Sebuah tragedi yang hampir meragut nyawa seorang pemuda telah mempertemukan dua jiwa dalam situasi hidup dan mati. Seakan takdir, baik si gadis mahupun si pemuda, mereka tak pernah menyangka bahawa kisah silam dalam hidup masing-masing melengkapkan kekosongan yang menghuni sekeping hati yang ditinggalkan dengan luka tak berdarah.
Namun, bila api bertemu api ....
"Sebelum aku jawab soalan kau ... biar aku tanya satu soalan dulu. Betul ke kau ni doktor atau hanya doktor jadian?" Nuaiman Umar
"Ya Allah! Ampunkan dosaku. Tolonglah jangan munculkan patient biadab muka macam Shrek tu depan aku lagi!" - Ufairah Ummara
Ufairah si doktor bermulut lancang sementelah Umar si letenan maritim dengan sakastiknya sering saja mencetuskan perdebatan sehingga berlakunya perang dunia ketiga di antara mereka. Bahkan bagi Ufairah, setiap kali Umar muncul sering saja dia terjerumus dalam maslaah hidup pemuda bengis itu!
Hingga satu saat, setiap hal yang menyatukan Ufairah dan Umar membibitkan keserasian di antara mereka. Apatah lagi mereka mempunyai misi yang sama. Berjuang demi tahan air.
Tika jarak memisahkan sehingga hati mula merindu dan memilih antara satu sama lain ....
"Kenapa awak pilih saya sedangkan kita tak ada chemistry antara satu sama lain?" - Ufairah Ummara
"Tak salah kan kalau kita cari chemistry tu lepas aku lafazkan akad?" - Nuaiman Umar
Namun, di saat mereka semakin hanyut dalam asmaraloka, kisah silam Umar kembali menggugat sehingga ada nyawa yang harus dipertaruhkan! Persoalannya, dapatkah dua hati berjuang sehingga bermandikan darah menentang seteru demi sebuah kebahagiaan?
Maaf penulis. Kisah parents Umar lagi menarik dari kisah Umar sendiri.
Eloklah mereka dijodohkan bersama... Tunang Umar meninggal sebab dendam Tunang Ufairah meninggal sebab kemalangan. Yang paling sadis, Firhat itu suami orang, isteri tengah mengandung. Scene ni macam cerita drama korea cuma diolah sikit.
Umar dan Ufairah ni kalau berjumpa je masing² mulut cam longkang. Gaduh jela kerja. F tak rasa ada spark mereka ni.
Kisah diaorang ni banyak actions dan mendatar je. Feeling tu tak sampai langsung. Tu F cakap menarik lagi cerita parents Umar.
Koklea, pemberani. Bila diulang berkali2 rasa tak natural pula penulisan penulis ni. Kurang suka dengan kedua2 watak utama. Setiap kali berjumpa tak reti nak bercakap baik2. Kita yang baca ni pula rasa menyampah, sebab dua2 pon tak matang.
i personally love it sebab scene aksi dia sangat detail. One thing about buku penulis yang saya suka is bila dia tulis pasal unit uniform mesti ada tunjuk watak tu masa bekerja; bukan sekadar title je.
Flow cerita pun saya suka, mostly sebab tak banyak romance kot— fokus dia lebih ke aksi. Scene pembedahan Ufairah pun okay la, sebagai yang suka tengok medical kdrama; not bad!
Kedua-dua watak ada silam yang tersendiri; yang lebih kurang sama. Plot twist dalam ni bertubi-tubi juga, villainnya ramai.
Overall : 4.6/5 Sebenarnya dah salah baca,ramai kata kena baca KABP dulu baru baca yang ni, tapi dah beli , baca je la dulu kan . For me ,cerita ni best je. Cuma jalan cerita dia macam berulang,taktau la kalau saya seorang je yang rasa begitu, contohnya macam scene Umar atau Ufairah masuk hospital sebab? kena pukul dengan budak Benjamin. Scene ni macam berulang je cuma alurnya sedikit berbeza. Cerita ni dia tak mengisahkan sangat cara Umar bekerja sebagai anggota Maritim. penulis cuma buat skrip yang umar dah berbulan berlayar,lepastu tahu tahu balik. Jalan cerita banyak cakap pasal Benjamin tak putus asa nak bunuh Umar, trauma Umar dengan Ufairah dan dugaan Umar dan Ufairah yang selalu diganggu oleh budak Benjamin. Scene Umar mimpi Fariska waktu diorang kena seksa tu buatkan saya menangis ye Huhu. Lepastu, Ada scene yang buat saya rasa pelik sikit waktu Umar ajak Ufairah taaruf,macam tiber. Yelah kan, padahal bukan main bertengkar mulut sebelumnya. Lepastu pulak Umar tiba tiba macam baik sangat , ayat manis dikeluarkan HAHAHA. Tapi kan, penulis pandai buat plot twist pasal Fariska tu ! dugdag dugdag jantung kita. Tapi tak puas hati waktu umar marah Ufairah sebab tak bagitau dia pasal Fariska, Ufairah pulak lepastu elok je maafkan Umar! itu kalau kita , dah merajuk sampai esok 😤. Hubungan Umar dengan Ufairah tak nampak pun romantik/sweet bila baca , tapi dah hujung hujung tu boleh la dengan ayat manis Umar tu. okay itu je hehe. apa apapun, Terbaik penulis ! boleh meningkatkan lagi flow cerita , mesti mantap! 😍
Remember i reviewed KABP before? Yes this is about their son, Umar. No worries cause this book is not pain as his father so we can breathe at ease 🤣. Umar same as the father is a special force but with an addition to being a boxer. I can say that his personality is 100% different with his parents. The parents are a very soft spoken and nice but Umar is the opposite of it.
However, Umar too has a secret and trauma that he hides from his colleague which actually led to him quit as a boxer. Ufairah, a doctor who has her own trauma but she’s a brave woman who will stand up for what is right. Similarly with Umar, she also learns martial arts as her self defence. Moreover she really has a smart mouth with a spice in it. Her sarcasm is beyond what you can imagine.
Their first met starts with a fight 🤣. Every single time they accidentally met they will end up fighting and at the same time saving each other. I was laughing when she calls him shrek 🤣 up to the point where all of her colleague tells her that they are match made from heaven 🤣. Accidents and misunderstandings led them to actually protect each other from Umar’s enemy and of course we know where it leads to right 🤣. Marriage 🥰.
Now here goes my favourite part when they found out that they recognise each other after 6 years 😮💨, their behaviour started to change towards each other. I just can’t stop smiling about it and the proposal damn 😍. The proposal though 🤣 i never read such a proposal in that manner. Like who proposed in a fighting and direct manner? Well we have one now 🤣.
Their marriage life? I swear Umar’s personality is very different from before. His romantic and sweet side gosh i mean from a person who acts like a jerk it kinda shock me. The way he loves, protects Ufairah damn 😍 i’m in love.
The plot twist though 😮💨 like…… okay enough spoiling it for you guys 🤣 just go grab this book from @lawalingo cause you won’t regret it 🥰
Berkisarkan tentang Umar, seorang lelaki yang sentiasa dibayangi musuh akibat rasa dengki yang tidak berpenghujung. Permusuhan itu bukan sekadar mengancam dirinya, malah tempiasnya terkena kepada orang-orang di sekeliling. Nyawa menjadi taruhan, keganasan menjadi pilihan dan keamanan seolah-olah sesuatu yang mustahil untuk Umar kecapi.
Dan dalam kekalutan hidup Umar tu, muncul Ufairah.
Pertemuan pertama mereka penuh dengan perang mulut, dah macam anjing dengan kucing ha. Asal jumpa, ada saja yang tak kena. Masing-masing ada ego, tak mahu kalah. Kalau terserempak tu mula lah “bom”, “machine gun” semua keluar aiyooo. And yesss…this is definitely enemies to lovers trope.
Keadaan menjadi semakin rumit apabila musuh Umar salah faham dan sangka Ufairah ada hubungan dengan dia. Padahal hakikatnya, dua-dua pun tak pernah sebulu. Disebabkan salah sangka tu, Ufairah pula jadi sasaran. Dari tak ada kaitan, terus terheret masuk dalam dunia bahaya Umar.
Tapi aku suka ML and FL dalam ni...dua-dua kuat tak mudah mengalah. Aku suka Ufairah! tak lembik🫶🏻 strong character. Dia memang berani and pandai berlawan pulak tu shishhh. Umar pula jenis dingin dan keras kepala.Kadang memang annoying dengan sikap beku dia tu. Tapi kesian juga, hidup dia tak setenang orang lain, penuh ancaman. Ehh, tapi bila dia mula jatuh hati pada Ufairah, nampak perubahan perlahan-lahan. Ais batu dah mula mencair ehek
Walaupun masing-masing ada backstory yang gelap, Umar tetap sanggup terima Ufairah seadanya, tanpa memandang siapa dia sebelumnya. Dan hubungan mereka terasa lebih kuat sebab dua-dua ada luka yang hampir sama. Daripada situ mereka jadi tempat berpaut untuk sembuh bersama.
Konflik dalam buku ni boleh dikatakan sarat dan agak berat. Emosi dia naik turun sebab tak habis-habis diuji. Fuhh boleh penat ya baca kisah Umar ni...lepas satu masalah, datang lagi masalah baru, memang tak kasi chance langsung. Diorang baru nak bahagia datang pula ribut taufan melanda, tak sempat nak tarik nafas wehhh, SEMPUT!!! Tapi dalam kepenatan tu lah rasa real dan intense dia.
Jalan cerita agak fast pace, jadi tak rasa meleret. Dan tak lupa juga, penggunaan beberapa istilah dan kosa kata yang mungkin baharu bagi sesetengah pembaca. But still mudah difahami dan tidak menjejaskan kelancaran pembacaan. Cuma masih kadang-kadang ada bahagian yang terasa sedikit repetitive, still okay for me, masih enjoy baca.
Beside, action scene dalam novel ni aku suka lagi-lagi part Ufairah yeee...ada ketegangan dan suspen, cuma mungkin kurang "kick" sikit untuk betul-betul wow. Tapi masih solid dan sesuai dengan jalan cerita.
Overall, buku ni tak rilek, penat nak habiskan. Untuk bacaan kurang santai sesuai hehe sebab antagonis dia menyakitkan hati
For me, enemies to lovers punya trope ada 2 jenis. Type 1 is one of the character suka cari gaduh or usik sebab suka tengok reaction/nak attention the other one while the other type is yang memang betul betul enemy, gaduh sebab memang meluat la dengan orang tu, no feelings involve. This book is the later one.
And transition diorg daripada enemy to lover tu macam awkward dan tetiba sikit. Feelings tu tak sampai walaupon author dah described. Dia cam gaduh gaduh then rahsia terbongkar terus nak taaruf. Urm monologue each lead character memang ada describe hati macam dah terusik sikit tapiiii tak sampai 😞 sebab lepas terusik tetiba annoyed with each other and then ehhhh kenapa Umar tetiba boleh nak taaruf. Takkan sebab tau rahsia Ufairah tu terus ada rasa suka. Even though ending dia, dia cakap dia dah tertarik dengan Ufairah waktu gaduh pertama kali ok i get it cuma feelings dia x sampai huhu aku tak dapat rasaaaa benda tu.
Overall? It was okay though. Karya pertama author so okay and menarik jugak. Cuma scene penjahat tu macam tak puas sikit laaa dia macam ehhh gitu jeee dia kena. Pastu Ceaser tu pun kena tangkap gitu je ke? Ha dia tak impact sangat la. But i do enjoy it though hehe. Cuma lagi prefer story parents dia kot compared to this.
Sy sngt love dgn jalan cerita ni. Korg yg baca review saya ni, Korg baca dulu novel KABP(pov parent umar). Cuma sy jd turn off bila byk sgt perkataan yg rare tu berulang spt seoktaf & koklea. Rasanya author kena pelbagaikan lg vocab sinonym. jalan ceritanya pun agak messy sikit tp plot bg sy the nice plot lah. sekian dri saya