Jump to ratings and reviews
Rate this book

Guy Next Door

Rate this book
Kisah perang mulut antara dua jiran (Kristal Abdul Hamid – sudah punya teman lelaki, Fandi) dengan (Adam Putra Iskandar). Kris memandang serong pada Adam, anak emak yang disangkanya menganggur. Kris selalu dileter oleh emaknya dan dibandingkan dengan Adam.

Sehinggalah Adam memulakan langkah meleraikan perang dingin antara mereka. Bermulalah bermacam-macam peristiwa lucu dan mengusik hati Kris dan Adam. Daripada menyampah menjadi suka.

“Kuketuk pintu rumah sebelah, kujumpa cinta dia!”

487 pages, Paperback

First published April 1, 2014

35 people are currently reading
704 people want to read

About the author

Rose Harissa

35 books220 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
304 (49%)
4 stars
205 (33%)
3 stars
87 (14%)
2 stars
14 (2%)
1 star
10 (1%)
Displaying 1 - 30 of 100 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
April 16, 2014
Ini antara penulis favourite aku. Old time. Hands down.

Full review: 16/04/2014

Aku suka:-

1. The one & only, that Guy Next Door [GND] -- Adam Putra Iskandar. Ok, namanya pun dah ala-ala hero filem. Tapiiii... dia sangat cool ok! *amboiiii* hahaha. Aku sebenarnya suka dengan cara penulis melakar watak Adam ini. Tak dinafikan, RH memang pakar dalam menggambarkan watak hero-hero novelnya, tu buat aku makin suka dengan Adam.
2. Makcik Umi -- Karakter ibu yang paling hilarious selepas Makcik Sari. Memang asyik tergelak je bila baca percakaran anak beranak. Kata-katanya memang asyik kena batang hidung sendiri. Dan, dia ibu yang paling tepat untuk si anak seperti Kris.
3. Jalan cerita yang sweet like candy. Cerita ini mungkin hadir tepat pada masanya, ketika aku tengah serabut dengan segala hal duniawi [ok, exaggerate! :P]. Aku perlukan sesuatu yang simple, tapi menarik hati. Padaku, GND boleh masuk dalam kategori chic lit.
4. Kris -- Jujur, aku tak suka dia hahaha. Tapi ya, seiring pembacaan rasa tak suka itu hilang sikit demi sedikit. Watak seperti Kris perlu ada untuk mengimbangi watak cool Adam. Adanya Kris untuk buat pembaca seperti aku menyampah, tapi dalam masa yang sama tetap ingin belek GND hingga ke halaman terakhir. Ha, nampak tak betapa Kris sebenarnya penting dalam cerita GND ni *wink*
5. Family bonding dan rasa kasih sayang -- Hubungan antara anak perempuan mahupun lelaki dengan ibunya. Rasa hormat dengan jiran tetangga, sikap ambil berat bukannya jaga tepi kain orang. Kesemua ini buat aku rasa cerita ini dekat di hati sebab adanya rasa belonging.

Kalau inginkan sesuatu yang santai dan mudah hadam, boleh dapatkan novel ini. Ia bukan kisah cinta air mata, jadi jangan risau anda tak akan mudah naik angin. Cuma, kalau ada sikit rasa menyampah mungkin sebab si Kristal tu, atau mungkin juga kerana adanya si Fandi. Perghh... tulis namanya buat aku sendiri rasa alergik dengan mamat seperti ini *wink*

Cuma, aku selalu kena betulkan tune dengan pertukaran POV dalam setiap bab. Kalau yang jenis baca langkau-langkau, mungkin akan tersesat juga. Juga mungkin boleh betulkan kesalahan ejaan Bahasa Inggeris dalam cetakan seterusnya. Kesalahan minor je ni.

Dan, bintang-bintang bersinar bukan hanya kerana ceritanya, pasti juga untuk penguat semangat kepada penulisnya. Tahniah! Moga tak akan pernah berhenti. Welcome back sis! ;))

Ps: Kalau rasa review aku ini bias, korang boleh lihat review teman-teman lain di GR.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
August 13, 2016


Cerita yg aloaloalo kutikutikuti grrr meowww comel sungguh watak hero heroin dlm GND. Kerjaya si Adam juga membuat pembaca teruja nak explore dunia animator. Diserikan juga watak mak Cik Umi, mak yang kelakar. Dah ok sangat jalan ceritanya tapi.....



Disebabkan adanya scene yang patut ditiadakan untuk tatapan anak remaja maka 2 bintang ditolak sekaligus GND menggondol 3 bintang dari Cik Pah
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
April 11, 2014
esok review... mlm ni nk tido sambil sengih2.... hikhikhik

First of all, I must say this. SAYA SUKA ADAM. Fullstop. I like Adam as much as I like Tengku Adi Rafizal. Just need to let it out of my system… Hihihi… Okay.. now.. the review.

Sejujurnya… saya tidak terpanggil untuk membaca buku ini. Why? The reason why is because RH’s books are too conflicting for me. Her stories are mind boggling. Many of my friends said so and I’ve even experienced once when reading CINTA MEKAR DI HATI. So, when I saw this book in FB, GR and KN’s email, I haven’t the inclination to read it. Even when my friends recommended me to read it, I just ignored because the feeling of reading CMDH still lingers. But when I was offered to purchase the book with the author’s signatures, I guess well, this must be a sign for me to READ IT! So, fine, I bought it with the intention to peram. As usual lah.. However, when the book came, the gorgeous cover really caught my eye and the cute picture of Adam and Kris really beckons me soooo… I read it…

In the beginning, it was a happy reading. Seriously sweet, charming and wonderful read. I was hooked. Even when Fandi came in the picture, I was ok. When Tun Markonah came into story, I was fine. And then BAM!!!! Just when I thought RH has mellowed down with her conflict, she hit me… When I started reading the book, I was ready body, mind and soul knowing how RH writes her story but after reading ¾ of the books and it was a happy reading, I let down my guard and that was when she hit me. It came out of no where and I was like… Oooo my Allahhh… here it comes and from there on it starts. Jeng jeng jeng… Although it is not that conflicting compared to CMDH, the conflict’s still there. What is the conflict, that is for you to read and enjoy… :)

I absolutely love Makcik Umi. She is hilarious. Seriously I love her. Kata2 dia sangat menusuk kalbu and straight to the point. No kona-kona. She is part of my Happy Reading. Kris, on the other hand, I was ok ok je dengan dia. I think she’s shallow. She only looks at appearance and she’s hard headed. So, I definitely don’t think that she deserves my Adam. Now… Adam… He is absolutely gorgeous in every way. Anak yang baik, Jiran yang prihatin, Lelaki yang awesome, Suami yang penyayang.. *sigh* RH memang suka promote hero dia tau. Sepertimana dia promote Tengku Adi Rafizal, begitulah dia promote Adam. He is definitely a keeper. Nak kata dia romantic, sooo notttt… Tapi he has his own loving way that I find adorable.

However, ada however.. being me, a conservative and village people, I tend to seek clean romance and I can’t say that it is in here. Kris and Fandi punya behaviour and lepas laku Adam masa dia nak pergi US tu unacceptable to me even though itulah realitinya. And oh.. ada sikitttttttt 18SX after marriage… No komen on that because I sincerely do not know how to comment on that.

All in all, to me, this is a good book. I like it. Like it very much, in fact. Everything is in there. Cukup rencah and perisa kehidupan. Have a go and you’ll not regret it….
Profile Image for Hajar.
284 reviews
April 21, 2014
Suka:

1. Pertama sekali mestilah Encik Adam Putra Iskandar (Adam) yang supercool, anak dan adik yang baik sebab sanggup korbankan cita-cita dan impian hanya kerana nak menjaga seorang emak (ada lagi tak lelaki mcm ni? Kalau ada nak cop 1 :p). Adam ni juga merupakan seorang kawan dan jiran yang protective. Tapi tak sangka pula boleh bertukar jadi suami yang....... Ehem, orang yang baik ni pun ada sisi 'nakalnya' juga okay? :p

2. Makcik Umi The Legend. Kehkehkeh. Bukan apa, karakter makcik yang selamba dan bercakap tanpa bertapis ni mengingatkan saya kepada Makcik Sarimah (emak Uwais, Suami Yang Ku Benci). Jenis orang yang tak simpan dalam hati. Straight forward punya orang. Takde konar-konar. Sungguh pun begitu, Makcik Umi ni memang jiran yang baik. Tak pernah berkira nak membantu keluarga Adam bila mereka ditimpa musibah. Ialah, nama pun berjiran, kan? Cuma agak ralat bila watak Makcik Umi ni terhenti macam tu saja.

3. Ikatan kekeluargaan yang erat ditunjukkan dalam keluarga Adam dan Kristal. Hormat- menghormati dan bertolak ansur dapat kita lihat dlm keluarga Adam. Contohnya, kakak-kakak Adam bergilir menghantar emak mereka ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan sementara Adam pula bertanggungjawab menjaga kebajikan emak mereka di rumah.

4. Semangat kejiranan yang utuh. Saling bantu membantu dan bukan hanya sibuk menjaga tepi kain orang. :D

5. Sisi watak Kristal yang teguh pendirian dan tak makan dek pujuk rayu lelaki macam Fandi tu.

Kurang gemar:

1. Kristal yang digambarkan lepas laku masa berhubungan dengan Fandi. Walaupun tak pernah terlanjur tapi tetap tak manis ya adik-adik?

2. Watak Kristal yang suka prasangka dan beremosi tak tentu fasal. Haha. Tapi, saya setuju dengan pendapat Airina, Kristal ni umpama peneutral watak Adam yang manis itu. :D

3. Ada sesetengah adegan yang pada pendapat saya, kalau tak ada pun tak mencacatkan jalan cerita. Terutamanya adegan terlebih gula. Adam tu dah cukup manis dah. Ditambah gula memang boleh diabetes jadinya. :P

Komen saya: Keseluruhannya, saya suka kisah ni. Terutamanya Adam. Eh? Haha. Terhibur. Tersengih. Tergelak. :D Tahniah dan selamat kembali menulis Kak Rose. Moga terus berkarya. :)
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
October 31, 2014
4.5 star

Bukan review: hurmmmm, huruf M tgh membesar skrg ni..haishhh

17.04.2014

Lama sungguh tak baca hasil tangan penulis ni. Rasanya ini karya pertama beliau dengan penerbit ni. Dan seperti karya beliau yang pernah dibaca, memang TAK MENGHAMPAKAN. :P

Lima tahun hidup berjiran, mereka tidak pernah bertegur sapa. Kristal dengan sikap tak cakna dan Adam pula memuja dalam diam. Tapi yang selalu buat Kris sakit hati dengan Adam adalah sokongan padu Mak Cik Umi pada Adam. Pada mata maknya, Adam hampir sempurna tapi pada Kris, sempurna haper kalau kerja pun idok tapi asyik terperuk di rumah perabis duit pencen orang tua.

Kris hampir buta mata hati dan mata kasar sebab terlalu taksub dengan ayat leleh kekasihnya, Fandi. Kris ni macam kebanyak tipikal watak heroin yang mengejar lelaki romantik tahap petala kelapan dan juga kalau kaya itu satu bonus. Walaupun sudah lama bercinta bagai nak rak, diangkut ke hulu ke hilir tapi Fandi masih lagi tidak masuk meminang. Ini yang menaikkan darah Mak Cik Umi sebab maruah anak dara tunggalnya bagaikan dipermainkan.

Dalam pada mereka tak bertegur sapa, sekali bercakap terus bercakar Adam dan Kris ni. Kris dengan perangai tak semenggah yang tak pernah mahu kalah dan selalu bersangka buruk, ditambah lagi dengan perangai Adam yang sentiasa cool dan suka mengusik. Aduhhhhh, bercakar macam kucing la depa ni.

Ketika Kris sedang asyik masyuk terleka dengan cinta Fandi, sekali keghaiban lelaki itu memang buat Kris tertekan dan lagi ayat-ayat pedas dari Mak Cik Umi yang sentiasa buat telinga dia berasap. Akhirnya rahsia Fandi terbongkar tapi Kris masih lagi percaya dengan kekasih hati pengarang jantungnya yang tak berapa nak betul ni. Tapi, sekali Tuhan nak tunjuk. Haaaaa, depan Adam lagi tu. Walaupun malu tapi sebab ego tinggi Kris tetap tak pandang Adam walaupun dalam berkias Adam ada tunjuk rasa suka kat dia. Huhhhh, perangai tak semenggah sungguh Kris ni. Duduk junjung ego tinggi melangit tapi bila Mia nampak rapat dengan Adam, tahu pulak dia tunjuk perangai cemburu tak tentu hala tu.

Tapi sebab dah tajuk GND, mesti ada sangkut paut jugak mereka berdua ni. Walaupun banyak cabaran Adam nak dapatkan Kris ni. Dengan kehadiran Adeera, ugutan Fandi dan juga tindakan penculikan Kris yang hampir menyebabkan Adam hilang nyawa. Kesudahannya, sila baca sendiri..:P

Komentar:

Yeahhhhh, selepas terbakar, siap rentung dan sebagainya. Akhirnya khatam juga naskhah ini. Sejujurnya, ayat-ayat penulis memang sentiasa menarik hati untuk dibaca walaupun terselit sedikit adegan yang sensitif dan kadang kala tak realistik di mata KakChik.

Memang jatuh hati tak ingat kat karektor Adam yang bajek suci tapi tak berapa nak suci juga kalau dah dapat peluang depan mata, kan? Karektor anak yang sanggup hilang kerjaya demi orang tua dan juga sikap yang tidak cepat melatah. Tapi kalau dah dapat isteri yang perangai tak matang macam Kris memang buat haru saja.

Sangat la sakit hati dengan watak Kris ni. KakChik rasa watak Kris antara watak heroin yang buat KakChik meluat tahap nak hempuk kepala dia dengan batu lesung. Kenapa la hang sungguh tak bersyukur, Kris ooiiiii. Masih juga menjunjung ego dan sikap tak matang walaupun dah menjadi isteri orang. Buat KakChik angin jer.Haish

Mak Cik Umi sungguh memukau dalam GND dan karektor dia memang menghidup hampir 3/4 dari keseluruhan cerita. Walaupun mulut dia super laser tapi dalam hati dia, hanya Tuhan yang tahu. Memang setiap ibu mahu yang terbaik buat anaknya. Tapi kalau anak jenis macam Kris ni memang kena 'palu' selalu. Itu pun masih tak sedar jugak.

Keseluruhan cerita hampir sempurna walaupun KakChik kecewa juga sebab watak Mak Cik Umi yang selamba itu 'mati' begitu saja lepas Adam-Kris ke US. Watak-watak lain tidaklah begitu memberi impak terhadap keseluruhan cerita sebab banyak ruang diberi Adam-Kris.

POV yang berbeza hampir setiap bab memang memerlukan tumpuan yang tinggi. Hehh

p/s: Kak CT, thanks kasi pinjam GND. :P
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews104 followers
October 28, 2014
Naskah untuk dilepaskan; RM13.00. PM je....

Ini naskah untuk pelaku2 yg 'jujur'. Penulis punya keberanian yang jitu untuk melakarkan senario keluarga yang biasa-biasa. Betapa ke-pening-an si ibu dan bapa atas kelaku si anak dicoretkan bergenrekan komedi. Dan... MAKCIK UMI perlu dinobatkan sebagai watak IBU TERBAIK setakat ini. Kata2nya memang pedas menyucuk hingga ke ulu hati (perumpamaan kat tempat aku la).

Kris... juga watak anak gadis yang jujur. Ke-normal-annya yang terpedaya dengan dunia dan isinya(?) (Fandi) hingga sanggup mengibutirikan Makcik Siti sendiri. Memandang rendah si Adam hanya kerana penampilan yang biasa-biasa.

Adam... juga jejaka yang jujur. 'Mengidamkan' anak dara sebelah tapi didiamkan kerana sedar siapa dirinya. Suami yang jujur. Jujur kerana sedikit goyah di awal perkahwinannya dengan Kris. Juga lelaki yang jujur (mungkin kerana itu ada tercalit sedikit adegan 18SX untuk naskah ini :)

Yg kurang kejujurannya hanyalah penulis (?). Mengambil pendekatan 1st person POV untuk 2 pelaku utama memerlukan paksi yang kukuh. Melukiskan garis sempadan untuk 2 watak berbeza banyak cabarannya, kerana untuk keseluruhan naskah hanya 'AKU' yang berbicara, bukan Kris dan bukan Adam. Ya... ada sedikit kegelinciran di sana sini, tapi dihijabkan dengan dialog komedi yang dipilih.

Perincian persekitaran dan kerjaya yang wajar dipuji.

Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
June 10, 2014
kisah jatuh cinta dgn jiran bukanlah sesuatu yg baru dalam novel masa kini. Tetapi rose harissa mempunyai sentuhan pena yang tersendiri dan mewujudkan kelainan dalam kisah yang biasa ini.

Kris dan Adam ada keserasian dalam kerancakan bertekak dan bertikam.lidah. Jarang dpt baca novel yang menceritakan dari sudut pandangan lelaki seperti ini.

Kisah yang sangat manis dan menarik namun, towards the end ada juga terselit babak babak notty notty yang budak2 tak sesuai baca. mak mak jgn lupa pantau apa yg anak2 anda baca ya. ;-)

Rose Harissa seperti lebih bebas membawa halatuju kisahnya dalam naskah ini. Mak kristal memang penyeri dalam kisah ni. masa di penghujung cerita mak dia tak ada di situ utk menyekeh kepala kristal rasa bosan plak. ahaha.

sure fine whatever
Rinn
Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
April 3, 2014
Amaran: Review terpanjang ever..maaf jika penat nak baca..hehe

A nice comeback dari penulis. Akhirnya cerita yang dibaca dalam blog dibukukan juga. Terkejut tergolek masa KN keluarkan teaser daripada buku ni.pheww...memang a big suprise. :D

Kristal berjiran dengan Adam Putra Iskandar, guy next door selama 5 tahun selepas Adam pulang dari US.Tapi tak pernah bertegur sapa, apatah lagi Makcik Umi,mak Kris selalu memuji jiran sebelah ni. Adam rajin, anak yang baik, rajin tolong jemur baju, sapu laman, siram pokok, pergi pasar bla bla bla... Eh, memang sangat baik la kan sampai Kris naik muak dan bosan dengan pujian tersebut. Kris yang anak dara ni pon tak rajin macam tu, bangun tidur lambat, hari minggu pon lesap pergi dating dengan boyfriend kesayangan si Syed Affandi@Fandi. Lagi Kris bengang bila Makcik Umi bandingkan Adam dengan Fandi,pengarang jantung dia.

Sebenarnya Adam selalu perhatikan Kris,tapi dia pelik kenapa Kris macam benci sangat kat dia, padahal dorang tak pernah bertegur sapa pon. Semasa mak dan ayah Kris pergi umrah, Makcik Umi amanahkan Adam dan mak Adam untuk jaga dan tengokkan Kris. Masa ni la, si Fandi kantoi dengan Kris yang dia sebenarnya dah kahwin dengan pilihan keluarga dia. Fandi sampai cari Kris dekat rumah untuk pujuk Kris. Sampai Adam terpaksa masuk campur dan tolong Kris daripada diganggu Fandi. Memang muka tak tau malu Fandi ni, dah la tipu Kris, lepas tu masa nak pujuk tu selamba je peluk-peluk anak dara orang.Siap ungkit pasal downpayment kereta yang dia bayarkan untuk kereta Kris dan ugut Kris untuk pulangkan kereta tu kalau Kris taknak kembali pada dia.bacul la ko Fandi. ahaha.emo pulak.

Selepas mak dan ayah Kris balik dari umrah, Kris memang kena basuh disebabkan kes Fandi dan kereta tu. Dorang memang tak berkenan dari awal dengan Fandi. Semasa kenduri doa selamat di rumah Adam untuk meraikan kepulangan mak ayah Kris dari umrah, keluarga ex girlfriend Adam iaitu Adeera datang untuk meminang Adam.hahu..memang gempar satu taman bila rombongan perempuan datang meminang. Adam terus cari Adeera dan menolak peminangan tersebut. Masa ni la, mak Kris berkias, katanya kalau Makcik Umi pinang Adam, Adam terima tak?? Adam tersipu-sipu malu konon. dalam hati yabedabedu dia pasti akan terima..hahaha. sweet part.

Masuk part sedih bila Mak Adam meninnggal dunia, Adam memang sangat sedih dan decide untuk terima tawaran kerja di US. Walaupun hubungan dia dan Kris semakin baik, tapi Adam tak berani nak luahkan perasaan dia pada Kris. Sebelum Adam pergi US, Adam ditikam oleh orang yang mahu menculik Kris. Kris syak semua ni kerja Fandi tetapi sebenarnya kerja isteri Fandi yang cemburukan Kris.

Selepas Adam pergi, Kris jadi tak tentu arah sampai selalu stalk fb Adam. Baru Kris sedar yang dia sukakan Adam. Sampai Kris terkejut bila Adam update di fb yang dia 'in a relationship' dan akan berkahwin. Semasa Hari Raya, Kris dikejutkan dengan kehadiran Adam di rumahnya. Adam kata dia balik untuk meminang dan berkahwin dengan Kris. Pada masa yang sama si Fandi yang dah jadi duda pon datang bawa rombongan. Memang jadi drama bila dua pinangan datang serentak. Seperti yang dijangkakan pinangan Fandi ditolak dan mengejutkan rupa-rupanya majlis akad nikah Kris dan Adam dilangsungkan petang tu juga.

Tiga hari lepas tu, Adam pulang ke US semula tanpa Kris untuk menguruskan visa Kris dan lain2 hal. Kris pelik dan terasa sebab Adam tidak sentuh dia langsung dan meninggalkan dia yang masih dara di Malaysia.. Adeh, gatal juga ko ni Kris. Adam memang gentleman bila dia jelaskan yang dia taknak Kris termengandung sorang2 dekat Malaysia dan permohonan untuk membawa Kris ke US mungkin makan masa yang lama. Adam nak Kris ada disampingnya bila Kris mengandung.

8 bulan kemudian baru Kris ke US dan tinggal bersama Adam. Selepas sebulan Kris dah mula bosan dan rasa diabaikan Adam. Mula la cari point nak gaduh dengan Adam, sampai Adam tidur berdengkur pon jadi isu besar.
Kris mula memberontak dan keluar dari rumah sorang diri sampai dia diragut oleh lelaki kulit hitam. Adam memang bengang bila Kris bahayakan diri keluar rumah sebab jenayah berlaku paling tinggi.
Kris mula lah merajuk dan mengugut nak balik Malaysia, kesian Adam dapat isteri kebudak-budakan ni. Tapi tak boleh salahkan Kris sebab duduk ditempat orang dan jauh dari keluarga. Sedih pulak bila Adam pujuk Kris dan bagitau yang dia tak ada siapa2 selain Kris disitu. At the end, Kris mula paham dengan kerja Adam dan selesa tinggal di sana. Kemudian Kris disahkan mengandung 7 minggu dengan kembar. Untunglah ada genetik kembar dari Adam tu boleh dapat twins. Congratulations AdamKris. :)

Saya suka:

+ Jalan cerita yang simple dan sweet, mula2 benci lepas tu suka dan berkahwin. tapi bercinta selepas kahwin lagi indah kan..

+ Guy next Door yang rajin dan kacak.siapa taknak ada jiran camni kan.boleh cuci mata hari2..haha..Dah la gentleman, walaupon nampak macam jobless.tp sebenarnya diam2 ubi berisi ok. Kris je tipikal fikir Adam ni tak kerja dan sengkek.padahal Adam punya pendapatan lg banyak dari orang kerja ofis.

+ Ikatan kekeluargaan Adam dan Kris, semangat kejiranan yang kuat. Saling tolong- menolong antara satu sama lain.

+ Kesempoian Makcik Umi yang mencuit hati. mahu tak mengamuk bila anak dara tunggal macam2 kerenah.memang kena fire dengan makcik Umi. tapi mulut je bising, ape pon sebagai mak mesti mahukan yang terbaik untuk anaknya.

p/s:Berharap, lepas ni giliran Al&Nisa (Rindu Itu Cinta) pula diversi cetak. plis2..huhu







Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
October 21, 2014
(3.5 bintang)
Apa yang hamba suka tentang Guy Next Door:

i) Tidak disangka-sangka. Sungguh, hamba tidak punya keyakinan yang tinggi mulanya untuk menyukai buku ini. Iyalah, hamba skeptikal sedikit dengan buku yang diberi judul agak-agak cheesy (maaf) begini. Namun, boleh dikatakan lapan puluh lima peratus pertama dari buku ini, hamba baca dengan senang hati. Mungkin sudah lama hamba tidak membaca buku dengan bahasa yang benar-benar selamba dan santai. Meski hamba agak terganggu sedikit sebenarnya dengan ke-santaian itu tetapi hati ini mahu berkompromi dengan suka rela :).

ii) Hamba suka idea cerita ini yang dimesrai oleh bahasa santai penulis. Mungkin masih ada babak-babak klise (kejutan kahwin misalnya) dan watak antagonis tipikal novel-novel (seperti Tun Naziha dan Adeera) tetapi hamba masih menyukai jalan cerita ini. Hamba suka bagaimana dua jiran yang tidak pernah bertegur sapa selama lima tahun dan saling kontra sikap, perlahan-lahan saling mengenali lalu menjadi teman.

iii) Hamba suka Adam si animator antarabangsa itu meski hamba tidak berkenan pula pada Adam yang sama berstatus suami Si Kristal (hamba jelaskan nanti). Hamba suka apabila penulis memperincikan kerjaya Adam. Cukup-cukup penerangannya tanpa berlebihan :). Lagi pula, bila lagi hendak mengangkat seorang animator di Pixar sebagai hero? Asyik bos syarikat sana, anak bos syarikat sini, slot Samarinda sangat. Hehe.

Apa yang hamba tidak suka tentang Guy Next Door:

i) Hamba selalu fikir kejahatan itu adalah satu pilihan, bukan paksaan. Malang sekali, hamba merasa watak Tun Naziha dan Adeera seperti dipaksa-paksa oleh penulis untuk menjadi si jahat dalam cerita ini. Tidak neutral dan hamba langsung jengkel dengan kepura-puraan itu. Tapi mungkin saja hamba yang terlalu aneh sehingga mahu melihat kejahatan dikarang dengan ‘baik-baik’ dan ‘sempurna’.

ii) Aduh, mengada-ngadanya awak, Kris. Dan Adam, nakal sangatlah. Sungguh, hamba merasa seperti tidak mampu bernafas membaca kisah mereka suami isteri. Mana dengan Kristal yang melulu dan keanak-anakan. Mana dengan Adam yang nakal bukan main. Keterbukaan mereka dalam membicarakan soal ‘itu’ malah dijadikan perkara gaduh juga memanglah bikin hamba mahu putus asa. Nasib baik saja bahagian itu sudah di babak-babak akhir.


p.s Oh ya, Fandi! Ini lagi satu watak yang hamba rasa tidak dikembangkan sebaiknya malah tidak konsisten juga. Sekejap dia begini, sekejap dia begitu. Namun, ketika babak dia berkonfrontasi dengan Adam di hospital, buat pertama kalinya hamba merasa satu kejujuran yang tidak pernah hamba rasakan dari mana-mana watak ciptaan dari mana-mana novel sebelum ini. Sungguh, hamba merasa dia sangat-sangat-sangat tulus ketika itu. Entah kenapa. Walhal dia itu mengerikan sangat fiilnya. Haha.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
Adam Putra Iskandar aka Guy Next Door. Anak teruna Mak Cik Ton pagi-pagi dah rajinkan diri siram pokok bunga,pergi pasar naik basikal, sidai baju macam anak dara gayanya dan pandai masak sambal tempe pula tu. heh. Sebab Adam ni lah , Kris (Kristal) kena bebel dengan mak cik Umi tiap hari terutamanya cuti minggu. 5 tahun lepas hidupnya aman saja, sebelum Adam tiba-tiba muncul dan jadi model contoh untuk mak buat Kris.

:))

Adam duduk rumah saja, Kris anggap dia ni penganggur terhormat yang menghabiskan duit pencen mak ayah. Tak sangka sebenarnya Adam ni kerja pelukis grafik yang terkenal& berjaya bila gambarnya muncul dalam surat khabar. Tapi tetap Kris pandang rendah pada kebolehan dan kerjaya Adam yang seperti tiada masa depan. Tak macam teman lelakinya si Fandi. Tapi Fandi hilang tiba-tiba. -Masa ni Adam dan Kris sudah bercakap walaupun setiap kali Kris asyik-asyik marah Adam. Sebab Adam 'cool' dan mak cik Umi sempoi sudah jadi BFF. Kris rasa dirinya diketepikan. Kawan sendiri pula dah berpihak pada Adam. Adoilah~~kenapa semua orang suka kat Adam dan Kris selalu ketinggalan?
~

Sedih. Aku menangis masa baca kat blog dulu (part ni dah jadi spoiler, so tak terkejut sangat masa baca). Tapi tetap rasa kehilangan.

Kerana Adam ni seorang artis komik, masa part POV Adam sentiasa ada selit cameo watak-watak komik/manga kegemaran. (Sebagai peminat Bleach, aku sangat teruja masa sesi tenung-tenung hari pertama raya dengan Fandi) Hoho~ terbaik!

Novel ini sempurna pada mata aku :) Kelakar, nasihat, kekeluargaan, semangat kejiranan,kehilangan insan tersayang, mengejar cita-cita, hiburan,persahabatan, romance, krisis dendam& airmata, masalah rumahtangga etc. Fuh! Cukup sangat rencahnya. Sangat layak untuk 5*

Ps: Adik jangan baca bab36 ke atas. haha. Part aummm2x tu, emmm...memang layak dalam novel English. Tapi novel melayu takde sangatlah. Aku sengih je... (oh, terbukanya pemikiran aku sekarang :(! )

Dan aku dapat rasa kesinisan penulis kepada realiti anak dara zaman sekarang yang kurang serba-serbi untuk jadi anak dara contoh. Bila watak Adam disempurnakan di mata mak-mak :)). Keh3x
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
May 31, 2014
Setelah lama menanti karya terbaharu Rose Harissa, apa yang boleh saya katakan Guy Next Door (GND) ini tidaklah menghampakan.

Bertepatan dengan satu frasa yang terngiang di kepala ‘...pahit akan manis akhirnya..’ itulah yang boleh saya gambarkan kisah cinta Kris – Fandi – Adam usai saya menelaah naskhah ini.

Kris – dia ‘cinta mati’ Fandi. 5 tahun percintaan yang penuh warna pahit-manis bersama Fandi. Fandi anak datuk. Fandi yang berkerjaya. Sementelah keluarganya ada syarikat sendiri, pastilah punya masa depan yang cerah, yang boleh menjamin masa depan. Tapi angkara pihak ketiga, hubungan mereka berantakan di tengah jalan.

Adam – the guy next door, sering dijadikan modal Makcik Umi (ibu Kris) untuk ‘counter attack’ Kris. Adam yang baik. Adam yang rajin. Pendek kata semua yang baik-baik ada pada Adam.

Kris jadi bengang, kerana Adam, dia sering dileter oleh Makcik Umi. Kerana Adam, dia sering dijadikan perbandingan. Dan paling sadis kerana Adam, Makcik Umi tidak pandang Fandi sebagai teman lelaki yang boleh jadi suami yang baik pada Kris. Pada Makcik Umi, Adam yang selayaknya jadi calon menantu pilihan, bukan Fandi. Dan pastilah Adam jadi ‘punching bag’ untuk Kris lepas geram.

Dan Adam yang baik itu sering jadi terpinga-pinga bila tiba-tiba dia kena marah dengan Kris! Padahal dia tak buat salah apapun pada Kris. Bahkan bertegur sapapun tidak! Hanya kerana Kris dibebel oleh Makcik Umi.

Jadi kalau hati sudah geram, hati sudah benci, macam mana mereka boleh berbaik?


Kata Saya:

Saya tak suka Kris yang sering buat andaian melulu. Kris sepertinya perempuan materialistik yang sering membuat perbandingan hanya dengan melihat luaran.

Saya tak suka Fandi yang lepas laku. Kris juga! Dia sepertinya tipikal anak datuk yang sering digambarkan sebagai lelaki lepas laku.

Dan saya suka Adam yang super cool! ^_^ Adam yang selayaknya sebagai hero pujaan.




(kalau rajin saya sambung komen lagi)

Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
November 15, 2016
Teringat dulu sampai google Mario Maurer just to know this fictional character. Hailah..belum google dah angau..Adam ni lelaki yg super cool. Dia kurang friendly bila mengejar deadline. Watak Kris ni macam kebudak2an. Sentiasa inginkan perhatian.

Cinta Kris seperti dibutakan oleh Fandi hingga kebaikan Adam sikit pun dia tak nampak. Tahu nak pandang rendah je macamlah personality diri tu awesome sangat.

Bila Fandi memalukan dia depan keluarganya dan Adam, saya pun macam nak sorokkan muka ni. She deserved it. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah dan jgn selalu menongkat langit.

Langau pun ada. Being Ms lembik and mudah percaya, Kris menghilangkan diri. Kalau sekarang saya baca lagi agaknya saya akan lebih sinis dgn watak Kris. Hahaha..simpan je lah dulu till Im ready.
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
April 20, 2014
Masa baca versi e-novel lagi rasa macam nak benam saja kepala budak Kristal ni dalam air. Hahaha. Tapi untuk versi cetak, Kris berjaya buat saya suka dengan dia. Malah lagi suka daripada Adam (masa baca di blog kemain sokong Adam). Karakter Kristal betul-betul penuh emosi. Cayalah Kris. I like you ;)
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
March 28, 2014


Kisah Kris yang super Ego dan sangat benci dengan guy next door. Jejaka sebelah rumah mmg sentiasa mendapat pujian dari ibu Kris. Adam yang rajin menyiram pokok, Adam yang rajin sidai baju, Adam yang rajin memasak, Adam yang pandai ambil hati orang tua. Namun perang dingin antara mereka berakhir dan persahabatan pun terjalin.

Saat Kris dilanda masalah, Adam sentiasa ada menjadi penyelamat. Adam dengan otak animaxnya sentiasa ada saat Kris memerlukan. Namun apakah pengakhirannya andai kedua2 tidak pernah melafazkan cinta...?



Profile Image for Mslvoe.
2,045 reviews199 followers
September 26, 2022
Comel lak baca naskah ini. Dengan ayat² best dan terbuai dari Adam.

Kris ni comel cam budak². Nasiblah orang sayang. Best pulak kalau ada jiran sebelah cam Adam.

But

Part makcikTon @ mak Adam alahaii menghayat hati la. Sayuuuu. Kesian Adam 😰
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 19, 2016
banyak terteangguh nak baca novel ni, desakkan kerja kononnya..
akhirnya malam ni tamat gak... puhhh..

sakit hati?
dengan sikap kris yang terlalu keanakan,
yang tak boleh berfikir dengan waras,
yang dibutakan oleh cintanya terhadap fandi,
yang memandang rendah dengan kesederhanaan adam.

for me, its ok but sometime its too much! part masa makcik ton masuk hospital, bercakap seolah2 tak ada apa, tak sensitif langsung! keterbukaan dengan sikap fandi, walaupun macam2 da fandi buat yang memang tak mencerminkan dia seorang lelaki yang baik. mungkin penulis nak menggambarkan kejahatan watak fandi, tapi kelembapan kris digambarkan terlalu melampau!
and, ada kalanya saya merasakan kris agak biadap!

sebernarnya, cerita ni sweet je tapi dengan kedegilan kris, yang pikir diri dia je yang betul memang pissed off! hilang mood gak baca. tu belom masuk part watak tun naziha & adeera, tipical-gadis-gediks-kaya.. rasanya, lebih menarik andai konflik keluarga diberatkan, keadaan adam selepas pemergian ibunda tercinta, bukan macam2 konflik yang cuma diterapkan dalamseimbas masa.

penggunaan POV 1 untuk 2 watak utama tu menarik, cuma adakalanya terasa sama olahannya.. sepatutnya dibezakan keduanya sebab dari sudut pandangan lelaki & perempuan.

apapun, cerita ni santai je.. enjoy gak baca.
Profile Image for Mak Long.
35 reviews8 followers
October 20, 2014
Phewwww...lega! Habis sudah baca buku ni. Saya suka cara tulisan Rose Harissa, sempoi. Walaupun konflik tak berapa hebat, tapi saya nanges hebat jugalah. Dan saya hangen pun hebat juga.

Sampai sudah, Kris tidak mendapat tempat di hati saya!!! Ha ah, marah bebeno teman dengan si Kris ni! Marah sampaikan tahap si Adeera gedik tu pun saya tak berapa nak marah! Hahahaha.....

Adam is still the best! Tapi saya tak nak kerja macam Adam, nanti saya stress!

Sekian luahan rasa dari saya.... ahaks...
75 reviews6 followers
Read
March 30, 2015
So sweetttttt.. ADAM <-- ini bkn review yer... hahaha
Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
August 31, 2025
Me after I read this novel: HAHA SINGLE, PADAN MUKA 🗣️

I’m so glad baca cerita ni masa dah dewasa, eventho mula kenal Adam dengan Kris ni masa umur 14 tahun (baca kat blog Kak Ross haha). Bukunya tak sesuai untuk bawah 18 tahun rupanya 😌

Buku ni kurang menyengat berbanding buku penulis yang lain, mungkin sebab gaya yang santai buat pembacaan saya agak lambat dan perangai Kris yang kompleks ni jadikan saya geram dan letak buku balik dan tarik nafas lepas baca beberapa bab.

Kris ni kalau dapat kat saya, saya jadi kakak yang garang dan kuat membebel, apalah yang difikirkan dia ni masa bercinta dengan Fendi? Sakit hati saya setiap kali Fendi buka mulut dan bercerita tentang kisah cinta mereka. Karakter Kris ni memang kompleks, saya yang perempuan pun termenung panjang cuba nak fahamkan setiap tindakan, fikiran dan apa sahaja yang terluah daripada bibir dia.

Adam pula, dia ni sebenarnya nakal. Kalau ada yang cakap Kris ni tak layak untuk Adam, saya tidak bersetuju. Adam ni boleh tahan juga sama naik sebenarnya bila bab bercinta lagi-lagi masa dia dekat US dengan Adeera. Cuma mungkin selepas dia balik ke Malaysia dan duduk dengan mak dia, dia jadi anak yang taat dan soleh tapi nakalnya tetap ada.

Banter between this two and tarik tali dalam cerita ni buatkan saya nak masuk dalam cerita dan explain everythings between them two ni. Bila Adam pergi merantau barulah gelabah si Kris ni, kitanya pulak tak sabar, rasa macam sister boleh tak you buka hati dan minda? What do you want? (dengan gaya Ryan Gosling dalam cerita The Notebook).

But masa akhir2 tu kan, I macam “Oh the smallest things pun boleh buat gaduh. Would my future husband accept me with my flaws? Would I do the same?”

Buku ni kelakar, ting tong lain macam but for sure both of them ada charming dia tersendiri that can be seen by themselves only.

Andddd 10 Things I Hate About You mentioned! I screammm!

By the way, sekarang Pixar is expecting some layoffs due to its downfall since the COVID era. I wonder if Adam is doing fine? I hope he jumps to another company-lah hehe.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
October 6, 2020
[BOOK 64]

Guy Next Door by Rose Harissa.
.

Okaylah. aku rasa setiap kali baca novel RH, mesti akan jatuh cinta ngan heronya yang perfect. hahaha...tak terkecuali ngan Adam ni. Dahlah handsome, kaya, pandai masak, hormat orang tua, apa lagi eh. semua yang hebat-hebat la.
.

Kris pula annoying gak la ngan perangai kebudak-budakannya. Satu, dia sangat melebihkan boyfriendnya, Fandi tak guna tu. hurm, betullah cinta tu buta. Obvious kot perangai tak guna Fandi tu, tapi Kris masih bagi muka. Pastu, dia suka compare Fandi ngan Adam. haha.. normal la kot, bila nampak Adam terperuk kat rumah je, mesti orang ingat dia tak kerja, padahal dia work from home gitu.
.

Comel je kisah jiran sebelah rumah ni. Pastu bila dah kahwin dan pindah ke London, sekali lagi, aku geram ngan Kris ni. Again, sooo childish. haihh..tapi adakah sebab penangan ibu mengandung? Tapi nasib baik la Adam gigih je melayan.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
March 28, 2014
wallawei... best dan comey bangat!!!! lioke3.. muahahhaa... cume frust habis cepat. nk sgt version dah bersalin tue nanti. ngan anak kembar....ngeeeeee...
Profile Image for Ayman Hyeqal.
68 reviews58 followers
April 1, 2014
#Guy Next Door
Karya Rose Harissa
Terbitan Penerbitan Kn Dua

GND karya terbaru penulis RH setelah lama tdk menghasilkan karya, apa yg pasti GND sgt memenuhi cita rasa sy secara peribadi krn segala rencah yg ada dlm naskah ini mmg amat mengujakan, sejujurnya ini pertama kali sy membaca karya penulis dan ia tlh membuat sy jatuh hati akan karya penulis, penulis bijak mengadun rencah dlm naskah ini, di permulaan cerita sudah mampu membuat anda tersengeh sendiri tatkala membaca naskah ini sehingga lah ke pertengahan anda akan dibuai dgn rasa yg amat menyentuh perasaan yg mampu anda mengalirkan air mata, tahniah buat penulis, GND mengisahkan Kristal a.k.a Kris yg sudah 5 tahun berjiran dgn Adam tp tdk pernah bertegur sapa gara-gara ibunya Mak Cik Umi yg sering memuji Adam melebihi dirinya sendiri, Kris mempunyai seorg kekasih bernama Fandi seorg anak org kaya tp ibunya tdk menyukai Fandi, Kris amat membenci Adam dan menyangka Adam seorg penganggur yg menghabiskan duit org tuanya, dlm itu Adam cuba utk mendekati Kris tp sering dimarahi oleh Kris krn kononnya ingin setia kpd Fandi tp Fandi tiba-tiba menghilangkan diri sehingga membuatkan Kris tertnya-tny, Mak abah Kris pula ke Mekah dan meninggalkan amanat kpd Adam utk menjaga Kris, dlm kehilangan Fandi itu ada satu rahsia yg disembunyikan oleh Fandi, apakah rahsia itu? Anda harus baca, ibu dan ayah Kris amat menyenangi Adam sehinggakan mereka meminang Adam buat Kris, segalanya berubah slpas ibu Adam meninggal dunia, part ni mmg sgt menyentuh perasaan sy, apa yg terjadi pada Adam selepas kematian ibunya amat mengharukan, sehingga Adam terpaksa melalui terapi spt itu, sy akui sy sgt tersentuh krn sy sendiri pernah alami apa yg Adam alami cuma dlm situasi yg berbeza, part ini juga mengingatkan sy pada arwah mak cik sy, al-fatihah buat arwah mak cik, berbalik pd GND perubahan sikap Kris pada Adam bermula slps Adam kematian ibunya, sejak itu mereka semakin rapat, segala rahsia Fandi terbongkar dan Kris tlh berpisah dgn Fandi, pelbagai cara Fandi lakukan utk menawan hati Kris tp Kris seorg yg berhati batu dan hanya ibunya yg mampu mengatasi Kris dgn sikap slumber ibunya yg brutal, ternyata keletah ibunya amat mencuit hati, tp kebahagiaan yg baru bermula tdk lama apabila Adam berhijrah ke US demi cita-citanya dan juga slpas kejadian dia tlh di tikam, pepatah ada mengatakan yg jika kita terlalu membenci seseorg dan org tulah yg akhirnya kita syg sama spt Kris, ternyata keegoan Kris memakan dirinya krn mendpt berita yg Adam akan berkahwin tp semuanya terlambat bgnya, apakah kesudahan kisah ini anda harus dptkan dipasaram segera dgn harga RM21(sm) RM24(ss) ternyata naskah ini amat berbaloi utk dimilikki, ada pasti akan ketawa dan pasti akan mengalirkan air mata, naskah yg disarankan oleh sy utk anda semua milikki, tahniah buat penulis RH, anda mmg ohsem, cuma sy tdk puas membacanya spt ingin lg sambunganya

# p/s penulis ini sy blm pernah ketemui dan harap dpt bersua muka dgn penulis, walaupun begitu sy amat menyukai karya penulis, ini adalah pendapat peribadi dan setiap pembaca mempunyai citarasa yg berbeza dan bagaimanapun naskah GND ini sy sarankan utk anda milikinya kerana ia amat berbaloi dan anda akan rasa syg utk menamatkannya, tahniah buat penulis RH
Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
May 27, 2015
Daebakk! Best giler novel ni. Ketawa bersama menangis bersama. Ahaks! Tahniah to Rose Harissa.

Cuma sakit hati dgn Kris yg tak faham2 dan ego tinggi melangit. Kalau dgn Adam tu kureng la sikit sakit hatinya. Dgn Kris tu boleh jadi gila kalau baca. Ego gila minah ni. Lepas tu dah kahwin pun kesian gila kat Adam kena layan perangai Kris. Haha!

Novel ni ada byk knowledge about career Adam. Lepas tu bila Adam bukak mulut je, mesti keluar sikit2 knowledge tu. So far, cerita ni best gila.

Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
April 19, 2014
SUKAAAA!!!!



p/s:eerr...wujud ke manusia macam adam kat malaysia?
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
June 22, 2014
Rasa macam, lepas kahwin watak Adam dah bertukar.
Suka Adam sebelum dia kahwin lagi, kot.

Lepas kahwin tu, tak ada terus watak Mak Cik Umi. :(
Profile Image for Bay.
263 reviews4 followers
March 16, 2025
Adam ni green flag betul. Penyabar, kaya, bertanggungjawab haa semua la bagi kat dia.

Kris ni ya ampunnnnnn. Kenapa la tak matured sangat ni. Geram tau baca bila Kris ni nak ikut kepala diaaaaa je. Haih. Nasib baik dalm buku, kalau dlm rela life, aku dah hempuk2 si Kris nii
Profile Image for Kdjxh.
108 reviews4 followers
June 9, 2020
Adam sweet tapi bila compare dengan novel RH yang lain. Adam ni kira mild version. Haha salah sendiri jugak sebab baca backwards.

Susah betul nak jumpa orang jual buku ni. Walaupun beli preloved lagi mahal dari harga sebenar sis ons saja. Anything for RH. 💕 HAHA.
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
April 3, 2014
salam.. (✿◠‿◠)

hermm done with GND in a day hihi in reading mud.. high expectation but a little disappointed

saya suka konsep cite ni tapi agak keliru dgn ayat2 dia watak "aku" tu kadang2 Adam kadang2 Kris so bila baca eh kne baca balik hihi.. saya la kut lmbt pick up..watak yg keras2 hati mmg la sakit jiwe raga je baca.. tarik tali byk sgt

kisah kris n adam hidup berjiran keje dorg mostly kris la xpuas hati je dgn adam the hottest n cool tu..
mmg kelakar la cite ni adam dgn bff dia @ mak kris yg sporting gile. soal cinta dorg aduhhla payah benar saya yg baca ni pikir bila la dorg ni nak bersama mcm ssh sgt kris keras kepala adam xberani nak luahkn.. tapi watak adam mmg cool la bley sabar dgn kris ni ohmai sapa lah sanggup tapi itu la yg adam suka sbb comel mangaka katanya sumber inspirasi. adam romantik dgn cara dia tersendiri..sedih masa adam fly ke US..lama ok dorg berpisah
finally they got married but.... (kne la beli kalo nak tau).

in US dorg cbe utk bercinta.. uuu saya suka kris baru rse ooo inilah the great adam.. bercinta cinta jugak gaduh xlpe ade je cian jgk kat kris ye la kawin gamble xkenal hati budi masing mcm2 jd masa proses suai kenal mcm2 jadi.. bila time romantik hihi mmg xhengat ok..

tapiiii aigoo mmg byk tapi huhu ada adegan selingan plot saya kata alaaaaa kenapa cmtu plak Adamnyer huhu mmg rse sabar je la no buddys perfecto.. part MINAH PYSCO buat samp kris lari ke The Magenta dengan dgn the two little heartbeats..

My comely ♥ My husband

so to kak rose harissa congrate not bad i tetap suka.. ≧◠◡◠≦✌



Displaying 1 - 30 of 100 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.