Kehidupan di mayapada ini direncami oleh uji dan duga, suka dan duka. Setiap manusia, tidak kira kecil atau besar, tua atau muda, di plosok mana-mana pun mempunyai kisah dan cerita tersendiri.
Menampilkan 10 buah cerita yang tepu dengan isu yang rencam dan pelbagai, dengan pengalaman menulis yang bukan sedikit, penulis memabawa isu kemasyarakatan dalam cerpen-cerpennya dengan menggunakan gaya penceritaan yang mudah dihadam, menyentuh refleksi masyarakat, dan seterusnya menjadi cermin kepada manusia dan kemanusiaan.
Mengandungi 10 cerpen yang bagus serta sarat dengan pengajaran.
Cerpen-cerpen yang dikarang saudari Farahana Hussain kaya dengan estetika dan nilai-nilai murni. Saya tabik pada keberanian beliau, melalui cerpen 'Pemisah Kiri Kanan : Sungai Kehidupan' yang mengangkat tema kecelaruan gender serta kekreatifan beliau mengadunkannya dengan dialek Perak. Sindiran halus tapi tajam disampaikannya di dalam cerpen 'Haji Naik Motor' dan 'Pengantin Untuk Dijual'.
Ada juga kisah yang berlatarkan istana seperti dalam cerpen 'Mahkota di Atas Jemala II' dan 'Mimpi Puteri Ramadan' yang membawa pengajaran - pemerintah haruslah meruntuhkan ego dan menghapuskan dinding darjat dengan mengambil kira juga pandangan bernas dan nasihat daripada rakyat jelata.
Antologi cerpen yang terdiri daripada 10 cerita yang menggambarkan kehidupan manusia yang penuh dengan ujian dan dugaan, suka dan duka. Setiap cerita menyentuh isu - isu kemasyarakatan dengan gaya penceritaan yang mudah dihadam, alakalanya serious, alakalanya sinis untuk mencerminkan refleksi masyarakat dan menjadi cermin kepada kemanusiaan.
Aku suka konteks budaya yang digambarkan dalam cerpen - cerpennya memberikan lapisan kekayaan dan keaslian kepada karyanya, Farahana telah berjaya mencipta dunia yang hidup dan nyata, yang membolehkan aku merasakan dan merenungkan isu - isu yang diangkat. Salah satunya ialah Pemisah Kiri Kanan: Sungai Kehidupan yang nenyentuh gender identity, sesuatu yang jarang mahu disentuh secara sopan oleh penulis tempatan.
OK bagi aku, ini adalah koleksi cerpen yang layak untuk dibaca oleh siapa saja yang menghargai karya penulis local dan ingin memahami kehidupan melalui cerita.
Setiap manusia ada kisah dan cerita tersendiri. Saya suka sinopsis itu dan ia terbukti dalam kisah pelbagai yang dibawa penulis dalam 10 cerpennya. Membaca kumpulan ini mengetuk minda dan hati pembaca meneliti perkara-perkara kecil yang ada kalanya kecil di mata kita. Umpamanya cerpen yang menjuduli kumpulan cerpen ini `Pari-pari Syurga', meminta anak sekecil empat tahun ke kedai membeli barang-barang kecil seperti milo dan susu telah menjadi punca penculikannya. Senario biasa bagi segelintir ibu bapa namun besar impaknya. Pelbagai isu lain dalam cerpen Haji Naik Motor, Pengantin untuk Dijual dan Mimpi Puteri Ramadan.