Dia lelaki berkerjaya tetapi dingin. Kehidupannya tak seindah yang dilihat kerana sering menerima ancaman dari musuh ketatnya.
Anna Leandra,
Gadis lurus yang bekerja kuat demi menyara keluarganya. Siapa sangka pertemuan di antara mereka berdua menjadikan kehidupan Anna berubah. Demi keselamatan Anna, Seif terpaksa meletakkan gadis itu di bawah jagaannya.
“Ehmmm... orang-orang aku cakap, taste kau memang low class. Tak sangka lelaki yang tak ada perasaan macam kau ni, ada keinginan nak bercinta.”- Nico
“Aku lelaki normal. Tak salah kalau aku ada perempuan.”- Seif a.k.a Monster
“Jadi betullah gosip yang aku dengar. Monster dah dilamun cinta.”-Nico
Keadaan menjadi semakin rumit apabila keluarga Anna diserang tanpa belas kasihan. Hanya gadis itu yang terselamat. Anna bencikan Seif. Disebabkan lelaki itu, dia hidup sebatang kara.
“Saya merayu. Hanya tuan yang boleh jadi saksi saya.”- Anna
“Satu cara yang kau boleh buat untuk balas perbuatan mereka. Balas dendam dengan tangan kau sendiri.”- Seif
Atas bantuan Seif, Anna bersetuju untuk mencari bukti kematian ahli keluarganya. Namun semakin lama dia berada di sisi Seif, ada perasaan asing yang wujud. Namun perasaan itu terpaksa dipendam disebabkan syarat yang diberikan oleh Seif.
“Jangan sesekali jatuh cinta dengan aku.”- Seif
Mampukah Anna membalas dendam atas kematian keluarganya? Dan benarkah tiada ruang di hati Seif untuk Anna Leandra?
1. 1st impression, bila baca tajuk dan tengok cover buku aku ingatkan pasal mafia. Tapi rupanya bukan. Aku ingatkan semua non muslim sebab nama semua macam omputih Seif Laith, Anna, Alan, Marco, Felicia, Nico. Pun bukan jugak 🤣
2. Seif ni tak ada la monster mana pun. Baik je. Bunuh orang pun tak. Pukul orang pun sikit2. Cuma jenis cold, nonchalant. Cara berfesyen ala2 Godfather. Kot labuh dengan topi. Cute je. Cookie monster lah kut? Atau Sullivan 😂
3. Anna macam biasalah. Typical female character. Damsel in distress. Acah2 nak balas dendam tapi sekerat jalan haha. Mudah sangat salah faham dan tak nak dengar explanation. Come on girl. Tough la sikit. Sekarang zaman girl powerrr okayy grrrr
4. Villain pulak kemain nama Nico padahal Nazaruddin je haha
5. Tak puas hati sikit sebab macam tak ada explanation je untuk Alan yang sebenarnya bukan Seif yang bunuh mak diorang?
6. Penceritaan semua ok, fast paced, tak draggy. Aku baca sekali jalan dah habis.