Jump to ratings and reviews
Rate this book

Wi & Wiliam

Rate this book
"Temanya amat terkini, iaitu usaha sama antara seorang Melayu dengan seorang usahawan berketurunan Cina yang canggih tetapi ikhlas..."

"...dua isu, penekanan terhadap peri perlunya pendidikan kepada orang Melayu di desa seperti di pulau di mana kisah ini berlaku dan, kedua, pemecahan prasangka bahawa perniagaan secara alibaba itu sentiasa negatif sifatnya."

283 pages, Paperback

First published January 1, 1995

2 people are currently reading
18 people want to read

About the author

Azizi Abdullah

57 books117 followers
Dicedok dari Ujana Ilmu

AZIZI HJ.ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah,Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (28%)
4 stars
5 (35%)
3 stars
4 (28%)
2 stars
1 (7%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for books.bintulu.
260 reviews7 followers
November 3, 2022
November 2022: Wi & Wiliam

Wi bin Usin
Wiliam anak Ah Fok

Dua orang anak kelahiran pulau legenda. Seorang pandai, berwawasan dan akhirnya menjadi usahawan berjaya. Seorang lagi lambat masaknya, boleh dikata keras kepala, mujur akhirnya menjadi orang juga.

Kisah mereka terjalin sejak kecil, orang tua mereka ikhlas berkawan, mengenang budi dan akhirnya sifat kemanusiaan merentasi perkauman.

🏝🏝🏝

Isu tanah dan Melayu memang banyak kita dengar. Ada yang menjual tanah atas pelbagai sebab, dan dalam novel ini terakam bagaimana tanah² Melayu dijual atas nama pembangunan di pulau itu. Namun, kekayaan hasil jualan tanah tidak bertahan lama.

Ada yang boros, ada yang juah sehingga akhirnya merempat di tanah sendiri. Anak muda seperti Wi dan rakan-rakannya pula mengalami kejutan budaya kerana mampu membeli rokok dan arak murah di zon bebas cukai sambil melepak di jeti seharian.

Melihat apa yang terjadi kepada orang kampung yang menjadi OKB (Orang Kaya Baru), bapa Wi, Usin, mengambil keputusan berani demi kelangsungan hidup anaknya.

"...Biar dia derita dengan keluh kesah. Aku mahu dia berjaya melalui penderitaan. Aku mau dia menjadi Melayu yang tahu harga tanah, seperti engkau, orang Cina yang tahu menilai tanah!"

🏝

Gaya penulisan novel ini menarik dan sarat dengan perkataan yang jarang didengar. Namun, banyak juga ya caci maki terutama bila Wi naik angin, gelisah. Novel ini merangkul tempat ketiga Hadiah Novel Nasional 1992/94 diterbitkan pada 1995.
Profile Image for Nezza.
6 reviews
March 13, 2024
Novel lama, penuh makna tersirat. Aku baca dua tahun lepas. Banyak mesej.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.