Koleksi cerpen Syafiq Ghazali, penulis novel JAHAT dan KIUB serta beberapa penulisan lagi dari rumah penerbitan lain. Buku ini mengandungi 20 buah cerpen yang pernah tersiar di pelbagai media sebelum ini dengan aneka genre –romantis, surreal, humor, fantasi, jenayah, horror, dan fiksyen sains – yang awak fikir mungkin agak aneh untuk dihimpunkan bersama di dalam sebuah buku. Namun bak kata Amir Muhammad dalam WhatsApp, sedikit weird itu ok.
Kesemua cerpen di dalam buku ini, walau kebanyakannya saya khayalkan, adalah terinspirasi dari peristiwa dan orang di sekeliling saya. Oleh itu ia sesuai dibaca oleh segenap lapisan manusia. Ah, kucing saya mungkin kecewa membaca kenyataan ini.
Banyak juga yang dah pernah baca daripada dua kumpulan cerpen penulis dan di selangorkini. Aku rasa sepatutnya penulis masukkan semua cerpen yang tak pernah dimasukkan dalam kumcer macam Di Pustaka Babel di Tunas Cipta tahun berapa aku tak ingat.
Tapi Syafiq Ghaz memang antara penulis faveret aku dan banyak boleh belajar daripada penulisan dia. Mungkin dia tiada bahasa yang hebat macam Johan Radzi atau experimental yang pelik-pelik macam Azrin Fauzi, atau mungkin tema yang jadi kekuatan macam Slice of life oleh Mohd Azmen. Tapi ceritanya kuat dengan bahasa yang elok. Mungkin dari susunan cerita atau mungkin perlambangan.
Tapi cerpen terakhir agak bullshit ah. Tapi entah kenapa boleh buat aku gelak sebab dia tulis full lirik lagu Eye Mouth Lips.
The stories in this book are relatively short, with each ranging from 5 to 8 pages, making it an ideal companion for reading while traveling. Some stories left a strong impression on me—absolutely WOW moments—while others didn’t resonate as much, and a few felt downright unusual. Despite this mix, I found the overall experience enjoyable. If you’re in the mood for something intriguing and quick to read, I’d recommend grabbing a copy from @kedaifixi now! 😁