Perkahwinan adalah hal yang indah. Namun realitinya, perkahwinan banyak menyakiti. Salahkah Tuhan dalam mengatur polisi kehidupan? Tidak. Perkahwinan tetap indah dan sunnah dalam agama. Tetapi, rentak perkahwinan itu ditentukan oleh calon-calon yang mengemudi layarnya.
Kenapa? Kerana tidak semua manusia memasuki perkahwinan dengan landasan agama.
Isu-isu yang dikupas dalam buku ini adalah untuk mendidik wanita melihat dari kaca mata sebenar, bukan kaca mata Cinderella yang menanti putera raja untuk menyelamatkan dirinya. Bahkan, dengan kepincangan yang ada, wanita sendirilah yang perlu bangkit dan membetulkannya dengan ilmu dan kefahaman yang bersumber daripada agama. Kita sama-sama berdiri dan menghasilkan rumah tangga harmoni dan meramaikan generasi ummah Muslim yang berkualiti.
Buku ini untuk wanita yang mahu bahagia dan mencintai diri.
Moga bait-bait kata dalam buku ini memberi suntikan kepada para wanita untuk berperanan selayaknya yang disuruh agama. Insya-Allah.
There's a fine line between harsh and fierce writing. And this book fell into fierce side. Banyak bitter truth dalam buku ni. Yang selalu kita anggap jauh dari kita selagi tak berlaku kepada kita atau orang terdekat dengan kita. Realitinya, ianya ada dan banyak berlaku. Ada bahagian auto muhasabah dan sebahagian yang lain rasa terpukul.
Boleh dibaca untuk pov sebagai isteri atau suami, bekerja, surirumah, single mother, berkeluarga. Semua patut baca. Saya suka penulisan setiap bab pendek sahaja, tak sempat nak zone out. Isinya padat dan sampai. Rasa rugi sebab buku ni underrated.
Penulisan ikhlas dan segar tentang rumah tangga dan kekeluargaan. Seronok baca penulisan Puan Sharifah Zahidah. Di dalam buku dan juga di Facebook nya.
Telah banyak saya belajar daripada penulisannya tentang hakikat sebenar rumah tangga yang perlu dihadapi dengan bijak sebagai seorang wanita yang matang.
Semoga penulis berkesempatan untuk menerbitkan lebih banyak karya sebegini di masa depan, insyaAllah.
Buku tentang perempuan bangkit selepas bercerai. Ada juga bahagian bangkit suami & bangkit bersama(suami & isteri) yang ditulis oleh ustazah zahidah. Buat pengajaran di masa hadapan walaupun kahwin belum tentu 😂