Jump to ratings and reviews
Rate this book

Miss Healer

Rate this book
Pekan Kirana di Kerajaan Loba ialah sebuah pekan untuk anak-anak remaja. Di sana, mereka hanya hidup untuk bekerja di kilang-kilang yang memproses pil-pil muda.

Dalila tidak menyangka akan bertemu Tuan Malan Loba. Pemerintah Kerajaan Loba yang zalim itu memberinya peluang merawat anaknya, Kai yang terkena penyakit misteri.

Dalila bersetuju. Akhirnya dia dapat melakukan perkerjaan turun-temurun keluarganya - membuat aiskrim. lni kerana penawar penyakit misteri Kai hanya ada pada semangkuk aiskrim magis. Ia bukan sembarangan aiskrim. Bahan-bahannya sukar ditemui. Namun, jikalau gagal, dia akan mengorbankan nasib penduduk Kerajaan Loba.

Tiada yang menyangka, aiskrim itu jugalah yang mengubah nasib Kerajaan Loba selama-lamanya.

152 pages, Paperback

First published August 16, 2024

1 person is currently reading
4 people want to read

About the author

Kamalia

17 books77 followers
Aku membaca sejak kecil kerana dengan membaca, aku bagai hilang dari dunia sebenar, dipeluk selamat dengan cerita-cerita yang pelbagai. Menginjak dewasa, buku sekadar eskapisme, bukan sekadar penyelamat jiwa tetapi buku memberitahu, menasihati dan paling penting memberi amaran yang dunia tidak berkisar tentang diri kau semata-mata.

Aku menulis sejak kecil, sejak kutahu mengeja namaku sendiri pada usia tujuh tahun. Bermula dengan menulis pengalaman sendiri, kemudian tulisanku bercambah menjadi cerita-cerita rekaan yang meronta-ronta mahu keluar daripada kepala.

Akhirnya aku menulis untuk dibaca oleh orang ramai. Ramai yang memuji dan ramai yang mengeji.

Setiap pembaca datang dengan pendapat berbeza. Ada yang suka dan ada yang kecewa. Aku sedar, memuaskan semua orang sesuatu yang mustahil. Kemudian aku teringat sebab awal aku mula menulis dulu. Pertama sekali, aku menulis untuk diri sendiri.

Watak-watak yang aku cipta ialah bayangan daripada segala yang berlaku dalam hidupku. Mereka yang aku ingin jadi, yang aku kagumi, yang aku takuti, yang aku pernah temui dan yang aku sayang.

Menulis membantuku memindahkan beban dalam dada.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
2 (25%)
4 stars
4 (50%)
3 stars
2 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
September 11, 2024
Buku ini mengingatkan saya kepada buku-buku yang sering saya baca waktu kecil dulu. Pengembaraan yang menyeronokkan, penuh dengan magis dan harapan. Watak utamanya, Dalila seorang yang kuat berusaha dan tidak mudah putus asa.

Bukan mudah untuk tulis cerita kanak-kanak. Besar tanggungjawab. Cerita begini boleh membantu membentuk pemikiran mereka yang masih suci dan naif. Bacaan yang sangat disyorkan buat anak-anak.
Profile Image for lysareading.
310 reviews42 followers
December 24, 2024
penyakit misteri yg mampu disembuh dgn semangkuk aiskrim magis
_____

Biasa kalau kita stress, kita akan cari makanan kan? Coklat, snacks, gula-gula, coffee tetapi kali ini kita healing dengan aiskrim. Dan aiskrim juga yang mengubah nasib kerajaan & rakyatnya.

Dalam Miss Healer, walaupun cover semanis aiskrim, ada konflik yang melibatkan penyakit misteri, penindasan rakyat, warisan turun-temurun pembuat aiskrim yang semakin dilupai dan kebangkitan anak-anak muda untuk mengubah pemerintahan raja yang zalim. Menariknya cerita ni kan, pembangunan kota tersebut ataupun world-buillding di mana, setiap peringkat umur tertentu akan duduk di pekan berbeza untuk bekerja. Dahlia yang masih berumur belasan tahun harus menetap di Pekan Kirana untuk membuat pil-pil muda. Kalau nak digambarkan Pekan Kirana ni kan, tiada seri, sendu, ibarat pekan yang tiada hiburan. Bahkan, org-org situ mcm zombie hidup.

Berbalik kepada konflik dan karakter.

Kita suka karakter Kai, seorang putera raja yang teguh pendirian untuk mengubah struktur pentadbiran kerajaan kini. Kalau nak tahu, raja yg zalim tu merupakan bapanya, Tuan Loba. Sejujurnya, kadang Lysa terbaca Tuan Boba pula 😭 Jadi apa kaitan Kai, Tuan Loba, penyakit misteri dgn aiskrim kan?

Itu magis buku ni! Ada sedikit penggembaraan yg Dahlia perlu lalui untuk membuat aiskrim dewa yg tertulis dlm buku resipi neneknya. Pada Lysa, ada babak & aksi yg agak rushing sedikit namun untuk bacaan kanak-kanak, semestinya Miss Healer ni menghiburkan!

Apa yang Lysa dpt, Dahlia & Kai boleh jadi role model untuk kanak-kanak diluar sana. Dan semestinya perlu ada pendorong seperti Pakcik Ib. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Yang penting, bangkit dan firm dgn pendirian. Terima kasih kpd @bukubookiut untuk naskhah semanis ini! ✨
Profile Image for Aina D. (pagesofaina).
95 reviews30 followers
October 13, 2024
personal rating: 3.8 ⭐️

(review will be made in english, but note that the book is in malay)

a story of the vibrant Pekan Kirana—used to be known for its specialty in making scrumptious premium ice creams of different flavours, but now is a polluted and soulless town with factories every where.

ice creams? banned. laughing and joy? bizarre. the people? mundane.

when i first read the blurb, the authentic storyline piqued my interest because ice creams?!?!?! yes. it’s such a refreshing concept so i can’t help but to read this in less than 2 hours in total.

this book also reminds me of Spy Hunter by Ejart14 (malay book) for the resemblance of the cruel king father—morally upright son dynamic. it’s nice to see Dalila’s (the daughter of the well-known ice cream maker family) story expands and connects to Kai’s (the conscious son of the king) desire to correct what’s wrong.

nonetheless, this book left me with some unanswered questions, it didn’t affect my reading but i’d love to find out the reasonings behind those! :)
‼️ spoiler ahead ‼️
1. why does dalila need to be captured to Kedai Runcit Gembira Pekan Anggerik, in order to make the aiskrim delima dewa? if dalila makes it at her own home, what difference will it make?
2. referring to the question above, is it actually to connect the story with the deja vu of how dalila’s father was captured years ago? if so, what’s the connection, or is it pure coincidence and deja vu?
‼️ spoiler ends ‼️

overall, miss healer is a book with the one-of-a-kind storyline, i enjoyed my time reading this! ✨ thank you @bukubookiut for sending this over 🦋
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.