Novel yang mengisahkan seorang pemuda yang berusaha memahami cinta dalam arus permodenan budaya dunia sekarang.
Satu isu besar dan ramai yang lemah dan gagal memahaminya dengan baik, hatta seorang yang ikut tarbiah sekalipun. Kebanyakan rasa terseksa dan terperangkap dengan dosa ni.
Ada yang langsung tak rasa salah dengan beberapa alasan yang sangat tak berlandaskan syarak tapi akal. Ada yang tahu akan bahayanya isu ini, namun akibat nafsu yang membuak-buak, dia “cair” dan berjinak-jinak dengan maksiat ini.
Ada yang sudah terjebak dan telah merasai betapa SEKSANYA bila terperangkap dalam masalah ini dan jiwanya meronta-ronta untuk BEBAS dari penjara dosa kemaksiatan ini.
Persoalannya, sejauh mana kita memahami dan bebetul mengikuti syariat islam yang sebenar? Fikir-fikirkan.
BEST SGT KISAH NOVEL NI, adik-adik semua tolong baca ye novel ni, nasihat yang ustaz ni bagi memang sangat menusuk ke hati jantung tau, semoga kita dapat istiqomah dalam hijrah. Amin
Kisah ni tentang slice of life, trauma, motivation, conflict dengan parents.
Cerita tentang Ishak yang struggle dengan nafsunya, awalnya dia okay je, ada sahabat soleh, rajin solat, ibadah, semuanya berubah lepas cintanya kena tolak mentah2 dengan Syarifah, gadis melayu arab yang sangat cantik di universiti mereka. Ditampar dan dimalukan di tempat umum sehingga membuatkan Ishak jadi trauma bonding, Ishak mula menjadi seorang playboy, bermain dengan berpuluh -puluh pasangan termasuk sesama jenis! Sampailah suatu hari dia terbaca post daripada Ustaz Gucci, lalu dia meminta bantuan ustaz itu melalui e-mail.
Ishak akhirnya berhijrah semula ingin menjadi seorang muslim terbaik, dia mula giat beribadah, rajin solat di masjid, rajin post ceramah. Namun godaan Syarifah masih tak dapat pupuskan nafsu dalam hati Ishal sepenuhnya, dia terjatuh lagi sekali, adakah Ishak dapat terlepas?
Jeng jeng jeng
Jawapannya…. Kene baca sampai habis hahahaha 😜
Best sangat tau ruginya la siapa tak baca, underrated sangat ni. Bukan selalu ustaz Adnin menulis novel, selalunya tulis buku non-fiksi je tau!.
Saya membaca novel ini kerana tertarik dengan tajuk dan sinopsisnya. Cerita ini mengisahkan perjalanan hidup Ishak selepas tamat sekolah berasrama, apabila pegangan hidupnya mula diuji melalui konflik cinta, hubungan yang dilarang, dan cabaran terhadap nilai yang pernah dia pegang.
Saya suka bagaimana novel ini membawa mesej bahawa hidayah adalah milik Allah, dan cinta tidak terhad kepada hubungan antara dua insan sahaja. Namun sebagai pembaca, saya merasakan pacing cerita agak perlahan di beberapa bahagian dan ada subplot yang kurang diberi penutup.
Sesuai untuk pembaca yang gemar novel Islamik yang reflektif dan sarat dengan mesej, tetapi mungkin kurang sesuai jika kalian lebih suka cerita yang bergerak pantas dan fokus pada plot.
Best novel ni, first time baca novel yang banyak selitkan ilmu² agama — sambil baca, sambil tambah ilmu baru. Permulaan novel cerita tentang persahabatan Ishak, Ibrahim dan Ismail, lepas mereka selesai Tingkatan 5 baru fokus kepada kisah kehidupan Ishak yang mengajar dia makna cinta sebenar. Sedih jugak bila baca kisah Ishak ni, memang banyak kali dia jatuh dan berusaha untuk bangun lagi. ;)
Penjelasan agama bnyk diselit dlm cerita. Best. Cara ni bgus utk org yg liat nk bca buku agama but laju utk novel. Scara x langsung bnyk ilmu agama yg di refresh smbil bca buku ni.