Sudah banyak buku pengurusan yang membincangkan pelbagai ilmu dan aspek perniagaan, tetapi kebanyakannya bertumpu kepada perkara-perkara seperti strategi, operasi, kewangan dan motivasi.
Minda CEO menawarkan perspektif segar dalam membincangkan perkara yang sering difikirkan oleh seorang CEO dalam membuat keputusan yang mempengaruhi prestasi perniagaan.
Pemikiran yang membuncah ini dirumuskan dengan ringkas oleh penulis dengan menggariskan lima minda asas (mindset) seorang CEO, supaya perniagaan yang dijalankan benar-benar menyebarkan manfaat kepada organisasi, alam sekitar dan umat seluruhnya.
Naskhah yang wajib dimiliki oleh setiap insan yang bergelar, terlibat atau bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan..
Secara keseluruhannya buku yg sgt baik. Saya membacanya dalam 2 hari. Ia asas cara berfikir seorang CEO, boleh dipakai utk ketua2 organisasi juga. Layout menarik dan saya rasa sesuai utk jiwa muda yg mungkin dah mula lari dari buku yg hanya dipersembahkan secara plain text. Rasanya kalau penulis mahu update buku ini boleh tambah lagi anekdot2 (saya rasa tak cukup), mungkin juga boleh guna contoh kisah CEO lain. Saya akan ulang baca tahun depan in shaa Allah selepas saya selesaikan pengajian MBA saya.