Jump to ratings and reviews
Rate this book

4 Bulan di Amerika #2

4 Bulan di Amerika Jilid 2

Rate this book
Kata Hamka, beliau pergi ke negeri Arab khususnya Mekah dan Madinah untuk mencari sumber kekuatan jiwa, ke Amerika pula mencari sumber kekuatan akal. “Benua sebesar itu, Negara sebesar dan seluas itu, mempunyai hal-hal yang patut dipelajari darinribuan segi. Sedang masanya hanya empat bulan. Alangkah sedikit! Sebab itu tidak ada jalan lain bagi saya, hanya membatasi apa yang akan saya pelajari itu. Jangan banyak-banyak! Supaya jangan kecewa nantinya. Maka saya simpulkanlah maksud perjalanan itu kepada tiga perkara sahaja. Itu pun sudah banyak.

209 pages, Paperback

Published December 1, 2022

11 people are currently reading
85 people want to read

About the author

Hamka

111 books1,087 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
47 (45%)
4 stars
44 (42%)
3 stars
11 (10%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 20 of 20 reviews
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
July 6, 2019
Perasaan, input serta ilmu yang lebih kurang sama saya peroleh selepas membaca buku Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad, serta buku Imam Di Kota Paris: Kembara Seorang Imam Di Kota Paris oleh Imam Rifa'a Rafi al-Tahtawi. Kesemuanya merupakan pemimpin penting buat negara masing-masing di zaman mereka.

Bezanya Mahathir sempat memegang kemudi negara buat beberapa dekad, sekaligus dapat melaksanakan apa yang beliau impikan untuk negara beliau. Namun sayangnya buat Hamka serta Imam Rifa'a Rafi al-Tahtawi, mereka tidak berkesempatan untuk mendapat peluang sebesar itu. Hanya dapat mengusulkan pada kerajaan masing-masing di ketika itu & terus berharap, namun sayangnya tidak semuanya dapat terlaksana pada zaman mereka.

Buku jilid pertama lebih kepada catatan perjalanan beliau selama 4 bulan disana. Jilid kedua pula adalah hasil pemerhatian, kajian serta rumusan beliau dari jelajah itu.

Tidak dapat dinafikan seusai selesai pembacaan buku ini, ternyata Hamka merupakan seorang pemimpin & negarawan yang ikhlas inginkan yang terbaik buat negara ibundanya, Indonesia. Dengan tidak meninggalkan asas keIslaman dan ketimurannya, beliau tidak malu untuk mengakui bahawa dunia Barat (dalam konteks ini Amerika Syarikat secara khususnya di tahun 1950an) ketika ini telah terkehadapan dari segi kemajuan ilmu. Yang mana ianya boleh dipelajari dan dibawa balik buat membangunkan negaranya sendiri pada ketika itu.

Bukan sahaja dari segi kemajuan ilmu dan pembangunan, malahan dari sesetengah etika serta sikap mereka yang positif juga perlu diikuti. Terutamanya sikap sukakan dan menjunjung ilmu mereka, dimana ianya adalah permulaan bagi segalanya buat tamadun yang berjaya.

Hamka juga turut mengemukakan apa yang kita di Timur ada, namun tiada di peradaban Barat sana. Ternyata, nikmat Islam serta kehidupan beragama disini lebih membawa keharmonian rohani buat kita berbanding buat mereka disana.

Apalah gunanya jika fizikalnya tampak maju, namun sebaliknya buat rohani mereka. Ternyata, kemajuan seiring buat dua sisi penting kehidupan kita ini adalah yang terbaik sebenarnya, yang dimana sayangkan dua-dua bahagian timur & barat masih tidak dapat mengecapinya sehingga ke hari ini.

Ternyata, catatan travelog gaya Hamka ini telah meletakkan suatu aras bagaimana catatan travelog sepatutnya dihasilkan. Boleh dilihat kenapa karya-karya beliau masih segar hingga kini walaupun jasad hidupnya telah tiada. Kerana ilmu catatannya tetap relevan hingga kini.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat-Nya dan segala ilmu yang beliau tinggalkan ini dapat menjadi asbab-musabab beliau ke jannah-Nya nanti amin..

Baik, langsung ke buku ke-5 dari beliau yang saya ingin baca selepas ini, Falsafah Ketuhanan
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews170 followers
July 29, 2019
Walaupun jilid kedua ini tidak banyak mencoretkan asam garam di Amerika sana, namun, analisis Buya Hamka terhadap tamadun Barat wajar diberikan pujian.

Hamka bijak mencanai penulisan dengan beberapa lelucon, fakta-fakta menarik mengenai perpustakaan penting di sana iaitu Library of Congress (asalnya perpustakaan Thomas Jefferson) dan New York Library (perpustakaan terbesar), latar masyarakat dan tamadun Barat serta peri pentingnya umat Islam untuk melentur jati diri Islaminya semula.

Isu-isu yang disentuh dan dikupas oleh Hamka juga rata-ratanya merupakan isu-isu sentral dalam masyarakat seperti "racism" terhadap warga kulit hitam (walaupun warga kulit hitam inilah merupakan akar kepada Amerika Syarikat itu sendiri dan tenaga kental merekalah yang digunakan saat negara itu berperang), jatuh bangun sesebuah ketamadunan, proses penterjemahan dan perpindahan ilmu (dari Arab ke Barat dan Barat ke Arab) serta asbab berlakunya Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin.

Penulisan Hamka untuk travelog ini bersifat santai ilmiah. Bagi pembaca yang ingin meneroka dengan lebih dalam mengenai penindasan terhadap warga kulit hitam di Amerika Syarikat, mungkin boleh menelaah The Autobiography of Malcolm X dan bagi ulasan mengenai Perang Dunia tersebut, ulasan Kassim Ahmad dalam biografinya iaitu Mencari Jalan Pulang tampak lebih menarik (tanpa menafikan kualiti ulasan Hamka dalam buku ini).
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
January 29, 2018
Petikan dari 4 Bulan Di Amerika (Jilid 2), Hamka menyebut bahawa:

“International minded” memang perlu. Kita mesti tahu bergaul dalam dunia international. Tetapi maksudnya ialah harga menghargai, kenal mengenal. Dan bukanlah segala yang Amerika atau Eropah itu mesti “ditelan” begitu saja, sehingga lupa pribadi bangsa sendiri. Karena “International minded” yang hanya takhluk kepada orang punya, dan tidak meyakini kepunyaan sendiri, adalah “rendah harga diri”.

Permergian Hamka ke Amerika bukan sekadar memenuhi jemputan pihak pemerintah Amerika, bukan juga sekadar makan angin di negara orang, bahkan tujuan kedatangannya ke sana adalah lebih besar daripada itu. Walaupun tempoh keberadaannya hanya sekadar empat bulan, tetapi masa yang begitu singkat itulah Hamka cuba mempelajari dan menimba pengalaman sebanyak mungkin di negara yang bergelar ‘Uncle Sam’ itu.

Amerika ketika itu jelas terkehadapan berbanding dengan negara-negara lain dari pelbagai sudut, antaranya sudut etika, budaya, perfileman, ekonomi; pertanian, automotif, bahan mentah dan lain-lain lagi. Kesemuanya itu meletakkan Amerika sebagai cara hidup atau ‘American way of life’. Hamka secara peribadinya jelas mengagumi apa yang terpampang di hadapan matanya dan meletakkan Amerika sebagai penanda aras bagi tanah kelahirannya Indonesia untuk cuba mengikuti jejak kemajuan yang telah tercipta.

Namun begitu, Hamka tetap mengingatkan bahawa apa yang dibawa oleh Barat tidaklah boleh ditelan begitu sahaja. Ini kerana setiap bangsa mempunyai acuan yang tersendiri dalam membentuk dan membina sesebuah negara mengikut kesesuaian demografi sesuatu tempat itu. Tambahan lagi, setiap bangsa mempunyai adat, bahasa dan budaya tersendiri yang mana jika tidak dipertahankan hal sebegini maka hilanglah warisan turun termurun dan identiti masing-masing.


Profile Image for Ahnaf Yunus.
52 reviews
April 21, 2020
Jilid dua ini, beliau lebih menulis penulisan yang memberi refleksi dan dapatan daripada perjalanannya di Amerika. Beliau amat menghayati perjalannya di sana. Rungkaian yang beliau tulis itu menunjukkan sememangnya beliau seorang yang celik dalam pemerhatiannya. Seronok sebagai pembaca untuk membaca penulisan ala travelog lama. Namun, saya rasa amat kurang puas membacanya. Saya amat mengharap jika penulisan sebegini, beliau dapat tinggal di Amerika lebih lama. Tidak banyak dapatan dan pembacaan yang kritikal dalam penilain beliau di Amerika. Beliau hanya menyampaikan dapatan-dapatan dalam bentuk kenyataan selapis daripada pemerhatian dan mengaitkan dengan sejarah mahupun pengetahuan beliau. Mungkin kita dapat lihat perbezaan yang jelas jika dibandingkan dengan George Orwell yang menetap di Paris selama 18 bulan dalam bukunya 'Down and Out in Paris and London'. Sudah semestinya, 4 bulan bukanlah suatu tempoh yang dapat kita menilai sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
October 15, 2017
Mungkin saya berlainan dengan kebanyakan pembaca yang lebih menggemari jilid pertama travelog Buya HAMKA ini. Saya lebih menghayati jilid kedua berbanding pertama. Jilid kedua ini, tulisannya lebih hidup dan dekat di hati saya. Buya HAMKA seakan-akan berbicara secara berdepan dengan saya, menceritakan segala buah fikirnya sepanjang lawatannya ke Amerika Syarikat.

Juga tak sedikit rasa tersentuh dengan harapannya terhadap negaranya yang baru saja merdeka pada waktu itu (1952). HAMKA memberi panduan bagaimana menjadi muslim di perantauan. Mungkin itulah gunanya keluasan ilmu fiqh dalam dadanya. Saya masih ingat kontroversi tentang daging babi yang diperdebatkan di ruang FB ketika salah seorang pembaca naskah ini mengambil petikan pengalaman HAMKA dengan secebis daging babi. Perdebatan di ruang maya itu agak hangat juga.

Di akhir naskah ini juga, HAMKA mengucapkan 'Merry Christmas'. Saya kira, kalau petikan ini juga disebarkan di FB, tentu akan mencetuskan semula perdebatan hangat. Haha. Padahal, HAMKA menulis hal2 sebegini berpuluh tahun lamanya.

Apakah memang tidak selesai perbalahan dalam soal fiqh pada hari ini?

Ternyata, seorang HAMKA juga semakin matang saat bermusafir. Menamatkan bacaan buku ini, rasa teringin sekali bermusafir ke US....
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
October 18, 2020
Jilid 2 adalah penamat kepada Jilid 1 Dan ini adalah kesimpulan Dari buya hamka apabila merantau ke amerika. 1952 Malaysia pun belum merdeka lagi waktu tu Dan waktu ini perang dingin pun dah bermula antara Blok kapitalis Dan Blok komunis. Selain Dari peristiwa pada tahun tersebut hamka turut menyatakan bahawa barat Dan Timur harus bersatu. Jilid 2 banyak imbas sejarah Islam, USA Dan juga eropah Yang sedikit terkait dengan tahun 1952 sehingga kini. Tak nafi hamka punya diari ketika merantau amat relevan sehingga ke Hari ni dan pemikiran beliau juga agak menarik untuk dikaji. Kesimpulan Yang Aku dapat ialah Islam kena selari dengan zaman Dan Bukan menghukum macam apa Yang Kristian buat bila lihat sesuatu teknologi baru pada zaman gelap mereka kerana gereja anggap itu melawan tuhan. Dan eropah Serta Amerika mereka maju kerana Banyak mengkaji Dari tamadun Islam Dan ini menyebabkan mereka berjaya keluar Dari zaman gelap mereka Dan menjadikan mereka antara negara Yang memimpin dunia,Mungkin sampai masa Umat Islam Pula Akan mengambil ilmu Dari barat Dan mengolahnya menjadi lebih baik Dan waktu itu Kita pun Akan kembali mewujudkan balik zaman keemasan tamadun Islam.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews59 followers
February 21, 2018
kisah Buya Hamka mengembara selama 4 bulan ke Amerika Syarikat
Profile Image for Syuhadah Ainin.
20 reviews9 followers
May 18, 2020
Dalam buku “4 Bulan di Amerika Jilid 2”, saya tertarik dengan satu kata-kata yang ditulis oleh Hamka dalam Majalah Hikmah, 1952.

Kata beliau:

“Segala pembinaan besar, asalnya ialah dari mimpi.”

Ya. Dari mimpi.

.

Hamka membuat perbandingan bagaimana Amerika beroleh kemajuan dengan begitu cepat, walaupun dari segi hasil buminya, Indonesia juga hampir setara. Ia bermula daripada sebuah keyakinan mencapai mimpi yang telah lama ditanam.

Maka, tidak hairanlah Hamka bersungguh dalam karyanya, mengatakan “tanah airku juga bisa! Yang penting adalah adanya jiwa besar, yang sanggup yang memungkingkan perkara-perkara yang dirasa tidak mungkin.”

.

Karya ini juga mencerminkan beberapa perkara yang berjaya menarik perhatian saya:

- Kritikan Hamka kepada dasar keterbukaan yang diamalkan oleh Barat. Kritikan ini termasuklah positif dan negatif.

- Harapan yang tidak berbelah bahagi kepada bangsa dan tanah airnya untuk beroleh kemajuan material dan budi

- Kecintaan ilmu yang boleh mengubah keadaan sesebuah tamadun

- Cinta pada negara, walaupun berada di tanah orang

- Kepentingan beragama dalam memandu masyarakat yang bertamadun

.

Hamka telah berjaya membawa satu perspektif baharu dalam dunia pengembaraan. Pengembaraan yang tidak berlandaskan kepuasaan penglihatan semata-mata, tapi lebih kepada kepuasan jiwa!

Sesuai dengan kalam Tuhan, bertebarlah kalian dan lihatlah pengajaran 🌹

Selamat membaca!
Profile Image for Hasliza Rajab.
171 reviews8 followers
August 26, 2023
Jilid 1 kita akan dibawa menelusuri jalan-jalan di Amerika dan orang-orang yang ditemui oleh Hamka sepanjang berada di sana. Untuk Jilid 2 ini, ialah lebih kepada hasil pemerhatian dan rumusan beliau sepanjang 4 bulan kembara tersebut.

"Segala pembinaan besar, asalnya dari mimpi".

Saya yakin, kembara Hamka ke Amerika bukan hanya sekadar lawatan biasa sebagai seorang ilmuwan, namun beliau mempunyai misi dan visi untuk negara yang dicintainya, Indonesia. Kemajuan yang dinikmati oleh rakyat Amerika pada tahun 50an itu membuatkan Hamka bercita-cita besar ingin mencedok kemajuan ilmu dan pembangunan yang pesat ketika itu baik dari segi pendidikan, hiburan, soal-soal etika dan sebagainya, untuk dibawa pulang ke Indonesia. Namun, adat-adat ketimuran masih kuat dipegang oleh beliau walau dihimpit kemodenan Amerika.

Mungkin apa yang kita lihat sekarang tentang Amerika ialah budaya hedonisme mereka yang terlampau sehingga menenggelamkan aspek-aspek pembangunan mereka yang lain. Tetapi, ulasan Hamka yang bijak dalam menyusun atur patah perkataan membuatkan kita membaca Jilid 1 & 2 ini dengan berfikiran bahawa Amerika adalah sebuah negara yang wajar dicontohi oleh negara-negara membangun yang lain.

Isu-isu yang dikupas oleh Hamka adalah isu-isu yang utama dan sering kita hadapi dalam hidup seperti pendidikan, racism, pegangan hidup dan sebagainya. Salah satu perkara menarik melalui catatan kembara Hamka ini ialah bagaimana Amerika menaik taraf isu pendidikan dengan membina universiti dan asas penting bagi sesebuah universiti itu adalah perpustakaan. Bayangkan setiap perpustakaan memiliki lebih daripada 1 juta jilid buku, terdapat juga buku-buku yang dikenali sebagai naskhah asli disimpan di dalam bilik rahsia. Dan kebanyakan perpustakaan ini dibina hasil daripada sumbangan para dermawan yang terdiri daripada ahli perniagaan dan pemimpin negara.

Satu perkara yang saya dapat daripada amalan mereka di sana ialah, mereka tidak memandang enteng akan perkembangan ilmu dan pendidikan untuk rakyatnya. Para pemimpin dan orang-orang ternama ketika itu sanggup berhabis harta dan menyumbang dengan sebanyaknya supaya ilmu-ilmu dapat disampaikan buat semua. Itulah yang dilakukan oleh jutawan ketika itu, Andrew Carneige.

"Ilmu harus menjadi kepunyaan bersama".
Profile Image for Fatimah Manaf.
83 reviews6 followers
June 23, 2025
Buku kedua Hamka yang berjaya aku selesaikan di 2025 ini.Seperti yang tertera di tajuk,ini satu catatan or travelog penulis ke bumi Amerika di sekitar tahun 1952 Jilid Kedua.
Hal yang paling menarik hati adalah refleksi pemikiran,feel dan harapan beliau sekitar latar sosial dan geografi Amerika ketika itu.Beliau melakukan refleksi perbandingan antara cara,gaya dan nilai hidup masyarakat Amerika dan Indonesia(mewakili Asia),antara sejarah,kemajuan,kelebihan dan kekurangan.
Aku fikir,Ianya satu sumbangan bersifat antropologi yang sangat mengesankan tentang kedua- dua negara berbeza benua ini, untuk kita saling menilai serta menjadikan teladan dan sempadan.

Banyak hal- hal menarik,unik dan berbeza tentang seluruh zaman tersebut yang dapat difahami dan dihayati oleh generasi kini melalui penulisan ini.
Satu dokumentasi jujur beliau yang digarap dengan style dan sistem pemikiran ketika itu- agak bertele-tele dan kompleks untuk sistem pemikiran pembaca kini😅

Namun,tetap tidak mengabaikan/mengurangkan keunggulan karya ini sebagai satu naskah sejarah sosial dan pemikiran yang baik untuk dijadikan teladan dan tambahan pengetahuan bagi pembaca kini tentang sejarah lampau.
Must read book untuk peminat Hamka,sejarah,falsafah dan sosial.
Profile Image for Izzat Isa.
414 reviews50 followers
March 10, 2018
Apa kemajuan yang wujud di Barat merupakan kesinambungan daripada pembaharuan yang dibawa oleh Timur melalui kemuncak peradaban Islam ketika era kerajaan bani Abbasiyyah. Ilmu, pengetahuan dan kemajuan diakui bergerak sepanjang zaman dan hari ini tamadun Barat melalui contoh Amerika Syarikat merupakan puncak kejayaan dalam bidang tersebut. Ia telah merombak sistem sosial, ekonomi, malahan pemikiran melalui ideologi demokrasi. Perkara-perkara ini dilihat dan diulas oleh Hamka dalam melihat perbandingan kekurangan atau kelebihan antara Timur dan Barat dan beliau percaya bangsa-bangsa di Timur akan berjaya jika mempunyai ketekunan dan melakukan anjakan pemikiran mendepani cabaran yang mendatang.
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
August 2, 2018
Permulaan pembacaan membuatkan saya terfikir apa itu listrik? "Dimana² terdapat listrik"

tapi tak perlu memikir lama apa itu listrik? bila terjawapnya "stp rumah petani bisa memasang radio, telivisi & cukup kakusnya" oh! rupa listrik itu elektrik. he he!!.

Tercuit di hati saya bila ayat seterusnya isu² yg di utarakan oleh Buya Hamka spt org amerika anak ye tidak ramai. Ya mmg benar sehingga kini mereka jarang ssgt beranak ramai paling ramai dlm 1 family 2 org shj. kalau nk sampai 5-10 org amat sukar di lihat. Dalam urusan Rumah tangga dapat di lihat lelaki akan memgambil byk peranan dlm pengurusan rumah tangga, tidak hanya terletak di bahu Wanita shj.

Banyak isu² yg telah di jelas lebih terperinci dalam Jilid 2 ni kebangkitan mereka dlm merubah arus kemodenan dgn kemajuan.
12 reviews
April 20, 2020
Jika jilid pertama Hamka menceritakan lawatannya ke tempat-tempat di Amerika dan perjumpaannya dengan beberapa tokoh di Amerika, jilid 2 pula mengutarakan pandangan beliau tentang Amerika. Dari segi pergaulan, kemajuan, ideologi, Sumber alam dan membuat perbandingan antara Amerika dan Indonesia.

Hamka juga memberitakan tentang sumbangan barat kepada dunia dari sudut ilmu dan teknologi.

Selain itu, hamka menulis tentang ilmu pengetahuan seperti membuat patung keatas nabi.

Buku ini sesuai dibaca untuk orang yang hendak mengetahui perkembangan Amerika.

Bagi sy buku ini berada di tahap pertengahan. Tidak begitu santai, Dan tidak begitu berat, kerana ada beberapa fakta sejarah serta tokoh dan jenis pemikiran.
78 reviews1 follower
February 11, 2018
4 Bulan di Amerika jilid 1&2 adalah tulisan Hamka yang pertama dibaca secara serius. Tenggelamnya kapal van dervick baca sepintas lalu sahaja sebelum ini.
Kisah perjalanan tahun 1952 dan saya rasa masih relevan untuk masa sekarang.
Tbc
Profile Image for Ummi Hani Abu Hassan.
12 reviews4 followers
July 2, 2021
"Agama Islam mengajarkan, bahwa selain dari mata manusia, mata Tuhan pun tidak lepas daripada memandang kita. Sehingga dikatakan oleh Nabi, bahawasanya Allah Taala tidaklah memandang rupa dan pakaianmu, tetapi terutama memandang kepada hatimu dan usahamu."
Profile Image for syufayqa.
46 reviews4 followers
July 19, 2020
Buku ini sungguh membuka minda dan mengajak pembaca berfikir betapa banyaknya ibrah yang boleh didapati sepanjang berada di luar negara tanpa membelakangkan negara sendiri.
Profile Image for ' Syamil.
236 reviews6 followers
May 26, 2021
Hasil dari pengembaraan Pak Hamka ke Amerika. Beliau mengulas bagaimana bangsa Melayu ingin bangkit seperti tamadun Barat. Ada 2 yang beliau bawa balik pengetahuan dan peraturan
Displaying 1 - 20 of 20 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.