Sekiranya kita baik dengan Allah, kita pasti menjadi manusai terbaik.Persoalannya, adakah kita baik dengan Allah? Bagaimana jalannya untuk baik dengan Allah? Bagaimana jalannya untuk baik dengan Allah? Buku ini memandu kita dari A KE Z dalam penentuan sikap dan pembentukan diri, keluarga, organisasi dan anggota masyarakat menjadi 'yang terbaik' berlandaskan panduan al-Quran dan hadis.
Alhamdullillah. MasyaAllah tabarakAllah, buku ini adalah antara yang terbaik saya baca untuk tahun ini. Sangat memberi inspirasi dan motivasi semasa iman sedang merosot. Semua prinsip di dalam buku ini ditulis berdalilkan Al-Quran dan Sunnah, ditulis dengan bahasa yang praktikal supaya mudah untuk kita menyemak prinsip-prinsip kehidupan yang mungkin kita tersilap faham.
"Tanpa pengetahuan atau kemahiran al-Quran, tidak kira betapa tinggi kemahiran duniawi kita, kita tetap akan tersesat dan kesesatan itu akan membawa kerugian kepada kita. Al-Quran: istiqamah lah dalam membaca, memahami, mentaddabur, dan mengamalkanya seikhlas hati - inilah satu-satunya jalan, jaminan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat.
Jazakallahu khayr Dr Mohd Shafie Amin, penulis buku ini, semoga beliau berserta keluarga, dirahmati Allah sentiasa. Amin.
Buku yang ditulis dan disusun dengan penuh tertib sebagai panduan kepada semua Muslimin dan Muslimat yang dirujuk kepada Al Quran dan Hadiths. Pengunaan bahasa yang mudah dan senang difahami.
Semasa membaca buku ini, pembaca disarankan oleh penulis agar membaca setiap teks lafaz al-Quran bukan sekadar membaca maknanya. Pendekatan ini sangat menarik kerana setiap perkara yang dibincangkan pasti akan disertakan dengan ayat al-Quran serta hadith.
Apakah cara untuk kita menjadi ummat terbaik seperti yang dicatatkan di dalam al-Quran? Persoalan ini dikupas dengan mudah berpandukan al-quran dan sunnah di dalam buku ini.