Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lelaki Itu Untukku

Rate this book
ORKED Harlina, anak tunggal ayahnya, tetapi tidak pernah ada istilah ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh si ayah yang jelas-jelas membencinya. Mungkin kerana itu, dia menjadi gadis yang keras hati, suka melawan, sedikit ‘liar’ tetapi masih sekuntum bunga yang rapuh di pelosok hati. Apabila si ayah berkahwin dengan seorang janda anak satu, lagilah dia panas hati.

Kes tidur lokap semalamnya kerana bergaduh di kelab malam, mempertemukannya dengan Idlan Riyaz, anak emak tirinya yang selama ini belajar di luar negara. Maka bertemulah buku dengan ruas. Idlan Riyaz yang sentimental, cool, penuh kematangan dan pandai ‘mengenakan’ membuatkan hati si bunga liar berasa menyampah. Dia tidak pernah punya seorang abang dan jelas, dia tidak ingin Idlan Riyaz menjadi abangnya. Takkan sekali!

Tetapi itu kata mulut. Hati di dalam paling tahu apa yang diingini. Apabila dia yang tidak pernah dilindungi tiba-tiba punya guardian angel, bukan dari syurga tetapi dari Kota London, siapa yang tidak mahu? Apabila dia yang tidak pernah dikasihi, tiba-tiba diberi perhatian, maka episod baru tercipta. Jadilah dia secret admirer abang tirinya sendiri. Dan kerana Idlan Riyaz, dia mula belajar untuk menyayangi, mempercayai dan menerima.

Dan kerana Idlan Riyaz juga dia kenal Tengku Emery Iskandar, si playboy a.k.a BFF Idlan Riyaz yang ada karakter yang Masya-ALLAH, kereknya mamat ini. Baginya, Idlan Riyaz lebih sempurna dan penyayang berbanding Tengku Emery Iskandar. Cuma satu sahaja dia harus akui, dalam tidak kesempurnaan Tengku Emery Iskandar di matanya, lelaki itu punya hati nurani yang luhur.

“Aku memang macam ni, dari dulu pun macam ni. Aku tak pernah berpura-pura pun di hadapan kau. Dan aku tak pernah suruh pun kau bawa aku ke tempat bodoh macam ni!” - Orked Harlina

“Abang tahu Orked ni kuat orangnya. Tapi yang kuat nilah yang abang risaukan. Abang risau. Abang takut Orked hanya kuat di luar tapi rapuh di dalam. Sebab tu Orked perlukan abang. I’m gonna be your shoulder to cry.” - Idlan Riyaz

“ I’m not perfect. He’s either. And the two of us will never be perfect. But if I can make you smile at least once, causes you think twice about me... then I’m perfect for you.” - Tengku Emery Iskandar

720 pages, Paperback

First published April 15, 2014

13 people are currently reading
179 people want to read

About the author

Mazni Aznita

8 books59 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
45 (43%)
4 stars
33 (31%)
3 stars
14 (13%)
2 stars
8 (7%)
1 star
4 (3%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews104 followers
October 28, 2014
Naskah untuk dilepaskan; RM17.00. PM je...

Jujur... berbintang-bintang-bintang di langit untuk LELAKI ITU UNTUKKU kerana berjaya menggugurkan bukan setakat air mata malah berkoyan-koyan air hidungku....

Keupayaan penulis ini untuk menjentik rasa pembaca memang tidak dapat disangkal lagi biarpun ini naskah pertama nukilannya yang dibaca. Thumps up!

******

(for me).. SAKIT adalah intipati untuk naskah ini. Dan kebolehan penulis untuk berkongsi kesakitan tersebut dengan khalayaknya, memungkinkan ia berada di kelasnya yang tersendiri. Atau mungkin aku boleh samakan ia dengan Andai Itu Takdirnya (Siti Rosmizah). Rasanya tiada pembaca yang tersedar untuk merungkai nilai sastera yang ada dalam karya tersebut kerana aura kesakitan yang dirembaskan telah menghijab segala kekurangan. Mungkin inilah kelebihan untuk penulis2 yang mampu bermain dengan emosi pembaca, seperti ahli silap mata.

Dan untuk julung2 kalinya biarlah aku pun terhijab sama... :)

TAPI... (ada jugak!)

i) Pengolahan ayat2nya yang agak keras dan kaku.
ii) Langgam bahasanya yang sama antara premis penceritaan dan dialog yang dituturkan oleh pelaku2nya.
iii) Pengindividuan watak yang agak tergelincir di sana sini terutamanya untuk watak Idlan, Orked dan Em.

Mungkin ada sesuatu yang boleh direnung dan diamati oleh penulis untuk karya seterusnya.

Dan...AKU, hingga kini masih mempersoalkan kewajaran si Em yang memilih untuk kembali dengan wajah Idlan. Jika kasihnya betul2 utuh untuk Orked, Em akan memilih untuk menjadi dirinya sendiri. Hidup sebagai insan lain lebih SAKIT sebenarnya jika dibandingkan dengan menerima kenyataan tentang kekurangan/kelemahan sendiri. Tidak cukupkah dengan nota2 kecil Orked dan surat wasiat Idlan?

Dan lagi... nota2 kecil dan kotak pandora itu mengingatkan aku pada kisah Adam dan Hawa. Kekalutan rasa Adam Mukhriz terhadap Ain Hawani juga dilemparkan dalam kotak pandora yang sama. Dan ntah mengapa, naskah ini membuka kotak ingatanku terhadap Joe dan Suraya (Dialah Segalanya - Sha Ibrahim).

Kebetulan?

Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
May 18, 2014

Mai layan pantun:

Orked Harlina nama diberi,
Kelab dan disko tempat melepak,
Rokok dan ponteng sudah sebati,
Malah lokap juga pernah dijejak.

Idlan Riyaz si abang tiri,
Tiba-tiba muncul menjadi penolong,
Tapi Orked memandang sepi,
Tidak meminta seorang pelindung.

Kesungguhan Idlan membuatnya terharu,
Mahu mencuba episod baru,
Namun Idlan tiba-tiba berubah,
Orked semakin tidak diendah.

Muncul Emery pengubat sepi,
Jejaka hot perasan sendiri,
Hati Orked ingin dimiliki,
Walaupon tahu tiada potensi.

Idlan dan Orked tidak menduga,
Cinta dan kasih datang tiba-tiba,
Di saat kematian pula menerpa,
Mampukah menidakkan dan mengabaikan segala rasa?

Takdir pencipta diterima hati,
'Menjejak' Idlan ke negara Itali,
Terpana seketika dengan lelaki bernama Raimi,
Kerana wajah sangat menyerupai.

Ending pantun tak jadi nak buat, kasi thrill pada yang belum baca.
Klu: Orked-Idlan-Emery-Raimi.

Rasaku:

1) Sebenarnya sangat beremosi baca novel MA kali ni. Sarat dengan input kekeluargaan dan pengorbanan. Cinta tidak semestinya memiliki. Yang lebih penting dapat membahagiakan orang disekeliling kita dalam masa yang sama hati kita akan lebih tenang.

2) Kecekalan dan ketabahan Orked Harlina menghadapi ayah sendiri yang membenci tanpa diketahui sebabnya. Paling aku terharu bila Orked menulis dan menyimpan segala impian dan rasa didalam sebuah kotak seramik dari arwah ibunya. Onar yang Orked buat sebenarnya untuk mendapat perhatian si ayah. Tapi aku rasa Orked 'tamak' bila mencintai Idlan dan Emery pada masa yang sama. (ya, aku bias pada Idlan. :P)

3) Sikap pelindung dan penyelamat Idlan walaupon pada mulanya hanya sebagai abang tiri. Idlan berusaha keras nak dapatkan kepercayaan Orked dan mengubah Orked yang liar tu. Idlan juga sanggup memendam rasa dan berkorban bagi membahagiakn orang di sekeliling dia.

4) Aku suka nama hero dan heroin, Idlan Riyaz dan Orked Harlina .Orked-unik kot.

5) Cover novel yang cantik dan tulisan yang tidak kabur. Rasanya aku selalu membuat perbandingan cetakan tulisan bila bergerak dari satu novel ke novel lain. BP memang terbaik walaupon ada yang kata tulisan agak kecil tapi bagi aku ok je.

p/s: Sila sediakan tisu jika anda cepat tersentuh. Guna hujung baju pon boleh jika kuantiti air mata agak sedikit. :P ..... sobs.....








Profile Image for Farah Husain.
Author 35 books209 followers
May 9, 2014
Ini bukan review. Cuma 'rasa' seorang pembaca.

Mazni Aznita...Anita Aruszi.
Novel-novel beliau memang sentiasa saya tunggu. Dan beliau adalah antara penulis yang novelnya saya capai tanpa baca sinopsis.
Seperti biasa, novel Anita bukan tertumpu pada hubungan cinta uda dan dara sahaja. Elemen kekeluargaan memang tak pernah lari dari karya beliau. Itulah salah satu sebab kenapa saya sukakan karya beliau. Dan mungkin juga sebab saya ni orangnya yang cepat tersentuh, membaca novel ini memang buat mata berkaca-kaca dan dada jadi sebak.

A must read!
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
April 25, 2014
Kisah cinta antara Idlan-Orked-Emery. Kisah cinta yg lain daripada yg lain. Sentuhan Mazni Aznita tak perlu disangkal lagi. Plot penceritaan tersusun dan gaya bahasa yang ringkas menjadikan karya ini sebuah karya yang tak boleh ditinggalkan. Secara keseluruhannya, apa yg boleh diambil daripada kisah ini ialah, "cinta tak semestinya memiliki" dan "yang benci itulah yang bakal kita sayangi". Apa2 pun menantikan karya seterusnya daripada Mazni Aznita.

nota :- Bagi mereka yg mudah tersentuh, jgn lupa sediakan tisu tika membacanya!
Profile Image for Rynna.
132 reviews
September 13, 2014
cerita yang agak menarik, mengenai Orked Harlina yang mencintai dua orang lelaki pada waktu yang sama. Idlan Riyaz dan Tengku Emery Iskandar, tapi hanya sorang yang akan bersama dgn orked...
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
November 28, 2021
Uisyyy berbelit juga kisah-kisah seorang Orked. Dengan emaknya, ayahnya, ibu susu, abang tiri, lelaki yang hampir terlanggar dia di kampus, kemudian ada Tuan Rahman, Sarah ... Awalnya Orked seorang gadis yang galak sengaja menjerumuskan dirinya ke lembah masaalah semata-mata kerana ingin mencuri perhatian dan kasih ayahnya. Baru baca buku After Anna Todd, saya tak rasa nak caci Orked sangat. It's nothing compared to the high rise stupidity of Tess. Id dan Em di hati Orked pada waktu serupa, dan pada waktu berbeza.

Tapikan, saya tidak faham simbol yang di bawa oleh gambar sudu garpu berikat reben di kulit buku.
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 16, 2014
selamat mengkhatamkan lagi #countless PBAKL collections... i'm crying for the ending as it touch my heart deeply... uwaaaaa... sedih dan sebak dan saya suke... mmg sentiasa x sabar nak baca laie baca laie sampe ke pengakhiran... sangat x sangka dengan kehadiran raimi. pengorbanan cinta yang paling paling paling x disangka.. it's totally unsangkarable.. but seyesly i lurve idlan riyaz so much even its painful... without knowing about his health problem, he will never gonna meet orked harlina earlier. and therefore probably no chance for emery. masa yang ada sesungguhnya terasa amat bermakna... kepedihan orkid tue mmg sangat sangat sangat dirasai. dan kebahagiaan yang dicari dan dijumpai buat hati terbuai di angkasa hah.. ngeeee.. may i personally voted for En. Syarul Ridzwan aka Romi kita sebagai mr. idlan?? i just lurve him and lurve idlan too much.. okey malam nie blh mimpi ke bintang.. hahahaha
Profile Image for Bidadari Hujan.
69 reviews7 followers
June 7, 2014
novel yang best tapi tak suka ending..saya nak Muka Em bukan 'jiwa' shj.. saya nak 'jiwa' Id..bukan muka Id.. ( nampak tak betapa frust bila tau ending dia..) memang suka bila orked dgn Em..
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
September 4, 2014
Ohhhh.... Mcm yg ckp sblm ni.... Mmg salah timing aku baca novel ni... Apapun, sangat berpuas hati dgn hasil MA yang tidak pernah mengecewakan.... Klimeks yg baik. Emosi ML terikut sama. Yg ML kesalkan adalah, kenapa ending dia begitu. Rushing benar... Tp ok jugak kot... Kalo x, mau cecah 1k muka surat...

Cinta tulus n suci yg digambarkan oleh Em, x seteguh cinta Orked padanya.
Ya, Orked terkeliru dgn perasaannya. Idlan, lelaki pertama yg sedar kewujudan Orked. Mana mungkin hatinya tidak jatuh kasih. Mana mungkin dia x jatuh sayang. Tp, ML pasti, itu bkn cinta. Kalau x, dia x mungkin tergugat dgn Em. Kalau x, dia x mungkin rasa bersalah kerana menyukai Em.

Em.. Kenapakah dia kembali dlm jelmaan Id... ML sgt x puas hati... Hishkkk..... Bkn dia x baca nota tu. Bukan dia x tahu kebenarannya. Bkn dia x tahu Orked cinta dia... But, y? Naper dia jd jelmaan Idlan jugak.

Tp serius weh... Mmg tersayatlah hati. Bila Em kecewa... ML Pulak yg terasa lebih... Tp antara Em dan Id, ML lebih suka Id ....

Al-Fatihah....

Oit... Lupa lak... Ni novel jer... Tp teringin jugak ML jumpa jelmaan Idlan dlm hidup ML ... Sbb ML rasa ML dah jumpa Orked...
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
July 5, 2014
semua karya cikgu..
tidak penah gagal buat jiwa saya tersentuh...
saya suka semua naskah anita aruszi sebab
unsur kekeluargaan pasti menjadi latar belakang jalan cerita.. persahabatan, dendam dan benci yg diadun bersama membuat kan kita tertanya-tanya apakah kesudahan disebalik misteri karya ni...
tahniah cikgu!
sy x pandai karang resensi yg baik!
bagi sy karya yg baik ckup sekadar perkataan
AWESOME.. pasti anda tahu kualitinya!
Profile Image for Sarinah Aini.
5 reviews8 followers
May 20, 2014
mazni aznita..anita aruszi
buku2 beliau WAJIB beli..tanpa perlu bace sinopsis..
LELAKI ITU UNTUKKU..
citer yg membuatkanku leleh ayaq mata..
wajib bace tau...
Profile Image for Lea Azleeya.
39 reviews2 followers
January 5, 2019
Yeahhh novel Lelaki Itu Untukku ni berjaya buat aku menangis.. Jalan cerita sedikit lain dari kebiasaan novel cinta yang pernah aku baca... Jalan cerita yang sarat dgn suka duka sebuah kehidupan..

Kisah seorang gadis yang hilang kasih syg seorg ayah dek kerana wasangka sang ayah yg hampir 20 tahun membuatkan terhadap arwah ibunya membuatkan dia di benci dan dianggap tidak wujud didepan ayahnya..

Kisah cinta yang sangat tragis membuatkan aku menangis kerana pemuda yg di cintai dan yg telah mengembalikan semula hidupnye, meninggal dunia akibat lukemia tahap 4..

Alhamdulillah, endingnye sangat membahagiakan..

Tahniah penulis.. 4.5 bintang aku bagi.. hehe
1 review
Read
September 5, 2019
Blm baca
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ubi.
314 reviews
August 26, 2021
Hmphh. Sejujurnya tak berkenan plot tuka muka tu. Hilang identiti Em.
29 reviews
December 23, 2018
2.5*

Ceritanya okay je tapi a bit awkward dan pelik baca kisah cinta adik beradik tiri antara Orked dan Idlan.. Walaupun mereka bercinta yg betul2 bercinta cuma sekejap je di bahagian hujung2 tu tapi still rasa err awkward.. Kalau diteruskan hubungan tu sebagai adik-abang sampai habis, mungkin a bit better kot..

Ending tu saya suka, Orked dengan Em tapi persoalannya(soalan yang sama jugak macam orang lain).. Kenapa mesti wajah Idlan??? Hmm rasanya kak Mazni sangat sayangkan watak Idlan kot..
Profile Image for Ctriko.
280 reviews6 followers
November 4, 2014
Satu kisah cinta luhur antara Idlan-Orked-Emery yang memang sungguh luarbiasa dan sejujurnya amat meruntun jiwaku ini. Membaca setiap baris ayat dalam keseluruhan karya ini memang membuatkan aku sebak dan pilu sehingga tidak mampu ku tahan air mata ini melimpah keluar. Penulis ini bukan sahaja berjaya mengadun jalan cerita yang penuh misteri serta menjadi tanda tanya, malah penuh dengan unsur kekeluargaan, persahabatan, dendam, cinta dan pengorbanan dengan bahasa yang bersahaja dan santai TETAPI dalam waktu yang sama berjaya mencengkam pelbagai rasa di hati pembaca sewaktu membaca karya ini dari awal hingga akhir cerita. Teknik penceritaannya juga penuh mendebarkan dan sentiasa membuatkan aku tidak "keruan". Karya ini bukan sahaja amat menyengat dan berbisa malah sarat dengan emosi dan telah berjaya membuatkan aku menjiwai watak-watak utama dalam karya ini dengan deraian air mata sehingga menyesak dadaku.



http://myhookedbooks.blogspot.com/201...

Profile Image for Issofea Keisha.
45 reviews4 followers
June 2, 2014
Selesai baca dgn perasaan gundah gulana sb cinta orked, id dan em. Memula baca pun dh mcm2 rase ade Part ujung mmg x blh control dh abis jugala 1/2 kotak tisu hahahha...
Profile Image for Mayamellina.
5 reviews
December 30, 2015
5 star? Of course novel yang dihasilkan Mazni Aznita kali ni memang memenuhi citarasa saya.. And my advise for those yang akan baca this karya untuk sediakan tisu di sebelah anda..;)
Profile Image for Teh Salam.
12 reviews1 follower
February 15, 2016
first time baca buku tanpa melompat-lompat..setelah sekian lama...banyaknya konflik..n yang bestnya x meleret..n tak ada cerita yang tak perly..
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.