ภาคินัยเริ่มต้นอาชีพนักเขียนด้วยการเขียนนิยายรักโรแมนติก ก่อนจะเบนสายไปเขียนงานลี้ลับสยองขวัญ ซึ่งประสบความสำเร็จอย่างมาก ผลงานที่สร้างชื่อคือนางชฎา ซึ่งได้ถูกนำไปดัดแปลงเป็นละครในภายหลัง ต่อมาภาคินัยได้ก่อตั้งสำนักพิมพ์ Amp A Book เพื่อเผยแพร่ผลงาน
Jalan cerita novel ini tersusun dan dipenuhi dengan unsur saspens. Watak Paeng yang merupakan pustakawan baru, digambarkan sebagai gadis penakut yang diganggu oleh makhluk halus sejak dia 'menegur' sesuatu di dalam fakulti perubatan itu. Kehadiran Paeng di fakulti perubatan tersebut disambut baik oleh Pak Cik Daeng yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di fakulti tersebut. Tinggal di kauters guru yang terletak tidak jauh dari tempatnya bekerja, hampir setiap malam Paeng bermimpikan seorang gadis yang menyuruh Paeng untuk mencari mayatnya jika tidak mahu menerima nasib buruk. Satu benda yang Paeng pasti, gadis itu mati di dalam fakulti tersebut namun, tiada siapa yang tahu di mana mayatnya disembunyikan! Paeng turut berkenalan dengan Encik Issada, pensyarah anatomi yang mengajar di fakulti tersebut. Melalui Issada, Paeng turut mengenali Doktor Jui, kawan baik Issada. Kehadiran Ratri sebagai teman berbual turut menyenangkan hati Paeng yang sentiasa diselubungi ketakutan. Namun, betulkah cuma roh gadis itu sahaja yang mengejarnya?
Novel ini turut memaparkan pelbagai misteri yang tersembunyi di dalam fakulti perubatan itu. Dendam dan fitnah dua orang kawan rapat akhirnya bertukar menjadi tragedi berdarah. Satu-persatu watak di dalam novel ini mati dalam keadaan yang mengerikan. Namun setiap kematian itu membawa kita ke babak seterusnya. Misteri terungkai satu persatu hingga watak utama novel ini tertipu dengan salah satu helah si jahat yang bertopengkan manusia. Pengakhiran novel ini juga tidak mendukacitakan.
Keseluruhannya, novel ini membuatkan kita terfikir akan lumrah kehidupan manusia yang dipenuhi dengan penipuan, buruk sangka, dan hasad dengki. Melalui novel ini kita boleh melihat bagaimana Paeng tertipu dengan penipuan orang yang disangka 'sahabatnya' hinggakan orang yang tidak bersalah menjadi mangsa. Kesilapan Paeng di masa lalu juga akhirnya memakan diri sendiri apabila dia terkurung keseorangan di dalam dunia di mana tiada siapa dapat menyelamatkannya.
Teknik penulisan yang digunakan dalam novel ini mudah dan ringkas. Tiada ayat yang terlalu berbunga-bunga. Jalan ceritanya mudah dihayati dan aliran ceritanya mantap.
Cerita ini best cuma garapan dia agak huru hara sedikit.. Tak tahulah sebab dialih bahasa atau memang penulis asalnya menulis begitu.. Sha suka jalan ceritanya.. Tapi bila imbas kembali terlalu detail sama seperti penceritaan yang asal, cerita agak terganggu.. Yang menariknya pengajaran yang disampaikan.. Memang dasyatlah hantu membalas dendam.. Baca malam-malam memang menyeramkan.. #misterilifberhantu #phakinai #pelanginovels #novelalihbahasa #novelseram #horrornovel #seram #bookstagram #hobisaya #bookworm #bookreview #booklover #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanjanuari2018 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
As salam... dh lama xmembaca novel2 berunsur seram ni. Beli online dgn sorang rakan fb. Apa nak kata ttg novel ni ye, mmg osem seramnya! yup 5 star bg dia.... membaca novel ni mcm nk terkeluar jantung pun ada ala2 filem2 Thailand hantu lah sng cite (blh gambarkan sendirikan?) fuhhh... separuh baca stop jap tarik nafas....then sambung lg sampai hbs... leganya.... mmg bestlah!! baca novel2 Phakinai ni mcm kita berada dlm situasi watak utama tersebut, ngeri pun ada mcm rael je... oklah untuk yg blm baca cubalah... daaaaa....
Paeng baru memulakan tugas sebagai pustakawan di Fakulti Perubatan. Untuk menjimatkan kos, dia sanggup tinggal di rumah staf yang telah lama dikosongkan kerana semua staf lebih suka tinggal di pekan yang lebih banyak kemudahan. Walaupun Paeng ketakutan, tapi dia perlu bersabar sehingga wangnya cukup untuk pindah menyewa di pekan.
Hidup Paeng mula kacau saat dia diganggu dengan unsur halus. Malahan majoriti kenalan baru juga memberi amaran kepadanya supaya tidak ikut campur urusan orang yang telah mati sekiranya mahu hidup.
Tetapi bagaimana Paeng mahu mengelak sedangkan roh itu berterusan menyerang Paeng di dalam mimpi, mahukan Paeng mencari pembunuhnya dan merungkai segala misteri berkaitan lif usang itu.
----
Memang seram novel ni. Nak pula baca di waktu malam. Meremang je bulu roma. Satu pengajaran besar yang boleh digunakan ialah janganlah sesekali menegur kalau ternampak kelibat ke, suara ke, bunyi ke.
Paeng sebenarnya turut mendapat nasihat yang sama supaya buat-buat buta dan pekak. Tapi tak tahulah Paeng ni spesis berani takut ke apa ke; nampak je kelibat, dia tegur, dengar je bunyi, dia tegur. Dah melanggar pantang, teruatamanya di tempat baru yang sunyi sepi, maka terpaksalah Paeng menanggung akibatnya.
Tapi penulis memang hebat. Baru je teka pembunuhnya, alahai bukan pula. Sampai ke akhir barulah kita tahu misteri sebenarnya. Kalau dibuat filem ni, mahu tak tidur malam.