Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tuanku Hana #1

Tuanku Hana

Rate this book
Semuanya bermula apabila Ameer menyiasat sebuah syarikat terkemuka bernama MIMA pada awal tahun 2011, sehingga akhirnya dia terlibat dalam misi menyelamatkan seseorang dari sindiket haram bernama KING’S. Misi itu mempertemukan dia dengan Hana, gadis 18 tahun yang baru gagal SPM. Gadis yang memanggilnya tuanku tanpa sengaja.

“Lain kali jangan sesuka hati ambil barang orang.” – Ameer Uthman

“Ya, tuanku.” – Hana Solehah

Tujuh tahun berlalu. 2018. Bumi Madinah menjadi saksi pertemuan mereka buat kali kedua. Pertemuan yang membuahkan luka demi luka. Pertemuan yang meranapkan harapan seorang Hana.

“Aku cuma minta kau berlagak lupakan sahaja. Bukan betul-betul lupakan.” – Ameer Uthman

“Dan itu tak mudah!” – Hana Solehah

“Abang saya takkan pandang perempuan... Macam awak.” – Saadah

2019. Segalanya bermula. Perkara yang ditakutkan Ameer berlaku.
Kemunculan Hariz menjadi permulaan rentetan peristiwa menakutkan yang berlaku.

Rentetan kehancuran seorang Ameer Uthman.

“Ameer, kita ada Allah. Segala perkara yang berlaku semua disusun oleh-Nya.” – Luqman Annasaie

“Kau punca semua ini, Ameer.” – Hariz

“Sudah berapa lama kamu tidak mendalami jiwa kamu sendiri, Uthman?” – Maulana Ishaq

640 pages, Paperback

First published November 1, 2023

2 people are currently reading
55 people want to read

About the author

Leena Syiha

10 books38 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (57%)
4 stars
18 (30%)
3 stars
7 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Amal Lee.
277 reviews33 followers
July 4, 2024
1) First time saya membaca karya Leena Syiha. Penulisan yang senang faham, pendek-pendek & maaf, bagi saya kadang-kadang ada dialog ayat yang agak kaku.

2) Saya agak tak berapa suka dengan sikap Ameer yang perengus sikit-sikit nak marah, sombong & dah tahu salah tu haishh tak sukalah. Bagi Hana pulak dia agak cengey & selalu emosi, naif & keanak-anakan. Ingatkan bila dah semakin berusia Hana dah boleh control sikap & bertindak sedikit matang mengikut umur tapi hmm saya agak annoyed, sangat. Sepanjang saya dok baca tu berapa kali berhenti sebab dok tahan sabar dengan Ameer & Hana ni.

3) Maaf, tapi bagi saya hmm chemistry Hana dengan Ameer tu macam nehii, zero. Hana yang seakan syok sendiri, sendiri menaruh harapan lepastu emosi sensorang. Ameer pula macam cold hearted guy yang tak ada perasaan & perengus (saya terfikir & pernah terbaca maybe disebabkan ada darah Arab yang mengalir dalam diri Ameer :O) yang tak sedar dia juga ada menyimpan perasan terhadap Hana. Tapi entahlah saya tak dapat rasa.

3) Agak draggy. Saya rasa ada part yang macam tak perlu pun nak letak dalam ni macam tak ada motif. Sampai kadang-kadang penat juga saya nak baca. Nak DNF terasa sayang, maka saya baca dengan sikit demi sikit.

4) Development story. Even agak draggy saya suka dengan plot cerita ni, lebih kepada penyiasatan & agak bertemakan islamik. Dan saya rasa lagi suka nak fokus baca kepada hasil penyiasatan dari hubungan Hana & Ameer yang memenatkan tu.

5) Walaupun cerita dah tamat pada muka surat 640, cerita ni diakhirkan dengan cliffhanger. Akan bersambung di Tuanku Hana 2. Saya rasa saya akan sambung baca tapi nanti dululah kot.
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
June 25, 2024
Cold men + cringe women; Tuanku Hana. Haha. Sabar jela aku dengan perangai Hana ni. Ok lesssgoooo TH2.
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
986 reviews117 followers
August 31, 2025
"...apabila seseorang itu terlalu lemas memikirkan perihal dunia, sangat sukar untuk dia mencari masa memikirkan perihal akhirat. Apabila seseorang itu terlalu berlari ke arah dunia ini, bersungguh-sungguh dalam menjayakannya - tidak mudah untuk dia mengosongkan fikiran darinya. Kerana hatinya sudah penuh dengan memikirkan tentang perihal dunia yang seakan tidak tamat.

...Maka itulah tanda dunia terlalu menguasai kamu sehingga kamu tidak terfikir untuk bertemu Dia dahulu sebelum bertemu saya (guru Ameer). Walhal jika kamu ceritakan pada Dia, kamu pasti menerima jawapannya tanpa perlu kamu bertanya pada saya.

Kadang...Allah menguji kita dalam soal hati adalah kerana Allah ingin kita bertanya pada-Nya, apa sebenarnya yang berlaku pada kita? Kerana tiada sesiapa yang lebih memahami hati kita melainkan Dia..."


Kenapa bukan 5 bintang seperti Luqman? Silalah baca review Joy. Ehehe~

Sesiapa yang telah membaca Tuanku Hana, semestinya akan rasa sangat sakit hati dengan kelakuan Ameer dan Saadah terhadap Hana, jangan lupa juga Hariz - Joy rasa dia paling kesian berbanding Hana.

Tetapi Ameer ini orang Arab and culturally, orang Arab sangat pegang kuat kepada tradisi, taat kepada keluarga and keperluan mereka, dan selalunya dalam banyak perkara mereka akan memilih keluarga daripada kawan-kawan/orang luar. Ada orang Arab yang sombong dan akan menganggap mereka lebih hebat; ada golongan yang tidak, mereka merendah diri tetapi bangga dengan harga diri yang tinggi. Jadi, untuk orang yang tak rapat dengan Ameer, akan merasa dia seorang yang sombong, angkuh, pentingkan diri sendiri, beku dan tiada perasaan. Ameer actually sangat jaga batas pergaulan dengan ajnabi (ie. Hana), dan most of the time ini menimbulkan salah faham sebab Ameer dia bukan jenis yang akan reveal his intentions, thoughts and feelings. Tapi ini tidak bermaksud Joy rasa dia tak salah dalam isu Hana dan Hariz - pengajaran pahit dan ujian Allah untuk Ameer untuk character growth.

Ok Joy nak cakap tentang Hana pulak. Walaupun Hana seorang yang ceria, sempoi, mesra, banyak cakap dan mempunyai keingintahuan yang sangat tinggi, Joy kadang-kadang penat juga dengan sikap kurang matang dan kebudak-budakan dia yang dalam banyak perkara - tak sesuai langsung dengan umur dia. Most of the time, Hana kena tegur dan kena marah dengan Ameer sebab ini dan lepas tu Hana akan terus fikir Ameer asyik marah dia je. Hana nie buat I geram sangat sebab dia sangat immature and at times very annoying. Another thing yang I faham ialah Ameer tak pernah pun memberi harapan atau janji manis kepada Hana, jadi kenapa Hana mesti rasa that she was 'wronged' and 'hurt' by Ameer? Dalam soal hati, maaf jikalau saya tak setuju dan tak kesian dengan Hana. Masa dia trauma sebab hampir mati dijerut pun, Joy tak rasa kesian langsung disebabkan dia sudah dialertkan tentang how bahaya the situation is but masih degil keluar sendiri pada buta malam tanpa informing anyone. Ini bukan first time dia buat macam tu sebab 'tak ingin menyusahkan orang lain', the fact is the consequences of your actions dah menyusahkan orang lain. Tambah lagi degil tak nak beli handphone dan susah orang nak jejak dan cari dia bila dia keluar sendiri atau tak dapat dicari. Allahu, sabaq Joy. I feel that what abang dia cakap tu betul bila marah dia, Hana pentingkan diri sendiri dan asyik fikir semua orang tak pernah cuba faham dia. Hana tu anak manja dan diberi banyak kebebasan untuk melakukan apa sahaja tanpa pemantauan orang tua dia - boleh tinggal sendiri di KL when she is considered a minor.

Kalaukan diberi pilihan, saya tak ingin langsung Ameer+Hana tetapi cerita ini Allah jodohkan mereka berdua, jadi siapalah Joy untuk menindakkan soal jodoh ini.

Bila scene Luqman muncul je, Joy terus ceria. Luqman is forever green and FTW! Tetapi scene dia tak banyak ye, cikit je dan cukup rasa.

Anyhow, the mystery surrounding MIMA, KING's, pembunuhan perempuan-perempuan jalang, Kafe Matahari dan isu berkaitan yang timbul diolah dan diperkembangkan dengan sangat kemas dan tersusun. The plot twist tentang Dato Robert dan anaknya itu pun was unexpected and Joy so far puas tentang the crime thriller aspect dalam novel Tuanku Hana.

Tapi, rasa penat sikit nak baca tentang Ameer+Hana dalam buku kedua. Hahahahaha~
Profile Image for Mslvoe.
2,044 reviews199 followers
September 2, 2024
Macam cerita investigation bercampur a little bit of romance.

Such a cold man si Tuanku @ Ameer. Nak je cepuk dia. Berlagak betul ayat² sinis masa hentam Hana.

Bertepuk tangan F bila Ameer datang nak minta maaf tapi cuma dapat surat je. Bapak Hana pun pandai pulangkan paku keras kat Ameer. Setepek la kena 😅

Watak Hana ni manja². Maybe sebab dia anak manja, adik bongsu, anak buah yang rapat dengan Pak usunya. So agak cringe sikitlah perangai Hana.

Okay next book. Mujurlah F baca selepas 2 2 dah ada. Dengar² ada no 3 ya. Alahaiii
Profile Image for HoneyGee.
146 reviews7 followers
June 28, 2024
I did enjoy reading this story in wattpad.

Tapi, bila baca physical copy, macam kurang sikit. Tiba-tiba rasa annoyed dengan perangai Hana. Macam keanak-anakan dan tak matang. Kerjanya pulak menangis je. Ni kalau dijadikan drama, saya boleh propose siapa yang sesuai dengan watak cemek Hana ni.

Permulaan kisah, best. How they met. Story development tu best. Bersangkut-paut dengan kisah Luqman. Tapi, bila dah kebelakang tu, lewah pula rasa. Lelah nak baca.

Luqman Annasaie masih juara di hati saya.

Mungkin saya patut cuba baca buku kedua pula?
Profile Image for sooa.
62 reviews4 followers
October 8, 2024
to be frank, aku rasa kureng sikit la dengan TH ni. masa baca LA dengan LA2 okay je, suka dengan writing penulis ni tapi bila baca TH ni terus kerut dahi. aku maklum TH ni dari wattpad, tapi aku rasa macam baca cerita wattpad yang tak diedit (untuk lebih sedapkan ayatnya) langsung. penulis sendiri pun tak cringe ke bila baca balik😭

dari segi jalan cerita, bagi aku okay la tak boring sangat sebab ada elemen konflik syarikat ameer yang sampai kesudah tak selesainya. tapi yang buat aku menguap setiap kali nak sambung baca buku ni, watak hana yang cringe and annoying. at the first aku faham jela hana still budak tak matang thats why perangai dia gitu tapi sampai dah besar pun langsung tak nampak matangnya celah mana. sikit sikit nangis apoo?? faham je yang penulis mybe cuba nak buat watak hana yang manja, ceria, naive. but i didnt get it. shes so cringe im sorry.

ameer pulak beku je manjang sampai ending haih stres haku. fl and ml punya character development flop gila and takda chemistry langsung sampai buat aku turn off terus. seorang syok sendiri, yang sorang lagi berlagak terpaling kaya. sumpah annoying. writing pulak sangat ke-wattpad-an, berbeza dengan Luqman Annasaie. ambil masa jugak la nak habiskan sebab memang tak enjoy langsung sepanjang baca. lagi curious ramai kata TH pain, and aku still tak jumpa apa yang painnya??

sejujurnya aku beli TH ni sebab suka dengan writing penulis lepas baca LA. tengok dari ketebalan TH, aku lagi curious nak tahu cerita pasal apa dan ya, aku tak pernah baca yang wattpad ver sebab memang nak baca yang novel ver. but end up, haih rasa menyesal sikit la sebab fomo.

still tapaham kenapa scene luqman operate tak diceritakan? dari dalam LA lagi tertanya Luqman buat operate apa tapi yilek sampai ke sudah takda kabor. banyak yang tak perlu ditulis pun dalam buku ni adalah. gigih habiskan TH ni pun nak tahu pasal villain yang bermusuh dengan ameer je but end up still tak selesai kesnya. no hate, this is just my honest thoughts about TH.

*nasib baik belum beli TH2 lol*
Profile Image for Nurul Tasneem.
177 reviews7 followers
September 7, 2025
Omg. Reading this again after years feels so nostalgic. Banyak juga scenes asal Wattpad yang diubah and I’m not sure I would complain. I actually love how minimal the interaction between Ameer and Hana is sebab I get giggles every time they talk to each other. Ameer sangat dingin and beku—probably the coldest hero I’ve ever read in a Malay novel. I love it tho 🫢. Cerita ni mostly about investigation (it’s the main genre) which is actually a good thing sebab kalau romance je mesti akan jadi boring.
Profile Image for Elurine.
76 reviews2 followers
August 11, 2024
Sejujurnya saya sendiri tak tahu nak kata genre TH ni islamic romance atau tidak sbb bagi saya cerita dalam ni penuh dengan dunia korporat. Cumanya ameer tu seorang businessman yg islamik. Boleh kata dia agak soleh, sebab mmg tak pernah baca cerita seorang businessman yg sangat menjaga halal dan haram dalam dunia perniagaan. Nak dijadikan cerita, semuanya bermula apabila ada satu syarikat ni ingin membeli saham dari syarikat hamraul asad. Dari situ ameer dari bukan seorang pengintip tiba tiba terjadi pengintip.

Pada awalnya, semua berjalan lancar tapi tidak semudah itu perjalanan kejayaan seorang ameer uthman. Ameer ni boleh kata dia hot tapi dgn caranya yg tersendiri. Suka saya ulang mmg tak pernah baca watak islamic businessman. Jadi saya sangat sangat tertarik utk baca karya ini. Ameer boleh dikatakan sangat perfect, kaya, ilmu agama ada, kacak tapi tulah adab budi pekerti tu dia kurang sikit. Semua yg pernah bekerja dgn dia, semua akan cakap dia kerek 🤣 bukan setakat kerek tapi menjengkelkan. Dah lah beku, muka sentiasa takde perasaan. Pastu paling tak menahan suka mengarah, dia je yg betul, org lain salah 😭. Pastu bab perasaan pun dia terpaling kurang. Haih kalau saya jadi Hana mmg makan hati berhari hari. Nasib baiklah Hana tu penyabar orgnya.

Hana pulak atau lebih tepat Hana Solehah. Saya sendiri sangkakan hana seperti namanya seorang gadis yg solehah, pemalu tapi tidak. Hana seorang gadis yg sangat ceria, sentiasa membuatkan org sekelilingnya terhibur dgn keletahnya. Mulut dia mmg tak boleh berhenti. Hana sangat penyabar orangnya. Ameer bagi respons yg menyakitkan hati pun dia boleh suka jugak dkt org tu 😭. Tapi tulah hati kan, benda yg paling sukar dijangka dan dikawal. Mulut kata benci tapi hati menidakkan. Bertahun hana menyimpan perasaannya tapi tuanku boleh pulak buat buat tak kenal yihh geram betul tapi tulah suka cerita ni sbb penulis buatkan perasaan diorang ni sama. Kalau sorang sakit hati, sorang lagi mesti sakit hati jugak. Jadi saya suka. Takdelah seorang je menderita 🤣 taaapiiii jawapan ameer kenapa nak kahwin dgn hana tu on toppp semoga bakal suami saya bagi jawapan ceni gak nanti lah tiber hahahahaha tapi sukaalaahh dgn jawapan ameer tu ringkas, padat & tepat!

Fokus utama cerita ni sememangnya tentang dunia perniagaan dan misi tentang syarikat MIMA. Ameer ingin mengetahui sebanyak mungkin tentang syarikat ini sehinggakan ameer berkenalan dgn ramai org utk membantunya tentang misinya. Tapi tak sangka dalam ramai ramai yg membantu ameer, ada yg mengkhianati ameer dalam diam. Fuhh intense ya, dah lah ameer tu memanjang muka tegang. Dgn hana pun dia boleh buat dek muka tegang je. Mana tak emo member tu. Takleh cerita lebih lebih. Korang bacalah sendiri!

Last sekali, bagi saya buku ni byk tentang hati dan perasaan. Dua benda ni Allah yg pegang. Walau macam mana kita cuba lupakan tapi Allah kata belum masanya. Kita kena tetap bersabar tapi teringat ayat maulana ishaq. Perasaan itu anugerah tapi jgn sibukkan diri utk terus memikirkan tentang itu. Walaupun saya kata tak sesuai utk letakkan genre islamic romance taapiii nilai nilai keagamaan itu tetap ada. Tetap membuatkan saya tersentuh dan sayang dgn buku ni sebab tulisan yg bermanfaat dan memberi kesan yg mendalam diri saya. Banyak yg kita boleh muhasabah diri melalui kisah Ameer Uthman & Hana Solehah ini. Kepada penulis, teruskan menulis dan menyebarkan kebaikan!
Profile Image for Thes.
193 reviews3 followers
October 10, 2024
Kali pertama terima buku ni (beli masa preorder), aku terkejut sebab tebal yang amat! Dan jujurnya aku expect akan habis satu buku ni jelah. Tiba-tiba ada second book. Terus aku tak tahu nak expect apa dan agak skeptikal jugalah, lagi-lagi pertama kali nak baca karya LS. Aku memang dah lama aim nak baca karya LS, dan aku ingat aku akan baca duologi LA dulu, rupanya jumpa Ameer dan Hana dulu, walaupun jumpa sekerat jalan je (for now). Buku ni lebih kepada kisah penyiasatan yang Ameer ketuai berkenaan sebuah syarikat MIMA dan pemiliknya Robert. Pada pendapat peribadi aku, romance antara Ameer dan Hana ada cuma aku tak rasa chemistry antara mereka.

Ceritanya bermula dari tahun 2011, Ameer Uthman berumur 22 tahun dan Hana Solehah 18 tahun. Pertemuan tanpa sengaja membawa mereka ke misi untuk menyelamatkan seseorang yang mohon pertolongan. Dan hari-hari yang mereka lalui bersama telah membuahkan rasa suka dan cinta dalam diri seorang Hana. Bertahun berlalu, Hana dan Ameer bertemu semula di Madinah. Ameer telah mengambil alih tampuk kepimpinan Hamra'ul Asad setelah ayahandanya meninggal dunia. Hana pula bekerja dengan syarikat keluarganya, Hanara yang kini (2018) bertapak di Madinah.

Ameer Uthman, seorang usahawan yang hebat serba-serbi tapi gagal memahami hati sendiri. Antara keluarga dan hati, Ameer lebih pentingkan keluarganya. Dia juga seorang yang cold, agak sombong dan tinggi ego. Agak tak berkenan jugalah aku dengan watak dia. Hana Solehah pula seorang yang sangat berani. Baru jumpa sekali terus nak percaya orang tu, ish dulu mak tak pernah pesan ke jangan cakap dengan orang tak kenal? Jangan mudah percaya? Watak dia nampak la matang seiring masa cuma ada masa macam tak bertempat dia punya dialog. Diminta cerita masa kena serang, tiba-tiba melalut cerita hantu kum kum aduhhh.

Jujurnya, aku lebih tertarik nak tahu tentang MIMA, Robert dan juga kes pembunuhan bersiri dan kaitannya dengan Malique berbanding kisah Ameer dengan Hana😅😅 Pace cerita agak laju juga dengan macam-macam yang terjadi. Kadang-kadang, aku tak perasan pun selang masa, flash back jadi dua tiga kali jugalah menyelak bab belakang haha. Aku ambil masa jugalah nak habiskan AU ni.

Watak sampingan yang sangat intrigued aku adalah Inspektor Fawwaz (janganlah tanya kenapa sebab aku pun taktahu uhuk). Side note, dia charismatics gila! Saadah pula watak yang aku tak boleh nak faham hahaha. Dah la kutuk Hana terang-terangan lepastu tak expect Hana kecil hati. Eeee terasa sangat unsympathetic ya dia. Harap-harap dalam TH2 jadi orang yang lebih baiklah. Saif pula bagi aku dia abang yang perfect untuk Hana. Quite hensem juga, eh?

Apapun, tahniah kak penulis untuk novel ni!
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
June 24, 2024
PLSSSS LEENA IS MY FAV AUTHOR AFTER LOLLY!! FOR REASONS I DO REALLY LOVE THE PLOTS, CHARACTERS AND HER WRITING SO MUCH!!

You know good writing can make common plot become a chef kiss. Untuk kisah Ameer dan Hana ni memang mind-blown betul. Banyak gila knowledge on IT in this book. Ameer ni gempak gila walaupun dia cold-hearted, ego tapi sebab aura dan kebijaksanaan dia tu dah bagi balance kan balik karakter dia. Okaylah Ameer ni nampak je dia tak kesah tapi sebenarnya hati dia berbunga-bunga. Kita pun terikut berbunga-bunga. Sebesar taman Ameer, besar lagi taman saya hahahahahaha. Plot dia more to investigation and kinda islamik. Bukannya islamik apa pun cumanya Ameer ni yang seorang islamik. Dah orang Arab-Melayu kan , membesar pula di Saudi.

Untuk Hana pula HAHAHAHHAHAA , Hana ni tersangatlah comel, perangai dia tu so natural and immature at same time. Tapi immature dia tu berpada dengan usia dia. Berubah dengan peredaran meningkatnya umur dia. Tapi kecoh dia yang selesa. Side note, sebenarnya perangai Hana ni sama macam best friend saya, i can't stop imagine her in this book. Sebab terlalu sama. Saya tak letih pun layan celoteh kawan saya cuma kena ada time saya kena kawalkan dia sebab dia tak terlayan AHHAHAHA SO HANA PUN MACAM TU MASALAHNYA. Since that saya selalu usik dia tanya "Mana Ameer" hahahaa dia gelak je.

Another side note, buku ni ada sambungan which is Tuanku Hana 2. Tuanku Hana 2 ni kehidupan Ameer dan Hana lepas bernikah and yesss conflict di Tuanku Hana bersambung ke Tuanku Hana 2 so senang cerita issue nya tak solve pun di Tuanku Hana 1. Dalam buku ni, ada conflict Luqman Annasaie jugak. So if you ask me, better baca Tuanku Hana dulu, sebab dalam Luqman Annasaie more to how they overcome the conflict.
Profile Image for Athirah.
48 reviews1 follower
November 16, 2024
My first impression– Ya Allah, tebal!

Tapi seriously i devour this book dalam masa semalaman je. I really cannot put it down which membuktikan how good it is.

Ameer Uthman– do i need to say more about him? Hahaha. Cam biasa dari buku luqman annasaie lagi kita tahu aura dia macam mana. Part hana and ameer jumpa di madinah tu macam melompat lompat sikit sebab the same scene dah diceritakan dalam buku luqman annasaie. Dia sort of POV Ameer, you dapat dalam luqman annasaie. POV Hana, you dapat dalam this book. So kalau tak baca luqman annasaie, mungkin kurang sikit je lah kepuasan/pemahaman untuk babak tu. Tapi tak mengacau storyline pun.

Hana Solehah– kenapa macam keychain sangattt. Rasa nak kidnap je. And i can totally relate to having a crush, patah hati, and nak move on punya scenes.

Buku ni kan, ada banyak misteri misteri yang perlu dirungkai so dia macam you baru nak bertenang, nak sweet sweet sikit (takat mana lah pun ameer uthman reti bersweet sweet. Dia minum pun kopi masin. Benda manis pun dia tak suka.), dahhhhh ada benda jadi.

It is a roller coaster ride throughout this book.
Profile Image for Paulinecpr.
32 reviews
September 1, 2024
Hana & Ameer berkerjasama secara tak sengaja dalam kes Luqman yang diculik serta dipaksa jadi pelacur. Agak rare ye temen² cerita yang mengetengahkan pelacur lelaki 👍

Sepanjang tempoh itu, Hana jadi PA Ameer, tanpa mengetahui nama sebebar Ameer & memanggilnya tuanku🤣

Mereka berjaya menolong Luqman keluar dari sarang pelacuran itu jugak menyumbat suspek utama ke dalam penjara, namun.. atas bantuan seseorang yang berpengaruh suspek tersebut berjaya keluar lebih awal dari penjara

Bermulalah segala masalah besar yang melanda Hana + Ameer pabila bekas banduan itu melaksanakan misi membalas dendam

Chemistry antara Hana dan Ameer agak kurang sebab story ni lebih kepada penyiasatan & misteri.
Novel ni bersambung, ending tergantung, slow paced & agak draggy penyebab I rate 3✴️ je

Jumpa lagi kat Tuanku Hanna 2
Profile Image for N.S.Y.
100 reviews3 followers
September 18, 2024
Perungkaian kepada cerita Luqman Annasaei.. sebelum ni duk tertnya² ape yg terjd pada Luqman masa jd mangsa tahanan KING'S.. jd disini kita tahu ape yg jd.

Ameer yg dingin tp pelindung Hana dlm diam.. menolak tp terluka.. akhirnya akur dgn takdir..

Hana yg sengal baik hati even terluka tp masih x boleh nk buang tuanku dia.. bila dia dah sedia nk melupakan takdir berkata lain..

Walaupun bnyk scene yg boleh bwk kpd stress (sbb dlu baca Luqman scene santai 🤭) tp sngt berbaloi utk d beli dan baca..

Beli dlu sebab dah baca Luqman.. jd kena cari tahu soal Ameer pulak.. 😅

Rekomen utk beli dan baca jika anda seorg peminat islamic vibe pnya novel.. xder la vibe mafia² ni.. tp Ameer still org billionair 🤣
Profile Image for Nad.
375 reviews
August 14, 2024
I guess TH tak boleh nak kalahkan LA.
FL dia sangat cengeng. Ya sikit sikit menangis. Masa awal awal tu faham sebab umur muda lagi lepasan spm macam tu, ni kau dah dewasa a grown woman pun masih cengeng.
ML dia pulak haih.
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.