Jump to ratings and reviews
Rate this book

12:30

Rate this book
Bagi Nadhir, Inaya selalu membuat masalah.

Bagi Inaya, Nadhir yang selalu mencari salah.

“Ya, kau sendiri masalah terbesarnya. Aku tahu kau akan benci apa yang aku akan cakap, tapi satu hari nanti kau akan fikirkan balik semua ni. You’re the root of the problem.” – Nadhir

“Encik tak berhak nak hukum saya sampai macam tu sekali.” – Inaya

Nadhir menyampah dengan kebodohan Inaya. Baginya Inaya sendirilah mencari masalah untuk dirinya.

Inaya pula menganggap lelaki itu seperti Nadhir tidak pernah faham apa yang sudah dia lalui kerana cara mereka dibesarkan tidak pernah sama.

Namun saat Inaya menempah kehancuran untuk hidupnya sendiri. Dia mula sedar makna disebalik kata Nadhir. Dia akui dialah punca segala derita yang datang dalam hidupnya.

Saat hidupnya terumbang-ambing dia sangka Nadhir muncul untuk mengherdiknya, tapi lelaki itu insan pertama yang datang ingin membantunya.

“Nak ikut aku?” – Nadhir

“Ke mana?” – Inaya

“Cari rumah baru.”- Nadhir

Kali ini, Inaya pilih dirinya sendiri.

671 pages, ebook

Published January 1, 2024

2 people are currently reading
22 people want to read

About the author

LollySnow

12 books86 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
24 (57%)
4 stars
13 (30%)
3 stars
5 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
September 10, 2024
I'm a big fan of Lollysnow punya writing. The plot for me best sebab berlatarkan suasana dan keadaan orang-orang di kampung. Nadim as a whole well-developed character. As anak orang kaya, dia tak spoiled child and still manage to become "anak harapan". Awal-awal tu memang kelakar sebab ye la si Nadim ni strict and kerek. Yang Inaya ni pulak walaupun innoncent tapi dia suka rebel dengan Nadim sebab dia rasa Nadim ni suka halang dia cari duit.

Inaya is so strong but it's true of what Nadim said. I would leave her like he did too. Nadim dah banyak kali nasihat the root of the problem is Inaya because dia enable diri dia untuk diperlakukan macam tu. Sedangkan I'm sure she can survive by her own sebab dia memang dari kecik survive on her own. The situation dia macam family Inaya ni parasite and Inaya is the root. Keluarga Inaya ni so jahat eh. Geram gila. Nak pulak si Ayuni tu. Kau tak sedar ke kau hidup selama ni guna duit siapa.

Yang I suka is that walaupun Inaya cakap kalau Nadim ni lelaki terakhir dalam dunia pun dia still taknak kahwin dengan Nadim. She stays like that at least sampai time sekolah je. Tak ego nak mengaku dah fall for him and so on. Nadim pun better version bila dah makin berusia ni HAHAHAHAHAHA plus Anas pun silap hari bulan kena tampar eh dengan I. cilaks betul gunakan orang bertahun. I puas gila dengan penyesalan dia.
Profile Image for twiggies.
91 reviews5 followers
August 21, 2025
readable. tak ingat sangat sebab dah lama baca. tapi yang pasti aku bengang dengan keluarga Inaya dan Anas. pilih kasih, backstabber, hipokrit. plot predictable, tapi tak sangka ada selit mistik dalam ni which agak seram jugak. trope Inaya dan Nadhir childhood frenemies to lovers
Profile Image for Fiqa Najwa.
68 reviews
August 14, 2024
Cerita ni...berikan aku mix feelings yang sangat kuat. Sesuai dengan tajuknya, banyak yang berlaku pada jam 12:30. Bezanya hanyalah pada tarikhnya sahaja. Sebab tu la kalau aku nak baca buku lolly ni kena ready mental HAHAHAH sebab dah berapa kali dah end up macam orang tak betul kejap sedih kejap blushing kejap baran
Profile Image for Nik Natia.
67 reviews3 followers
Read
August 28, 2024
Xthu nak review mcm mane..
Tp sakit hati dgn Anas OMG rasa mcm nak masuk dlm cerita ni..nak tumbuk² Anas jd sambal belacan..sakit hati..🤬🤬

That's why 12:30
Profile Image for Bella.
22 reviews
May 11, 2025
Budak paling bermasalah feat ketua pengawas? Macam takde kaitan kan. Tapi siapa sangka sebenarnya diorang punya unique relationship tu dah terjalin tanpa diorang tahu🤭 mula mula tu penat jugak baca sebabbb diorang ni asyik bergaduh jeeee - bilaaa nak manis nyaaaaa, nampak macam impossible je. Waktu ni benci sebab perangai kerek Nadhir Luzman ni. Macam dia je betul, apa yang Inaya buat semua salah - padahal Inaya tanggung derita diam diam

Kesian sangat dengan hidup Inaya, ada tapi seolah takde🥹😭 diabai dan disisih hanya kerana dia anak tak sah taraf. Bukankah itu akibat dari kesalahan orang tua sendiri, tapi kenapa anak yang tak bersalah yang terus dihukum😖 Inayaa ni baik sangat sampai sayaa rasa nak peluk dia berkali kali. Dan Inaya tahu, yang kehadirannya cuma diperlukan bila mendatangkan untung untuk mereka. Dari kecil dia dah rasa yang semua suara dan perasaan dia tak valid dalam keluarga - jadi Inaya hanya terus diam dan diam. sayaaa sumpah benci dengan parasite dalam hidup Inaya. Tak bagi apa apa untung sebaliknya nak memudaratkan Inaya😖


bila munculnya Anas, rakan dari kecil Inaya yang tahu setiap pahit manis hidup Inaya dalam menagih kasih dari keluarga sendiri, Inaya mula nampak sinar yang mula sirna. Inaya mula yakin yang dia boleh bahagia macam orang lain. Tapi tanpa Inaya tahu beribu harapan yang ditabur sebenarnya untuk kunci Inaya dikhianati.

Saat Inaya mula mengikhlaskan diri, Nadhir datang dengan sisi lain. Sisi baru yang tak pernah dia tunjuk sepanjang zaman persekolahan. Nadhir yang sanggup dengar semua luahan Inaya, kongsi rasa suka duka dengan Inaya - walaupun mulut tu pedas tahap level 10 setiap kali bagi nasihat dan kononnya atas alasan bos yang ambil tahu pasal pekerja. Tapi kenapa hati Inaya selalu mengharapkan kehadiran Nadhir dalam setiap hari yang dijalani untuk dia berkongsi luka yang dipendam.

Nadhir pula, sedar yang dia benci Inaya tapi kenapaa sekali pon dia tak pernah penat dengar setiap luahan Inaya. Sebaliknya dia tertunggu tunggu dan mengharapkan Inaya sendiri yang sudi datang berkongsi rasa tanpa dipinta. Pelik.


Jodoh itu rahsia tuhan. Macam mana Nadhir tak pernah sangka dia yang akan selamatkan Inaya dari terus dianayai, macamtu juga Inaya yang tak pernah sangka akan bergelar isteri untuk Nadhir. Kehadiran mereka, melengkapkan satu sama lain. Inaya tak pandai marah? Takpe Nadhir boleh tolong hamun semua yang khianat Inaya. Inaya tak pandai prioritised diri sendiri? Takpe Nadhir yang akan perjuangkan Inaya. Inaya rasa tak cukup? Takpe Nadhir yang ada untuk lengkapkap sisi Inaya. Inaya takde tempat bergantung? Worry not Nadhir sentiasa akan jadi ‘rumah’ untuk Inaya balik🥹😭 Nadhir dan keluarga terima Inaya dengan tangan yang terbuka. Inaya jumpa diri dia yang sebenar bila dengan Nadhir.

“Kamu bukan untuk diterima, tapi kamu dijemput. Janganlah rasa diri kamu tu macam tetamu dalam rumah ni…”

Tapi sayangnya panas tak berpanjangan, bila hubungan mereka dipenuhi hasad dengki sampai Nadhir dan Inaya hilang diri masing masing🥹😭😖

Waktu mula mula baca tu saya macam prejudiced sikit dengan tajuk sebab apoo tajuk 12:30😅 awal awal tu tak relevant lagi kenapa tajuk macam tu, tapi makin baca makin nak menuju ending, baru tahu apa yang special sangat dengan 12.30😭😭🥹
Cumaaa ending dia walaupun happy tapi tak puasssss, i just rasa semua tu tak adil lagi lagi untuk Inaya😭🥹
Profile Image for loneeldestsoul .
91 reviews
February 16, 2025
12:30? Banyak perkara berlaku pada masa tu. Ebook ni boleh tahan menguji kesabaran yer. Baru baca sikit, aku dah maki almost semua watak. Inaya, dia terlalu baik yang extremely baik. Terlalu people pleaser, sampaikan Nadhir kata dia bodoh. Nadhir, seorang yang kerek, mulut pun mintak kene cili kadang tapi dia baik je sebenarnya. Di saat orang lain like mengetepikan Inaya, Nadhir yang ada dan dia sudi nak jadi 'rumah' Inaya. Nope, they are each other's home sebenarnya. Ok ada part seram tau. Nasib aku baca pas subuh. What can I say is, kesian Inaya. Entahla nakk tapi siyess kesian dow dia. Nasibla si Nadhir tu ada untuk Inaya. Korang yang tak baca lagi tu, silala baca. Aku ni beli ebook ni time kombo FEEL weyh, tapi baru nak baca 🫠. I rate it 4.5/5 ⭐
Profile Image for Han Hana.
8 reviews
February 4, 2026
5/5!!!

Aku suka buku yang buat aku rasa bermacam emosi. Dengan plot dia, cara penulisannya, plot twist dia. Huhhh serious best.

Mula-mula, terfikir juga kenapa 12:30 sedangkan tajuk. "Rumah" lagi sesuai tapi bab terakhir dah bagi jawapan. 12:30, wujudnya 'rumah', 12:30 juga perginya 'rumah'. Waktu yang memberi impak kepada Inaya.

Yang penting happy ending. Tu yang penting. Segala emosi waktu membaca tu tak apa.
Profile Image for N.S.Y.
103 reviews3 followers
June 3, 2025
Jarang la cerita dari Lollysnow ni bosan.. Suka olahan yang diberi.. Macam mana Nadhir nak selamatkan Inaya dari jd mangsa kahwin pksa dengan org tua.. Tapi dia pun sama.. Siap bawa lari Inaya g sempadan untuk kahwin tp bezanya Inaya tak kena paksa cuma separuh rela je.. tapi bnyk yang rela la..

Kahwin sembunyi tapi kantoi bodoh je dengan famili Nadhir dah la masa kantoi Inaya dah pregnant.. Tak pndai langsung ko Nadhir buat kerja..

bab yang jd masalah bila Inaya ni suka berahsia.. Bila dpt mimpi yg bukan2 di anggap biasa sbb pregnant.. Apo.. rupanya kena sihir.. Sedih juga bila Inaya keguguran.. Trauma dengan suami sndiri pulak tuh..

tapi Nadhir tetap tabah hadap dan slow2 cuba tarik bini dia tanpa pksa. Happy ending wlaupun ada sedihnya..

Overall, rekomen la kalau nk beli dan baca.. Untuk saya berbaloi sngt2..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.