Strategi & Pemikirannya Luar Biasa Nobunaga pernah dipanggil 'lembab' sewaktu muda tetapi beliau mempunyai pemikiran inovatif yang lain daripada lain. Ia dapat dilihat secara jelas daripada strategi perang baharunya dalam Perang Okehazama dan Perang Nagashino pada zaman Sengoku yang huru-hara. Kebijaksanaan Nobunaga menyatukan negara!
Siri Biografi Terunggul menceritakan zaman kanak-kanak tokoh agung dan kisah pencapaian mereka dalam bentuk komik!
Saya tak tahulah orang Jepun mengagung-agungkan Oda Nobunaga ni atau tidak. Saya rasa dia patut dimaki secara berjemaah.
Ya, dia memang seorang yang bijak dan berwawasan tapi banyaknya sifat2 mazmumah makhluk ni: - Mengambil kesempatan: Dia dilihat berkawan dengan anak2 petani semasa remajanya. Niat dia hanyalah untuk menjadikan mereka orang bawahan dan pengikutnya dan juga sumber matlumat dia. Langsung tak ikhlas dalam berkawan. Dia memang takde kawan rapat agaknya dalam komik ni. Dia tak percaya kat semua orang. - Kejam: Lambang Tenka Fubu yang merujuk kepada tujuh sifat murni yang melarang melakukan keganasan dan menghentikan peperangan telah digunakan dalam setiap surat Oda. Ironinya, Oda sendiri melakukan perkara larangan tersebut dengan membakar rumah, tokong dan sawah kawasan yang diserangnya. Wanita dan kanak2 turut terkorban. Tak terkira banyaknya kawasan yang dia dah bakar. Dia cat kepala musuh yang dipenggal dengan cat emas dan jadikan hiasan semasa menjamu selera. Kononnya sebagai tanda hormat. Tapi kan, tanda hormat apanya kalau dia sendiri pun tak sanggup pihak lawan ambil kepalanya. Nampak sangat dia ni psikopat. Salah satu kepala tu kepunyaan suami adik perempuan Oda sendiri. Kalau saya jadi adik Oda, maunya berdendam dengan abang macam ni. Tak tahu lah ni budaya Jepun ke tak tapi saya agak terganggu dengan tindakan ni, ada selera makan lagi ke macam ni? - Tamak: Tak cukup dengan wilayah jajahan yang sedia ada, dia bercita2 nak tawan lagi wilayah2 lain yang berdekatan dengan wilayahnya setelah melihat sendiri betapa kecilnya kawasan dia menerusi glob. Penyatu Jepun apanya dengan keganasan macam ni. Dia hanyalah seorang yang tamakkan kuasa. -Pengkhinat: Dia juga berjaya dipengaruhi dengan idelogi 3G dari mubaligh Portugal yang merujuk kepada Gold, Glory & Gospel. Dia membantu penyebaran ajaran Kristian dan menghapuskan ajaran Buddha dengan cara yang kejam. Dia bakar dan bunuh lebih kurang 4000 sami Buddha. Sempat lagi menunggang agama dengan mengatakan dia mendapat pertolongan dewa kerana pencapaian dia menakhluk kawasan lain. Dia sebenarnya seorang liberal sebab saya rasa dia tak anut pun agama Kristian.
Cita2 tinggi kelangit tapi akhirnya dikhianati orang bawahannya yang berasa terancam dengan tindakannya. Mana tak terancam kalau pengikut yang setia pun dia hapuskan pengikut tu. Istana Azuchi yang gah simbol kekuasaannya bertahan selama 3 tahun je, itupun tumbang dibakar sendiri olehnya.
Anti betul dengan si Odah ni sebab bekerjasama dengan penjajah Portugis. Sebab abad-16 tu masih segar lagi dengan peristiwa penjajahan Portugal ke atas Melaka. Ishh geram weh. Kesimpulannya saya letak 🌟 je untuk komik ni walaupun lukisan dia mantap sebab saya benci makhluk Odah ni.
Selalu dengar nama Oda Nobunaga ni, tersohor namanya di seantero dunia asbab dia jepun bersatu, kalau dia tiada, mungkin sampai sekarang jepun tak wujud, yang wujud negara kecil2 yang berbahasa sama. Tapi serius saya tak pernah baca pun kisah dia atau tonton pun filem2 tentang dia. Jadi serius saya tak tau apa2, bila baca komik ni, Ya Allah, kejamnya mamat ni, sesiapa yang menentang penyatuan jepun, akan dibunuh semuanya termasuk wanita, orang tua dan kanak2. Dia suka kepung satu2 kawasan yang menentangnya, kalau tak mahu menyerah atau membunuh diri (seppuku), dia akan bakar terus satu daerah tu supaya semua mati, kempen dia ambik masa berpuluh tahun dan berpuluh2 ribu orang terkorban. Dia dibenci kerana dikatakan anti-buddha sebab dia membakar kuil2 sami buddha yang menentang misinya. Kiranya mamat ni akan melakukan apa saja demi mencapai matlamat, tangannya penuh darah. Dia kuat juga tunggang agama dengan mengatakan kemenangan dia ditakdirkan dewa dan selalu memakai perhiasan dewa2 jepun. Akhirnya dia mati pun sebab dibelot orang kanan sendiri sebab orang kanan tu rasa Oda akan bunuh dia sebab dah ramai orang2 yang rapat dengan beliau dibunuh kerana dituduh merancang komplot kudeta, kiranya Oda ni banyak sangat buat kejahatan sampai dia jadi paranoid dan tak percaya sesiapa. Dia takde beza pun dengan Hitler dan Mileikowsky.
Walaupun digambarkan sebagai pemimpin yang brutal, namun ahli sejarah zaman sekarang berpendapat bahawa kemungkinan Nobunaga tidaklah sezalim yang disangkakan.
Ini kerana beberapa rekod sejarah yang terlalu "menyetankan" Nobunaga ni mostly keluar selepas kedatangan Zaman Edo, iaitu setelah Tokugawa Ieyasu menjabat sebagai Shogun.
Hakikatnya kebanyakan Daimyo zaman Sengoku memang taktik perang mereka keji bahkan ada pemimpin perang yang dikatakan lebih brutal dari Nobunaga. Ini termasuk 2 rakan seperjuangan Nobunaga di komik ni, iaitu si Monyet Hideyoshi yang dulu kerjanya tukang bawa kasut, serta Ieyasu yang sempat berteman dengan Nobunaga ketika masih kecil.