What do you think?

Larut di Metaverse
Pemuda kini didedahkan dengan ilmu teknologi yang semakin gah di persada dunia namun, mengabaikan pula ilmu sejarah yang kian tidak dipeduli. Walaupun begitu masih ada juga yang meminati kedua-dua ilmu itu secara mendalam. Sifat ingin tahu berjaya membuatkan Haiqal berinteraksi serta menghubungkan dua zaman iaitu zaman dahulu dan zaman kini.
Haiqal, seorang pempengaruh media sosial membawa dirinya menjadi avatar, watak Ngah Ibrahim. Kemuncak pergaduhan antara dua puak, Ghee Hin dan Hai San di negeri Perak dikenali sebagai Perang Larut, membuatkan diri Haiqal terkulai lemah. Pergaduhan antara Melayu, Cina dan British membuatkan Haigal semakin bingung.
Peperangan yang dirasai Haiqal membuatkannya semakin bersungguh untuk menubuhkan sesuatu yang menggabungkan teknologi reality virtual dan reality augmented.
Adakah semua ini, nyata?

274 pages, Paperback
Published May 1, 2024
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
July 11, 2024
Bermula dengan kisah seorang pemuda bernama Haiqal, kita dibawa merentas masa kembali pada tahun 1860an.
Buku ini straightforward terus membawa kita menyusuri sejarah terjadinya Perang Larut pada tahun 1861 sehingga mengakibatkan termeterainya Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Ada sedikit kelemahan tentang penggunaan bahasa sewaktu tahun 1860an tetapi ia tidak menganggu pembacaan.
Tabik pada penulis muda ini yang berani menghasilkan karya novel sejarah macam ni. Walaupun tanpa unsur romantis/cinta, buku ini tetap menarik terutama untuk pencinta sejarah lebih-lebih lagi sejarah tanah air kita ni dan sangat sesuai untuk anak-anak remaja sekolah untuk lebih memahami sejarah tempatan dengan lebih berkesan melalui buku novel sejarah seperti ini.
Semoga ada banyak lagi karya seperti ini dari penulis.

October 21, 2024
3.5 bintang.
Jarang nak dapat buku fiksyen sejarah belah2 Perak. Terima kasih buat penulis yang study pasal sejarah Ngah Ibrahim dan industri lombong bijih timah di Larut. Serius, saya kurang arif tentang sejarah Ngah Ibrahim ni. Nama beliau cuma diabadikan dalam sejarah yang pendek dalam sejarah penjajahan Inggeris di negeri Perak. Sekadar mengetahui beliau salah satu pejuang tanah air. Apa cerita di sebaliknya? Tidak pulak saya cari.
Plot cerita menarik bagi saya, tidak terlalu meleweh sampai menjadikan cerita itu bosan. Cuma saya macam ada persoalan di akhir cerita bila watak Haiqal (watak utama) mengabadikan sahabatnya dalam satu sudut istimewa sebagai salah satu tonggak yang membantunya untuk membuka galeri sejarah. Sedangkan pada awalan cerita, Aidil tu saya nampak hanyalah sebagai sahabat yang terpaksa menemankan Haiqal pergi ke tempat-tempat sejarah. Semacam tidak connect the dots orang putih cakap.
Walaupun ada konflik antara Haiqal dan ayahnya, konflik itu semacam habis begitu saja selepas Haiqal berminat nak mengetahui lebih mendalam tentang sejarah Larut. Ayah Haiqal (lupa dah nama watak tu) akhirnya terharu dengan kesungguhan Haiqal yang ingin mengkaji dengan lebih mendalam tentang sejarah Tanah Melayu. Mungkin lebih mudah begitu.
Konflik-konflik lain lebih banyak berputar semasa Haiqal dibawa ke zaman Ngah Ibrahim contoh konflik puak-puak buruh Cina, konflik antara Ngan Ibrahim dengan penduduk di bawah kawasannya Dan konflik antara Ngah Ibrahim dengan penjajah Inggeris.
Saya mencari-cari juga apa yang metaverse dalam karya ini, mungkin metaverse yang diterjemahkan oleh penulis ialah pengalaman Haiqal yang masuk sendiri ke zaman Ngah Ibrahim tu. Dan selepas Haiqal membuka galeri, pengunjung boleh berinteraksi secara dengan VR untuk memahami sejarah dengan lebih mendalam Dan menarik.
Saya menyeru kepada pembaca yang meminati sejarah fiksyen, jom baca buku ni! ❤️

This entire review has been hidden because of spoilers.
July 4, 2024
Untuk pembaca pemula fiksyen sejarah, mmg 5 bintang! Tp utk keseluruhan, 4 bintang. Saya suka sgt!
June 17, 2024
3.5⭐️
[Larut]: sebuah kawasan persekutuan di daerah Larut, Selama & Matang, Perak
[metaverse]: dunia maya 3D yang dicipta menggunakan augmented reality (AR), virtual reality (VR) dan teknologi video
Haiqal yang diharapkan untuk mengikut jejak langkah orang tuanya bergelar ahli sejarah lebih meminati jurusan fotografi dan teknologi. Hal itu menyebabkan hubungan dengan sang ayah renggang. Namun darah cinta akan sejarah tetap mengalir dalam tubuhnya.
Rasa ingin tahu yang tinggi terhadap peristiwa Perang Larut membawa Haiqal ke Taiping. Tanpa diduga, dirinya tiba-tiba tercampak ke dimensi lain yang membawanya kembali ke zaman 1860-an. Di sana, Haiqal menjelma menjadi sosok Ngah Ibrahim. Dia menyaksikan pertelingkahan antara dua puak kongsi gelap Cina sehingga mencetuskan Perang Larut, bagaimana Ngah Ibrahim cuba menangani konflik yang berlaku dan akhirnya memaksa campur tangan British di Perak dengan termerainya Perjanjian Pangkor.
Pendapat peribadi:
1)Plot dan kronologinya straightforward, ringkas dan mudah difahami. Adakalanya terasa seperti sedang mengulangkaji semula sejarah Perang Larut dalam versi yang lebih menarik dan tidak membosankan.
2)Idea dan konsep avatar yang cuba diketengahkan agak menarik dan segar namun aku rasa berpotensi untuk dikembangkan dengan lebih baik.
3)Dialog pertuturan Haiqal dan Aidil kadangkala kedengaran seperti perempuan sementara dialog pada tahun 1860-an adakalanya kedengaran sedikit moden.
Secara keseluruhan, karya ini bagus walaupun masih ada ruang untuk penambahbaikan. Keberanian untuk ‘debut’ dengan naskhah bergenre begini sewajarnya diberikan pujian. Seperti yang disebut SN Dato’ Dr. Anwar Ridhwan di bahagian pengantar, “Ketika kebanyakan penulis muda menulis novel ringan, Fatin (eh sama pula nama🤭) memilih novel yang agak berat tetapi tetap menghiburkan.”
Aku seru kepada peminat fiksyen sejarah, boleh cuba baca karya ini sebagai dukungan kepada penulis-penulis muda untuk menghasilkan penulisan yang baik dan bermutu.
Dan tak lupa, tahniah kepada penulis. Teruskan, ya!💪🏼