Disebabkan satu peristiwa yang tak disengajakan, Izz Rayyan Iskandar telah menjadi hero di hati Qeesya Ameena. Jatuh cinta pandang pertama membuatkan Qeesya menjadi angau, sehinggakan dia membuat keputusan untuk melamar lelaki itu.
Dalam usaha memikat hati dan cinta suaminya, dia terpaksa berdepan dengan Puan Sri Afifah. Bagi Puan Sri Afifah yang datang ke rumahnya bukan menantu tapi, hantu. “Qeesya Ameena kau ada dua misi. Satu, projek memikat Izz Rayyan Iskandar. Dua, projek memikat hati Puan Sri Afifah a.k.a Queen of the Lions.”
Sejauh mana hubungan Qeesya dan Rayyan dapat bertahan? Dan adakah mampu Qeesya melembutkan hati mak mentuanya yang keras ibarat batu-bata itu?
bravo bravo bravo dyadila... bila kwn sy ckp citer ni sedey sampai soksek soksek... sy trus gi cari kat popular jumaat lepas..
bila sy start bace... sy suka jalan cerita ni... sy bce dan terus bace... ini mcm citer gile-giler jer...sebab qeesya yg gilakan rayyan.. sanggup lamar rayyan..sanggup mengambil risiko wpon tahu mak rayyan x suka dia...tp bley tahan jgk sengal si qeesya leh gak melawan pn sri tu...tapi pn sri tu bkn laa mcm nyonya mansor eh...
dah dkt 3/4 bab ni tertanya-tanya eh mane part sedey ni???? xde ponzzz
rupanya... akhir2 bab bru laa sedey.. gila nasib baik bce dlm bilik sorang2... apa lagi hujan lebat laaa dlm tu... sampai tersedu-sedu... apakah kejam sedey mcm ni.. becucuran airmata..seriously... sedey...biarlah suami nak ckp wife dia ni poyo ke ape...
sakit kepala sekejap smlm..
moral of the story.. syurga qeesya adalah rayyan syurga rayyan adalah ibunya.. and at the end of the story they live happily ever after..
Novel ni byk bgi sya pengajaran. Sya x tau if pandangan org len. Izz rayyan iskandar .. handsome sungguh namamu
Heroin ank yatim piatu, sma mcm dlm novel giler kau
Qees fall in love dgn izz sbb dah jdi hero selamatkn dia. Dgn muka x malu, dia luahkn. Tpi dia ni terbaik, cinta kpd-Nya mmg plg ats. Nenek izz nk izz kahwin dgn pilihan kluarga, izz bwa qees jumpa family dia n akhirnya dia kahwin. Mmg straight betul. Sebenarnya, qees pernah selamatkn nenek izz ni. Mom izz plak bkn x ska qees tpi dia rsa qees x sesuai dgn izz n nk ank dia sbb harta je. Tpi cinta qees ni tulus n ikhlas.. chewah .. cinta pandang pertama lah ktakan..
Lps kahwin dgn izz, mulalah rancangan c qees ni nk pikat hati suami n mentua dia.. byk plak "hantu2" yg gatal tangan.. mcm2 berlaku ..
Yg buat sya nangis msa mom angkat qees meninggal n msa khairul mati .. msa tu mmg sedih sbb byk lagi masalah yg blum selesai.. yg lawak msa mom izz nk naik motor besar tu .. mmg terbaikkk lah xD
malas nk review sgt..sbb ramai yg dah baca.. bg 5 bintang sebab suka kat watak Qeesya dan Rayyan... then memang meleleh air mata sebab Khairul mati...ermm Dyadila ni mmg x lari dari buat pembaca menangis...
setlh ketawa n menangis sepnjg hr, akhirnya jumpa juga ke titik penamat...blh x klau sy nk bg 9*??? just a short review ttg apa yg dpt setlh menyusuri suka duka kehidupan QEESYA AMEENA...karya Dya Dila
satu cerita yg sgt menyentuh hati...kisah ant ank yatim piatu yg dibsrkn oleh ibu angkat, kisah ant teman sejati yg membsr bersama2 tp berlainan jantina, kisah isteri yg mendambakn ksh n cinta seorg suami dan kisah menantu n mentua yg sering berantakan setiap kali bertemu muka...
di awal nya kita dihidangkn dgn kisah sengal + geram...persengketaan ant menantu dan mentua, kesengalan si isteri cuba memikat si suami dan kesengetan seorg kwn dgn bff...
tetapi tiba di saat kematian org tersyg, air mata yg mengalir tidak mampu ditahan....sedihnya hati apb kematian ibu tersyg....ibu angkat yg membsrkn nya selama ini dan lbh menambahkn kesedihan apb bff yg selama ini merupakn teman @ abg @ abah turut meninggalknnya dlm satu tragedi berdarah....tabah n kuatkah dia menghadapi 2 kematian itu??? di mn kah suami yg septtnya ada di sisi??? tegar nya seorg suami membiarkn dia begitu....sedar lah dia bhw tiada tmpt bt nya di hati suami yg dicintai....walau berbln2 dia cuba memikat si suami namun akhirnya usaha itu tidak berpihak pdnya....namun demi suatu kebenaran, dia harus kembali ke rumah itu....tp utk berapa lama??? mampukah rumahtangganya bertahan atau berakhir utk selamanya??? dan bagaimana pula dgn penerimaan mentua dan adik ipar nya yg selama ini cuba menidakkn kehadirannya...dan benarkah tiada cinta dan syg di hati suami tercinta??? ingat lah kdg2 cinta perlu dilafaz walau pun hanya sekadar 3 perkataan, 8 huruf...tetapi ia membawa makna yg ckp bsr bt sesorg itu terutama suami atau isteri....hargai lah org yg menyayangi kita sementara ia msh lg milik kita...jika ia sudah pudar or sudah hilg, maka ia tiada guna nya lg..
Pertama kali Qeesya Ameena Qushairy bertemu Izz Rayyan Iskandar, dia terus jatuh cinta. Rayyan telah menyelamatkan dirinya dari lif rosak. Qeesya terus cuba untuk memikat Rayyan. Banyak perkara yang dilakukan untuk memikat Rayyan. Nenek Rayyan berkenan dengan Qeesya tetapi tidak dengan Umi Rayyan. Dia takut Rayyan di kecewakan sekali lagi. Tetapi Qeesya tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Umi Rayyan selepas mereka di kahwinkan. Bila mereka mula untuk mengecap bahagia, cubaan datang bertimpa-timpa. Dahlia dan ibunya serta Rania cuba untuk meruntuhkan rumahtangga mereka. Qeesya mula goyah bila Hajah zainab dan Khairul Ikhwan meninggalkan dunia. Rayyan pula bagai mula menjauh. Qeesya merajuk lama lalu meninggalkan rumah. Tetapi Qeesya perlu tahu siapa yang telah membunuh Khairul. Lalu dia pulang untuk mendapatkan maklumat dari Rania. Rania dirawat. Akhirnya, Qeesya dapat tahu siapa pembunuh Khairul tetapi Rayyan pula yang cedera kerana mahu menyelamatkan Qeesya. Akhirnya, mereka bahagia bersama dan Rayyan dapat menyatakan rasa cintanya kepada Qeesya. Mereka sama-sama menunggu kelahiran anak mereka.
~ MvsM…Mula2 sengih je…lepas tu nangis2…sobs..sobs.. Novel ni, Nisa bersemangat nak baca selepas teracun dari seorang member di FB… Qeesya Ameena ni sengal sangat..Qeesya gadis yatim piatu…dengan selamber mengejar cinta Izz Rayyan Iskandar, lelaki yang egonya tinggi melangit, selepas Rayyan menjadi hero menyelamatkannya yang terperangkap dalam lift rosak…. Dengan perasaan tak tahu malu, macam perigi cari timba, Qeesya melamar Rayyan…Tapi, Rayyan ni jual mahal sangat… Sehinggalah dengan bantuan nenek Rayyan, mereka disatukan…Tidak sukar mencairkan hati Rayyan..yang susahnya hendak mengambil hati mak mertua…tambah pula dengan hasutan2 dua beranak…sepupu dan mak sedara Rayyan yang gila harta…Dalam keadaan rumah tangga yang kacau bilau, Qeesya kehilangan dua orang yang sangat bermakna dalam hidupnya…
uwaaaaaa... nangesla nangesla nangesla.. sedey bangat seyh.. uhuks... walaupun lebih drpd separuh mengisahkan kebahagiaan, kesengalan dan keterujaan Qees.. moment2 bab2 nearly to the end mmg devastating.. saya menanges teresak2 koyt.. bukan stakat jatuh setetes air mata hah.. nie dah mengalir cam air terjun hah.. uwaaaaaa.. sedey sangat sangat sangat.. sobs sobs sobs.. cian Qees.. and that Rayyan mmg sengal puru. menyampah tau perangai camtu.. kalu suke cakap.. bak kata ahmad nisfu.. cakap cakap cakap.. ngeeee...
novel dyadila mmg tak prnh mgecewakan. mmg menarik dan terbaik spt novel doktor cinta dan giler kau...kelakar hbis plus sweet plus terbaik and plus plus plus... bila dah pegang mmg tak bole lepas..mst nk hbis kn...bkn menantu tp hantu..hahahaaa..
As usual Dyadila never upset me.It's not just a menantu vs mertua story but it's something beyond..And i have no words to decribe it actually but something worth to read and of course it's my 'homai' collections.
MENTUA VS MENANTU NOVEL...A MUST Have and A MUST Read Novel....Terlalu Awesome.... Start baca..U will smile...U will Laugh... Lepas tu...siapkan Tissue...Bengkak wei baca novel ni!!
"Sesuatu yg Baik,belum tentu benar... Sesuatu yg Benar,belum tentu baik... Sesuatu yg Bagus,belum tentu berharga... Sesuatu yg Berharga,belum tentu bagus... Apa yg dah dan akan terjadi mesti ada hikmahnya...Kita hanya merancang tapi yg menentukan adalah DIA..."
Qeesya jatuh cinta kpd Rayyan setelah Rayyan menyelamatkannya ketika mereka sama2 terperangkap di dalam lif. Dia tidak tahu mengapa tetapi dia sentiasa ingin berada di hadapan Rayyan. Yg uniknya kisah cinta Qeesya, dia jatuh cinta kepada orgnya tanpa mengetahui siapa Rayyan sebenar. Sehinggalah suatu hari, dia mendapat tahu Rayyan merupakan CEO sebuah syarikat dan penerimaan ibu Rayyan yg menganggap semua perempuan yg mendekati anaknya adalah kerana harta semata2. Setelah bermain Tarik tali dan projek memikat yg dilancarkan Qeesya, mereka berdua akhirnya berkahwin....BTW,jgn terperanjat k..Qeesya yg melamar Rayyan.... Berjaya mengahwini Rayyan bukanlah bermaksud misinya berjaya. Karenah si ibu mentua memeningkan kepala. Keduanya berlumba dan mengenakan satu sama lain demi mendapat perhatian Rayyan. Qeesya kerap mengadu akan karenah mentuanya tetapi Rayyan cuba bersikap adil dan sentiasa mengingatkan Qeesya bahawa syurganya terletak di telapak kaki ibunya. Nasib ada Tuk Wan dan Izz Faez Nawfal,adik Rayyan... Qeesya bertahan kerana mereka menyokongnya. Walaupun begitu, hubungan dengan ibu & abang angkatnya,Khairul Ikhwan sentiasa dijaga. Kehadiran Dahlia (cinta pertama Rayyan dan juga sepupu Rayyan) dan ibunya tinggal bersama di rumah mereka memulakan konflik. Kerana harta, mereka merancang untuk memusnahkan rumah tangga Rayyan....Mcm2 dirancang,sampai ler Rayyan ditangkap basah ngan Dahlia...Rancangan berjaya apabila Rayyan mula meragui hubungan Qeesya dan Khairul. Qeesya meminta Rayyan agar tidak menyuruhnya memilih antara dirinya dan Khairul kerana dia memang tiada jawapan. Kemuncaknya, Rayyan tidak membenarkan Qeesya balik ke kampung dan Jumpa Khairul....Qeesya rindukan ibu angkatnya....Waktu yg sama jgk Khairul telefon Qeesya....Rayyan yg waktu tu ngah cemburu giler... Rayyan menghempas telefon Qeesya setelah mengetahui Qeesya masih berhubungan dengan Khairul. Khairul telefon Qeesya sebab nak khabar kan berita buruk...Ibu angkatnya meninggal dunia kerana kemalangan dan Khairul terpaksa membuat keputusan untuk mengebumikan ibunya tanpa menunggu Qeesya kerana tidak dapat dihubungi.... Setelah mendengar kematian ibunya, Qeesya tawar hati dan semua org rumah menyedari bahawa Qeesya di hadapan mereka bukanlah Qeesya yg mereka kenal... Qeesya jadi pendiam...Ibarat jatuh ditimpa tangga, Khairul pula meninggal dunia ketika menyelamatkan Rania (adik Rayyan) dan itu menambahkan kekerasan hati Qeesya. Rayyan dipersalahkan....Qeesya mintak Rayyan "lepaskan" dia....Qeesya da penat menagih cinta dari Rayyan....Setelah semuanya reda dan "kebenaran" da terbukti...Dahlia serta ibunya keluar dari rumah, Rayyan berusaha untuk memikat semula hati Qeesya dengan bantuan Umi dan Tuk Wan... Hati Qeesya susah nak ditawan esp bila dia da nekad dengan keputusannya....
"Love is not something that we look for,but something that find us.."
"Aku mmg cintakan dia lebih dari dia mencintai aku. Buktinya selepas aku usai terima nikahnya. Lega,akhirnya dia memang milikku..."
Walaupn dah lm tp sy suka novel lama2..tp novel ni mmg best. Tak rugi beli. Byk kali ulang baca. Watak heroin yg gila2 dan bunga memikat si kumbang mmg ada kelainan..bkn kena memikat si kumbang je, mak kumbang pun bunga kena pikat sekali
QEESYA AMEENA ♥ IZZ RAYYAN.. suka nama heroin manja sgt rse
qeesya seorg yg serius selammber gitu dia kan kata suka bila dia suka membuat direct confession to izz rayyan "saya suka awak". mengejar cinta si chenta hati bkn perkara yg mudah tapi bg qeesya sekali hatinya berkata hati saya telah memilih awk so done run2 i'll chase you.. masalah qeesya ni dia x selidik pn identiti org yg dikejar siap boleh melamar lagi mmg perigi cari timba btl tapi bila dah tahu siapa dia hati ni mula la berbolak balik..
" jadi saya rasa nak batalkn niat saya nk kahwin dgn awak' lagi pn awak bukan suka sgt saya"
hermmm apa jwpn si jejaka ye???
izz rayyan memanjang serius sombong mulut laser memanjang..seorg anak yg sesgt la taat kpd umi tersayang family first mmg anak umi la.. bila ada minah gediks + xtau malu mula ngorat n ngaku i luv u hah xkeruan awok ye.. ego melangit xmo ngaku kalah. ade je nk digaduhkn last2 mst dia terkena balik dgn ayat loyar buruk qees. ok izz bg peluang pada qees
"awak masuk dunia saya saya masuk dunia awak"
menjadi qeesya ameena bukan la mudah dia ada dua misi besar >1st tackle mak mertua yg terang2 xsuka dia >2nd mengejar cinta mengoda mengorat suami tercinta mujur ada nenda kesayangan yg sentiasa memberi semangat..
plot cite ni mula2 biasala adegan gediks qeesya nk tackle izz dgn perangai mak mertua yg mencari salah dia je dgn adik izz lagi ish mmg ssh la jadi qees ni.. then hampir half book abby rse aduh napa la cmni cite dia lambat pjg sgt cite nyer ssh btl jd qeeya kecian dia baru je nk romantik2 si izz ni fail ego mulut kata xmau dalam hati kata mahu btl serius i geram.. jd busan la..
hidup jadi qees ni sentiasa makan hati dgn suami yg ego xpenah meluah xpenah nk beromantika de amor memanjang keras je.. mmg tekanan mkn hati je tapi disebabkn qees ni sayang sgt kat suami so dia bertabah.. ayat hihi
.. izz bkn la xromantik dia syg qees but dia xtau nk luah.dlm fikiran dia hanya ada qees je mmg qees dah berjaya curi hati dia
the bila samp chaps 40+ ok naik cikit plot dia kisah khairul n mak. time ni mmg saya nangis beriya2 serius sedey biasa la jiwa lembut kn hihi. tp mmg sedey bila jd qees mcm2 dugaan menimpa dia. izz xptt buat cmtu lepaskan qees wlw hati kata xnak tapi disbbkn sikap dia tu dia terluka sendiri n isteri dia pn terluka bukan xsayang tapi xpandai nk luah tak pandai nk tunjuk.. akhirnya qees sedar bila dia masuk bilik rahsia izz menangis terduduk dia.. tak sangka akhirnya dia tahu sesuatu tentang cinta hati dia n syukur sgt2..
tag line buku ni "cinta itu kadangkala perlu dilafazkn"
As expected of Cik Dyadila! Dia memang author yang tak menghampakan. Ini buku kedua beliau yang saya baca selepas Doktor Cinta. Sememangnya, bakat menulis beliau telah terbukti bukanlah lucky shot semata! Heheh (maaf bebanyak Cik Dyadila, prejudis memang ada mula-mula).
Kenapa saya bagi 5 star? - Writing style. Walaupun orang kata sangat sempoi, tapi on the right topic, sangat articulate dan expressive, sampaikan diri sendiri ni boleh fall so deeply into the humor and pathos of the protagonis. - Watak-watak yang tak lari dari perwatakan asas diorang - Dinamik perhubungan platonik Qeesya dengan Khairul! Sangat menarik, and very well expressed by the author, of the depth of the relationship between them T___T... Saya sangat gembira author tak sia-siakan hubungan Qeesya and Khairul as part of a love triangle semata-mata jadi penambah conflict (which is damn cliché). Instead, dia kembangkan idea jadi antara cinta yang tulus, macam antara adik beradik dan kawan-kawan sehidup semati. - Boleh nangis beb...
Akan tetapi... cukup-cukuplah bunuh orang ini. Menangis tak berlagu Cik Mawar Hitam sehari semalam sebab plot ni. T____T.... (Walaupun itulah plot penambah ajinomoto dalam asam garam kehidupan hero and heroin.) Walaupun ada plot sebegini, tetapi your writing style is very expressive and articulate, sampai saya boleh immerse myself dalam fikiran heroine waktu tragedi itu. It's like I was there, with all the flashbacks and memories...
ceritanya sedih sangat...mcm tu je boleh cakap..huhu...kenapa la si Qeesya tu baik sangat?? kalau saya, dah taknak maafkan orang yg banyak buat sakit hati kita...sedih...
C izz ni harap qeesya kejar cinta dia jer.. Klu qeesya tak kental mmg dh tersungkur tengah jln dah. Ada dia kesah??
Mak mentua die mmg kaki kritik.. Ajar nye takde. Ada dia kesah?? (Mak Kiah kn ada..)
Tok wan dia mmg bekap paling baik punya. Sampai aku takot klu dia batok sekli pon. Ada dia kesah?? (Mmg patut kesah pon sal aku tanak la dia sakit dah tu meninggal. Kang takde pulak 'kuasa besar' yg sokong qeesya kat rmh tu.)
C dahlia tu bipolar apa? Kemain lemah gemalai yg sebenarnya kasar. Ada dia kesah?? (Tok wan jer yg realise fiil c talam nih.)
Puan Asilah lak bajet mak tiri Cinderella. Ada dia kesah??
Khairul ikhwan ala2 ultraman mabeus. Hero semua org nih. Ada dia kesah??
Lastly c qeesya.. Bole lak dia kasi explain misteri hubungan dia ngan khairul tu dlm buku?! Adoi la.. Dh ada 'ikan' depan mata mana 'kucing' ada masa nk buka buku oiii. Ada dia kesah??
Ps: bca review ni ko akan notice tag line yg kerap ada dlm novel tu smpai naik annoying gak la. Tpi aku ada ubah sikit. Ada aku kesah??
as salam... satu lagi karya Dyadila yang tak menghampakan. 5star! good job dear.... novel ni jalan ceritanya mudah dihadam otak sbb xcerewet pun jalan ceritanya...segala rencah garam masala ada dlm novel ni...daripada awal cerita yg menghiburkan buat saya ketawa dan tersenyum sendiri dgn gelagat Qeesya Ameena yg sempoi n selamber jer.... cuba mengurat Izz Rayyan sepenuh hati. kegilaan cinta buat mereka berdua disatukan jua....kalau dh jodoh ye tak? then, bermulalah episod suka duka dlm hidup qeesya....dugaan dtg bertimpa2 buat gugur juga air mata saya.... see...dh ckp mmg cukup rencah citenya... apapun keikhlasN hati qeesya jg yg menang.... tentulah kene happy ending.... yeyyy....khatam baca dah...tq saudari penulis untuk hidangan mata n minda yg memuaskan hati beta....peaceee.... oklah novel ni saya recomanded sbgai bahan bacaan santai dan xmemenatkan otak pun nk faham.... jumpa lg....udada...ubabaiii....
pelbagai rasa dlm satu novel.. mengegek jer baca d awalnya..dengan perangai sewel qeesya..konfiden level tinggi..sanggup melamar rayyan jadikan suami walapon mertua dia tak suka..guna kan pelbagai cara utk mencairkan hati seorg ego..serta mertua yg tak sukakan nyer.. bila rayyan dh mula dpt menerima nya..pasangan ni sgt romantik.. di pertghan cerita dh mula start part sedih2..tanpa d sedari..i mata meleleh..huhuhu geram pon ada..bila mertua dia cuba nk pisah kan dorg..geram sesgt dgn suami nyer yg suka cemburu buta dan sikap terburu..d samping suka mengabaikan perasaan isteri kerana sikap ego nyer..
Always confused ngan nama author..dyadila ngan diladyna. Kalau tak baca Doktor Cinta tak kenal saya ngan Dila Dyna sebab saya jenis beli buku tengok nama author and grab sebab dah suka ngan author. But karya mereka berdua ni mmg saya suka..Melalut pulak dah.
Whatever it is saya suka ngan buku ni walaupun mula2 bengang ngan watak Izz ni. Terlalu responsible towards family sampai rasa kalau saya ni isteri dia pun akan rasa terpinggir dan tak diperlukan lagi2 dapat MIL mcm tu. Kental betul jiwa si isteri tu. Yg tak menahan kematian family angkat dia..Ya Allah! Biasanya saya ni kalau nangis akibat terlampau geram but both books, yg ni and doktor Cinta betul2 buat saya nangis kesedihan.
Kisah komedi romantik antara Qeesya Ameena dan Izz Rayyan. Macam mana si Qeesya ni boleh gila bayang dekat Rayyan memang kelakar. Sanggup melamar Rayyan pulak tu.
Rayyan ni boleh tahan sombong & jual mahal tapi sebenarnya dia sayang. Tak pandai nak luahkan aje.
Bila Dahlia kembali memang susana jadi gamat. Qeesya terus meletop. Berubah serta-merta. Tambah pula Qeesya diuji dengan kehilangan. Sedih.
mmg tangkap leleh bc novel nih.. merambu2 ayaq mata keluaq smpi kne sedia towel kecik..takut anak2 tgk mama nye nangis.. highly recommended! !! tahniah dyadila!!