Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Tetapi perpisahan itu tak akan terjadi seandainya tanpa izin Tuhan. Tiga tahun berlalu, takdir kembali mempertemukan Syafiq dan Megan. Kali ini, Megan yakin bahawa perasaannya pada Syafiq bukan hanya sekadar rasa yang menyinggah.
“Jangan suka saya,” - SYAFIQ.
Megan ingatkan mereka berkongsi rasa hati yang sama. Tapi sebaliknya, hanya dia yang beria-ria. Kerana kecewa, Megan meletakkan titik noktah pada hubungan mereka. Tapi kalau dah namanya jodoh, campaklah sehingga ke benua Afrika pun pasti akan bertemu juga.
“Dah berpunya ke?” - SYAFIQ.
“Kenapa tanya? Awak dah rasa menyesal ke sebab reject saya dulu?” - MEGAN.
“Kalau betul dah berpunya, saya harap tak terlewat untuk saya ucapkan tahniah,” - SYAFIQ.
Megan tak mampu menolak hakikat bahawa setiap detik yang dilalui bersama pegawai tentera itu merupakan detik yang paling terindah buatnya. Bagi Syafiq pula, satu peristiwa yang berlaku membuatkan dia yakin bahawa wartawan jelita itu adalah seseorang yang telah diciptakan Tuhan untuknya.
Kisah cinta mereka bermula. Sangka mereka, itulah sebenar-benar bahagia buat mereka. Tapi apabila Tuhan berkata tidak, akan wujudkah happy ending untuk kisah cinta mereka?
“Abang janji akan balik,” - SYAFIQ.
Kejamnya takdir, janji itu hanyalah sekadar janji di mulut. Di sana hilang tanpa khabar berita. Di sini merindu separuh nyawa.
N mengharapkan novel ni lagi better dari Her Chosen Imam,tapi...ermmmm.Macam mana nak cakap eh? Nampak macam Megan je beria ria,Syafiq biasa2 je.Samalah macam Her Chosen Imam pun,Nerissa melebih lebih,Uzair nampak biasa je.Rasa macam heroin syok sendiri haha. Lagi satu N tak berapa berkenan dengan watak Megan ni sebab dia degil.
Nohhh, ingatkan Uzair dah cukup mengancam dah. Takkk! Member baik Uzair lagi hot tau…😂🥰🫣
Rating: 🌟🌟🌟🌟.5
Imagine bila you dapat berkahwin dengan crush you sendiri? Mau boleh pengsan gamaknya…🤣😂 Buku nie menceritakan bagaimana seorang wanita berbangsa Cina dan beragama Buddha cuba meraih perhatian seorang lelaki Melayu yang diminatinya selama 3 tahun. Dalam masa yang sama, wanita tersebut sangat berminat untuk memeluk agama Islam. Bagaimanakah perjalanannya menjadi seorang mualaf, dan dapatkah dia meraih perhatian crush nya?
ML - Muhammad Adam Syafiq / Syafiq Seorang kapten dalam tentera. Tenang. Tak banyak cakap. Pernah bertunang, tapi putus di tengah jalan. Masa sebelum berkahwin dengan FL, ML nie jenis macam tak pandai nak luahkan perasaan sayangnya. Tapi, bukan yer. ML memang tunggu selepas kahwin, baru keluar perangai miangnya..🤣
“𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒓𝒊𝒏𝒅𝒖, 𝒅𝒐𝒂.” 𝑺𝒚𝒂𝒇𝒊𝒒 𝒕𝒐 𝑯𝒂𝒘𝒂.
Cukuplah 3 perkataan nie. 3 perkataan nie pun dah buat kita bergolek2 atas katil tau…🤣🥰😍😘
FL - Megan Yee Xian / Siti Hawa / Megan / Hawa Dilahirkan dalam keluarga Cina yang menganut agama Buddha. Setelah memeluk agama Islam, FL tukar nama kepada Siti Hawa Binti Abdullah. Seorang wartawan yang sangat komited dengan kerjanya.
Suka everything about this book. The romance, the action, the light conflict. Aihhhh, suka sangat2…❤️💛💖
Suka persahabatan Megan dengan Nerissa (dari buku Her Chosen Imam / HCI) dan Sabrina (akan adakah buku tentang Sabrina? 🤔). Pertama kali ML & FL bertemu adalah ketika wedding Nerissa dan Uzair dalam buku HCI. Masa tue, FL masih liar. Suka bertukar pasangan dan suka pergi kelab malam.
Suka sangat the way author tulis perjalanan FL nak memeluk agama Islam. Bagaimana tindakan FL itu mendapat tentangan hebat dari family nya. Memang faham lah sangat. Anak dibela dari kecil, ditatang bagaikan minyak yang penuh, alih2 bila dah dewasa, pergi tukar agama. Tapi tue lah kan, Hidayah itu milik Allah sepenuhnya…😌
Suka juga dengan hubungan FL dan 2 pembantunya. The jokes are on point. Penat tau gelak baca all the jokes. Penat sebab asyik tergelak2…🤣
Part romance memang secukup rasa. Part FL luahkan perasaan pada ML, part kena reject (urghhh, sakit tau di hati ini…😭), part ML minta FL tunggu dia balik. Ahhh, rasa terbuai2 baca part romance mereka berdua nie…❤️💛💖
Part action pun boleh tahan. Especially part ML selamatkan FL dari puak militan yang menculik FL. Fuhhh, berdebar tau…😰 Kalau kita jadi FL, mau lembik terus. Biar ML jer lah angkat kita dari awal sampai habis…🤣
Konflik ringan2 jer. So, sesuai untuk yang nak bacaan ringan tak nak sesak kepala. Buku nie ada vibes drama Korea ‘Descendants Of The Sun’. Kalau you all suka drama tue, you all pasti suka baca buku nie…😍
Apa yang kurang? Bagi kita, kalau ditekankan lagi bahagian betapa struggle nya FL dalam cuba nak mendalami ilmu agama Islam nie, buku nie akan jadi lebih baik. Bahagian tue agak kurang, bagi kita.
Kesalahan ejaan adalah sangat minimal. Good job to author and editor untuk buku nie…👍🏻 Kita memang hargai sangat2 kalau buku tue mengandungi kesalahan ejaan yang tersangatlah sedikit. Rasa berbaloi beli buku tue.
Overall, pembacaan yang sangat kita enjoy. Dari mula sampai habis, kita hanya tersenyum sahaja. Untuk author, kita menyeru sangat2, tolonglah tulis cerita Sabrina + Dazrin. Biar cukup cerita trio sahabat nie mencari cinta sejati. Trio Perigi Mencari Timba gitew…🤣 Tak sabar kita nak baca karya author seterusnya. All the best, author…👍🏻
Buku kedua dalam siri Her Chosen mengisahkan Megan, wartawan berbangsa Cina yang menyimpan hati pada Syafiq, seorang askar yang merupakan teman baik kepada suami kawannya. Tiga tahun berlalu tanpa dia mengatakan apa-apa. Satu kejadian telah merapatkan mereka dan akhirnya mereka berkawan rapat sehingga Megan yakin Syafiq juga menyimpan rasa untuknya, Belum sempat dia meluahkan rasa, Syafiq lebih dulu melarang. Dengan hati yang lara, Megan meletakkan noktah pada persahabatan mereka.
Pertemuan semula selepas perpisahan sementara mereka menyedarkan Megan bahawa hatinya masih pada Syafiq. Dan Syafiq pula... Aduh kenapa terlebih manis menjaga Megan?! Lepastu mulalah nak acah-acah nak try Megan pulak lepas reject dia. Scene gelang tu comel gila wehh. Memang asyiklah aku duk tendang angin.
Bagi aku cerita ni cerita yang santai dan agak datar juga kerana tak ada plot twist yang gempak-gempak. Tapi tak menghalang aku untuk enjoy pembacaan. Ni merupakan kali kedua aku baca karya penulis dan aku memang sangat suka dengan penulisan penulis. Konflik cinta Megan dan Syafiq pun taklah besar mana yang mampu menghuru-harakan hubungan mereka dan bagi aku itu dah cukup. Sedikit babak aksi dan debaran dengan kisah pemberontak semasa Megan dan Syafiq secara kebetulan bertugas di negara bergolak sebagai penambah rasa menyerikan lagi buku ni. Kitonyo suko cerita aksi.
Kisah penghijrahan Megan pun sedap untuk dihayati walaupun tak berapa mendalam. Aku seronok dengan friendship antara Megan, Nerissa dan Sabrina. Comel jeee walaupun babak mereka bertiga tak banyak. Nanti kita grab buku dorang pulak.
Plot cerita mudah diagak. Gaya penulisan santai. Tapi rasa macam kalau part Syafiq semasa jadi tebusan di Sudan itu kalau diperincikan dalam satu bab mungkin boleh menambahkan 'kick' pada buku ini.
Ada rasa sikit tak puas hati dengan Nasha. Kenapa endingnya seperti happy ending? Sedangkan dia watak antagonis dalam novel ini. Saya lebih prefer kalau punca sebenar pertunangan antara dia dan Syafiq diketahui oleh keluarga Nasha. Padan muka dia!!! Keji Nasha, belum apa-apa dah sibuk balu kan Hawa a.k.a Megan.
Oh, lagi satu, watak FL dalam ni ada 3 nama; Megan, Meyi dan Hawa. Kalau boleh gunakan Hawa dan Meyi sahaja boleh kurangkan keliru sebab panggilan ini yg lebih relate untuk cerita ini.
Apapun ini hanya pendapat saya. Nice try untuk penulis Cik Mardiah.
This entire review has been hidden because of spoilers.