Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Kontrak

Rate this book
"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.

539 pages, Paperback

First published June 1, 2011

138 people are currently reading
1574 people want to read

About the author

Nurul Ain Syuhada

14 books268 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
494 (48%)
4 stars
225 (21%)
3 stars
180 (17%)
2 stars
67 (6%)
1 star
60 (5%)
Displaying 1 - 30 of 73 reviews
Profile Image for Emiko Salim.
100 reviews7 followers
February 27, 2012
Ayat-ayat & situasi banyak yang kelakar & buat orang tersengih sorang-sorang.
Tapi sayangnya, bagi saya inilah contoh cerita yang takde mesej.
Nampak macam penulisnya agak celaru dengan apa yang dia cuba nak sampaikan.
Mintak maaf cakap tapi bab menutup aurat disentuh secara superficial; hanya bertudung & berbaju labuh & tak ketat. Macam clash dengan tingkah laku heroin. Sebab tu saya kata bercelaru.
Bila baca profil penulisnya, baru 19 tahun, barulah faham kenapa banyak isu disentuh secara luaran aje. Tapi saya tetap nak ucapkan tahniah kepada adik penulis, banyak lagi peluang untuk penulis pertingkatkan lagi mutu penulisan dari segi olahan jalan cerita.


P.S. Saya rasa macam banyak je penulis "melayukan" adegan-adegan dari drama korea & penulis ada refer adegan dari novel-novel lain. Tapi takpe, sweet & kelakar. :D
Profile Image for Aliesha Kirana.
Author 10 books109 followers
August 12, 2013
bagi golongan remaja, mgkin buku ni on TOP of their fav novels, tp bagi aku yg dah remaja purba ni, kurang masuk dgn jiwa aku.

apapun, teruskan usaha lagi adik Ain! no offense eh! ^__^
Profile Image for Azizah.
389 reviews6 followers
September 19, 2013
Penulis: Nurul Ain Syuhada
Penerbit: Karya Seni Enterprise
ISBN978-967-0246-03-1
Harga: RM20.00 / RM23.00
M/S: 586
Cetakan 2 – Julai 2011


“Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, bila cinta bertemu tuannya.”

Sudut pandang Kak Chik:

Terpandang saja tajuk novel terus teruja nak beli dan bila dah sampai di tangan buku ni dulu yang disambar dan dibaca. Kalau karya yang kahwin paksa atau ala-ala kahwin kontrak ni macam dah kena baca la pula..He.he.he….

Gambaran kehidupan Alia Airysya diolah seolah-olah terlalu daif kehidupannya sehingga Airysya dan Along terpaksa berhenti kerja kerana kedaifan keluarga mereka. Ibunya hanya suri rumah yang terpaksa mengambil upah membasuh baju penduduk kampung manakala ayahnya nelayan. Walaupun mendapat keputusan SPM yang baik mereka terpaksa akur dengan takdir hidup. Tapi pada Kak Chik kisah ini nampak terlalu klise kerana setahu Kak Chik jika penduduk yang tinggal di pinggiran pantai kaum wanita mereka lebih kepada kerja di darat seperti membuat belacan, ikan kering atau bekerja di kilang keropok. Tak pasti pula Kak Chik pada masa kini masih ada yang terpaksa bekerja mengambil upah membasuh baju di rumah orang.

Sesuatu yang perlu kita teliti di sini karektor Airysya dibangunkan dengan karektor yang bagi Kak Chik sedikit mengelirukan di mana penulis mahu menggambarkan Airysya seorang yang kuat agama dengan gambaran luaran seperti bertudung labuh bidang 60 dan sentiasa berstoking tetapi pada masa yang sama pada Kak Chik watak dan perlakuan Airysya itu tidak seiring dengan gambaran sebagai Muslimah sejati terutama kata-kata yang dituturkan oleh gadis ini. Pada Kak Chik seorang yang berusaha untuk menjadi Muslimah sejati sudah pasti turut berusaha menjaga tingkah laku dan tutur kata tetapi pada Airysya itu bukan persoalannya.

Perkahwinan Airysya dan Muhammad Danial Fraz juga bagaikan terlalu klise hanya kerana pengakuan Danial bahawa Airysya itu kekasihnya di depan ibu bapanya sehingga Airysya tidak berusaha menolak hanya kerana mami Danial majikannya. Namun dalam diam Airysya merangka strategi untuk menggagalkan perkahwinan tersebut selepas membaca kontrak perkahwinan yang dibuat Danial tetapi dibatalkan pada saat akhir hanya kerana tidak sanggup menghancur hati Datin Airysya. Jadi kesimpulannya kontrak tu tak pernah berfungsi selepas dikoyaknya sebelum akad nikah.

Pada Kak Chik karya ini lebih kepada untuk hiburan kerana penulis bagaikan menggarap sesuatu yang berlebihan terutama kelakuan Airysya seperti melempar selipar ke belakang Airysya ketika pulang dari solat terawih dan memanggil Danial khadam di depan keluarga walaupun hanya sekadar gurauan. Kalau ikut logik akal ada tak suami yang terlalu baik seperti Danial sehingga langsung tak berusaha untuk melawan malah pada Kak Chik dia seperti dayus hanya membiarkan si isteri terleka dengan sikap dan kelakuan yang sukar diterima akal.

Selain itu Kak Chik tertanya-tanya juga kenapa Airysya masih tetap bertudung ketika di dalam rumah sedangkan tiada yang menghalang dia untuk membuka tudung di depan suami dan bapa mertuanya. Pada Kak Chik alasan yang digunakan kerana dia malu untuk membuka tudung di depan orang lain kerana tidak biasa adalah sesuatu yang hanya menyusahkan sedangkan ajaran agama Islam itu tidak pernah menyusahkan penganutnya.

Pada Kak Chik karya ini masih lemah dari segi susunan bahasa dan terlalu klise kerana mereka adik beradik digambarkan terlalu beruntung dengan mendapat suami atau teman lelaki yang berwajah tampan dan kaya raya. Namun begitu Kak Chik perlu berfikir dari sudut positif kerana penulis masih terlalu muda lalu kesilapan dan kelemahan ini masih boleh diperbaiki pada masa hadapan.

Namun masih ada nilai-nilai murni yang boleh kita pelajari dari karya penulis muda ini.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
Profile Image for Mslvoe.
2,086 reviews202 followers
July 22, 2024
Sebab nak larikan diri dari girlfriend², Danial tarik Ayish jadi bakal isteri dia.

Ayish taknak pun sebab dia rasa tak layak, datang dari keluarga miskin tapi bila Datin tanya Ayish angguk tanda setuju.

Dahlah mereka pantang jumpa je bertekak. Dua dua taknak kalah.

Diaorang kahwin.. tapi ada syarat²nya. So bermulalah kehidupan mereka selepas berkahwin.

F rasa main point cerita ini tentang penyondol yang gila obses dengan lelaki bernama Danial. Penyondol ni sakit.. tanpa sedari dia psycho.

Baca naskah ini.. lama la jugak nak tahu apa ceritanya. Kisah ini ditulis masa penulis masih muda. Pendek kata okaylah cerita ini. Ada bab² yang kelakar. Ayish ni kaki selamba jenis belasah je.
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
June 29, 2012

Danial & Airysh

Jalan cerita ok cuma susunan ayat & tatabahasa agak kurang teratur (aku rasa di sini editor juga patut memainkan peranannya). Aku kalau boleh, lebih suka novel Melayu, menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sebab banyak berlaku bila dicampur aduk dengan bahasa Inggeris, penggunaan bahasa Inggeris itu kurang sesuai digunakan (bahasa rojak + vocab yang salah) dan agak kurang seronok membacanya walaupun jalan ceritanya amat menarik sekali (ada ketikanya, perkara sebegini boleh buat aku hilang mood untuk terus memabaca). Aku sarankan penulis-penulis muda kala ini pergi mengikuti kursus penulisan agar dapat memperhalusi lagi bakat menulis yang ada agar dapat menjadi penulis yang berkualiti dan berwibawa. Aku bukanlah pandai sangat, ini cuma sekadar pendapat saja... ribuan maaf kalau tersinggung.
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
994 reviews119 followers
December 3, 2013
Kelakar sangat tetapi heroin terlalu kasar at certain times. Kesian dengan Danial saja.

Cerita Cinta Kontrak ini boleh kebudak-budakan sikit but tahapnya masih boleh diterima oleh Joy walaupun Mak Som yang siap hafal lagu Taylor Swift itu sangat illogical.

Anyway, I did enjoy this story.

Oh ya, satu isu lagi. Tajuk novel yang berkaitan dengan kontrak, disebut 1-2 kali sahaja dalam novel dan lepas itu tak ada mention langsung. Pelik....
1 review
Want to read
December 3, 2011
the best ever I had!!
sy tabik spring r kt Airysha sbb dpt ubah Danial..
Sy bleyh bayang betapa handsomenyer Danial..
Kalaulah sy dpt hubby mcm Danial kan best..
hehehheheh..
I wish my dreams become true..
=)
Profile Image for Miss Rose.
28 reviews4 followers
June 1, 2014
childish yang amat novel ini. and heroin bertudung labuh tetapi attitude tidak mencerminkan langsung tapi perwatakan ... kepada mereka yang nak release tension boleh la baca novel ni
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
October 10, 2024
My thoughts?

1. This is my least favourite book written by Nurul Ain Syuhada, setakat yang aku baca lah. Penulisan best, santai dan lawak gila. Typical love story but no so typical sebab lack of romantic scene which I like 😆

2. Male character, Danial memang aku suka. Walaupun sebelum kahwin perangai dia tak semengah langsung 😂 Tapi lepas kahwin dia sangatlah green flag ye.

3. Aku ada love hate relationship dengan female character Airysha. Dia tu kekadang ok kekadang sewel 🤣 Susah betul nak mengaku yang dia pun sayangkan Danial. Nasib baik la Danial tu jenis yang merajuk sekejap2 je haha

4. Bella tu lagi sorang. Macam dah tak ada lelaki lain dah kat dalam dunia ni yarrabii. Stress betul aku baca pasal pompuan ni sorang. Tak cukup dengan Airysha je buat masalah 🤣

4. Ending dia je yang aku tak puas hati. Kenapa nak kena ada anak ramai. Marriage selagi tak ada anak ramai tak dikira bahagia ke macam mana? Bagi la kawan tu habis belajar dulu at least. Adoii stress haha

Personal rating :
3.5 / 5
Profile Image for Safiya Mieza.
26 reviews2 followers
May 17, 2016
Berjaya juga habiskn novel ni.Pendapat saya ialah novel ni biasa2 saja. Tak suka watak heroine yang pakai tudung labuh tapi bercakap kasar giler ngan suami dia.Macam tak tahu dosa pahala. Watak hero dan heroine nampak macam tak matang especially bila mereka bergaduh, rasa macam baca kisah percintaan budak belasan tahun sahaja:(
Profile Image for Fiza.
80 reviews7 followers
May 25, 2013
Sy x suka ngan ayat dlm novel ni.
Betulla ramai yg kata kebudak²an. Jln crita mcm kalut.... sy mmg x selesa dgn ayat dlm ni...
Profile Image for Zai Abd Rahman.
50 reviews1 follower
August 31, 2013
Buku ini lebih sesuai untuk pembaca remaja but not an old birdie like me. Ianya satu percubaan yang bagus dari penulis muda. Keep up the good work.
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
October 3, 2025
Novel Cinta Kontrak sesuai untuk pembaca yang gemarkan kisah romantik ringan dengan sedikit drama dan konflik emosi. Ia mudah dihadam, penuh dengan babak manis dan kadangkala mengusik jiwa.

Profile Image for Raheem.
11 reviews
August 12, 2014
hasil karya yg sgt kurang matang - sorry to say!
bahasa dan gerapan bercelaru sana sini. cara penulisan mcm kebudak-budakan!
dah lah cerita ni tak ade mesej nak di sampaikan n paling tak berkenan dgn watak heroin - ok malas nk komen lagi! sangat frustrating with this novel!
oh puhleshhh ... karya mcm ni tak ade kena edit ke?
terbeli sbb trpengaruh dengan label dari Karya Seni menaubatkn novel ni sebagai terlaris! sesalan yg tak terungkap - i should have read reviews from GR first sebelum beli kat kedai!
Profile Image for Plainqoma.
702 reviews17 followers
July 31, 2011
cerita ni mmg funny. lepas habis baca, tgk la profile penulisnya dan sgtlah t'kejut sbb penulisnya bru berusia 18 tahun. certain part mmg agak childish tapi sumpah gila klaka. happy ending..x rugi baca. :D
Author 3 books26 followers
February 15, 2014
untuk karya pertama penulis nurul ain syuhada, mmg agak kurang menyengat. saya tak berapa suka dgn sikap heroin yg ada kalanya matang dan kebudak-budakan. tapi jgn terpengaruh dgn komen saya. lain org lain taste bukan? so, pada penulis keep it up. :)
12 reviews2 followers
May 12, 2013
readers hanya dimomokkan dengan kisah cinta n babak2 yang kelakar saja. penulis muda sepatutnya memartabatkan sastera bahasa or selitkan pengajaran dalam novel. terasa kosong dan kebudak-budakan.
Profile Image for Ari Iha.
50 reviews
June 2, 2013
best...kahwin kontrak sebab tak nak mengaku suka kat perempuan tu.Tapi..apa jadi sudahnya??
Profile Image for Mika.
20 reviews
February 10, 2024
Satu pengalaman yang menarik lepas baca buku cinta kontrak versi revamp ni. Dari buku ni kita boleh nampak kematangan kak ain menambah baik jalan cerita daripada versi asal.

Sejujurnya kita suka bila mana Kak Ain tak menjadikan sesuatu isu dalam novel ni jadi lebih rumit. Dalam sesuatu masalah, Kak Ain pasti akan jadikan komunikasi antara Danial dengan Ayish sebagai jalan penyelesaian. Dari sekecil kecil masalah sehingga dah ke masalah yang lebih besar.

Walaupun kewujudan Bella sedikit sebanyak menggugat keharmonian antara Danial dengan Ayish, tapi Danial pandai untuk meleraikan masalah tersebut. Watak Danial ni boleh dikatakan sebagai brokoli juga. Dia ada ego dia sikit tapi still dia sanggup buat apa saja demi isteri tercinta, Ayish.

Bahagian paling saya suka bila mana Ayish lahirkan kembar empat orang. Waktu tu boleh pula Danial pengsan eh 🤣🤣. Siap kena drip lagi. Mengekek baca time malam malam buta ni. Time tu rasa macam tak guna eh. Bini tengah struggle nak lahirkan anak. Kau boleh pula pengsan kat bilik dewan bedah tu 🤣🤣.Nasib lah Danial ni bertanggungjawab nak jaga anak anak dia semua.

Apa apa pun kita gembira dapat habiskan bacaan untuk buku ni. Pain mungkin tak banyak tapi jalan cerita dia quite good untuk kita. Dan kita sangat suka versi revamp ni. Versi lama bagus juga cumanya versi sekarang ni lebih matang penulisannya. Good job Kak Ain 🥰
1 review
February 20, 2019
Hm . Cerita ni bg bdk remaja mungkin ok la . Tpi effect dia kuat bg dorang . Mungkin drg akan imaginasi yg kehidupan tu sgt sempurna pada akhir nya . Ada certain part yg rasa mcm x syok crta ni . Baca mmg sda dpt agak apa akn jadi . Watak2 dlm ni smua kenalan dekat mereka . Seolah2 jodoh mereka pasti dgn bekas satu sekolah mreka . Boleh jadi bdk remaja berimaginasi bgitu .

Tapi saya suka part agama dlm novel ni . Watak dlm novel ni mmg mementingkn agama dan aurat . Saya tertarik dekat situ . Awal nya sya rasa cerita ni mcm x logik . Hidup mereka seolah sempurna sgt sebab adik beradik berjodoh dgn org kaya . But bila kita baca ada pasal keagamaan dkt situ. Tiada yg mustahil, bila kita taat pada Dia . Menjalankn perintah nya , Allah pasti berikan kebahagiaan dan sesuatu yg kita x jangka .

Apapun . Teruskan usaha penulis . Karya nya masih muda untuk novel ni . Mungkin byk inspirasi di novel yg akan dtg .
21 reviews
December 14, 2024
I read both old and revamped versions so you guys don't need to.

Old version I'll rate 4.5/5⭐
Yang version ni lebih bertapis tak berterabur. Jalan cerita pun tak bosan and more compact berbanding revamped version.

Revamped version I'll rate 3.8/5⭐
Old version and new version banyak berubah, almost 90% berubah. Kalau yang lama airysha tu study biasa je dalam revamped version dia study medic and jadi doctor. Jalan cerita a bit draggy and banyak typo especially yang ni pakai POV. Asyik bertukar sampai pening kepala. Kalau dalam old version scene Daniel memasak takda tp revamped version Daniel reti memasak. Also the whole story macam berterabur, banyak tiba ii sebenarnya.

Secara ringkasnya I like the old version but I do appreciate the author sbb dah revamp. Maybe nanti boleh buat lebih baik in the future untuk revamp.
Profile Image for Ayu.
21 reviews
August 22, 2025
2.5/5 ⭐️

Baca edisi revamp punya

Honestly, tak minat penulisan buku ni. Tak kena jiwa. Plot cerita ni simple je tak berat and cliche maybe sebab cerita ni dah lama so tak kisah sangat. Cerita ni sesuai untuk remaja kot yang dah tua tak merasa sangat dia punya storyline.

Nak marah watak-watak sebab tak matang tapi memang diorang tak matang pun. Umur baru 19 tahun tapi bila baca geram pula dengan desicions yang dibuat. Kelakar juga lah cerita ni. Tapi Danial red flag and tak matang lah juga buat ex girlfriends dia begitu kalau kita yang kena pun boleh meroyan. Lepas tu takde rasa bersalah langsung.

Tak rasa menarik pun cerita anak-anak diorang hujung-hujung sebab tak rasa melekat ngan watak-watak jadi bosan baca kisah diorang lepas dah ada anak. Bagi saya tak perlu pun tak apa sebab rasa melewah ceritanya.
Profile Image for Di6ana.
24 reviews
October 10, 2018
Cinta Kontrak. Sedap bunyi tajuk dia. Penulis dia masih muda baru 18 tahun. Sesuai la untuk budak-budak muda baca, tapi untuk aku macam dah tua (memang dah tua..)baca cerita budak-budak ni kan. Tapi ok jugak cerita dia. Not bad. Tapi banyak kebudak-budakan sangat sebab tu aku cakap sesuai untuk remaja la senang cakap.

Cerita dia pasai Nur Alia Airsha yang bertemu jodoh dengan musuh dia senirik, Mohamad Danial Franz, lelaki kacukan melayu+perancis. Sebenaqnya si Danial ni dah jatuh hati kat Airsha, tapi ego. Depa kawin pun ada kontrak.Tapi kontrak tu sekejap ja. Walaupun depa ni dah kawin, tapi masing-masing lebih suka buat hal masing-masing.Ada jugak berlaku konflik dalam perhubungan depa ni, bila Bella yang tergila-gilakan Danial ni nak bagai nak gila.
4 reviews
August 13, 2018
Gaya penulisan ok la.. cuma nampak sangat kebudak budakan. Part last yang lahir anak sampai 4 orang tanpa sedar yg dia ade multiple pregnancy tu tak logik langsung. Takkan tak de buat antenatal checkup. Then deliver normally pulak tu. Miracle la sangat.
Profile Image for Esya.
20 reviews
March 6, 2024
baca yang revamp punya so takthu yang lama punya mcm mane. one word to describe this book? jujur , sngt jujur cite nye tkde tapis ii. tapi tk puas hati sikit ape kisah syuhada senanye hm , dye mcm tibe muncul lepastu tergantung but okay lah untuk orang yang baru nak baca novel
Profile Image for mylunaaday.
2 reviews
January 15, 2025
Sebenarnya, I tak habis pun baca. For me, buku ni terlalu childish untuk I. Maybe tak kena dengan jiwa I. I pun baru tahu buku ni kak Ain tulis masa umur 19. So, I faham lah. Ini buku kedua buku Kak Ain yang I baca.
Profile Image for Nareswari_buku..
144 reviews1 follower
December 3, 2017
tak tahu kenapa setiap baca novel nie rasa macam cerita tu tak masuk dalam jiwaku..
Displaying 1 - 30 of 73 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.