"Ishak, Ibrahim, dan Ismail" - tiga sahabat sejati yang berbeza watak namun terikat dengan persahabatan sejati.
Ismail, seorang yang cerdas dalam pelajaran dan agama, berbadan besar daripada usia dan sasa, diuji dengan satu pilihan:
Sama ada nyawa ibunya, atau terlibat sebagai orang penting dalam kongsi gelap.
Semua ini berlaku setelah usahanya mempertahan ibu tercinta daripada dihina si pengutip hutang di rumahnya, dia terbunuh seorang lelaki kongsi gelap di dalam rumahnya begitu sahaja.
Adakah Ismail kuat untuk menolak tawaran yang melibatkan nyawa insan lain, yang ada hak untuk tidak dibunuh?
Kisah ini adalah perjalanan dari kegelapan menuju cahaya, dari kehancuran menuju taubat nasuha, dalam mencari jawapan atas pertanyaan besar — “Ajari Aku Tentang Rindu"
✨ Review Buku: Ajari Aku Tentang Rindu – Adnin Roslan ✨
Rate: 5 / 5
“Segala nikmat dan kelebihan yang Allah bagi kita, semua itu bukan milik kita tapi milik Allah. Jadi kenapa kene bangga?”
Setiap ayat ibarat cahaya kecil yang menyinggah ke hati yang gelap, mengingatkan bahawa dosa yang kita pandang remeh selama ni mampu menggelapkan jiwa. Semakin perlahan kita membaca, semakin menebal rasa malu pada Allah Yang Esa. Ia juga menyedarkan bahawa manusia takkan pernah lari daripada membuat dosa, namun cara kita bertindak itulah yang membezakan diri kita yang sebenarnya. Review yang paling ringkas dah ni 🫠
Summary: 📚 nak feel cinta & kasih Allah → baca Ajari Aku Tentang Cinta 📚 nak rasa insaf & refleksi diri → baca Ajari Aku Tentang Rindu
Pendek kata, buku ni bukan sekadar bacaan tapi cerminan untuk diri kita sendiri🕊️
Menangis baca buku ni, tak sangka aku ada scene sedih, and also plot twist! Kesian kat Ismail, dah la hidup berdua je dengan ibu nya, ujiannya bukan ringan ni, kalau jadi kat aku, ya Allah aku tak taulah apa aku akan buat…
Buku ni mengisahkan tentang Ismail, kawan kepada Ibrahim dan Ishak. Ismail hidup berdua dengan ibunya menjual kuih muih dengan pendapatan yang cukup-cukup makan. suatu hari, Ah Long datang ke rumah mereka menagih duit pinjaman daripada ibu Ismail. Dalam pergelutan, Ismail tak sengaja terbunuh konco Ah Long, lalu Ah Long berikan pilihan sama ada nyawa ibunya atau Ismail bekerja sama dengannya. Apakah pilihan Ismail? Jeng jeng jeng.. menarik tak kisah ni? macam gangster sikit kan? teringat cerita gangster melayu dulu-dulu..
Nanti Ismail jumpa Harith, budak baru, dia ada 3 abang-abang yang durjana, kerja polis tapi makan rasuah, abang kedua ajak masuk club, berzina, abang ketiga ajak hisap dadah, nasib baik Harith ni hati kental tak ikut.
Lepastu ada selit nasihat sikit macam biasa yang kita baca kat buku-buku non-fiksi ustaz yang lain, part ni panjang sikit tapi best je baca, sentap juga la baca huhu.
Lepastu ada plot twist, scene sedih yang buat aku menangis. Aku tak expect jadi macam tu, ingatkan ending okay gitu je, sekali ustaz kasi pain. Sediakan la tissue eh korang.
Best sangat buku ni cuma part prolog dan bab 1 tu macam tak ada kena mengena sikit, and sama dengan buku “ajari aku cinta”
Tak sabar nak tahu pasal Ibrahim, rasa ni tak complete lagi ni sebab ni kisah 3 sekawan kan?