Api… Sewaktu kecilnya menjadi kawan. Apabila besar, menjadi lawan. Orang lain lari dari api, tetapi mereka berlari ke arah api yang mengganas. Kisah tentang hero yang tidak didendang…
Satu balai bomba yang sederhana besar. Dua hero yang gagah perkasa. Tiga kisah cinta yang bersimpul.
Mika Khuzairi, seorang smokejumper yang didiagnos dengan PTSD setelah kebakaran hutan yang besar telah mengorbankan hampir keseluruhan pasukan mereka. Dari Montana, Amerika Syarikat dia pulang ke tanah air. Dulu, dia hero di hutan yang terbakar. Sekarang… dirinya yang perlu dibantu.
Kejadian dia menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki di dalam satu kebakaran telah mendapat liputan menyuruh, lalu pihak JBPM telah menawarkan jawatan sebagai pegawai bomba kepadanya. Insiden yang tidak dirancang menemukannya dengan Kizmi, incas muda yang berwibawa di balai bomba tersebut.
Namun, dia ada sedikit masalah. Antara mereka, ada kisah silam. Kizmi juga suka akan gadis yang telah mencuri perhatiannya.
“I’m afraid that I can’t protect you.” ~ Mika
“I can protect myself. Saya seorang pegawai polis. Awak tak perlu risaukan saya.” ~ Inspektor Alina.
“Kau… pengecut! Jangan sebut pasal dia kat depan aku!” ~ Kizmi
Antara cinta dan kerjaya, Mika dalam dilema. Antara amanah dan kelalaian, ada satu jalur kelabu yang memisah. Dapatkah dia harungi semua dugaan dengan fikiran yang waras? Hanya yang berani akan mengambil risiko.
🔆Smokejumper ni nak senang kita panggil bomba hutan. Baru tau yang terjun dalam api dengan payung terjun tu smokejumper & yang jalan kaki tu hotshots. Tapi kerja macam ni challenging gila. terjun dari udara, padam api berhari-hari - on your own guna cangkul, gergaji, kapak etc. Kalau nasib tak baik tau-tau jadi abu. Dengar macam best tapi bahaya nak mampos!
🔆Kebakaran Flathead National Forest - kejadian yang buatkan Mika trauma sampai ada Post-traumatic stress disorder (PSTD), kejadian yang buatkan dia trauma dengan api, kejadian yang buatkan dia rasa ‘useless’ sepanjang masa.
🔆Lepas kejadian tu, Mika balik Malaysia. Tapi balik pun macam mayat hidup. Bernafas tapi tak hidup. Hidup tapi tak macam orang lain ,dengan tak boleh tidur ,tiap kali tidur ja mesti mimpi kejadian tu. Hm
🔆Satu hari tu, Mika selamatkan budak kat tingkat enam tanpa sebarang peralatan lengkap and since then dia jadi viral. Siap dapat offer dari JBPM untuk join team bomba .hebat!
🔆Dia punya viral tu sampai first day nak lapor diri wartawan mai tunggu depan balai bomba. Perghhhh! Tapi salute dengan Mika, tak makan puji. Makin hot
🔆Ingatkan bila join team bomba everything gonna be okay la. Lahhh! Sekali incas dia tu bestfreind lama dia. Eh tak, ex bestfreind. Nak pulak hubungan depa tak berapa nice , hm ada sajala problem. Kizmi a.k.a Lord Dragon - selalu rasa insecure bila dekat dengan Mika.
🔆Tapi Lord Dragon ni bekeng nak mampus! tau la incas tapi bekeng sikit-sikit dahla. Tapi bekeng dia bersebab. ada kisah lampau. Eh tapi ingat bekeng cenggitu takdak peminat ka? adaaaa.
Dari mata turun ke hati. Antara tisu cinta bersemi.
🔆Dekah aku! Zara! Hang ni takdak taste la. Hat bekeng tu jugak nak berkenan pon tapi bekeng-bekeng si Lord Dragon tu, dia peduli jugak dekat Mika. bila something happened kat Mika masa dia kat Jepun kemain cuak.
🔆Sampai pi sana laa punya nak cari Mika. Ala, mengaku jala sayang Mika. Dalam dok layan conflict Mika dengan Kizmi, tak sangka ada scene sedih. Sampai rasa 'dahla takmau sambung baca'. Dahla Mika baru nak recover trauma dia, Paan pulak jadi macam tu. Nak nangis tapi tak boleh sebab ada orang, end up aku nangis dalam selimut
🔆Sedih-sedih pun life goes on kan? Untung scene sweet Mika dengan Alina biasyer-biasyer ja daktu aku hempuk Mika sebab tak menghormati perasaan aku yang baru kehilangan Paan
🔆Lama tak baca karya kak Zura, kalini rasa terubat sikit. sikit jala. Buku kalini rasa kurang umphh - sebab kita letak high expectations (nak scene smokejumper lagi, nak tau how hard Mika's life sebagai pesakit PSTD)
Yang belum baca - tolong baca. Best! More to life abang bomba tapi worth it!
Korang kalau nak tahu tentang kerja abang bomba boleh baca buku ini.
Romance tak banyak pun.. more tentang life abang bomba.
Scene Mika Kat California sedih. F nangis.. teringat movie only the brave. Scene salah seorang anggota bomba yang tumpas pun F sedih sebab watak dia ceria, kelakar.. suka mengusik.
Dan Mika akan blame diri dia.. sejak dia gagal selamatkan Josh.. mika selalu salahkan diri sendiri. Dalam buku ada cerita how Mika struggle untuk move on.
Secara keseluruhan cerita The Smokejumper ni fokusnya lebih kepada tugas-tugas bomba di Malaysia. Bukan setakat padam api tapi macam-macam yang mereka buat. Unit-unit dalam bomba pun ada diperkenalkan. Memang banyak info pasal bomba la dalam cerita ni. Saya suka sebab ini kali pertama saya baca cerita yang mana watak utamanya bomba.
Cuma saya sedikit kecewa sebab saya ingat banyak cerita tentang pekerjaan smokejumper berdasarkan tajuk. Tapi masih ada info pasal mereka juga di awal dan akhir cerita. Ilmu baru untuk saya yang sebelum ni tak pernah tahu tentang kewujudan smokejumper.
Lepastu ada banyak kejadian sedih yang dilalui Mika. Saya tumpang nangis juga huhu. Nak cerita lebih tak boleh sebab kena baca sendiri.
Dan akhir sekali untuk yang suka baca kisah cinta tapi tak berapa nak menonjol boleh cuba baca buku ni.
Sebenarnya saya lebih tertarik dengan kisah cinta Lord Dragon. Mana la tahu Kak Zura nak buat cerita khas untuk mamat beku tu kan hehe.
Jadi cerita ni bagi aku sangat luar biasa sebab idea dan story line novel ni lain daripada lain. Tak pernah jumpa lagi dekat novel penulis lain. Kiranya idea penulis tak cliché dan original.
Aku dapat rasakan penulis dah kaji betul-betul masa nak buat cerita tentang smokejumper dan bomba. Aku pun first time dapat tahu rupanya wujud smokejumper ni padam api dekat hutan besar. Syabas sebab banyak informasi penting dekat dalam novel ni.👏🏻
Aku suka permulaan cerita Mika jadi smokejumper nampak hebat dan ‘wow’ gitu. Tapi scene smokejumper tu sikit sangat. Aku tak puas bila baca. Lepas tu bila Mika dah masuk jadi anggota bomba cerita jadi meleret dan bosan.
Mengenai PTSD yang dia alami pun macam tak dikembangkan sangat. Nasib Mika pula macam sudah jatuh ditimpa tangga. Tapi still boleh kerja jadi bomba lagi. Like, senang betul dia recover. Kalau aku jadi Mika ni mungkin aku akan kerja dekat bidang lain yang tak ada kena mengena dengan bomba sebab trauma.
Bagi aku cerita ni macam diari harian bomba sebab aku expect dalam cerita ni ada watak villian yang psycho ke apa dengan clear motive. Tapi tak ada pun. Lebih kepada diari kehidupan Mika. Setiap bab ada kes berbeza yang menceritakan kerja-kerja yang bomba buat.
Untuk hubungan brotherhood, familyhood dengan anggota bomba lain macam tak ada chemistry je. Hubungan Mika dengan Alina, pun sama. Rasa macam meleret dan tak penting pun. Entah aku yang bitter.😔
Sedikit complain dekat layout kalau tak silap dekat muka surat 245 dengan 246 terbalik. Potong mood aku nak baca. 😔
Maafkan saya penulis dan peminat Zura Rahman. Saya dah cuba yang terbaik untuk suka naskah ni. Tapi saya tetap juga tak boleh terima.😔 Mungkin novel Zura Rahman yang lain kena dengan aku.