Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sunny

Rate this book
Selepas 14 tahun mereka berpisah, akhirnya takdir menemukan mereka kembali bersama satu rasa yang sama : benci.

"Kahwin dengan aku, Tia Amelia." - Noah

Lamaran dingin yang dilontarkan daripada Noah ditepis kasar oleh Tia. Dengan kehidupannya yang dikelilingi masalah, kemunculan entiti asing yang tidak henti-henti mengganggunya membuatkan dia teringatkan kisah silam yang menjadi mimpi ngerinya saban malam.

Situasi ngeri yang membuatkan Tia dan Noah berkongsi satu rasa yang lain : tragedi.

"Is that offer still available?" - Tia

"Offer apa pula ni? Aku bukan mall, ada offer bagai." - Noah

"That marriage proposal." - Tia

Perkahwinan yang bersebab. Marriage of convenience. Win-win situation for both parties. Perkahwinan tanpa cinta dan termenterai kerana sebuah perjanjian semata-mata, ditambah pula dengan ground rules yang direka Noah dan pergaduhan sebagai rutin harian, mampukah mereka hidup dalam perkahwinan yang tercipta oleh dua hati yang saling menyakiti?

462 pages, Paperback

First published May 1, 2024

1 person is currently reading
12 people want to read

About the author

Asha Lim

4 books7 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (25%)
4 stars
17 (62%)
3 stars
3 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,038 reviews196 followers
May 27, 2025
Haaaa F tertipu dengan covernya. Ingat kisah santai yang sweet.. almaklum color pink apa yang kita akan fikir.. manis kan?

Kisah ini tentang stalker.. tentang orang dewasa yang patut jadi contoh kepada budak² bersifat keji. Boleh dikatakan mereka ialah Pedofilia.

Kisah ini terjadi masa Tia dan Noah masih kecil. Disebabkan marah cikgu jahat tu menyentuh anaknya Tia dan Noah, ayah Tia membunuh cikgu itu.

Kisah ini ada penggunaan flashback. Uols takan rasa terskip sebab jalan cerita penulis amat teratur.

Stalker itu manusia² yang F tak sangkakan. Kisah ini F kurang minat.Bagi sesiapa yang minat kisah thriller akan suka cerita begini.
Profile Image for matchastroberi.
179 reviews29 followers
July 22, 2024
execution dah okay tapi still tak puas dengan motif antagonist tu sebab along the story takde hint yang ke arah dia tapi sebenarnya cuma perlu fokus dari awal HAHAH CAM KENA SCAM agak tiber watak penjahat dia tu semua yang aku teka salah wkwkwk bila dah ending something rasa missing lah pulak. dia cam sayang sebab for me no hint about the culprit then tiber je muncul out of nowhere. unexpected ingatkan si dia. tapi okay la kita anggap orang buat jahat ni kadang tak perlu motif kukuh. kalau dah gila tu mmg gila. kita tak buat pape pon tapi still boleh jadi target seram ya dunia sekarang thus i love the MAIN REASON in the premise, all the society issues, input and message of this story. sangat berat but author did delivered it without making it too disturbing

and their career for me agak tak puass seeing how they have a lot of free times and how young they are aku tak boleh comprehend dengan career both MC act. mystery yang asyik hilang dari track then back to track then hilang then back balik. untuk aku yang cepat hilang focus bila dah lari track, sadly it was such a miss. but okay la kita takde la serious manjang still ada scene comel comell dengan banter marriage of convenience diorangg

lurvee cara Asha lure reader sampai akhir untuk tahu apa sebenarnya yang jadi years ago and whos the real culprit. Tia such a badass and girl crush. i would love seeing her with Mika as duo HAHAH TIBERRRR

apapon it was worth my time because tak sampai sehari baca thinking how slow i am as reader nowadays. i enjoyed reading their frenemies banter where FL is dominant mak lurvee terukss watak Tia🫦 baddas and humor diaa OMG HAHAHA KELAKAR NOK and how scary stalking can be. chemistry Tia Noah pon chefkithss since their connection dah berlaku since years ago. and sumpah lurvee apa jadi dengan ayah Tia tu🥺 it was heartwrenching the father's love💔

will be waiting for Kashaf's story!
Profile Image for gabbyy.
23 reviews3 followers
December 4, 2024
percubaan asha untuk menulis genre thriller (?)
menarikkkk. penceritaan yang ada masa kini and ada few years back tapi tak mengganggu pembacaan pun. along the way to banyak nak cari and nak tahu siapakah stalker si Tia ni. mula-mula dia syak Noah, tapi dorang decide untuk kahwin bila stalker tu dah cross limit, dah start bahayakan orang sekeliling Tia.

tapi ada rasa cam tak puas sikit. sebab ingatkan stalker tu orang2 dia hahah rupanya bukan ishh. kalau nak cerita pasal scene berlawan, scene Tia berjaya lepaskan diri tu saya suka. kuddos asha! berdebar jugak la ek rasa😆.

Profile Image for buttercup.
58 reviews10 followers
October 15, 2024
This book advocates a couple of heavy issues such as:
- stalking
- posessive behaviour
- mental health
- sexual assault / harassment
- gore (not much, but there is)

Do check the TW before you read okie. Untuk orang yang senang trigger, I don’t recommend. Because some parts, ada buat I rasa berdebar jugak.

plot — This book is a page turner sebab setiap scene ada je yang buat kita nak tahu lagi dan lagi! Asha berjaya buat I tertanya-tanya and question setiap character dalam buku ni. I rasa macam I can’t trust anyone while reading, even Noah himself (awal2 tu jelah). Makin lama, I can see how deeply in love he is with Tia. Tia lembab gila, eh?!? Aku rasa nak pukul kepala dia sebab selalu ingat Noah berlakon bila Noah cakap Noah sayang dia behind her back😀🫸🏻 since this is Asha’s first time writing a thriller genre, I can say she did a great job. I tak tahu la kenapa, everytime I sampai kat part mengerikan, mesti time I baca pukul 2 3 pagi. Tu yang meremang sama tu. Idk bout you guys, tapi I senang takut😂 ada beberapa scenes yang I baca dalam buku ni, I kena goosebumps🫨 I can see effort Asha buat research in some of the health parts such as passive smoker, PTSD…and fighting scenes. I learnt something too, and I love books that give me “oh! Macam tu ke?” reaction. New knowledge! 💡

The pace that they took to realise that they actually NEED each other as a comfort space, not as a bait nor ‘bahan’ untuk test market ‘phobia experiment’—just nice 💓

ada penulis buat childhood era cringe / pelik dibaca sebab dialog and gesture diorang macam tak kena dengan umur, tapi bila Asha yang tulis, I rasa besttt! Logik and realistic🥰

the timeline! I suka bila flashbacks yang Asha letak kena dengan scene sebelum dan selepas😍 tersusun kemas, elok je bila baca. Tak rasa terlalu tiba2 dan memeningkan.

characters — Noah Aiden, he’s not red nor green. I can say, a beige flag guy, he is. PHYSICAL TOUCH AND QUALITY TIME ARE HIS LOVE LANGUAGE! Noah is a romance sucker at its finest HAHA MAN’S EFFORTLESSLY HAWTTTT ARGH the fact that he actually loves Tia since 14 years ago makes my heart meltttt🤍 Tia Amelia, my girl crushhhh🗣️🗣️🗣️ dalam banyak2 heroin Asha i rasa i paling sukerrr Tia. How bold she is and the humour everytime i read Hajah Kamsah & Mak Cik Kiah’s scenes😭😭😭 KO MEMANG DIFFERENT BREED TIA HAHAHA. The fact that both of them has that CEO title eishhh man and woman empowerment🤝🏻 Tia punya love language bukan words of affirmation so she doesn’t tell that she loves Noah verbally. Tia senang geli dengan cringy straightforward words HAHAHA i understand you maam. Backstory Tia ni sedih betul, air mata I menitis sikit bila sampai dekat scene dia dan ayah dia🥹 chemistry between the main leads memang LURVEEEE tau. Tia and Noah in comel gilsss😭💓💓💓🫶🏻 THEIR BANTER ISSA CHEFKITHS ASHA DIDN’T MAKE THEM LOOK LIKE THEY’RE AWKWARD!😍 characters yang lain pun function and i tak rasa hambar langsung (SAYA SUKA HAJAH KAMSAH FULLSTOP)

this book potrays how insane someone can be when it comes to their loved ones, small gestures that can lead them into stalking and other lifethreatening actions

deserves a 5🌟 from me tbh, tapi sayang sangat sebab ending rushing dan masih ada persoalan tak terjawab dekat hujung2 tu
Profile Image for Diniy Qistina.
139 reviews5 followers
July 23, 2024
Kurang 4 jam, settle baca. ✅

Lepas baca baru tahu rupanya novel Sunny macam prekuel novel Milaya. Sunny ni lebih fokus kepada kehidupan 'pra-sejarah' kawan baik Deeja iaitu Tia Amelia. Tia ni memang 180°berbeza ya dari Deeja. Kalau Deeja tu lemah-lembut dan comel, Tia ni pulak brutal dengan rupa dia pun udah macam tomboy. Setakat nak hentak-hentak orang apa ada hal? 😌🤌🏼

Beza pulak dengan Noah. Disebabkan trauma pada zaman childhood, dia jadi takut dan fobia dengan perempuan termasuk mak dan kakak kandung dia sendiri. Yang peliknya kalau dengan Tia elok je dia. Tak ada pulak datang rasa fobia tu.

Disebabkan Tia ada masalah dengan stalker misteri dan Noah pulak ada masalah dengan fobia dia. Lalu, Noah tawarkan marriage of convenience kepada Tia. Masing-masing ada kepentingan masing-masing. Mula-mula Tia tolak, tapi bila keadaan makin parah, dia pun setuju.

Perjalanan perkahwinan mereka tak mudah, tapi tetaplah diharungi dengan cara unik mereka. Masing-masing cuba selesaikan masalah masing-masing. Towards ending tu rasa macam ada bau-bau 'to be continued' pulak. Ada misteri lagi ni belum selesai. 😌

Papepun sekali kita impressed dengan penulis dan karyanya. Kena dengan jiwa kita 👩🏻‍🍳💋. Nanti kita nak check out novel Professional Overthinker pulak. 😚👉🏼👈🏼
Profile Image for hana..
47 reviews
August 10, 2024
terlalu comel ya my tia & noah. we need more of such strong badass fl; yang berani, independent, strong yet Allah Maha Baik hadirkan the kindest, green forest of a man for her. suka tengok character development both of them 🥹♥️

i enjoyed reading this one a lot! :)

also i need to know what’s going on with heera and kasyaf!!!!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nadia.
23 reviews
August 20, 2025
Lamanya tak rasa perasaan begini bila baca novel. This novel makes me feel so alive with anticipation. Thank you asha! I can officially say my reading slump is over.
Profile Image for twiggies.
88 reviews5 followers
August 21, 2025
don’t be fooled by the cute pink cover sebab kandungan dalam buku ni bukanlah secomel warna tu. ada few part yang mungkin boleh triggered readers tapi aku suka cara author olahkan that scene without making it terlalu disturbing.

aku asyik tertanya-tanya siapa sebenarnya dalang di sebalik segala yang terjadi. even Noah yang pada mulanya nampak macam watak yang boleh dipercayai (because he’s a main character) tak terkecuali daripada senarai suspek. but once you reach a key hint in the story aku mula dapat agak siapa sebenarnya stalker yang selama ni mengganggu hidup Tia.

can’t deny, memang pada mulanya kemunculan watak stalker tu rasa macam tak kena, rasa macam tiba-tiba. throughout the story, tak ada apa-apa yang menunjukkan ‘si dia’ sebagai stalker except for one particular scene. tapi bila difikirkan balik, people like that exist. stalker ni bukan sekadar delulu, tapi GILA. orang buat baik, dia dah mula berimaginasi macam-macam, mula mempersoalkan ‘what are we’ sampai plan nak kahwin, berapa orang anak, etc.

aku suka how author susun the timeline which helps readers connect the dots and understand more about the lives of the main characters. not to forget the banter, the tension between Noah and Tia memang chefkith.

all in all, it was an okay read. tak terlalu berat, dan tak terlalu cringe. cukup-cukup je.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.