“Aku Ingin Kembara Lagi’ merupakan himpunan tulisan Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin semasa bertugas sebagai fellow di OCIS, Oxford.
“Tempoh waktu saya di Oxford adalah antara waktu yang paling berharga dan menarik dalam hidup saya. Saya amat ‘jatuh cinta’ kepada Oxford dan suasananya. Bandar Oxford amat indah bagi saya. OCIS juga amat bermakna bagi diari hidup saya.”
“Saya coretkan sebahagian daripada apa yang saya tengok dan rasa semasa berada di Oxford. Lantas saya simpulkan itu semua dengan apa yang saya faham. Saya berharap setiap pembaca dapat mendoakan agar ALLAH memberikan peluang kepada saya untuk terus mengembara mencari hembusan pengalaman baru yang mendidik jiwa sehingga benar-benar memahami rahsia alam dan terasa amat kebesaran TUHAN.”
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin is a national Malaysian descent Malays. His first term of Perlis Mufti had been from 2006 until 11 November 2008. His second term as Mufti of Perlis began on 2 February 2015. He got his doctorate from University of Wales, Lampeter, United Kingdom. In the meantime he is also a columnist for 'Minda Dr. Maza or "Pena Mufti" in the newspaper Mingguan Malaysia since March 11, 2007. All his writings are recorded in a book called "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda - Edisi Baharu" published by Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, a subsidiary of The Star Group which was inaugurated by former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad on 21 April 2010.
Alhamdulillah, saya hanya mengambil masa kurang dari 48 jam untuk membaca buku ini. A book that really worth to read! Perbandingan antara masyarakat ilmu di Eropah dan di Malaysia serta negara Islam yang lain adalah realiti pahit yang harus ditelan. Masyarakat Muslim kini yang dilimpahi karya ilmu teragung ternyata kalah apabila dibandingkan dengan masyarakat ilmu di Eropah. Sebuah buku yang tidak berat sebelah, tidak memenangkan sesebuah kumpulan meski ia adalah sebahagian dari kumpulan tersebut.
1. Aku Ingin Kembara Lagi is not a travelogue describing his travel to Oxford. Yep, tajuk misleading.
2. It is actually a compilation of his thoughts. Quite thought-provoking. Examples : UK and Malaysia monarchial system, love and adultery, Islamic and secular state, the virtue of knowledge and so forth.
3. THIS MAKES ME WANNA GO TO THE OXFORD CITY BADLY
4. One star missing because the author only touches on the surface of the issues. It is a light reading but still provocative. Recommended!
Sesungguhnya mengembara ke tempat orang akan dapat membuka minda dan melebarkan pandangan. Kadang-kadang keindahan dan kehebatan Islam dapat kita hayati bila kita berada di tempat orang. Ini buku penulis yang paling saya suka.
Tulisan Dr MAZA telah saya ikuti dari SINAR HARIAN ketika dia sdang sabatikal di bumi Eropah. Tulisan yang penuh ilham rasa, dari kaca mata Dr Maza. Membacanya ibarat menekuni pemikiran seorang ahli akademik, dan menilai kembali sudut Islam di bumi Malaysia.
Banyak perkara yang anda akan dapat apabila membaca buk ini, terutama pengalama tidak terharga Dr MAZA di OCIS. Bukan sebarang anak Malaysia dapat menjadi fellow di OCIS, selepas Dr Afifi Al Akiti yang mengajar di sana.
Membaca travelog Dr MAZA ini sebenarnya mengingatkanku tentang pengalaman kecilku merantau ke UK semasa pengajian Sarjana Undang-Undang. Mengembara bukan hanya melihat apa yang indah di hadapan mata tetapi juga menilai makna tersirat di sebalik perkembangan tamadun Barat yang perlu dikaji dan digali bagi kebaikkan umat Timur. Jangan ditolak Barat itu secara total seperti yang terjadi di kalangan orang-orang Timur tetapi ambillah nilai positif gaya hidupnya dan cara mereka berfikir memajukan Tamadun.
Aku Ingin Kembara Lagi! Bagi saya, ada sesuatu makna tersirat dalam tajuk ini. Saya sememangnya antara big fans Dr. Maza. Buku beliau yang sebelum ini pun say abeli dan baca. Kandungannya sarat dengan ilmu agama dan falsafah. Secara dasarnya, buku beliau ini menceritakan mengenai permusafiran beliau di Oxford. Ini kerana, beliau banyak menceritakan kisah di sana, seklaigus mengaitkan dengan sejarah lain. Saya menyukai buku ini. Harap Dr. dapat hasilkan buku dengan Karya Bestari lagi dengan konsep yang lebih menarik. Tak rugi memiliki buku ini. Belilah...
Buku Dr. Maza ini ditulis berdasarkan pengalaman beliau sewaktu menjadi felow di OCIS, Oxford pada 2011 hingga 2012. Beliau berkongsi pengalaman berdiskusi, berdakwah dan melawat beberapa tempat dan negara. Di dalam buku ini diceritakan pandangan dan pemantauan dari beliau berkaitan ilmu, budaya, politik, isu negeri sekular dan budaya LGBT.
Tidak dinafikan sewaktu kita berada di luar negara sama ada bermusafir atau bermaustatin di negara orang, kita akan mendapat banyak pengalaman dan pengajaran malah keinsafan dan kefahaman. Setiap negara berlainan suasana budaya, cara hidup dan pemikiran mereka. Pengalaman sebegini akan membuka mata hati serta minda kita yang selama ini kita mungkin merasa begitu mewah atau selesa dengan kehidupan kita di tanah air.
Banyak pendapat dan perkongsiannya yang aku faham dan setuju. Antaranya beliau mengatakan Islam adalah agama dialog dan hujah. Sebagai umat Islam kita jangan hanya menerima secara semberono, jika tidak sependapat kita disarankan untuk berbahas secara baik seperti yang dinyatakan di dalam Surah al-Nahl ayat 125.
Lagi satu yang menarik pada aku mengenai pendirian beliau di dalam 'maksud sekular'. Baca petikan di bawah:
"Seperti yang pernah saya catatkan bahawa saya tidak menyokong pemisahan agama daripada politik, tetapi saya menyokong memisahkan agama daripada penyalahgunaan golongan politik. Lebih elok politik yang berpisah daripada agama dibandingkan politik yang mempergunakan agama..." - (muka surat 135)
Saya membaca buku imprint yang diterbitkan oleh Jejak Tarbiah cetakan 2022. Kulit bukunya diberikan nafas baharu yang sangat simbolik dengan isi buku ini.
Jujurnya ini buku pertama daripada Dr. MAZA yang saya baca. Sebelum ini saya hanya tahu beliau sememangnya seorang ahli akademik, pemikir yang telus dalam melontarkan buah fikiran.
Sebelum ini hanya dengar dari pelbagai pihak tanpa sumber yang jelas tentang pelbagai tuduhan yang dilontarkan kepada penulis. Namun, setelah membaca penulisan beliau ini saya fikir pemikiran penulis jernih dan berpaksikan sumber yang sahih dan jelas.
Buku ini mengajak kita berfikir dan bermuhasabah diri bahawa adakah kita sudah menjadi Muslim yang baik? Adakah pemikiran, akhlak kita sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri.
Saya galakkan semua membaca buku ini! Terima kasih Dr. MAZA atas penulisan yang membangun minda dan jiwa. Muhasabah diri penulis membawa pembaca turut menerobos jauh ke dalam diri. InsyaAllah.
Senang faham, tapi agak sukar untuk betul-betul hadam dan ingat. Isu yang diketengahkan walaupun buku ni 12 tahun lepas, ada yang masih relevan sekarang. Padat dengan pengetahuan am, hanya sedikit sahaja tentang pengalaman harian di Oxford dan negara sekitar. Bagus untuk rujukan di masa hadapan dalam menjadi seorang insan yang makin baik hari demi hari.
Dan membelinya disebabkan ada perkataan "kembara" pada tajuk, dan juga buku ini dikategorikan sebagai "Travelog". Memang genre ini menjadi pilihan jika membeli buku, dan aku teruja mahu tahu kisah kembara versi seorang agamawan.
Ternyata ada sedikit kekecewaan.
Aku mengharapkan penceritaannya seperti Kembara Sastera Nisah Haron, yang lengkap dan mengujakan. Yang membuatkan seolah-olah kita berada di setiap tempat yang dicatat dalam setiap helaian mukasurat. Yang membuatkan aku terpaksa membuat "homework" untuk mengetahui lebih mendalam tentang apa (tempat) yang Nisah Haron kongsikan. Tetapi tidak dengan buku ini. Catatan Dr MAZA lebih menekankan kepada catatan-catatan ilmiah yang bermukadimahkan sedikit perkongsian hidup di bumi Oxford.
Tidak. Aku tidak sesekali menafikan apa yang mahu disampaikan. Ilmu beliau sudah jauh meninggi, jadi aku tidak layak (atau belum cukup layak) untuk membahaskan apa yang mahu beliau sampaikan. Cuma bila expectation tidak seiring dengan yang sebenarnya, kekecewaan itu berlarutan sehingga ke mukasurat akhir.
Dr MAZA bagus dalam bidang ilmunya. Tidak sedikit juga ilmu yang dikongsi. Dan aku sukakan teguran-teguran yang terus dan tepat kepada sang penguasa yang lupa diri. Aku suka!
Buku ni menceritakan pengalaman penulis di Oxford , beliau menerima undangan as visiting felow di OCIS , tapi perihal Oxford tak banyak pun , yang banyaknya tulisan beliau ialah mengenai pemikiran dan orang -orang di Oxford, pemikiran masyarakat barat/Eropah .
Disebabkan beliau pernah menjadi mufti , tulisan beliau mengenai Eropah , masyarakat dan cara hidupnya ditulis berdasarkan "point of view " beliau sebagai seorang yang pernah berkhidmat dan masih berkhidmat dalam institusi agama , dan ini tentunya sangat menarik .
Apa yang saya dapat dari buku ini adalah sangat banyak nilai-nilai baik dalam masyarakat barat yang boleh kita ambil dan banyaknya value tersebut adalah nilai yang sepatutnya seorang Muslim ada ,tetapi telah ditinggalkan oleh muslim itu sendiri . Saya sendiri sewaktu 6 bulan tinggal di Preston dan melihat sendiri kehidupan mereka ,menyetujui apa yang ditulis oleh MAZA ini , tapi dalam masa yang sama ,kita seperti yang ditulis oleh beliau tidak boleh menjadi kan barat /Eropah sebagai tanda aras kemodenan atau kemajuan , kerana sebaik mana pun Eropah ada hal-hal yang menyimpang.
Tapi itulah nilai sebuah kembara , kita belajar banyak sekali dari perbezaan -perbezaan yang kita lihat , justeru menjadikan kembara itu sesuatu yang mesti dan dirindui ketika ia terhenti.
Buku seperti ini sudah berlambak diterbitkan di pasaran. Yang menariknya adalah disebabkan kerekter penulisnya yang mempunyai personaliti yang menarik dan mampu memberikan hujah dan fakta dengan mudah dan difahami secara logik. Di selitkan juga pengalaman peribadi beliau yang ada mencuit hati. Buku ini berjaya diolah berdasarkan pengalaman beliau semasa menjadi fellow di Universiti UK. Banyak persoalan yang dikupas dan cuba dibandingkan dengan hal ehwal islam dan juga keadaan semasa yang berlaku di negara Malaysia. Secara adil aku meneliti ada benar-benar tiap hujah diberikan dan mengapa isu itu berlaku. Rasanya tidak perlu bagi aku mengupas setiap isi didalam buku ini. Cukuplah aku katakan bagi mereka yang inginkan jawapan pada persoalan akidah, politik dan hal ehwal semasa, hendaklah mereka membaca. Sebagai peringatan, sebelum membaca bukalah pemikiran jangan disempitkan.
Satu cebisan pemikiran, perasaan dan pengalaman yang sangat bermakna. Membetulkan pemikiran masyarakat berkenaan dengan agama dan fungsinya dalam kehidupan. Gaya penulisan juga mudah, santai dan diselitkan dengan jenaka yang membuatkan pembacaaan tidak membosankan. Antara jenaka yang paling terkesan dihati adalah jenaka-jenaka berkenaan dengan JAIS.
Alhamdulillah sebuah buku yang menarik mengenai bangsa Eropah...Walaupun ada perkara yang bertentangan dengan Islam, tetapi banyak perkara yang positif yang kita boleh ambil untuk di teladani...Bak kata pepatah Melayu, buang yang keruh, ambil yang jernih...