Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perfectly Imperfect Mom

Rate this book
Tiada ibu yang mahu dilabel sebagai tidak sempurna. Malah setiap ibu sangat berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak. Namun, sedar atau tidak, seorang ibu tidak akan mampu memberi kasih sayang dan membesarkan anak-anak dengan baik jika diri sedang 'terluka'.

Ibu,
Jangan biarkan diri terus terluka. Kuatlah untuk pulih agar anak-anak tidak membawa kesakitan yang sama saat mereka dewasa.

Ibu,
Teruslah berusaha untuk bangkit kembali,walau ia satu perjalanan sukar untuk ditempuh.
Heal. Because our children don't deserve the broken versions of us.

Paperback

First published January 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Syahirah Omar

2 books1 follower
Syahirah Omar adalah seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata, dan anak sulungnya merupakan anak autisme. Beliau mula menulis di media sosial sejak 10 tahun yang lepas, dan gemar menulis artikel di Facebook mengenai autisme, depresi, anxiety, dan banyak lagi. Graduan Universiti Teknologi MARA ini juga pernah tampil bersama anak istimewanya di media massa, stesen televisyen seperti Al-Hijrah dalam program Assalamualaikum, TV9 dalam program Nasi Lemak Kopi 'O', Mingguan Wanita, Pa & Ma, Keluarga, dan banyak lagi. Artikel yang ditulis beliau juga kerap menjadi tular di Facebook kerana penulisannya yang agak santai sangat menyentuh hati pembaca. Selain itu, beliau juga merupakan aktivis bebas yang terlibat dalam kerja-kerja kebajikan dan usaha pendidikan spiritual anak istimewa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (47%)
4 stars
10 (47%)
3 stars
1 (4%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for Bella Harun.
15 reviews2 followers
Read
February 28, 2026
Saya ambil dan baca buku ni dengan tujuan dapat menyelami perasaan seorang ibu di luar sana. Kerana sejujurnya saya sendiri kadang-kadang rasa sangat penat dengan amanah sebagai seorang ibu ini.

Bila selesai baca buku ni, saya terus rasa bersyukur kerana saya pilih buku yang tepat yang membuatkan saya rasa tidak keseorangan. Malah Puan Syahirah diuji lebih lagi dengan kehadiran anak sulung beliau yang autism. Sangat kagum dengan cara penulisan beliau yang agak 'raw' yang membuatkan golongan ibu semua rasa tidak keseorangan menanggung kepenatan menjadi ibu.

Kita dulu mungkin membesar dan melihat susuk tubuh ibu kita yang sempurna, yang buat banyak kerja demi membesarkan kita. Dan ternyata, bila dah menggalas sendiri tugas ibu ni kita jadi tahu, "Ohh rupanya banyak yang ibu kita dulu simpan dan merana sendiri."

Alhamdulillah syukur juga bila sekarang kita ibu zaman millenials ni yang mempunyai banyak access kepada ilmu ; contohnya buku ini. Carilah dan bacalah kerana kita perlu 'heal' dulu walaupun dalam masa yang sama kita perlu didik anak-anak. Semoga anak-anak kita dapat 'the best version of us' 🫶🏻
Profile Image for Hamidah Effendi.
505 reviews6 followers
January 16, 2025
Buku ini adalah seperti diary seorang ibu or diary kehidupan seseorang yang dalam proses untuk melihat kembali kehidupan diri dengan kata-kata yang akan membuat diri ku trigger dan melihat kembali diri ini.

Antara yang memberi impact :

Kita bukan sekadar secebis dalam kehidupan orang lain. Kita ada jalan cerita hidup sendiri. Jadi belajarlah jujur dengan diri sendiri supaya lebih dihormati.

Bersenam bukan untuk kurus tetapi untuk tubuh badan yang lebih sihat.

Fill your own cup First.

Hidup ini terlalu sia-sia jika kita asyik kenang apa yang kita tak ada,kan? Tak salah rindu mereka yang sudah tiada sebab rasa itu tak akan pernah padam. Tapi aku juga berhak bahagia untuk meneruskan kehidupan.

Why should you 'buy'?
✅️ tentang Proses Perjalanan Kehidupan yang boleh berkait dengan diri kita sendiri.

✅️bukan para ibu sahaja perlu baca - buku memberi input tentang 'Mental Health' yang sering kita abaikan.

✅️ ada info grafik yang berwarna, dan kata2 yang memberi inspirasi dan motivasi.

Akhir kata, boleh simpan disisi untuk dibaca kembali so that kita akan kembali audit diri kita sendiri. We need to heal also🥰
Profile Image for Syazwina Johari.
78 reviews11 followers
April 24, 2026
Setelah mengharungi fasa mendirikan rumahtangga, saya mula membeli buku-buku yang membincangkan topik seputar parenting kerana saya ingin menambah ilmu bagi membuat persediaan untuk menempuhi cabaran menjadi seorang ibu.

Sebagai seseorang yang dibesarkan dalam broken family, saya bertekad untuk tidak membiarkan anak-anak saya perlu menempuhi apa yang pernah saya lalui dalam menuju menjadi seorang manusia walaupun pada akhirnya jalan yang penuh liku itu berjaya bawa saya ke tahap ini. I never want them to go through the phase:

"Dulu ibu kena lagi teruk elok jea jadi manusia."

So the moment saya nampak tajuk buku ni terpampang di rak buku Popular, saya terus grab. Because growing up broken, I admit myself that I may will indirectly or directly inflict my wounded trauma towards my children no matter how much I love them. Hence, the Tajuk alone resonates very deeply within myself. I'll be an imperfect mom but I don't want that to be my barrier from me giving my best to my children inshaallah.

Dan buku Perfectly Imperfect Mom oleh Syahirah Omar, banyak membuka minda saya walaupun buku ini bukanlah buku yang sarat dengan pengajaran teori atau kajian ilmiah berkaitan parenting. Buku ini lebih kepada perkongsian peribadi tentang pengalaman seorang ibu yang banyak melakukan kesilapan tatkala di pasca awal menjadi seorang ibu dan bagaimana beliau bangkit tumbuh dan sembuh demi kesejahteraan anak-anak.

The best part is, buku ini sangat meraikan ibu bapa untuk tidak terus dihimpit dengan rasa bersalah yang mendalam terhadap kekurangan diri dalam membesarkan anak-anak biarpun perkara tersebut mungkin akan meninggalkan kesan terhadap pembesaran anak-anak.

Because the truth is, we can never be perfect.

Dan sejujurnya tiada siapa nak menjadi seorang parent yang gagal, sesiapapun akan cuba untuk mempertahankan rumahtangga namun jika diuji perkahwinan menemui jalan putus, bagaimana nak jadi seorang ibu pada waktu yang sama kita sendiri buntu?

Tapi buku ini ibarat didatangkan untuk menjadi dakapan buat mereka yang perlu, sangat memujuk dan validating.
Walaupun saya belum lagi bergelar seorang ibu, saya tetap mendapat mesej utama yang cuba disampaikan penulis dalam buku ini. Her story, her struggle in maintaining her marriage and raising her children at the same time fighting her own demon, indeed is very inspiring.

Jadi, buku ini bukan sekadar bacaan yang akan menemani saya sewaktu mengharungi cabaran menjadi ibu yang membuatkan saya tidak rasa begitu sunyi dalam perjalanan itu, buku ini ibarat membaca sebuah luahan paling tulus daripada seorang ibu yang tidak sempurna. Yang merendahkan dirinya mengakui segala ketidaksempurnaan diri tapi tetap perjuangkan segalanya demi anak-anak yang dicintai.
Profile Image for Edziani Nabila.
109 reviews8 followers
February 27, 2025
Sengaja saya meluangkan lebih banyak masa untuk menghayati buku Perfectly Imperfect Mom. Buku ini benar-benar menyentuh hati saya. Sebuah naskhah yang dapat memahami realiti dan gelodak jiwa saya sebagai seorang ibu.
Tambahan lagi, kami sekapal dalam membesarkan anak austim. Ia membuatkan saya rasa tidak keseorangan!

Banyak perkara yang dinukilkan oleh penulis begitu relevan dengan pengalaman saya, terutama:
• Membesarkan anak-anak kecil adalah proses yang melelahkan
• Tidak semua orang memahami cabaran seorang ibu, terutama stay at home mom

Tiga sebab saya seronok membaca buku ini kerana:

✨️ Gaya penulisan yang jujur & dekat di hati
Penulis tidak berusaha untuk menggambarkan sifat keibuan itu perlu sempurna, tetapi seorang ibu pasti melalui perjalanan yang penuh dengan naik turun. Ini membuatkan saya rasa diterima dan difahami, bahawa menjadi seorang ibu tidak bermaksud perlu menjadi sempurna setiap masa.

✨️ Menghargai usaha kecil
Kadang-kala, saya sendiri meragui sama ada saya sudah cukup baik sebagai seorang ibu. Buku ini mengingatkan saya bahawa sekecil-kecil usaha—memeluk anak, menyediakan makanan mereka, menemani mereka bermain—adalah sesuatu yang sangat berharga.

✨️ Memberi kekuatan dan perspektif baru
Dalam bab-bab tertentu, saya terasa seperti sedang berbual dengan seorang sahabat yang menenangkan hati. Penulis bukan sahaja berkongsi pengalaman peribadinya, tetapi juga menawarkan pandangan yang lebih luas tentang bagaimana seorang ibu boleh menerima dirinya dengan segala kelemahan dan kekuatan yang ada.
Profile Image for Kern.
43 reviews5 followers
February 21, 2026
Membaca buku ini seperti sedang membaca luahan hati penulis kerana penulisan yang santai dan terasa dekat di hati. Saya membaca buku ini kerana saya adalah salah seorang imperfect mom yang ingin mencari sesuatu untuk memperbaiki diri demi anak-anak. Benarlah, ujian setiap ibu tidak sama. Mungkin kita rasa diri ini paling kuat diuji, rasa seronoknya jadi orang lain yang nampak mudah hidupnya. Hakikatnya, orang lain itu juga diuji dengan cara lain.

Antara inti yang saya gariskan untuk panduan diri saya:
1. Avoid toxic positivity
2. Jaga solat
3. Jadikan Allah nombor 1
4. Mensyukuri nikmat
5. Urus emosi
6. Be a cycle-breaker
7. Love yourself
8. Plan your day

Satu sahaja yang saya kurang gemar tentang buku ini kerana penggunaan Bahasa Inggeris yang agak banyak. Mungkin itu konsepnya, atau untuk wujudkan rasa santai seolah-olah sedang berbual. Namun, cuba bayangkan jika seorang ibu yang kurang faham Bahasa Inggeris membaca buku ini, pasti kecewa kerana tidak faham sebahagiannya. Jika penulis mengambil ayat daripada tokoh dalam Bahasa Inggeris, sepatutnya sertakan bersama terjemahannya.

Secara keseluruhan, buku ini sesuai dibaca oleh seorang ibu dan pasangan serta orang yang berinteraksi dengan seseorang bergelar ibu.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
196 reviews6 followers
April 18, 2025
Sudah sekian lama saya memiliki buku ini, akhirnya habis jua pembacaan. Sengaja mengambil masa yang lama dan perlahan saja rentak saya sebab isinya semua sangat lah boleh di relate dan saya perlukaan masa untuk hadamkan semua 🥲

Masya Allah Alhamdulillah saya diberi rezeki oleh Allah swt untuk menjadi seorang mommy pada usia 25 tahun, 6 tahun yang lepas. Ya, memang indah, memang seronok, rezeki yang tak semua orang dapat merasai untuk jadi seorang emak tetapi, struggle nya masya Allah.. Allah saja yang tahu. Perjalanan nya lonely, saya rasa macam tiada support system ketika itu. Kita pula kena diam sebab takut dikatakan lembik dan tak bersyukur dikurniakan anak.

Kahwin agak muda, tiada ibu sendiri yang membimbing, keluarga mentua jauh di Johor, zaman covid pula, surirumah sepenuh masa. Memang ada masa tu agak 'gila' juga hahaha. Syukur ada suami yang memahami dan banyak membantu.

Walaupun zaman sukar telah dilalui sebab anak pun dah besar sekarang, saya pula lebih tenang sekarang, tetapi bila diingatkan balik zaman tu, boleh menangis. Sekarang pun masih ada struggle, sebab tu saya rasa buku ni sangat boleh direlate dengan kisah saya sendiri.

Terutama tentang 'unhealed childhood trauma' . Saya pun baru je tahu tentang benda ni dalam setahun dua yang lepas. Banyak yang saya letgo itupun selepas join terapi dengan @clarityclinic. Sebelum tu saya akui saya tak pandai nak regulate emosi, rupanya ada benda yang tak selesai dalam diri saya. Lega sangat dan bersyukur bila Allah bantu temukan saya dengan orang yang boleh bantu. Thank you clarity clinic team !

Jadinya, saya sangat boleh relate dengan Puan Syahirah. Tambah pula, beliau ada 3 org anak dan yang sulung didiagnos dengan autism. Buku ni sesuai sangat kalau rasa overwhelmed dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu. 'Heal because our child does not deserve unhealed version of us'. Saya sukaa sangat quote ni. Motivasi saya untuk jadi mommy yang terbaik 💕
Profile Image for Lydia Mohd Nasir.
32 reviews4 followers
February 2, 2025
Buku yang membuatkan kita sedar bahawa dunia keibubapaan adalah bukan dunia one size fits all solution. Spektrum ujian dalam rumahtangga, ujian anak-anak, keluarga besar setiap dari kita berbeza. Maka, jalan keluar juga berbeza.

Ditambah lagi jika seseorang ada kisah silam yang kurang baik. Segalanya memberi kesan kepada pembinaan karakter diri seterusnya membina karakter anak-anak.

Buku yang rasa relatable kerana kita juga ibu yang sedang bertahan. Flow penulisan yang boleh difahami, cuma susunan timeline perjalanan hidup kurang baik, susah nak nampak flow from struggle to ease in motherhood tu. Sekejap dah 16 tahun, sekejap anak masih kecil. Itu sahaja kurangnya.

Keseluruhan isi baik. Apa mesej yang nak disampaikan, sampai pada hati. Termenung jauh bila masuk bahagian childhood trauma. Tahan sebak.😭
Profile Image for Afiqah.
46 reviews
February 8, 2026
Terima kasih Allah kerana temukan saya dengan buku ini and gerakkan hati saya untuk beli buku ini. Terima kasih juga kepada penulis untuk buku yang sangat-sangat saya sayang ni. Baru jer baca sampai Muka surat 10, banyak air mata yang mengalir Dan saya terus cari media sosial penulis, follow penulis terus di media sosial dan dm penulis mengatakan yang saya sangat-sangat berterima kasih untuk buku ini. InshaaAllah saya akan turut suggest kan buku ini kepada 2 orang sahabat baik saya. Sehingga habis saya baca buku ini terlalu banyak air mata saya mengalir mungkin disebabkan diri ini yang terlalu sensitif. Untuk para ibu di luar sana anda wajib ada buku ini dan baca buku ini supaya anda tahu yang anda tidak keseorangan. 😊
Profile Image for Hasnidar.
36 reviews1 follower
April 1, 2025
Membaca review pembaca sebelum memula bacaan, kebanyakan membaca dengan meletakkan diri sebagai ibu.

Tapi berbeza dengan saya, saya membaca naskah ini atas 2 alasan utama :
1. Saya mahu belajar memahami kena ibu bapa saya memilih untuk bertindak begini dan begitu ketika membesarkan kami.
2. I just want to validate, is what i feel is valid?

Membaca dari persepsi yang berbeza dari kebanyakan orang, adakah saya berjaya mencari jawapan akan persoalan ini?

Dear the Invisible Girl,
The wound is not your fault, but the healing is your responsibility.

Practice to pause,
That is how you learn to process your emotion.
Profile Image for Izanor Sharif.
2 reviews
January 26, 2025
Bacaan yang sesuai dan umpama hadiah buat semua wanita, tak kira status... sama ada remaja, dewasa, bujang, sudah berkahwin, mempunyai anak atau masih belum bergelar Ibu.

Gaya penulisan yang mudah dan amat dekat di hati. Pilihan serta saiz font yang sejukkan mata - mudahkan proses pembacaan.

Perkongsian kisah pengalaman penulis yang begitu bermakna dan menginspirasikan.

Saya suka dan boleh memahami mesej dan manfaat yang ingin disebarkan menerusi "trauma masa kecil" yang membelenggu banyak jiwa tanpa kita sedari.

Bacaan yang menguntungkan💌💌💌
Profile Image for Mas Izzuawanie.
22 reviews3 followers
February 26, 2026
Buku ini tentang perjuangan seorang ibu sahm yang menjaga 3 anak beliau. Diuji dengan seorang anak autisme dan dua anak yang mengalami separation anxiety. Boleh bayang dah betapa si ibu tiada masa untuk berehat. Disebabkan itu tahun 8/9 penulis mengalami sakit mental. Namun demi anak2 penulis bangkit menyembuhkan dirinya.

Buku ni sesuai untuk ibu2 yang penat menguruskan rumah tangga tetapi mahu menjadi ibu yang baik untuk anak2 mereka. Saya menghabiskan buku ini sehari je sebab terasa tepat di dada. Banyak input saya dapat daripada penulis.
1 review
January 2, 2025
Sebuah buku yang mengisahkan real life seorang ibu 3 anak di mana anak pertama beliau mempunyai autisme. Cabaran beliau sebagai ibu membesarkan anak bersendirian, perjuangan menghidap masalah mental sebagai seorang ibu dan perjuangan seorang ibu untuk memberikan yang terbaik untuk anak anaknya. Semestinya sebuah buku yang perlu dimiliki setiap insan yang bergelar ibu. Buku ini memberi semangat baru setiap kali membacanya.
Profile Image for Hanisah.
70 reviews1 follower
March 17, 2026
Buku yang bagus untuk dibaca oleh ibu-ibu untuk memberitahu mereka yang mereka tidak bersendirian dalam fasa sebagai seorang ibu. Lebih-lebih lagi untuk ibu yang mempunyai anak istimewa, dan/atau pernah mengalami kemurungan. Saya sendiri bercadang untuk beli buku ini dan beri kepada para ibu di sekeliling saya. Buku ini juga mudah dibaca dengan ilustrasi yang comel dan menarik.

Mohon untuk cetakan seterusnya, pihak penerbit boleh betulkan pengulangan page di bahagian belakang buku. Ada juga beberapa pengulangan isi di ilustrasi.
Profile Image for Snnaqiah.
23 reviews3 followers
December 30, 2025
Buku ini menarik sebab membincangkan isu-isu berat lagi penting dalam bentuk yang ringan iaitu penceritaan kisah hidup seseorang. Pengalaman penulis, walaupun terlihat peribadi, sebenarnya berlaku kepada hampir semua ibu di dunia. Saya paling tertarik dengan isu 'childhood trauma' yang akhirnya membentuk cara fikir seseorang sehingga dewasa.

Buku ini bukan semata-mata bercerita tetapi ada juga jalan penyelesaian yang dicadangkan. Paling penting, jalan yang disyorkan sesuai dengan fitrah manusia.

Semoga penulis terus diberi ilham untuk berkongsi dan menyebarkan manfaat.
Displaying 1 - 14 of 14 reviews