Dia pernah berkahwin. Bukan sekali, tetapi dua kali. Tetapi kedua-duanya ternoktah di tengah jalan. Yang pertama disingkirkan kerana wanita lain. Namun kini, hatinya kembali menginginkan bekas isterinya itu semula.
“Dia rindu kita bersama Anna. Dia rindukan perhatian kita berdua, bersama-sama memberikan perhatian kepada dia.” – Ariz
“Kenapa perlu rindukan semua itu sedangkan kita telah lama berpisah. Sejak dia dalam kandungan I. Dia tak pernah lihat kita bersama pun Ariz.” – Anna
Tetapi segalanya tidak mudah buat Ariz, lebih lagi bila Anna sudah punya pengganti.
“I tak sangka bila I ajak you dan Juna keluar boleh mengganggu jadual hidup you sampai macam ni sekali. Atau you sebenarnya cuba untuk tolak I jauh dari hidup you? Am I right, Anna?” – Ariz
Semakin dia cuba mendekat, semakin Anna menjauh. Kehadiran Karl telah merumitkan Ariz untuk mendapatkan Anna semula. Malah kemunculan semula Rita semakin menyerabutkan Ariz.
“Sedikit pun you tak hargai rasa cinta I pada you dulu.” – Rita
“I hargai kehadiran you dalam hidup I Rita dan I juga hargai rasa cinta yang pernah wujud antara kita dahulu. Tapi waktu sudah berubah dan kita kena move on, faham tak?” – Ariz
Lalu, apakah solusi kepada cinta Ariz?
“I might sound like a jerk, sebab cintakan dua wanita dalam satu masa.” – Ariz
Dalam story ni aku suka Karl sorang je. Yang lain semua annoying.
“Kalau you betul-betul cintakan dia, bebaskan dia, Ariz. Biarkan dia cari bahagia dia sendiri.” Aku setuju dengan ayat ni! Patutnya otak Ariz ni berfungsi sikit. Dengar cakap Rita.
Ariz ni macam jantan tak betul. Tinggalkan Anna untuk Rita. Lepastu tinggalkan Rita pulak sebab tibehhh rupanya baru sedar dia cintakan Anna. Get lost jantan gini.
Yang si Anna pulak, haih malas aku nak rumus tentang kebodohan dia tu. Takpelah. Eloklah pun berjodoh dengan Ariz selamanya. Sekufu. Haha.
Aku boleh bagi 4⭐️ sebab plot cerita n penulisan tersusun. Tapi serious takkan reread.
This entire review has been hidden because of spoilers.
ariz dan anna bercerai. mereka berkahwin atas pilihan keluarga tapi sewaktu anna mengandung, ariz 'bergembira' bersama rita sehingga membuat mereka bercerai.
bertahun berlalu. anna tetap dengan juna dan ariz tetap sendiri. makin lama makin dia rasa anna lagi penting dalam kehidupannya. tambah apabila juna makin membesar. anna pula, walaupun ada karl tapi entah kenapa bayang ariz tetap ada dengannya.
ya. kisah hatiini sukar untuk dibicarakan. sewaktu ada, seperti tidak diendahkan. tapi bila sudah tiada, itulah yang dicari-cari. itulah yang dirindui. kemarahan yang bangkit hanyalah untuk melindungi perasaan sebenar.
lalu bagaimana?
anna pergi. ariz lalui hari sendiri. tapi selama mana mampu bertahan.