Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku Mahu #4

Buli: Aku Akan Kembali

Rate this book
Inilah kisah Mimi Monira, kisah seorang remaja berbadan besar. Memasuki sekolah baru di Sri Bangsar, malangnya tersilap langkah. Mimi tersalah duduk di tempat larangan. Tempat duduk VIP dikhaskan untuk para pelajar popular, atlet ternama dan ahli pancaragam semata-mata. Bukan untuk budak baru yang XXL saiznya!

Atas sebab itu, Mimi dipangkah mati namanya. Lebih-lebih lagi apabila berani-berani berbalas kata dengan The Wannababes, kumpulan paling popular di Sri Bangsar.

Pada ketika itu, buku takdir sudah tertulis… satu pembulian kejam akan berlaku bertubi-tubi. Diserang, diejek dan disindir… Mimi Monira terpanggil untuk mempertahankan diri. Dia bangkit mahu melawan. Dia mahu membuktikan, bukan The Wannababes sahaja boleh merancang pelan sabotaj, dia pun boleh! Malah lebih licik dan tidak disangka-sangka mengena sekaligus tujuh ahli The Wannababes. Peristiwa balas dendam itu bukan setakat disaksikan oleh warga Sri Bangsar, malah turut melibatkan jemputan-jemputan dari sekolah luar!

Atas segala kezaliman dan pembulian yang diterima oleh Mimi, wajarlah dia berdendam. Tetapi matlamat tidak menghalalkan cara, sepatutnya dia melaporkan isu itu kepada guru dan pihak atasan. Bukanlah mengambil tindakan sendiri yang mengikut perasaan.

Buku BULI ini sememangnya ditulis bagi menelusuri hati dan perasaan mangsa buli dan bagaimana kaedah sebenar mahu mengatasi buli.

123 pages, Paperback

First published January 1, 2008

24 people are currently reading
512 people want to read

About the author

Ain Maisarah

131 books412 followers
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
220 (55%)
4 stars
99 (25%)
3 stars
53 (13%)
2 stars
20 (5%)
1 star
3 (<1%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,547 reviews41 followers
December 7, 2018
Saya terpaksa baca buku ini kerana selepas baca buku Impiana, rasa ingin cuba menyelami aura the Wannababes - Mimi masa zaman sekolah. Walaupun ringkas dan tiada sebarang kejutan, kebanyakannya saya dah boleh agak dari buku Impiana, buku ini tidak membosankan.
Profile Image for N.otabene.
192 reviews3 followers
September 7, 2020
Throwback baca buku kegemaran zaman sekolah dulu.
Senang kata , orang sekeliling dan persekitaran sangat mempengaruhi tumbesaran dan personaliti seseorang. Daripada seorang yang baik boleh berubah 180° disebabkan orang lain. Hentikan budaya buli. Be nice to people please.
Profile Image for okwin.
15 reviews
June 13, 2023
Reread this book in prep for IMPIANA the series. Went to the book fair to meet the writer and bought the whole series of IMPIANA from book 1-5. received this book as free gift and other goodies too! totally worth my RM150. thanks, Kak Ain!
Profile Image for Aina.
56 reviews
September 26, 2020
A bit cringe since it was written for young readers but nevertheless it was a fun read.
1 review
December 21, 2020
Buku ini memberikan banyak pengajaran terutamanya berhati hati memilih kawan.buku ini juga sangat seronok untuk dibaca
This entire review has been hidden because of spoilers.
31 reviews3 followers
July 11, 2023
Baca semula lepas beli siri IMPIANA yg full.
Boleh dapatkan siri IMPIANA di tiktok kak ain

Kak Ain kembali dengan siri yang lebih mendewasakan
Profile Image for Noor Hanis.
187 reviews
January 3, 2016
BUKU UNTUK DIJUAL PADA HARGA RM10!

Buku ini dibaca ketika saya berumur 10 tahun begitu. Sudah lama rupanya saya meminati Ain Maisarah. Saya masih lagi membeli hasil karya terbaharu beliau. Aku Mahu Buli masih segar dalam ingatan saya. Berkisarkan seorang pelajar baharu bernama Mimi Monira yang dikerjakan dengan teruk oleh sekumpulan gadis yang cantik dan kaya-raya, iaitu The Wannababes.

Kasihan juga saya dengan Mimi Monira. Tiba-tiba dikecam tanpa sebab musabab yang kukuh. Tambahan pula, kes buli di negara kita ini semakin meruncing. Ada sahaja video pelajar membuli pelajar lain yang lebih lemah. Semoga kita tidak mengambil kesempatan terhadap insan lain ya.

Sesungguhnya Allah Maha Adil.
2 reviews1 follower
August 16, 2010
aq dah hbis bce..
mmg bes oh..
spe x pnh bce mmg sah sah rugi gle..
hahaxD
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.