Jump to ratings and reviews
Rate this book

Pemutus Nyawa

Rate this book
Pada era yang diselubungi kekejaman dan peperangan, puak Zagi menjadi dalang yang melakar lebih banyak kisah berdarah dalam Melayujiwa. Ahmad Rizaki, seorang Pemutus Nyawa tanpa memori ditugaskan untuk membasmi setiap ancaman yang mendatang. Pengakhiran bagi mereka yang berdosa hanyalah satu kematian tanpa pengampunan belas kasihan.

Dawing Daw yang tidak pernah peduli, mula mengambil peranan. Hasilnya, kota Nuaja yang makmur bertukar bagaikan neraka dalam sekelip mata. Dalam kemelut yang melanda dan misteri yang membelenggu, rahsia gelap yang menggegar alam terbongkar akhirnya!

Di tengah-tengah pertempuran dan malapetaka, cinta mula mengusik dua jiwa. Mungkinkah cinta itu berakhir dengan kebahagiaan atau perpisahan yang disapa kematian?

Inilah kisah seorang Pemutus Nyawa — manusia yang diberi kuasa mutlak untuk menjatuhkan hukuman mati kepada siapa sahaja yang bersalah!

Paperback

First published July 1, 2024

6 people are currently reading
45 people want to read

About the author

Arifful Baqi

11 books36 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (39%)
4 stars
19 (46%)
3 stars
4 (9%)
2 stars
2 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Fatinamudz.
115 reviews36 followers
August 22, 2024
“...𝑨𝒑𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒈𝒊 𝒊𝒕𝒖? 𝑨𝒅𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒈𝒊 𝒎𝒆𝒓𝒖𝒑𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒃𝒖𝒂𝒉 𝒂𝒈𝒂𝒎𝒂? 𝑨𝒕𝒂𝒖 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒅𝒂𝒓 𝒔𝒂𝒕𝒖 𝒊𝒅𝒆𝒐𝒍𝒐𝒈𝒊 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒑𝒆𝒏𝒕𝒂𝒅𝒃𝒊𝒓𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒋𝒂𝒂𝒏?...”

Mengisahkan seorang manusia adikudrati yang diberi nama Ahmad Rizaki. Beliau diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman mati mandatori kepada sesiapa sahaja yang bersalah kerana beliau adalah seorang Pemutus Nyawa kerajaan Melayujiwa.

Aku suka dengan penceritaannya yang sangat mudah untuk kita ikuti, penyusunan cerita yang tersusun membuatkan kita jadi lebih faham dan perasaan ingin tahu tu membuak buak tentang apa yang jadi di masa belakang dan masa kini, tentang siapa Ahmad Rizaki yang sebenar dan kenapa dia manusia adikudrati.

Ketebalan buku tidak terasa bila keseronokan dan ‘intense’ serta kelajuan cerita yang minimal cerita itu membuatkan kita terleka. Aksi lawan yang sangat lincah, mendebarkan dan mencemaskan hati. Pertembungan yang sengit diantara kerajaan Melayujiwa dan puak Zagi, tiada siapa pun terlepas dari kejadian berdarah.

Sebelum ni aku selalu elak nak baca cerita ada unsur distopia sebab aku rasa agak rumitkan kepala aku tapi yang ni sejujurnya tidak langsung sebab gabungan dengan sai-fi memang ngam lepastu ada aksi lagi jadi makin best.

Yang paling menarik lagi, aku rasa masa baca novel ni aku membayangkan hidup masa dahulukala kerana lenggok percakapan dorang seperti zaman itu tapi dalam dunia moden. Jadi, kalau korang sukakan distopia + sai-fi ada aksi, ada manusia yang kuasa luar biasa maka, novel ini untuk awak.

Aku jugak suka dengan dialog diantara Ahmad Rizaki dan Wardah. Serius tapi dalam masa yang terasa kemanisan mereka walau tidak nampak mereka bercinta tapi korang akan rasa. Anuman dari puak zagi tu perangai dia sangat menjengkelkan dan berlagak. Menyampah sungguh dengan dia tu.

Keseluruhan cerita yang bagi aku digarap dengan sangat baik dan begitu menarik. Tapikan aku rasa macam tak puas. Rasa macam nak sambungannya lagi, boleh tak?

﹌﹌﹌﹌﹌
5🌟
Profile Image for Izzatimare.
78 reviews1 follower
January 20, 2025
3.8⭐

Cerita survival manusia lepas bencana besar yg buat manusia kembali ke zaman tanpa teknologi.

Menceritakan tentang Ahmad Rizaki, Pendekar si Pemutus Nyawa yang ditugaskan membunuh musuh tanpa sebarang penghakiman. Di sebuah negara yg bernama Melayujiwa. Beliau ditugaskan memburu puak Zagi yang cuba menyesatkan manusia dengan ajaran sesat. Puak Zagi bukan takat ajaran sesat je, jahat pulak tu.

Saya rasa plot dikembangkan dengan baik. Segala persoalan saya rasanya terjawab dari dalam bab-bab imbas kembali. Dan jalan cerita takde la terlalu rumit. Meskipun banyak watak, tapi tak mengganggu jalan cerita sebab memang penulis menumpukan perkembangan watak utama - Ahmad Rizaki.

Saya kira banyak je buku di luar sana yang menggunakan tema yang sama. Buku pertama yg saya baca dalam tema ni ialah Takdir karya Hilal Asyraf, kemudian 2099 karya Sri Rahayu. Secara tak sengaja saya akan terbanding antara karya2 yg lain. Somehow saya banyak compare dengan karya Takdir. Mungkin sebab sisi Kemelayuan itu diketengahkan.

Jika Takdir, kuasa watak-watak berpunca dr cip yang ditanam dalam badan manusia, kisah Pemutus Nyawa ni banyak daripada ilmu persilatan. Cumanya, Ahmad Rizaki ni tak aci sikit, hybrid bunian. Amboiii. 😆

Tulah yg jadi punca markah rendah dalam review saya. Macam alaaa, kenapa mesti kau anak bunian? Tak boleh ke kau cyborg? Ataupun kau last experiment sebelum bencana besar?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for lysareading.
308 reviews42 followers
December 24, 2024
#pemutusnyawa beyond my expectation !

"Saya tidak perlu bersedia kerana saya sendiri akan ubah adat itu. Pemutus Nyawa akan meneruskan kehidupan sama seperti manusia biasa!" — Ahmad Rizaki

Pemutus Nyawa oleh Arifful Baqi @bukuprima / 4.5 bintang

___

Wow!!! Bila I dapat tahu penulis dapat ilham Pemutus Nyawa ni berdasarkan tanjak warisan yang diberi nama 'Pancung Tak Bertanya', without doubt — I impressed eh! Ahmad Rizaki selaku Pemutus Nyawa diberi kuasa mutlak untuk menjatuhkan hukuman mati kepada sesiapa sahaja yang bersalah tanpa perlu dibicarakan di mahkamah. Dengan vibe Melayu nusantara + fantasi + era yg diselubungi peperangan, mmg mcm dalam movie. Cuma, dekat Malaysia takde lagi lah ✋🏼

Walaupun cerita ni ke arah semangat perjuangan dalam mempertahankan tanah air iaitu MelayuJiwa namun, kewujudan karakter-karakter yang mempunyai kuasa, status tersendiri menambahkan lagi rencah & alam semesta Pemutus Nyawa. Ada pendekar-pendekar hebat, srikandi perkasa, makhluk mistik, eksperimentasi pembuatan makhluk aneh dan puak Zagi yang menjadi dalang utama.

Aksi pertempuran sangat chef's kiss 🤌🏼 Memang thrill habis, siap dgn ⚔️🩸terperinci lagi. Itu yang kita mahu!

Tumpuan utama ialah Ahmad Rizaki sebenarnya. Siapa sangka Pemutus Nyawa pun nak mendamba kasih eh <3 I sebenarnya tak sangka ada 'slow burn situationship' dalam cerita ni. I asyik 'Eleleleeeh ececehhh' :p

Babak yang paling kita suka sebenarnya apabila ada imbas kembali kisah Lang Garisi, tak tahu lah awat sedih je :,) Pandai betul lah penulis ni main twist dekat situ. Dan ada sesetengah kuasa tu mengingatkan I kepada One Piece tau, so yeah 😆

Cuma kadang-kadang I lelah sikit bila timeline tu jump jump. Sedikit terbantut. Seperti ingin memendekkan event/kejadian yang berlaku then terus jump ke scene lain, so nampak rushing. Itu penyebab buat I lambat sikit habis baca. Keseluruhan, highly recommended! Kalau org tanya @bukuprima apa yang best, I akan ckp Pemutus Nyawa 🤝 #bukuprima #pemutusnyawa #bukukarangkraf
Profile Image for Brown Guy Reads.
64 reviews1 follower
September 9, 2024
Buku Prima always impresses me with their review copies, and Pemutus Nyawa by @ariffalbaqi was no exception. The story was fantastic! I loved the characters—each one was so well-crafted that they felt like real people. The scenes were written beautifully, especially the intense fight sequences that kept me on the edge of my seat. 🔥 There wasn’t a dull moment; the author didn’t waste any time. Every chapter ended with a hook that made it impossible to stop reading. The world-building was spot-on, and I especially enjoyed the unique friendship between Ahmad Rizaki and Nukri. Overall, it was an exciting and satisfying read. I highly recommend it!
Profile Image for Nur Kaseh.
19 reviews
September 17, 2024
Membaca blurb buku ni sebenarnya tak menarik perhatian saya untuk membeli. Tapi disebabkan memang tunggu karya terbaru Arifful Baqi selepas Survival berjaya menambat hati sebelum ni, jadi kita pejam mata dan beli je.

Ringkasnya kisah ini berlatarkan zaman pada tahun 2300, dimana dunia sudah melalui tamadun baru selepas perang dan bencana besar. Seorang putera dari Melayujiwa menemui seorang lelaki dalam sebuah tabung (ke telur) yang tertimbus di dalam tanah. Yang mengejutkan mereka waktu tu bila manusia tu masih hidup, tetapi dalam keadaan hilang ingatan. Dengan perlindungan Putera Azkarudin, Ahmad Rizaki kembali menjalani hidup seperti biasa. Selepas beberapa tahun kemudian, ada 1 tragedi berlaku yang menjadi punca Ahmad Rizaki ni ambil keputusan untuk jadi Pemutus Nyawa menggantikan gurunya. (Storynya panjang dan ada beberapa peringkat penceritaan, saya tak nak bagi spoiler dalam review ni)

Novel ni hampir tak ada kelemahan untuk dikritik sebenarnya. Setiap babak dari bab awal sampai tamat tu tak kosong yeee. Sentiasa ada hook yang menggerakkan plot. Watak-watak yang dipersembahkan sangat solid dan hidup. Cara penulis intro kan setiap watak juga sangat-sangat smooth. Tak ada info dump atau ayat2 islamik yang berbunyi sangat preachy macam sesetengah novel lain.

Walaupun cerita begini memerlukan world building yang teliti. Adakalanya boleh buat orang bosan kalau tak pandai sampaikan naratif. TAPI TIDAK UNTUK BUKU NI. Dia bagi secukup rasa untuk kita faham dan bayangkan visual world building tu tanpa terlalu fokus cerita pasal world building.

Kalau saya nak komplen pun, 1 jelah. Buku ni patutnya sediakan map! Cerita ni melibatkan banyak negara dan wilayah. Saya nak tahu kedudukan Melakar, Lumpur Nuaja, Singarumi, Melayujiwa, Inderamahang dan banyak lagi tempat dalam cerita ni.

Bercakap tentang watak-wataknya pula, saya bias pada Ahmad Rizaki. Kita mestilah team hero... sampailah kemunculan Nukri. Aishhh~~ suka betul perangai sarkastik dan mulut tajam Si Nukri ni. bromance antara Nukri dan Rizaki tu comel betul. Kadang2 macam budak umur 5 tahun je bergaduh.

Bagi saya Rizaki ni hero yang tak terlalu tipikal. Pada layer pertama tu macam tipikal hero yang kool, alim, budiman, tampan dan ada sifat2 seorang hero yang perfect. KAU TUNGGU SAMPAI TENGAH CERITA, nampaklah segala perangai unpredictable dia. Ada masa dia inesen, annoying, kelakar, childish, psycho. Saya meremang tengok Rizaki turn on kuasa dia bila marah tau. Dia jadi manusia paling kejam bila membunuh. Fuhhh~~~ kita senaman jantung baca setiap babak2 bertarung tu.

Heroin cite ni luaran je macam soft, sopan santun dan lemah lembut, tapi dia badass gila ya. Wardah ni memang jenis2 heroin yang saya suka. Dia berani dan kadang2 dia yang protect hero dari ancaman musuh. Paling comel bila dia yang confess dulu pada Rizaki. Comel betul Rizaki tak puas hati sebab patutnya dia yang nak confess dulu.

Watak2 villain pula walaupun ramai, tapi perangai sekor2 buat kita geram. Bukan setakat annoying je, memang membencikan. Memang elokpun sekor2 mati di tangan Rizaki and team.

Paling best plot twist dia. Arifful ni selalu je bagi plot twist gila dari awal cerita sampai ending. Tapi kita suka je. Especially plot twist terakhir tu. Tercengang saya dibuatnya.

Tahniah kepada Arifful Baqi. Buku ni best sangat. Saya dah racun semua orang untuk beli dan baca...kihkihkih!

Profile Image for Sansuriya82.
59 reviews1 follower
May 29, 2025
Cabaran Mini #2 : Resensi Buku
📚 Reviu Novel: Pemutus Nyawa karya Arifful Baqi
Genre: Fantasi | Thriller | Pasca-apokaliptik
Penerbit: Buku Prima
Tahun Terbitan: 2024
Mula baca : 24 Mei 2025, Tamat baca : 28 Mei 2025
Penilaian peribadi: ★★★★☆ (4/5)

Ulasan:
Sebuah naskhah yang berani dan luar biasa dari segi konsep dan dunia yang dibinanya. Berlatar tahun 2300, dunia dalam Pemutus Nyawa penuh dengan kezaliman, perang dan sisa harapan. Watak utamanya, Ahmad Rizaki, bangun dari tidur panjang tanpa ingatan, lalu diberi kuasa menghukum mati sesiapa sahaja yang dianggap bersalah. Kuasa tanpa soal siasat , berat, kelam dan penuh dilema moral.

Saya sangat tertarik dengan elemen falsafah yang diselitkan tentang siapa yang layak menentukan nyawa orang lain, serta apa erti sebenar keadilan. Aksi-aksi dalam buku ini juga ditulis dengan sangat visual dan mendebarkan. Setiap bab memberi rasa seperti menonton siri animasi distopia atau filem aksi masa depan.

📌 Kekuatan buku ini: world-building yang kukuh, watak-watak berlapis, plot twist yang mengejutkan, dan gaya penulisan yang jelas serta mudah diikuti.
📌 Cadangan: Sesuai untuk pembaca yang sukakan aksi, konspirasi dan tema berat tentang keadilan & kuasa.
📌 Cadangan kecil: Mungkin akan lebih membantu jika buku ini menyertakan peta atau visual rujukan dunia dalam cerita.

Kesimpulan:
Pemutus Nyawa bukan sekadar cerita fantasi — ia adalah cabaran kepada minda dan moral kita. Layak dibaca oleh sesiapa yang mahukan kelainan dan kedalaman dalam karya tempatan.

#PemutusNyawa #AriffulBaqi #BukuPrima #BookstagramMY #UlasanBuku #BookReviewMalaysia #NovelFantasi #ThrillerMalaysia #BukuLokalPower #karangkrafreadingchallenge
#resensibuku
#goodreads

Profile Image for Izzati Mohd.
35 reviews
January 24, 2025
4.5 ⭐️⭐️⭐️⭐️

Ahmad Rizaki, seorang Pemutus Nyawa yang diberi kuasa mutlak untuk menjatuhkan hukuman mati kepada siapa sahaja yang bersalah!

Watak utama iaitu Ahmad Rizaki seorang pendekar pemutus nyawa yang mahir dalam seni pertahankan diri. Kehebatan & kekuatannya memang tak disangkal lagi bila berlawan dengan musuh. Walaupun Ahmad Rizaki merupakan seorang pemutus nyawa yang menakutkan, tapi ada masa dia tersangatlah innocent ye semua 😂, annoying, childish (tu bila berjumpa dengan Nukri, cute je bromance diorang). Betul la kata Wardah, bila dah kenal rapat dengan si Ahmad Rizaki ni, macam tak percaya je dia seorang pendekar pemutus nyawa 😂.

Romance antara Ahmad Rizaki & Wardah juga tidak berlebihan. Short & sweet ❤️

Watak wardah seorang gadis yang lemah lembut tetapi ada semangat juang dia. I love novel with strong badass woman character like this 💪 Senjata rod petir yang wardah guna semasa berlawan mengingatkan saya kepada satu karakter One Piece, iaitu Nami. Lagi la buat saya suka dengan novel ni 🧡

Sedih ye bila baca backstory Lang Garisi. Kisah cinta yang menyayat hati antara Lang Garisi & Puteri Aiyla Alara 💔 Terubat hati kita diorang dikurniakan seorang anak yang diberi nama Durrani ataupun dikenali sebagai 🤫🤫🤫

One of the best thriller book I have ever read. The plot twist at the end!!🤯  Ni confirm ada sambungan buku ke-2 nanti.

Tahniah author. Maybe lepas ni akan try baca karya author yg lain pula.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mira.
46 reviews2 followers
February 11, 2025
Buku ini berfokuskan tentang semangat perjuangan dalam mempertahankan tanah air dan pengorbanan yang perlu dilakukan demi mencapai sesuatu harapan.

Karya penulis yang bergenre thriller ini menceritkan tentang watak utama iaitu Ahmad Rizaki seorang manusia adikudrati yang dilantik sebagai Pendekar Pemutus Nyawa oleh kerajaan Melayujiwa. Tugas Pendekar Pemutus Nyawa ini bertanggungjawab untuk melindungi kerajaan daripada pencemaran kejahatan manusia lain. Ahmad Rizaki dihantar ke Zamin Melakar untuk memburu Pahlawan Zagi yang ingin menjajah Melayujiwa. Disinilah dia berjumpa dan jatuh hati dengan Wardah seorang tokoh berpengaruh di Kota Melakar yang datuknya juga adalah seorang bekas Pemutus Nyawa.

Dendam kesumat yang disimpan lama oleh Tuan Abadi, pemimpin agung Zagi menyebabkan dia bekerjasama dengan Srakanov, Saintis Rusia yang mahir dalam menciptakan ciptaan yang dapat membantu memusnahkan musuhnya, Kerajaan Melayujiwa.

Secara keseluruhanya, cerita ini menarik tetapi ada plot yang berlebihan bagi saya terutamanya perlawanan yang saya anggap watak tersebut telah mati tetapi demi kelebihan yang dikurniakan seperti menelan pil ciptaan saintis ataupun dengan kelebihan durhayat watak tersebut kembali hidup. Hal ini menyebabkan cerita menjadi lewah dan agak mengganggu pembacaan saya.
Profile Image for Hamidah Effendi.
355 reviews3 followers
February 19, 2025
Bila baca buku teringat kecik2 dulu suka baca komik pendekar laut or dewata raya🤣🤣🤣 dia punya aksi fight tiba2 mengimbau.

Best jalan cerita, kena tengok tarikh nak bagi faham mana dan dimana. But aku hargai penulisan penulis, pandai membuat elemen fighting yang buat kita berimiginasi dengannya. Aku baca macam terbayangkan lokasi kejadian. Tapi memang best.. rasa2 ada sambungan tak buku ni.ada sesiapa boleh jawab?!..

My favorite karakter - Azma (watak tak dijangka2) dan Nukri(sebab boleh bayang 'cool' dia tu)😆 nampak garang tapi cool..

Scene tak boleh dilupakan scene waktu ahmad Rizaki bunuh satu2 orang2 Zagi dalam penjara. Berlagak betul, tak ukur baju di badan sendiri.😬

Satu lagi scene favorite aku ialah yang part perang akhir. Dengan Naga, scene fight dan mesin2 pemusnah tu. Rasa2 ada sesiapa oleh buat movie tak..tapi wajib ikut buku..janganlah ubah sayang nanti...teringin nak tengok part Naga 'ngam' separuh badan tu🤣🤣🤣🤣

Part aku tak suka cuma satu, aku tak tahulah tapi mungkin orang lain ok..tapi aku rasa tak selesa bila belek buku ni..keras sangat. Jenuh aku duk kepak2 bagi besar..Nak baca sambil tahan kekerasan buku yang buat tangan aku penat.

Selebihnya cerita ni best tapi kulit dan kertas dia je buat aku tak suka..Penat mengepak..
Profile Image for Leyana.
4 reviews
January 22, 2025
Aku baru habis baca buku pemutu nyawa ni, seram gila! Cerita ni pasal seorang lelaki yang tiba-tiba terperangkap dengan satu kuasa supernatural yang boleh tentukan hidup atau matinya. Dia kena buat macam-macam keputusan untuk elak mati, tapi makin lama makin susah pulak nak lari dari takdir. Ketegangan sepanjang cerita, penuh dengan misteri dan benda-benda yang buat korang tak boleh berhenti baca. Memang best kalau suka cerita seram dan thriller!
Author 9 books44 followers
September 7, 2024
Karya terbaru dari penulis Prolifik ini benar-benar menepati Genre Thriller. World building yang sangat menarik dan penuh imiginasi yang mantap. Kisah perjuangan Ahmad Rizaki yang menjadi tukang hukum di lakar dengan begitu sempurna. Aksi dan pertempuran yang hebat, memang A class. Puak Zagi yang penuh muslihat dan kejam...ia perlukan sambungan...
Profile Image for Mim.
36 reviews
July 4, 2025
Pemutus Nyawa adalah satu jawatan yang disandang oleh seseorang untuk memberikan hukuman mati kepada musuh negara.

Berat tugas dia ni. Kena pandai bertarung tu pasti. Kena kawal emosi lagi. Kena lindungi orang tersayang lagi.

Back story masing-masing macam sangat luar jangkaan. Namun, tetap seronok dibaca.
1 review
July 4, 2025
4.5/5

I like the storyline and the plotwist walaupun dia macam tiber tapi bole la.

At first rasa macam dia tak sesuai dengan gelaran tu sebab kuasa dia macam tak power sangat gitu, tapi akhir2 tu baru muncul kuasa sebenar dia so okay la for me.

saya mula2 beli buku ni pun sebab cover buku, bila tunjuk kat kawan dia kata macam ai jer 😮‍💨
Profile Image for Noor.
21 reviews
September 12, 2025
Pemutus Nyawa adalah pilihan untuk anda jika anda ingin membaca cerita aksi dengan nama- nama tempat bernuansa nusantara. Saya suka dengan nama tempat dan watak yang diperkenalkan oleh penulis. Watak yang saya suka adalah seorang puteri yang sanggup berkorban sesuatu demi orang yang disayangi. Babak aksi diterjemah dengan baik oleh penulis.
Profile Image for Adila Adriana.
20 reviews
June 13, 2025
Pemutus Nyawa membawa pembaca ke sebuah dunia futuristik bernama Melayujiwa yang sarat dengan kekacauan, makhluk mistik, peperangan, dan perjuangan identiti.

Watak utama Ahmad Rizaki muncul dari tabung aneh tanpa sebarang memori. Dalam kekosongan identiti itu, dia dipilih untuk memegang kuasa paling berat iaitu menjatuhkan hukuman mati kepada sesiapa sahaja yang didapati bersalah tanpa perlu melalui proses perundangan. Bayangkan menjadi hakim, juri dan algojo dalam satu masa. Masa tengah baca buku ni, terbaca pula review yang ada spoiler. Terus rasa ala terbaca pula! Haha. So dah tahu siapa Ahmad Rizaki sebenarnya. Kuasa dia sangat hebat!

Apa yang saya suka:
• Konsepnya sangat berani dan segar. Penulis berani mengangkat tema berat yang penuh falsafah, konspirasi, kuasa, dan keadilan.
• Dunia Melayujiwa sangat hidup. Saya dapat rasa akar budaya tempatan digarap dalam latar distopia yang moden.
• Gaya penulisan yang matang dan klasik seperti zaman dahulu.
• Plotnya penuh kejutan, aksi pertarungan yang mendebarkan dan ada babak-babak yang terasa seperti menonton filem.
• Paling takjub sekali dengan kuasa masing-masing even puak zagi pun saya kagum ketika membaca.
• Kisah cinta antara Ahmad Rizaki dan Wardah sweet walaupun slow burn. Saya macam luah je lah perasaan tu. Lambat sangat haha!

Apa yang mungkin kurang bagi pendapat saya:
• Terbantut sikit pembacaan saya ketika pertukaran atau imbas kembali zaman dahulu dan sekarang. Ada yang saya terlepas pandang dan tak faham, terpaksa selak semula halaman sebelum dan selepas.
• Tiada peta. Kalau ada peta lagi best sebab boleh gambarkan kedudukan setiap negeri itu berada dimana.

Kalau sukakan cerita berunsur distopia, falsafah, kuasa dan aksi yang penuh emosi buku ini wajib masuk dalam rak buku. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi mengajak kita merenung, apa maknanya menjadi manusia dalam dunia tanpa belas kasihan? Sangat recommended!
Profile Image for _nadiasw303.
57 reviews1 follower
December 11, 2025
🔖 Pernah tak tercari-cari buku yang ada heroin beraksi? Hehe, buku ni tak cliché langsung, ya guys! Heroin dalam Pemutus Nyawa bukan jenis duduk tepi bersorak huhuhaha, tapi dia turun padang, berganding bahu dengan watak utama untuk berlawan dengan musuh yang penuh risiko.

🔖 Buku ini berkisar tentang Ahmad Rizaki yang kemudiannya menjadi Pemutus Nyawa -pejuang utama dalam membanteras ancaman luar dan kegiatan jahat yang mengganggu kesejahteraan agama & negeri MelayuJiwa. Sis suka sangat kisah hidup AR, terutamanya babak-babak dia dengan Sultan Akhzaruddin. Ada sisi emosi yang mendalam, dan plot twist yang tak dijangka dalam hidup AR ni.

Dalam dunia MelayuJiwa, wujud pelbagai elemen menarik—pendekar hebat, srikandi perkasa, makhluk mistik (ada naga weh!), eksperimen ciptaan makhluk aneh, dan puak Zagi yang menjadi dalang utama.

🔖 Walaupun Ahmad Rizaki nampak serius dan fokus dengan misi, bila dengan Wardah… pandai buat pick-up line rupanya😂

🔖 Apa yang saya suka, jalan ceritanya bergerak laju. Tak sempat nak relaks... sekejap dah berpeluh dengan adegan aksi ganas, sekejap lagi hati mencair dengan babak slow-burn romance. Lepas tu datang pula elemen slice of life yang menyentuh; perjuangan yang membara tentang maruah, prinsip dan jati diri.

🔖 Watak-watak dalam buku ni dibina dengan cukup realistik. Bahkan watak villain pun dimatikan dengan cara yang logik dan memuaskan. (Tapi kotlah tiba-tiba ada yang hidup semula ke apa… eh, buat plot sendiri pulak! 😜)

🔖Paling best, plot twist tentang asal usul Ahmad Rizaki dan kaitan nya dengan Lang Garisi memang mencuri perhatian saya. Tak dijangka langsung. Dan ending dia? Lain daripada apa yang saya bayangkan, tapi tetap memberi kesan yang kuat dan bermakna.

4.8/ ⭐️
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.