Jump to ratings and reviews
Rate this book

鬼要去哪裡? #1

Ke Mana Arah Tujumu 01: Ikatan Memori

Rate this book
Tak sangka...
Dia pun boleh lihat 'mereka'...

Tak sangka...
Aku tak sendirian lagi...

Qiu Dong, seorang pelajar dengan gaya bowl cut seorang yang suka menyendiri. Dia ada satu impian iaitu mencari roh yang 'hilang'. Demi mencapai hasrat tersebut, Qiu Dong menjadi 'bas' untuk roh-roh berkeliaran.

Pertemuan dengan rakan sekelas, Jing Jing membuka dimensi pandangan Qiu Dong. Jing Jing mempunyai kebolehan serupa namun dia lebih ceria dan bersemangat. Kehadiran gadis itu mula memberi sinar untuk jiwa sepinya.

Qiu Dong dan Jing Jing sering bertemu dengan roh-roh yang berlegar untuk menunaikan hasrat tertunggak. Bermulalah kisah mengharukan di antara roh dan manusia.

254 pages, Comic

First published August 1, 2019

4 people want to read

About the author

Rimui Yumin

3 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (85%)
4 stars
2 (10%)
3 stars
1 (5%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Beelah.
312 reviews18 followers
September 21, 2025
Kalau tengok muka depan komik depan, saya auto fikir yang ni komik cinta + kehidupan. Rupanya salah! Ini pasal budak lelaki yang bernama Qiu Dong yang berkebolehan melihat dan berinteraksi dengan roh/hantu. Cerita hantu seram ke? Pun salah! Ni cerita hantu yang harmoni bak kata pelukis (sebab dia seorang yang takut hantu dan tak tengok cerita hantu, gapo dio? 🤣). Tambahan, cerita pun menjadi semakin lawak dengan kehadiran watak utama perempuan bernama Jing Jing yang turut ada kebolehan yang sama. Saya memang suka habis la kat komik ni, sekarang nak sambung jilid kedua pulak.

Bila tengok rambut si hero yang macam Abu Bakar Elah, teringat pula kat Karasuma School Rumble. Lukisan karakter lawa2 dan kacak2. Hantu pun jadi cantik. Kalau ada 10 bintang, 10 bintang jua saya nak bagi.
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
July 19, 2024
Tengok kulit depan macam komik cinta tapi ternyata tidak, ini adalah komik bergenre drama, misteri, sedikit komedi, sedikit cinta mengenai seorang budak sekolah yang boleh melihat hantu! Tajuk asal pun "Where are the ghosts going?", cuma diterjemahkan kepada "Ke mana arah tujumu?" dan "mu" tu dinisbahkan kepada hantu sebenarnya. Aku bagi 5 bintang sebab cerita dia sedap, lukisan pun lawa. Bagus jugak gempakstarz mula ambil komik2 taiwan ni, sedap2 juga cerita diorang. Berbaloi untuk dilahap.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.