Standing Strong karya Syira Lokman ialah sebuah naskhah yang sangat menyentuh jiwa — buku yang aku rasa akan dibaca berkali-kali, terutama saat hati perlukan rawatan emosi. Ia bukan sekadar bacaan, tetapi seperti lantai rawatan kesihatan mental bagi yang sedang melalui ujian atau kekosongan yang tak terluah.
Dari awal, penulis sudah memberi peringatan:
Jika anda mempunyai simptom kesihatan mental, tolong dapatkan bantuan profesional.
Buku ini tidak menggantikan rawatan, tetapi ia hadir sebagai teman — memujuk, menenangkan, memberi ruang untuk kita memahami diri.
Aku beli buku ini semasa Pesta Buku — tertarik bila nampak ada orang membacanya sambil menonton My #Qurantime. Rasa nak tahu… dan ternyata, aku tak berhenti membaca sebaik sahaja membuka helaian pertama.
Bahasanya lembut, penuh kata-kata memujuk dan ayat puisi yang menenangkan. Ada petikan ayat Quran yang mengingatkan kita, ilmu asas tentang "apa yang patut dan tak patut dibuat", serta teguran halus yang menyentuh hati.
Design bukunya pun sangat menenangkan — minimal, kemas dan sesuai dengan isi dalamannya yang padat dengan makna.
Belilah buku ini. Ia sangat bermanfaat untuk merawat minda dan emosi — tapi ingat, bila diri perlukan bantuan lebih, carilah pakar. Buku ini juga memberi panduan awal tentang tanda-tanda bila kita perlu bertindak segera.