Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.
Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.
Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula.
Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.
Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.
Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.
Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:
Akhirnya jumpa juga buku ini dalam Goodreads. Ingatkan tidak ada (sebenarnya ada tetapi saya tersalah taip tajuk buku dalam pencarian Goodreads). Buku ini saya baca beberapa tahun yang lalu dan serius, sangat bagus. Inilah novel Bahasa Melayu paling saya suka. Walaupun bertahun-tahun sudah, saya masih ingat lagi cerita ini dan sebab itulah saya membuat ulasan tentang buku ini.
Cerita ini mengisahkan seorang lelaki bernama Luqman dengan janji-janjinya dan dia amat mencintai seorang wanita yang bernama Adelia. Luqman ialah anak yatim piatu tetapi mempunyai keluarga angkat yang sangat baik. Akan tetapi, kedua ibu bapa angkatnya telah meninggal. Untuk memikat dan menawan hati Adelia, Luqman yang sebenarnya merupakan orang kaya dan mempunyai sebuah syarikat sanggup bekerja di kedai makan Adelia sebagai pembuat roti canai. Sebelum dia bekerja di kedai makan Adelia, Luqman terlebih dahulu belajar cara membuat roti canai dengan salah seorang pekerja Adelia tetapi dengan syarat, identiti Luqman harus dirahsiakan sebab Luqman tidak mahu Adelia menyukai dan mencintai dia demi harta. Luqman inginkan Adelia untuk mencintai dia kerana hati dan budi Luqman. Cara-cara membuat roti canai ini bukanlah senangnya. Ada sebahagian babak daripada buku ini sangat lucu dan membuatkan saya ketawa.
Oleh disebabkan keluarga Adelia mahu Adelia berkahwin, Luqman pun tahu tentang perihal tersebut, dia berhasrat untuk melamar Adelia. Adelia pula tidak mahu sebab dia tidak cinta kepada Luqman sebab Adelia masih mencintai lelaki lain (terlupa apa pula nama lelaki itu). Adalah syarat, janji dan tempoh semasa hendak melamar Adelia tetapi yang saya pasti, lelaki yang Adelia cintai itu tidak datang juga. Akhirnya, Adelia terpaksa menerima Luqman dan menjadi isterinya. Semasa mereka berdua ini menjadi suami isteri, Adelia memang benci dan sakit hati dengan Luqman. Kasihan Luqman. Akan tetapi penghujungnya, Adelia membalas cinta Luqman. Selain daripada kisah tentang Adelia dan Luqman, ada kisah tentang ibu dan adik kandung Luqman, kes pembunuhan yang melibatkan ayah angkat Luqman dan syarikat yang sekarang diwarisi Luqman.
Secara keseluruhan, buku ini tersangatlah bagus dan indah. Kalau saya nak baca lagi buku ini pun tidak masalah ini. Minta maaf kalau Bahasa Melayu saya ini pelik sebab sudah berkarat. Apa-apa pun, saya mencadangkan kamu semua untuk membaca buku ini!
Novel kedua dari penulis yang berjaya aku tamatkan dengan jayanya selepas Raudhah.. Best citer ni.. Ada lawak spontan, ada sedih spontan, ada geram memanjang.. haha..
p/s: Ada tak yang nangis baca kisah Luqman ni..? Ke, aku sorang je yang nangis..? Kesian kat Luqman tu.. Mujurlah dia bukan jenis buaya darat atau spesis mudah lupa daratan.. Adelia tu memang tak sedar dek untung sungguh.. hehh..
Karya RAM kali ni lebih kepada unsur kekeluargaan. Sedikit plot twist sebagai penambah rencah. Ya la, kan penulis thriller.
Geram dengan Adelia, intan depan mata, kaca juga jadi pilihan. Dah banyak kali dikecewakan oleh Hady tapi masih juga pilih Hady. Kesian Luqman. Bila dah terbuka pintu hati, padan muka. Luqman pula membawa diri. Sedih kisah hidup Luqman.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Cerita yang complete dengan aksi, limpahan emosi pelbagai. Rasanya ini trademark RAM, dia oandai mengaitkan watak dengan kisah, membuat semuanya jadi macam kebetulan, namun kita tahu sekarang, tiada kebetulan, semuanya takdir. Dalam kisah berunsur jenayah berat yang ditulis RAM, ada pembawa nafas cinta yang kasihnya terhadap orang yang dicintai begitu tulus dan mulus. Luqman lah pembawa watak itu. Jimmy, Subra dan Jay pula membawa watak gangster dan penjenayah kejam yang kebetulan lnya, mangsa-manngsa mereka punyai hubungan dengan Luqman, cerita mereka berkait tanpa disengajakan. Watak-watak yang mendatangkan girang pun ada (Hartini & alamak saya dah lupa pula nama watak sifu menebar roti canai Luqman tu). Watak Hady tu, dengan sikap yang begitu, straight away buat saya teringat kepada seoarng Ady yang pernah saya kenal, kerja kat International Office UKM, tapi dah tak boleh bayang muka dia. Saya suka Adelia seorang majikan yang bertimbang rasa, langsung tak boleh nak suka dia lagi selepas dia berkahwin, walaulun dia dah berubaj jati dan mula menunjukkan obsessiveness mencintai Luqman hanya selepas pengalaman buruknya diculik. Seperti febu berterbangan cinta setia dia oada Hady lenyap selepas tahu siapa Luqman sebenarnya?
novel ni mengisahkan kehidupan Luqman yang penuh misteri. kisah percintaan dalam novel ni juga unik. rasa RAM jarang cerita tentang cinta. tapi dalam novel ni banyak cinta. tapi bukan cinta yang manis yang sweet sgt macam kebanyakan novel cinta. lain sikit. kalau dah RAM mesti tak akan lari dari kisah pembunuhan dan misteri. nak tahu kenalah baca :). tapi rasa nak tahu jugak apa masalah si ex-bf Adelia tu. macam tak diulas plak.
Sebuah novel hasil tulisan penulis thriller terkenal di Malaysia,iaitu Ramlee Awang Murshid (RAM),yang pada hemat saya cukup unik dan lain daripada yang lain jika hendak dibandingkan dengan novel-novelnya yang lain. Pada pendapat saya,di dalam novel ini,RAM lebih menitikberatkan genre atau tema cinta. Namun begitu,RAM turut memuatkan unsur-unsur thriller dan aksi di dalam novel tersebut. Cuma,tema cinta agak lebih menyerlah. Satu Janji mengisahkan Luqman bin Abdullah,seorang anak yatim yang ditinggalkan di sebuah rumah kebajikan ketika masih bayi lagi. Nasib beliau baik kerana dijadikan anak angkat oleh Datuk Abdullah dan Datin Azizah. Malang sekali,kedua-duanya meninggal dunia. Lalu,Luqman terpaksa menempuhi hidup tanpa ibu-bapa dan menguruskan syarikat keluarganya. Kisah bermula apabila Luqman terpikat dengan Adelia,seorang pengurus restoran milik keluarga Adelia. Luqman berjanji untuk mengenali Adelia dan menjadikan Adelia isterinya. Selain itu,Luqman turut berjanji pada dirinya sendiri untuk menjejaki ibu-bapa kandungnya. Dia juga berjanji untuk mencari dalang sebenar yang bertanggungjawab membunuh Datuk Abdullah dengan kejam. Namun,usahanya untuk menepati janji-janjinya itu akan berhadapan dengan bermacam-macam halangan dan dugaan yang akan menguji kesabaran dan ketabahannya. Bagaimanakah caranya Luqman memikat Adelia? Adakah Adelia akan menjadi miliknya? Adakah Luqman akan berjaya menemui ibu-bapa kandungnya? Adakah Luqman akan berjaya mengharungi segala cabaran dan rintangan dalam menunaikan janji-janjinya? Dapatkan jawapannya dengan memiliki novel ini di pasaran sekarang. Walaupun Satu Janji agak menitikberatkan kisah cinta,tetapi,pada masa yang sama,RAM juga turut menyampaikan beberapa mesej dan isu di dalamnya. Antaranya adalah seperti masalah pelacuran,pengedaran dadah,nilai-nilai murni kekeluargaan,kebajikan anak-anak yatim dan sebagainya lagi. Isu-isu atau mesej-mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dilihat relevan dan sesuai untuk para pembaca menjadikannya sebagai iktibar di dalam kehidupan. Satu Janji merupakan sebuah novel yang amat berbaloi untuk dibaca dan dijadikan koleksi. Saya menyarankan orang ramai,terutamanya,para peminat novel Melayu untuk membaca novel ini.
Aku kembali baca buku ni selepas 13 tahun. Dulu pinjam kawan je, sekarang dah ada sendiri. Seriously, baca buku ni xleh benti, so sengaja baca lambat-lambat. Boleh ke macam tu? Tengok cover pun dah cukup cantik. Aku rasa ni bukanlah satu cerita thriller sangat seperti lain-lain karya RAM. Buku ni lebih pada penyiasatan & percintaan.
Ceritanya pasal Luqman ni suka pada Adelia. Sanggup berlakon jadi penebar roti canai, semata untuk mendekati Adelia. Orang kata, siapa cepat dia dapat. Luqman pun berkahwin dengan Adelia tanpa keinginan Adelia sendiri. Adelia ni watak dia lembut tapi lepas kawen terus jadi singa. Kawen tanpa rasa cinta.
Sehinggalah Adelua diculik oleh Jimmy & Subra selepas merompak bank & Adelia menjadi tebusan. Luqman datang membawa wang tebusan & bertukar pula jadi tebusan demi Adelia. Jimmy & Subra mati ditembak, manakala Luqman membawa diri ke Sabah. TIme dekat Sabah ni, memang sedih betul cerita dia. Segalanya berubah selepas kejadian tersebut. Manakala Khalid ditahan di Bukit Aman untuk membantu siasatan pembunuhan Datuk Abdullah.
Cerita & olahannya baik. Suka dengan cerita macam ni. Aku rasa, buku ni lebih fokus pada cinta Luqman & Adelia. Beberapa siri penyiasatan pun ada. Kalau siri tersebut lebih details, mungkin lagi sedap. Siasatan kes bunuh & pelacuran. Banyak juga klimaks cerita dia. Tapi memang padu. Plot & watak pun terbaik. Ape pun, novel ni adalah novel pertama aku kenal abg RAM & terus suka karyanya sampailah ke buku yang terbaru, Banja Manggala.
Kisah tentang Luqman, seorang pewaris lelaki tunggal yang mengejar cinta pemilik restoran. Pelbagai cara digunakan untuk memikat pemilik hatinya dan menjadikannya pasangan yang sah. Disarikan sedikit konflik cinta tiga segi dan perebutan harta dari sang pewaris.
Jalan ceritanya kedengaran klise namun santai, tidak keterlaluan dan tidak memualkan.
Watak Luqman idaman kebanyakan wanita tetapi bukan dimata wanita idamannya. Luqman digambarkan sebagai seorang yang berbudi pekerti, dermawan dan merendah diri, pendek kata serba serbi sempurna, ah klise... (Terbayang2 pula kalau wujud didunia nyata. Angan-angan tak salahkan...) Tak berapa berkenan dengan watak utama perempuan, agak tak logik pemikirannya, kononnya tak berkenan kat Luqman kerana masih berharap pada kekasih chipsmorenya yang suka main tarik-tali. Kalau dah lelaki sempurna didepan mata, rembat sajalah, mana mau cari lagi...
Ni ialah antara buku terawal RAM. For me, it is basically a love story la. Not much of action thriller. .
Cerita tentang Luqman yang ingin mencari siapa pembunuh ayah angkatnya, mencari keluarga kandungnya. Pada masa yang sama, mendapatkan cinta Adelia. .
Permulaan cerita, aku excited sebab banyak watak yang muncul. Jadi curious apa kema mengena dorang semua ni. Ada la aku main teka je. hahah..confirm salah la. .
Pertengahan cerita, graf bacaan aku mendatar je. Sebab lebih kepada hubungan Luqman dan Adelia yang tidak berkesudahan ni. .
Bila dah nak habis, baru rasa best balik. Sebab kesemua point tadi dah bercantum. kau dah tahu apa hubungan mereka semua. Well, kalau buku RAM takde twist, memang tak sah la.
Finished this in on sitting night ⭐️⭐️⭐️ 💯💯💯 best nyahhhh. Kesian jugak dkt Si Luqman. Yang Adelia tu pulak waduhh butaaaaaa sakit je hati. Nasib baiklah happy ending ❤️❤️ Jalan cerita memang best, feel mcm tgk movie sungguh
Permulaan cerita memang best. Ingatkn berfocus kpd bagaimana seorang anak mencari pembunuh bapanya. Rupa2nya banyak mengetengahkan bagaimana untuk menggoda perempuan yg tidak mencintainya.
Sejujurnya sy letak harapan tinggi utk buku ni kerana penulisnya adalah antara penulis yang sy sukai. Tapi mungkin buku ini diterbit sewaktu beliau belum ada banyak pengalaman menulis.
Bila cerita mengenai roti canai, serious buat perut lapar. Tambah2 tgh bulan puasa kan. Comel jer dia buat roti canai tp jawatan dia dlm company adalah yg paling tinggi.
Ceritanya juga seperti tarik tali. Cuba sedaya upaya untuk dapat cinta si dia. Tp bila dh dapat merajuk sampai ke seberang laut plk. Hahaha mungkin terasa melampau.
Watak dalam cerita ni seperti cerita drama korea pulak kerana terlampau banyak kebetulan. Tiba2 orang yg selalu jumpa adalah orang yang ada hubungan dengan kita. Dah mcm sinetron pun ada. Jika dibuat film mesti banyak zoom in zoom out.
Tapi seperti biasa penulisan RAM buatkn susah nk letak buku. Asyik sangat dengan pengayatannya.
Best! Jumpa kat buku-buku lama ibu lepastu nmpk mcm menarik jd terus baca. Dan betul, memang menarik pon. Cerita ni ada banyak pov tp still xcuri spotlight watak utama. Luqman dengan Adelia ni sama. Hardworking, pandai, baik tp kadang ii annoying juga hahaha. Luqman yg nk juga kahwin walaupun dh terang ii Adelia tu xnk dgn Adelia yg benci sgt dgn Luqman. Tp yelah xde yg sempurna kan, Luqman end up jd suami yg sweet, penyabar dan Adelia own up kesalahan dia dan jd isteri solehah. Nicelah lovestory diorg. And buku ni bukan fokus romance je ada balance dgn action,mystery juga. Suka, sbb skrg ni asyik ii cerita pasal mafia je, bosan dh hhahaha. Td ckp ada multiple pov kan, ada pov polis, penjenayah, ngan mangsa sekali. Excited bila tengok mcm mna story semua org berkait and finally solved the mystery. Nice crime story juga. Seronok bila baca buku ni, salah satu buku fiksyen melayu fav. Okaylh, terima kasih.
To be honest, bagi saya buku ni SANGAT BEST! dengan kisah yang diceritakan mengenai Luqman.
LUQMAN. Satu nama yang boleh memberikan inspirasi bukan sahaja khusus kepada seseorang yang bergelar pemuda malah juga boleh djadikan sandaran sebagai seorang hamba Allah yang sentiasa sabar dan tabah menghadapi segala musibah meskipun banyak pancaroba yang dilaluinya.
The best review is, saya nangis bila baca buku ni. Ketahuilah ya, bila sebuah buku berjaya menghasilkan air mata ni keluar, a big claps is special for you, dear writer! Dengan penceritaan Luqman yg setiap kali dtimpa musibah namun tetap menjadikan iman sebagai asas kepada permasalahan. Tiada keluh kesah yang diungkapkan, tiada cacian dkeluarkan.
Adelia. This woman sangat mencabar keimanan saya yaa, kalaulah saya adelia, hmmm dah lama saya bersyukur dtakdirkan suami yg baik dan mulia sperti Luqman. Wahai Adelia Mustapha, takdirmu sangat baik dijodohkan dgn lelaki kuat sperti Luqman.
Finally, saya sangatt RECOMMEND untuk baca buku ni! Sarat dgn pengajaran, saspens, jalan penceritaan yang kemas tersusun dan tidak bersimpang siur pengolahannya. Shout out to the writer, RAM, such a great masterpiece that you produce, dan saya akan jadi pembaca setia untuk semua novel RAM! Misi mengumpul novel Ramlee Awang Murshid!!
☀️ PLEASE READ THIS NOVEL OKAY! I really recommend it!
Cerita berkisar seorang anak muda Luqman yang melalui ranjau hidup yang berliku-liku. Perjalanan hidup dari kecil membawa ke dewasa dengan dimensi cerita liku yang pelbagai menjadikan hidup Luqman sangat tragis. Pembunuhan ayah menyebabkan Luqman menjadi seorang yang pendendam.
Terpisah dengan keluarga kandung, menjadikan Luqman seorang yang tercari-cari identiti dan kekuatan diri. Luqman berusaha menjejak dan mencari keluarga kandung yang lama terpisah darinya.
Dibadai cinta dengan pertemuan bersama Adelia, menjadikan Luqman seorang dewasa yang penasaran dalam merungkai dan memenuhi janji-janjinya.
Cerita ni agak membosankan actually sbb macam cerita biasa je.. First first tu memang lah rasa syok tapi bila dah sampai tengah, dah start bosan.. Saya baca pun yang mak sedara punya so nampaklah yang buku ni dah lama gilerr
Overall,buku ni to me agak membosankan. Setakat ni, yang ni je lah buku RAM yg saya x berapa nk suka
Cerita awalnya santai sahaja. Pembinaan karekter di setiap plot sangat sederhana, tidak terlalu laku dan tidak terlalu lambat.
Semua persoalan terjawab di hujung cerita dan beberapa plot twist yang menarik. Secara keseluruhan, novel yang santai dan dapat dihabiskan dengan segera. Novel ini rasa ringan berbanding genre thriller yang berat.
Ditulis 16 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2002 dan buku yang aku pegang ni merupakan cetakan ke 11. Teringat kata-kata pensyarah “Literary Criticism” tahun lepas, kalau buku itu ulang cetak berkali-kali, memang hebatlah karya itu ramai orang beli asyik kena cetak je.
Satu Janji memaparkan kisah jenayah iaitu pengedaran dadah, pembunuhan, khianat, pelacuran dan beberapa lagi kes yang mungkin aku terlepas pandang. Sewaktu membaca, seolah-oleh tengah menonton siri Gerak Khas di RTM yang popular masa awal 2000. Terdapat juga kisah cinta antara usahawati Adelia yang mengurus restoran makanan dan usahawan Luqman yang juga merupakan anak angkat yang kematian ibu bapa angkatnya. Antara topik lain dimuatkan ialah pengangguran graduan ijazah, kepentingan pendidikan terhadap kaum wanita, tanggungjawab anak terhadap ibu bapa yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.
Pada permulaan pembacaan, ada beberapa cerita berbeza iaitu kisah Laila mangsa perhambaan wanita yang dipaksa menjadi pelacur, kisah Adelia-Luqman dan kisah Mak Cik Junah. Tertanya juga apa kaitan cerita Laila dan Adelia-Luqman sebab dua cerita tu macam tak berkait. Dalam pertengahan buku, barulah pengarang disatukan cebisan puzzle. Pengarang Ramlee Awang Murshid turut menggunakan teknik sama dalam novel “9 Nyawa”. Beliau suka meletakkan cerita berbeza pada awal waktu dan disatukan dipertengahan cerita.
Berkisarkan tentang kisah cinta Luqman. Cinta Luqman kepada Adelia dianggap racun oleh Adelia sendiri. Hingga membutakan matanya melihat segala kebaikan dan pengorbanan Luqman. Yang kelihatan di mata Adelia cuma sebuah penipuan.
Luqman seorang CEO muda yang sanggup menyamar menjadi orang susah demi menambat hati Adelia. Lelaki yang baik dan seorang yang menepati janji.
Adelia seorang pengusaha kedai makan milik keluarganya. Mempunyai kekasih hati namun sang kekasih tak berusaha mengikat janji. Seorang yang keras hati. Keras hati dia buat SH rasa geram je.
RAM memang pandai dalam membuat konflik dalam setiap novelnya. Konflik tersusun rapi dalam novel ni. Ada sahaja masalah yang mendatang.
Janji haruslah ditetapi walaupun janji pada diri sendiri. Itulah yang dilakukan oleh Luqman. Sedaya upaya mengotakan apa yang telah dijanjikan.
Di samping elemen cinta dan hati RAM juga tak lupa memasukkan elemen thriller dalam novel ini. Pergaduhan dan pembunuhan turut berlaku. Ada babak babak kelakar yang mampu mengundang gelak semasa membaca. Ada jugak adegan sweet yang membuat SH senyum sendiri. Adegan sedih juga turut terselit. Kira lengkap pelbagai emosi dalam satu novel.
buku ram yg ni beza drpd buku thriller dia yg len...cos kisah dlm buku ni byk terapkn nilai cinta n kekeluargaan..kisah aksi n thriller die ada tp xseberat mana la... buku ni mengisahkan bagaimana luqman hendak melaksanakan janji2 yg telah dibuat setelah datuk abdullah meninggal dibunuh.. pelbagai rintangan yg perlu ditempuh oleh luqman..
secara overall..buku ni bagus tuk dibaca wlupun kisah die x terlalu berat sgt..
aku rasa yang tak minat novel ni peminat yang terlalu meletakan ekspektasi yang tinggi terhadap RAM kerana novel beliau yang selalunya berunsurkan thriller.
tapi bagi aku yang memang ulat buku, macam-macam buku dari pelbagai penulis dah aku baca, novel ni bagi aku boleh je layan, seronok je baca, satu-satunya novel romantik daripada karya RAM yang pernah aku baca.