"Saya terima nikahnya Dayana Aleesa binti Mohd Daud dengan mas kahwin sebatang coki-coki."
Berkahwin dengan sepupu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Dayana Aleesa. Apatah lagi dengan abang sepupunya yang agak pendiam itu. Bercakap pun tak pernah tiba-tiba ibu suruh kahwin? Alasan ibu supaya senang ada orang jagakan Yana yang kerja jauh daripada ibu. Ish tak nak lah! Bukannya Yana tak boleh jaga diri sendiri.
Bagi Izhan Hakimi pula, hidupnya sendiri pun tak terjaga, boleh pulak mama suruh dia kahwin dengan adik sepupunya yang banyak mulut tu? Ingat Izhan ni babysitter ke? Masalahnya yang dia kena jaga tu bukan baby. Dah boleh jadi mak baby dah. Ish tak nak lah! Buat serabut kepala je nanti.
"Yana boleh jaga diri sendiri. Abang Iz tak payah jaga pun. Lagipun Yana bukan budak kecik.." - Dayana Aleesa
"Okay." - Izhan Hakimi
"Nanti kita tak payah la tinggal sekali, Abang Iz. Bukannya ibu dengan maklong tahu pun." - Dayana Aleesa
"Okay." - Izhan Hakimi
Senang betul kerja bila dapat suami pendiam macam ni. Semua dia okay kan aje. Tak banyak cakap.
"Mulai sekarang, abang Iz akan jaga Yana. Yana tanggungjawab abang Iz" - Izhan Hakimi
Eh? Kenapa lain pula ceritanya?
Selami kisah santai bagaimana si mulut becok dan si mulut batu mengenali hati budi masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.
Buku ni tebal tau, tapi cepat je habis sebab ceritanya light je. Takde sakit-sakit kepala and konflik pun cepat je terlerai. Pastu comel ekk Dayana ngan Izhan Hakimi ni hahaha.
Saya yang perempuan pun boleh rasa kecomelan Dayana ni. Apatah lagi Izhan as lelaki and husband. Talking about Izhan, where can I get one like him ehh? Shopee ke? Lazada? Anyone?
Saya suka Izhan, sebab dia lelaki yang begitu tenang dan fokus ke hadapan. Walaupun kena usul dengan permintaan mamanya untuk berkahwin dengan Dayana, dia rilek betul weh. Adalah rasa nak marah tapi dia macam cool dulu, rilek dulu, let me asked Allah.
Dayana pun, alahai biasalah kan bila kena arranged marriage ni, kitanya takut, tak yakin and betul ke dengan keputusan yang dia buat? Tapi bila ada satu kejadian ni dia mula rasa dia patut terima keputusan ibu dan juga Mak Long dia.
Saya rasa sebenarnya both of the characters dah suka sama suka dah lama, tapi mungkin they just brush it off je and tak layan but then masa kahwin bila dah kenal hati budi masing-masing rasa sayang and cinta tu bercambah.
Watak langau dalam ni kan, buat saya geram juga. Especially bila Puan Rokiah aka Mak Long Izhan sebelah papanya tu bandingkan kerjaya Dayana dan anaknya Izzah. Pantanglah nenek moyang kita bila orang bandingkan kerjaya engineer dan lain-lain ni. What is wrong with being other than a doctor and an engineer? Asalkan it is kerja yang halal and you do you!
Suka betul lah cerita cute canni, humor pun menjadi >< Msroses sila tulis lagi sebab saya suka muahahaha.
Saya terima nikahnya Dayana Aleesa binti Mohd Daud dengan mas kahwin sebatang coki-coki
Kisah ini comel.. watak heroin @ Yana ni yang comel. Siapa sangka masa kecil main kahwin olok² dengan abang sepupu akhirnya ke jinjang perkahwinan atas aturan keluarga.
Mula² agak janggal tapi diaorang ni jenis relax and understanding. Taknak stay together, angin la mak Yana tapi Izhan ni pandai pujuk so Yana pun rasa selesa.
Tapi bila Yana ada stalker, Izhan suruh Yana stay sama². Ingatkan taknak stay satu bilik tapu Yana takut.
Watak Izhan ni dia jenis serah semuanya bulat² pada Allah. Alhamdulillah semuanya okay hubungan dia dengan Yana. Suka watak Izhan ni. Memang green flag la!
Bila si stalker Fayyad buat hal, fitnah restoran Izhan.. Fayyad ingat hubungan mereka akan keruh tapi lagi happy adalah.
Fayyad culik Yana. Izhan kena tikam.. datang lak watak maklong yang mulut takda insurance. Ehh before ni watak maklong dah muncul dok kutuk² Yana.
Izhan terlantar sakit, maklong dok cucuk² maki² Yana. Yana rasa down sangat. Dia rasa semua salah dia. Merajuk la Izhan.
Part merajuk ini, F rasa comel sangat both of them. Dengan mak Izhan yang join kaki sekali. Yana siap berguru dengan kaksu cara² nak tackle suami.
Frankly kisah diaorang memang cliche.. maybe ada yang rasa biasa² je. Memang biasa pun. Tapi tulah F terhibur dengan telatah Yana. Comel sangat.. banyak bercakap.
In future ada rezeki, bolehlah beli hasil karya penulis.
Comel betul pasangan dua ketul ni. Yana dan Abang Iz. Hubungan Yana dengan Abang Iz ni masa mereka baru je lepas kahwin lebih kurang macam abang dan adik. Ye lah mereka ni sepupu yang mana masa kecil pernah main bersama-sama. Tapi tak lah rapat sangat bila dah meningkat dewasa ni.
Izhan yang kata macam mulut batu ni, saya teruja nak tahu macam mana perubahan diri dia bila dah jatuh cinta. Baik sangat. Turut je apa yang Yana mahu. Bila mana semua keputusan yang dibuat, Izhan akan berbalik pada Yana semula. Yana yang mulut banyak ni memang baik dan happy selalu. Memang ngam la dengan Izhan.
Walaupun buku ni ada my least favorite trope (cousins trope) tapi penulisan penulis ni tersangat lah sempoi and sedap — so memang seronok baca cerita ni. Ada kelakar (orang kata masuk ayaq punya kelakar), ada sedih (time ni dah terfikir dah sad ending ke apa🥲), ada sakit hati (padan muka maklong tulah mulut jahat sangat), hero heroin yang hijau gila macam hutannnn, chef boss punya crew crew pun comel comel perangai, all in all, semua lah menarikkkkkkk! 💗
FL Nurse X ML Chef = ambik lah bumi ni untuk korang duaaaa
Aku pun tidak pernah terfikir akan berkahwin dengan sepupu sendiri. Hubungan sepupu ni dah lah rapat dan dah macam adik-beradik juga. Jadi, memang akan rasa janggal jika kita kahwin dengan sepupu sendiri kan...
Kisah Yana dan Abang Iz ni memang kelakar dan memang berjaya buat aku ketawa dan tersengih jer hilang stress dalam kepala aku ni ha ha ha. Dalam kelakar kisah diorang ni ada sinisnya.
Bacaan kali ketiga. Masa masih ada dalam wattpad, saya dah baca dua kali hehe.
Jalan cerita memang cliche. Memang boleh teka la apa yang akan terjadi. Tapi saya suka & enjoy masa baca. Lurveeee. Buku yang akan saya ulang baca kalau reading slump buat comeback sebab tak mau baca kisah yang terlalu berat.
Chef boss yang sangat green flag ya & telatah Ma'am sayang yang comel. Paling comel sekali Tiya 😂🫶
Tak sabar nak beli karya seterusnya daripada Msroses ehee.
📚✨ Book Review: Indah Cintaku ✨ Penulis : Msroses Penerbit : Ora Book Publication Rating : 4.9⭐️/5
Kalau dulu masa kecil main kahwin-kahwin cuma gurauan, tapi bagi Dayana Aleesa, janji tu bukan main-main 😆 Dia siap suruh sepupu sendiri, Izhan Hakimi, janji nak kahwin dengan dia bila dah besar! Cute kan?
Fast forward — bila dah besar, dorang betul-betul kahwin! 😳 Tapi bukan sebab dipaksa, sebab dua-dua pun single dan… why not, kan? 😏
Yang bestnya — novel ni tak klisé yang berat-berat. Plot dia ringan, manis, dan penuh chemistry suami isteri yang buat jantung bergetar lembut-lembut gitu 💞. Pastu sengeh sorang-sorang 😌 Si Dayana ni polos tapi petah, manakala si Izhan — alahai — lembut tutur katanya, caring, dan tahu macam mana nak buat perempuan cair 🫠
Apa yang buat novel ni special — penulis tetap selitkan unsur agama & doa-doa indah, buat kita bukan je senyum tapi juga rasa tenang sepanjang baca 🌙 Ayat paling saya suka:
“Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.”
Ini novel kedua penulis yang saya baca selepas Hanya Ingin Kau Tahu, dan serius — penulis memang pandai buat pembaca rasa warm & wholesome 💕
So kalau korang nak cari bacaan santai, sweet, ada nilai & penutup yang puas hati (plus, padan muka si mak long dengan Izzah tu 😝) — ini dia, novel yang wajib masuk wishlist korang! Wajib tau!!!
Jalan cerita smooth je. Takde pening pening. Ini karya ketiga yang saya baca dari penulis. Disebabkan, sy dh baca CTB dlu, jd sy prefer CTB lg 😅. Cuma nak tahu, penulis ni nurse ke? Sbb dah 2kali karya penulis FL tu seorg nurse.