Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sahabat-Sahabat Yang Benar #1

Khalid: Memburu Syahid

Rate this book
Kisah agung Panglima unggul Islam. Dia panglima yang sangat handal dalam strategi dan malah dia yang menyebabkan kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud. Namun pada saat hidayah menyentuh jiwanya, dia bertukar menjadi panglima yang tidak terkalah. Beliau menemui Penciptanya bukan di medan perang, tetapi di atas perbaringan.

320 pages, Paperback

First published June 24, 2008

18 people are currently reading
365 people want to read

About the author

Abdul Latip Talib

122 books287 followers
Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.

Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
215 (70%)
4 stars
62 (20%)
3 stars
22 (7%)
2 stars
4 (1%)
1 star
3 (<1%)
Displaying 1 - 21 of 21 reviews
Profile Image for Ummu Auni.
664 reviews
September 3, 2009
Selalunya tulisan Abdul Latip bermula dari saat kelahiran seseorang tokoh sejarah Islami, tetapi di dalam kisah Khalid, Abdul Latip memulakan kisah Khalid dari saat Khalid memeluk agama Islam. Khalid hanya memeluk agama Islam selepas pembebasan kota Mekah. Tautan hatinya tertarik dengan Islam setelah beliau menebus adiknya yang kalah dalam perang menentangi golongan Muslim dengan bayaran sebanyak 4000 dinar. Ketika dalam perjalanan kembali ke Mekah dari Madinah, mereka berhenti berehat, dan Khalid menyedari adiknya melarikan diri semula ke Madinah untuk memeluk Islam. Ini disebabkan adik Khalid tertawan hati dengan akhlak yang ditunjukkan dan layanan baik yang diberi oleh orang Islam semasa beliau menjadi tawanan. Hidayah Allah bermula dari situ. Khalid bertolak ke Madinah sebaik sahaja memberitahu kaum Musyrikin beliau akan berhijrah ke Madinah dan memeluk Islam. Khalid yang digelar pedang Allah, adalah seorang yang keras terhadap musuh tetapi baik layannannya terhadap org Islam. Saidina abu Bakar r.a. sendiri pernah menyatakan Khalid tidak menunggu lama untuk membahagikan harta rampasan perang kepada tenteranya, supaya mereka bersemangat untuk berjihad ke jalan Allah. Khalid didoakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk memenangi segala peperangan yang disertainya. Bukan sedikit perang yang disertai Khalid al Walid, malahan di saat-saat akhirnya, dia merasa terkilan kerana tidak mati syahid ketika berjihad di jalan Allah. Di badannya sahaja penuh dengan kesan-kesan parut tusukan pedang, tidak kurang dari 80 parut tusukan pedang. Apabila para sahabat mengingatkan Khalid tentang doa Rasulullah s.a.w. barulah Khalid reda dengan takdirnya untuk meninggal akibat diserang penyakit.

Khalid sendiri berjaya meng Islamkan seorang panglima Rom yang ingin berperang dengannya. Panglima tersebut memeluk islam setelah mendengar kisah Khalid.

Rasa berkobar-kobar untuk berjihad di jalan Allah setelah membaca buku seperti ini
Profile Image for Faaizz Dzul.
68 reviews15 followers
August 10, 2011
to begin with, Khalid bin Walid memang dikenali dgn kepakarannya di medan perang. mempunyai rekod peperangan tanpa kalah sbg seorang Quraisy dan seterusnya sebagai seorang Muslim.

secara peribadi, semasa membaca buku ini, kisahnya buat rasa
1. semangat dgn kehebatan sahabat Rasulullah memenangi peperangan, mentaati Allah, Rasul, dan Khalifah.
2. terharu dgn sifat tawaddhu Khalid yg meletakkan perjuangannya demi Allah, bukan khalifah, bukan jawatan, bukan harta rampasan.
3. sebak apabila saat Khalid nazak yg mengenang hajat syahidnya yg tidak kesampaian. "aku mahu mati di medan perang!" pg376
4. terharu melihat pengorbanan 3 pahlawan yg sanggup mendahulukan seteguk air kpd sahabat yg lain ketika nazak. cc: Ikrimah, Ayas dan Harith
5. respek dgn tindakan Khalid yg redha dgn pelucutan jawatannya oleh Khalifah Umar sesudah kewafatan Khalifah Abu Bakar. dia diganti oleh Abu Ubaidah b Jarrah yg juga menangis dgn tggjwb yg diterima sambil merendah diri.
6. kagum dgn toleransi Umar thdp Khalifah Abu Bakar yg menyokong beberapa tindakan Khalid yg tidak dipersetujuinya. katanya "Abu Bakar lebih mengenali Khalid berbanding aku"

nak cakap jugak, buku ni antara buku yg buat aku mengalir air mata(which.is sgt rare ok).
baca jgn tak baca. harap2 momentum inspirasi berterusan~

sekian.
Profile Image for Mohd Noor.
32 reviews
September 14, 2025
Buku KHALID AL-WALID : PEDANG ALLAH YANG TERHUNUS.
Bilangan halaman : 354 halaman.
Mula dibaca : Rabu, 2 Ramadan 1445 Hijrah bersamaan 13 Mac 2024.
Tamat dibaca : Isnin, 21 Ramadan 1445 Hijrah bersamaan 1 April 2024.

Kebijaksanaan Khalid Al-Walid yang pantas membaca peluang telah mengubah landskap medan perang Uhud yang telah dikuasai oleh tentera Islam. Beliau memimpin pasukan berkuda musyrikin Mekah menewaskan sebilangan kecil pasukan pemanah Islam di atas Bukit Ain'ain seterusnya mengepung pasukan infantri Islam dari belakang. Hasilnya, pasukan Islam kucar-kacir tetapi diselamatkan oleh Rasulullah SAW dan beberapa Sahabat R.A yang membuka jalan berundur ke kawasan gunung.

Khalid bin Al-Walid bin Al-Mughirah dilahirkan sebagai seorang bangsawan dari Bani Makhzum. Sejak kecil lagi beliau dipersiapkan sebagai seorang pahlawan dengan latihan bertempur, mengendalikan pelbagai jenis senjata dan memimpin pasukan berkuda.

Orang bijak seperti Khalid tidak akan jauh dari Islam. Lambat-laun, beliau akan menyedari kebenaran Islam ditambah lagi beliau pernah berhadapan dengan pasukan Islam pimpinan Rasulullah SAW yang kekurangan jumlah dan senjata tetapi masih tidak mampu ditewaskan oleh bala tentera musyrikin yang serba lengkap.

Akhirnya, pada sekitar tahun 8 Hijrah, selepas menerima surat dari abangnya sendiri yang telah lama memeluk Islam iaitu Walid bin Al-Walid R.A, Khalid bertemu Nabi SAW di Madinah bagi memeluk Islam. Ternyata cahaya Islam itu tidak menumpulkan pedang Khalid Al-Walid.

Tidak lama selepas keislamannya, beliau menyertai Perang Muktah dan dipilih menjadi panglima perang menggantikan Zaid bin Harithah R.A, Jaafar bin Abu Talib R.A dan Abdullah bin Rawahah R.A yang telah gugur syahid. Khalid segera mengubah strategi yang berjaya memperdayakan bala tentera Rom Byzantine seterusnya dapat mengundurkan pasukan Islam dengan selamat.

Pada peristiwa Pembukaan Kota Mekah yang berlangsung di bulan Ramadan 8 Hijrah, Khalid turut mengetuai salah satu dari beberapa divisyen bala tentera Islam pimpinan Nabi SAW. Malah, Nabi SAW juga menghantar Khalid bagi memusnahkan berhala Uzza. Nama Khalid Al-Walid terus digeruni musuh dalam banyak siri peperangan, dari menumbangkan ancaman nabi palsu hingga ranapnya 2 empayar besar dunia pada masa itu iaitu Parsi dan Rom.

Khalid R.A begitu menginginkan syahid di medan perang, tetapi takdir Allah menetapkan beliau meninggal pada usia 58 tahun di tempat pembaringan. Pedang Allah Yang Terhunus takkan mampu ditewaskan oleh orang kafir dan jasanya menyebarkan cahaya Islam di luar Tanah Arab terus dikenang hingga hari ini.

Dari gaya penulisan yang mudah, penggunaan kosa kata yang kurang meluas dan banyak perkataan yang kerap diulang, mungkin karya-karya Pak Latip memang disasarkan sebagai menarik minat golongan remaja terhadap bidang Sirah. Apabila aku selak ke halaman Bibliografi, sangat sedikit sumber rujukan yang disertakan.

Mungkin kerana keterbatasan rujukan, banyak riwayat yang tidak dimuatkan seperti bagaimana Khalid menyusun barisan serangan dalam Perang Ahzab (semasa itu beliau belum Islam), riwayat Khalid R.A bertempur dengan Bani Hawazin dalam Perang Hunain dan ada beberapa kisah dalam buku ini yang 'janggal' tetapi aku tidak mahu mengulas berkenaan itu. Biarlah orang yang lebih alim memberikan pandangan.

Ilustrasi pada kulit novel-novel tulisan Pak Latip memang mengancam dan menaikkan semangat juang, termasuklah novel Khalid Al-Walid R.A ini. Tetapi aku tidak tahu mengapa halaman-halaman di awal novel ini tidak menyertakan barisan panel yang lain seperti editor dan pelukis ilustrasi. Bahagian isi kandungan setiap bab pun tidak disertakan.

Novel ini puas dibaca kerana ketebalannya dan setiap halaman penuh dengan tulisan. Berbaloi dibeli sebagai bahan bacaan santai di rumah bersama seisi keluarga atau dihadiahkan kepada kenalan. Kalau ilustrasi dipelbagaikan, mungkin akan menambah daya tarikan.

Tidak dinafikan menulis Sirah dalam gaya novel adalah sukar. Walau terdapat kekurangan di sana sini, usaha Pak Latip amat wajar dihargai. Aku begitu berharap lebih ramai lagi ilmuan yang berkepakaran dalam bidang Sirah sudi terjun dalam dunia penulisan buku sama ada dalam bentuk separa ilmiah, novel mahupun komik. Kerana bukan semua pembaca mampu menghadam buku-buku yang bersifat akademik, sebaliknya penyampaian santai lebih mudah memberi kesan positif.

Aku harap suatu hari nanti dapatlah aku memiliki dan membaca buku yang memuatkan siri-siri peperangan yang disertai Khalid R.A lengkap dengan kronologi dan akal genius beliau dalam menyusun strategi. Lagi menarik kalau dapat menyaksikan dengan mata aku sendiri senjata dan pakaian tentera Islam pada era tersebut.

Kadangkala aku terfikir, di kala umat Islam semakin galak dibuli, kalimah Allah dipermainkan, maruah umat Islam dicabul, mungkin umat ini perlukan lelaki yang bengis terhadap orang kafir dan berkasih sayang sesama umat Islam seperti Khalid Al-Walid R.A Moga kita semua sentiasa dalam peliharaan Allah dunia akhirat, Aamiin.

"Pangkat yang diberikan itu bukan bertujuan untuk dimegah-megahkan, tetapi ia adalah tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Sesiapa yang dikurniakan pangkat tanpa menjalankan tanggungjawab, dia pasti disoal dunia dan akhirat".

Jawatan bukan kemegahan, namun amanah berat yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab!

- halaman 292 -
Profile Image for Azura Chan.
524 reviews7 followers
September 27, 2024
"Allah SWT mengutuskan kepada kami seorang rasul daripada bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustakannya. Aku termasuk di kalangan orang yang mendustakannya, tetapi Allah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku menghadap Rasulullah SAW bagi memeluk Islam dan janji setia kepadanya. Baginda menyatakan: 'Engkau adalah sebilah pedang daripada pedang Allah. "- Abdul Latip Talib, Khalid - Memburu Syahid
.
.
🔻Novel Sejarah Islam, Khalid-Memburu Syahid adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Khalid merupakan hero penyelamat dalam perang Muktah sehingga layak mendapat anugerah tertinggi panglima tentera dengan gelaran pahlawan Pedang Allah.
.
.
🔻Sebelum memeluk Islam, Saidina Khalid merupakan panglima perang daripada bangsa Quraisy yang memegang rekod tanpa kalah. Beliau terkenal dengan kepakarannya dalam bidang perang dan sikap kasar dan tegas beliau menjadi ketua. Selepas memeluk Islam, Khalid masih dilantik menjadi panglima perang. Beliau mengetuai perang-perang yang sukar diantaranya perang di antara Muslimin dan kerajaan Rom dan Parsi. Sebagai muslim, Khalid bercita-cita untuk syahid.
.
.
🔻Kepimpinan serta keperibadian beliau harus dicontohi oleh kita. Sungguhpun beliau pernah memerangi baginda Rasulullah semasa beliau masih menjadi musyrik, beliau sangat menghormati dan mengasihi baginda Rasulullah setelah menjadi muslim. Di sebalik kekerasan dan sikap tegas beliau, beliau juga sangat menghormati keputusan-keputusan serta amanat daripada khalifah-khalifah yang mengetuai kerajaan Islam pada masa itu setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW.
.
.
#azurachanreads #bukujunkie #khalidmemburusyahid #abdullatiptalib #bookjunkie #bookaddict #booknerd #booklover #bukuislami #sejarahislam #tokohperangislam #khalidalwalid
Profile Image for Lin.
145 reviews6 followers
April 3, 2018
Kalau boleh, saya nak bagi 10 bintang. Ternyata Khalid Al-Walid adalah palawan terbilang, bijak mengatur strategi perang dan mempunyai semangat jihad yang tinggi. Pengarang berjaya menaikkan semangat pembaca dengan susunan gaya bahasa yang bersahaja dan tidak membosankan. Syabas!! Semoga banyak lagi keluaran buku Siri Pahlawan Islam dapat dikarangkan oleh Abdul Latip Talib.
12 reviews1 follower
October 2, 2021
Sejarah kehebatan tokoh Islam yang sangat mengagumkan. Recommended!
9 reviews
Read
March 28, 2024
An average one on Khalid Bin Walid. A better read can be Major General Akbar Khan's book on Khalid
Profile Image for Sarah Yasmin.
86 reviews31 followers
May 5, 2013
Kisah pahlawan Islam Khalid Al-Walid yang juga digelar Pedang Allah, mengembalikan semula semangat rohaniah dalam diri. Semangat cintakan agama dan saling menyayangi sesama umat. Khalid Al-Walid yang dahulunya menentang agama Islam, mendapat hidayah daripada Allah dan dengan bangganya mengakui keislamannya di khalayak ramai. Pada saat itu, ramai terkejut dengan pengakuannya malah ada yang menuduh beliau telah disihir. Beliau adalah seorang panglima dan pahlawan perang yang digeruni dan disegani ramai. Setelah menganut agama Islam, Khalid Al-Walid menyertai banyak peperangan menentang orang kafir dalam menegakkan agama Islam.

Kisah yang perlu diambil iktibar untuk kita sebagai umat Islam kini. Di zaman Khalid Al-Walid, umat-umat Islam berjuang habis-habisan sehinggakan dapat menawan kerajaan Rom dan juga Parsi dimana kedua-dua kerajaan tersebut dahulunya berkuasa besar. Malah kekuatan tentera dan senjata yang dimiliki juga lebih canggih daripada tentera Islam. Tetapi, dengan izin Allah, segalanya dipermudahkan. Khalid Al-Walid merupakan pejuang yang digeruni oleh musuh. Walaupun mukanya bengis dan badannya tegap gagah, tetapi hatinya suci dengan perjuangan-perjuangannya dalam menegakkan agama Islam. Setiap strategi peperangan yang dicadangkan olehnya amat berkesan dengan izin Allah.

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, munculnya nabi-nabi palsu yang mengakui kenabian mereka. Walhal, Rasulullah SAW adalah Nabi yang terakhir. Maka dengan itu, Khalid Al-Walid dan tentera Islam berperang dengan puak-puak tersebut dan menyebarkan dakwah Islamiah yang benar.

Subhanallah! Sungguh indah sekali perjuangan pahlawan Islam dahulu. Kisah yang patut diambil iktibar dan tak mustahil, kita juga boleh menjadi pejuang. Berjuang dalam diri untuk sentiasa mencintai Islam, melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, dan tidak lupa juga, berjihad ke jalan Allah.
Profile Image for Ummu.
194 reviews25 followers
February 19, 2016
Saye tidak berapa minat membaca non-fiction tetapi memandangkan tajuk buku ini telah berada dalam koleksi buku-buku saye, cubalah juga. Pertama kali baca kisah sejarah yang ditulis seperti fiction, best juga. Nak tahu tentang sahabat Nabi yang diberi gelaran dengan pedang Allah? Bacalah buku ni. Best!
13 reviews
November 6, 2016
Recommend banget,
mengisahkan khalid bin walid yang bergelar pedang Allah dalam menyebarkan agama islam.
khalid bin walid merupakan seorang pejuang islam, yang akan terus terkenang namanya hingga masa kini. buku ini menceritakan kisah perjuangan khalid yang tidak pernah kalah dalam setiap pertempuran, baik itu melawan kerajaan persia maupun romawi.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
February 10, 2013
seorang pahlawan yang digelar pedang Allah. tidak pernah kalah di medan perang dengan izinNya. tetapi di akhir hayatnya.. beliau pernah mengesali atas ketidak upayanya untuk syahid di medan perang bukannya di atas katil. setiap tubuhnya tidak kosong dengan tusukan pedang musuh. Allahurabbi.
Profile Image for Aini.
43 reviews6 followers
February 17, 2013
rugi sangat kalau tak baca. Khalid adalah satu daripada pedang2 ALLAH. tak pernah kalah dalam peperangan. novel sejarah ni berjaya bt aku dan kwn menangis dia saat khalid bersedih kerana tidak dapat mati di medan perang.
Profile Image for Khuraisah Mohd Nasir.
34 reviews
September 21, 2011
Aku telah jatuh cinta dengan buku ini sebaik sahaja aku mula membacanya. Tak pernah sangka buku sejarah boleh jadi begitu menarik!
Profile Image for Amirul Mohamed.
34 reviews3 followers
July 3, 2012
Pahlawan yang hebat!
Sama seperti Salahuddin Al Ayubi. Menentang hingga penghabisan!
Profile Image for Nareswari_buku..
144 reviews1 follower
November 13, 2017
the best book..

kagum dengan semangat perjuangan khalid di perang walau akhirnya beliau bukan syahid di medan perang seperti yang di cita-citakannya.
Displaying 1 - 21 of 21 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.