Jump to ratings and reviews
Rate this book

Baik-Baik Saja

Rate this book
Semuanya,
Tiada yang tertinggal walau satunya,
Adalah baik-baik saja.
Andai saja kita bersabar,
Andai saja kita bersyukur.


Buku sulung penulis ini terlalu peribadi, mengumpulkan segala rasa yang disorokkannya selama ini, terlahir dari pengalaman & pengamatan yang kemudiannya dizahirkan dengan kata kata yang datang terus dari hati.

232 pages, Paperback

Published January 1, 2024

2 people are currently reading
7 people want to read

About the author

Norul Madihah

3 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (30%)
4 stars
6 (60%)
3 stars
1 (10%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for siso.sofy.
254 reviews5 followers
June 13, 2024
Buku pertama daripada penulis yang aku kira sebagai satu usaha yang sangat baik. Bentuk bacaan yang ringan sesuai untuk dibaca pada bila-bila masa sahaja.

Gaya penulisan yang santai tapi setiap bait kata boleh dijadikan prompt untuk pembaca membuat deep reflection. We can sense how sincere the author tries to convey her message, may Allah put barakah in this book and her efforts.

Kita diingatkan bahawa kehidupan ini penuh dengan turun dan naiknya tapi Allah sentiasa ada untuk kita dan kita sebenarnya lebih kuat dari apa yang kita sangkakan.

p/s: walaupun ada sedikit kesalahan, aku kira penulis sedar dan akan dibaiki untuk cetakan yang seterusnya InsyaAllah.
Profile Image for Athirah Idrus.
425 reviews9 followers
October 19, 2024
Jarang sekali membaca buku nonfiksyen, lebih-lebih lagi dalam bahasa Melayu. Terdetik untuk membeli buku ini kerana sukakan nasihat yang disampaikan oleh Dr Madihah di media social. Ternyata buku sulung karyanya ini mengumpulkan lebih banyak topik yang sentiasa dibincangkan Dr sendiri tapi mungkin dengan lebih mendalam dan terasa lebih personal dengan karya yang merupakan nukilan Dr mengenai topik persahabatan dalam hidup Dr sendiri.

Kadang kala kita bukan tidak cakna mengenai sesuatu tetapi apabila terjadinya sesuatu yang tidak diduga terutamanya apabila dilalui diri sendiri, agak sukar untuk menimbang secara rasional atau membuat keputusan yang bijak ketika mengharungi cabaran. Buku ini yang menampilkan kata-kata nasihat yang merangkumi topik masalah mental atau kemurungan tatkala melalui sebarang dugaan, merupakan suatu usaha yang baik untuk sentiasa mengingati kita perkara yang penting untuk terus cekal dalam hidup.

Penulisan buku ini informal, iaitu kompilasi refleksi Dr Madihah mengenai pelbagai topik yang berbentuk puisi mudah yang disampaikan secara bersahaja dan ‘ringan’ meskipun topik yang dibicarakan mungkin sesuatu yang kompleks. Sesuai untuk dibaca sesiapa sahaja terutamanya yang mencari kata-kata semangat mengenai kehidupan secara umum.
4 reviews
May 18, 2025
For me, penulisan yang ringkas namun sangat suka dengan kata2 penulis, bagai memujuk hati yang sedih namun dengan penuh hikmah..
Profile Image for Izzati.
585 reviews7 followers
December 12, 2024
3.5 stars

Pengikut dan peminat Norul Madihah mungkin sudah biasa dengan kontennya di media sosial yang berbentuk nasihat. Begitulah juga isi buku ini yang penuh dengan kata-kata berhikmah. Kebanyakannya dalam bentuk sajak. Pada mulanya, saya mengaku saya merasa agak bosan kerana sajak-sajaknya berbunyi agak sama antara satu sama lain. Namun, apabila saya membaca sajaknya yang ditujukan kepada rakannya yang telah berangkat pergi ke sisi Tuhan, tersebak sehingga air mata pun menitis. Sungguhpun ada sajak-sajak yang menarik, saya agak kecewa dengan penyuntingan buku ini kerana terdapat lebih dari 50 muka surat yang berulang! Banyak merugikan, bagi pendapat saya.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.