus.

Moga perkongsian penulis di dalam buku akan datang juga dijaga kualitinya seperti ini. Sangat disyorkan kepada peminat bahasa dan juga kepada yang mencari bacaan ringan tetapi mampu menggalakkan pemikiran dan perbincangan sesama pembaca.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews