Baiknya Allah kepada kita, walau kita ini sering melakukan dosa padaNya, Dia masih memberi pelbagai rahmat kepada kita. Kadang, kita tertanya-tanya, kenapa kesedihan dan masalah hidup kita tidak hilang? Dan kenapa hati kita masih lagi sakit dan belum sembuh? Mungkin, kerana kita belum berhijrah pada Allah. Kerana, ketika telah menumpuk dosa seorang hamba, namun dia tidak punya amal kebaikan untuk menghapusnya, maka Allah akan berikan ujian kepadanya dengan kesedihan untuk menghapuskan dosanya. Hijrah, adalah solusi sebenar bagi mereka yang ingin sembuh.
Alhamdulillah, dalam buku ini bukan sahaja diterangkan tentang penyakit hati atau dosa/ maksiat yang perlu dijauhi, bahkan ustaz Adnin turut memberikan tips untuk bertaubat kepada Allah dengan cara yang berkesan serta praktikal. Antara yang disebut ialah dengan menghukum diri. Contoh kalau termengumpat, hukum diri dengan zikir 100 kali. Dan banyak lagi tips yang diberikan dalam buku yang sesuai dengan penerimaan pembaca yang orang awam ni. Terima kasih ustaz Adnin atas usaha yang sangat murni.