Si Ustazah Sentap akhirnya kembali ke Indonesia! Oh, tidak! Bahiyah terpaksa meninggalkan SSB yang sudah semakin dekat di hati gara-gara penangan Geng Pelangi! Ini jelas keterpaksaan, bukan atas kemahuan atau kerelaan sendiri. Enggan pergi, nyawa sahabat sendiri sebagai walang ganti!
Baru sahaja dia berjanji untuk tidak lagi mencintai mana-mana lelaki ajnabi sehingga berjumpa cinta sejati dan hakiki yang membawa ke syurga, kali ini, si Ustazah Sentap tersepit antara cinta songsang dan reda Tuhan.
Ternyata dosa kaum Nabi Lut a.s sebagai amaran kepada manusia akhir zaman. Jangan dibuat main dengan hukum hakam agama. Kelak, tsunami tanda murka Allah sebagai balasan!
Ikuti kisah Bahiyah dan rakan-rakan dalam #PelangiHijrah, buku terakhir dalam Siri Ustazah Sentap- menyentap sekadar menyedarkan akan ketetapan Tuhan.
Buku ni mungkin bukan di target untuk saya, tapi ada beberapa benda saya nak complain. Buku ni tak handle watak LGBT dengan betul bagi saya. So much hateful speech, without slightest concern or care shown. Saya pernah jadi macam Bahiyah, terkejut dengan kawan saya yang mengaku lesbian, pansexual, genderfluid dan sebagainya. Ada sebagai gurauan, ada yang serius, ada yang rasa bersalah dengan perasaan mereka. Ini apa yang pelajar sekarang hadapi, kawan mereka sendiri adalah ally atau queer. Dan saya mengaku, susah nak amalkan Islam sepenuhnya bila jumpa orang-orang macam ni, tapi perangai mereka baik, sopan santun, sempurna, cantik, kelakar dan sebagainya. Saya sendiri terjatuh dengan label diri saya sebagai aroace sebab komuniti mereka sangat menerima dan terbuka untuk terima saya. Saya dah bertaubat. Jangan attack. Bagi saya, buku ni sangat-sangat disrespect human emotion itu sendiri. Kita kena sedar, kita geli dengan dosa mereka bukan seseorang tu. Dia hilang arah, keliru, salah, kita bimbing bukan kecam dan kita dengar kita faham. Buku ni punya cerita sangat laju, tak banyak emotion digging, tak banyak context mereka kat mana dan sebagainya. Maaf, mungkin sebab saya dah pernah baca buku tema yang sama tapi ditulis dengan elok, saya bukan against Islam dan sokong LGBT tapi representation, penulisan dan karakteristik karakter dalam ni mungkin bukan untuk saya.