“Strawberi kamu tu memang manis. Tak pernah lagi mak cik rasa strawberi semanis ni.”
Pujian demi pujian yang diterima terhadap buah merah yang menjadi kegilaan orang kampung membuatkan Baysan gembira. Apatah lagi apabila ada yang menyuruh Baysan meluaskan lagi tempat buah strawberi manis itu dijual.
Namun, Baysan risau kerana tiada orang yang boleh membantunya di kebun. Hendak minta bantuan Nazareth? Harapkan tampan dan pandai menari sahaja, namun takut pada serangga dan ulat!
Sehinggalah suatu hari, ada tragedi buruk menimpa kebun strawberi kesayangan Baysan!
Mampukah Nazareth sebagai abang mengatasi rasa takutnya demi membantu Baysan dan menyelamatkan keadaan, sekali gus menyelesaikan misteri yang melanda kebun tersebut?
Serius aku rasa iman pub akan jadi peneraju dalam industri komik malaysia sebab mereka telah tau formula untuk menghasilkan komik yang sedap, formula yang aku selalu sebut dalam rebiu komik2 tempatan aku sebelum ni tapi benda ni simple je tak perlu nak fikir jauh sangat pun, iaitu:-
1) Lukisan cantik 2) Jalan cerita menarik (sebaiknya guna penulis)
No 2 ni antara yang aku nampak gempakstarz gagal untuk buat, gempakstarz banyak pelukis yang lukisan cantik2 tapi sayang jalan ceritanya mediocre & klise, bukan semua pelukis pandai menulis macam Zint , Nishiki . , arwah Aie atau Ben Wong. Cara paling selamat ialah pakai penulis, taktik yang telah dipakai oleh iman pub sejak mereka jual komik dan sangat2 membuahkan hasil dengan jalan cerita yang sedap dan mantap.
Menghormati guru, menghargai guru. Itulah Baysan. Tanpa disangka gurunya sendiri yang memusnahkan usahanya. Tapi kerana hatinya bersih, tiada dendam dia tetap menbantu orang yang memberikan ilmu kepadanya.
Walau sering gaduh, Nazareth dan Baysan tetap saling melengkapi. Di saat Baysan jatuh, Nazareth ada bersama untuk membantu.