Apabila seorang perempuan menyukai lelaki idaman dan sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai cinta… mungkin ramai menyangka pelan perancangan itu terhad kepada senarai memikat, mengambil hati dan cuba mencuri perhatian semata-mata.
Namun berbeza dengan Fazura, tatkala dia sudah meletakkan harapan mahu memiliki Tengku Affin… dia sanggup berbuat apa sahaja. Termasuklah mendaftar dengan syarikat Impiana Sdn. Bhd. demi merealisasikan impian cintanya.
Lalu Impiana Sdn Bhd. merangka satu pelan yang utuh lagi ampuh. Pencarian cinta Fazura dirangka supaya menggunakan kad simpati. Biar Teng Affin jatuh kasihan… sekaligus membibitkan rasa suka. Lalu berkahwin dengannya seperti yang diharapkan.
Dalam pada kekangan waktu yang ada sebelum Tengku Affin berkahwin dengan cinta hati sebenar-benarnya iaitu Dr. Ina, pelan perancangan enam bulan itu dilaksanakan. Pelannya, Fazura mengaku diri menghidap kanser jenis agresif, lalu memohon simpati agar Tengku Affin berkahwin dengannya, sebelum kematian yang dijangka berlaku enam bulan lagi.
Gila… memang gila! Namun, itulah Fazura ahli The Wannababes yang sedari dahulu sentiasa memiliki apa yang dimahukannya. Lalu dengan apa cara jua, jodoh Mr Right Diraja yang diimpikan mesti direalisasi, walau menipu sebegitu sekali.
Kisah novel ini bukan kisah cinta, namun kisah betapa manusia sanggup melakukan apa sahaja… demi untuk bahagia.
Banyak benda nak bercerita (komen) pasal buku Mr Right kali ni haha.
Serius, sangatlah berharap buku ini dikeluarkan waktu saya masih di bangku sekolah, waktu saya masih tiada idea apa itu kritikan, tiada ilmu dalam dunia perbukuan dan juga tidak tahu apa itu perkembangan watak.
Sebab saya ada banyak benda nak luahkan sekarang ni 😬
Aihh Fazura! Dia punya diva tu kan, meluatnya lahai! Geram amat, dan disebabkan Fazura ni dah dikira lewat 20-an, jadi saya expect pemikiran dia lebih matang. Gedik is okay, but please be gedik yang matured.
Then, watak hero dalam cerita ni, tidak menyerlah macam Ustaz Adam dan Syahir. Sampai lupa nama hero dalam cerita ni (cerita ini dibaca sebulan lalu masa saya tulis review buku ni haha), tapi sebenarnya kalau saya tak ingat nama tu maknanya apa? Maknanya hero tidak memberi signifikan dalam jalan penceritaan ni.
Tak boleh tak bandingkan dua hero cerita Mr Right sebelum ni sebab buku sebelum ni memang menarik, lebih-lebih lagi nampak character development watak-watak. Watak Sazzy lah paling top sekali, dan tidak pernah dilupakan Nana.
Dan sejujurnya, watak sampingan dalam buku ini lebih menarik bagi saya. Dan watak Ina is very interesting, because a medical doctor memanglah simple sentiasa haha.
Towards the ending nampak a bit rush, and perjalanan Fazura tu macam beri hint kepada siri lain pula.
Satu kebiasaan Kak Ain Maisarah yang tidak pernah lari, akan kongsi ilmu dalam buku-bukunya dan masa baca saya jadi terimbau kenangan masa sekolah. Trademark perkongsian ilmu inilah yang terpahat dalam hati, nostalgia je rasa baca buku Kak Ain Maisarah.
Wanted to give 3 stars but this book make me overwhelmed and I give it 4 stars.