Jump to ratings and reviews
Rate this book

BADI

Rate this book
Gara-gara sebuah job menggali kubur, hidup Pak Harun dan Mak Jemah menjadi huru-hara.
Bermula dari Pak Harun yang diserang demam tinggi dan meracau-racau, sehinggalah kehadiran Ustaz Amirul yang cuba merawat orang tua itu yang dikatakan terkena badi mayat.
Kata Ustaz Amirul, hanya Bomoh Karir yang boleh membantu Pak Harun. Tetapi tanpa pasangan suami isteri itu sedar, ada sesuatu yang sedang mengintai mereka.

312 pages, Paperback

First published August 30, 2024

3 people are currently reading
26 people want to read

About the author

Hafizuddin Ghazali

13 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (10%)
4 stars
24 (42%)
3 stars
19 (33%)
2 stars
8 (14%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Faiz.
47 reviews2 followers
September 7, 2024
- ada part yang betul-betul kelakar. ada part yang macam try hard to be funny.
- pak harun and mak jemah (and basically semua orang tua dalam ni) dont sound old. atleast for me la. maybe untuk hidupkan suasana komedi tu kot? idk.
- ceritanya simple je. tapi banyak sangat benda lawak (or tak lawak sangat pun) berlaku so cerita jadi meleret sikit. punchline after punchline. at one point, kita rasa macam " boleh rilek sikit kot?" but again, maybe its part of writing comedy story that i dont know.
- if korang suka Toyol, Dihantu, Ular, to name a few, you'll love BADI.

- maybe kalau nak tulis novel komedi ni, boleh refer novel Kiub kot.
Profile Image for lysareading.
307 reviews42 followers
January 22, 2025
Sumpah terhibur weh baca buku ni 🤣🖐🏼 I baru habis baca and terus update. Part kelakar tu tak relaks tau bertubi-tubi sampai aku yang penat memikirkan kisah orang tua yg terkena badi ni! Org lain yg terkena, org lain yg kalut 😭

Proper review coming soon 🙌🏼
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
October 9, 2024
5 ⭐️ saya bagi and I told you “THIS NOVEL DESERVED TO BE A WINNER OF SAYEMBARA FIXI” last year 🔊 (macam over pulak shout out begini) 🤣

Lembaran demi lembaran diselak cukup membuatkan kita ‘hook’ (bak kata omputih) dengan jalan ceritanya. Ada part kelakar, memang kelakar habis. Saya boleh gelak sampai keluar air mata dan ulang lagi baca part yang sama 2-3 kali. Entahla taktahu kenapa, sebab part yang kelakar ni macam bersahaja dan tak try hard.

Badi ni berkaitan kisah pasangan suami isteri Pak Harun dan Mak Jemah yang dapat job gali kubur. Bahagian cerita gali kubur saja pun dah macam-macam wayang yang suami isteri ni hadap. Masing-masing penakut, tapi sweet teruks 🥹 masa tengah menggali, Pak Harun tergali kubur sebelah iaitu Nek Biah. Dari sinilah berlakunya satu per satu perkara yang tak diingini di mana Pak Harun secara tak sengaja terambil tangan mayat Nek Biah ni. Tapi, Pak Harun dah letak kembali pada tempat asalnya, dan tanam semula. Entah macam mana, badi mayat Nek Biah menghantui Pak Harun dan mengatakan yang Pak Harun ambil tangannya, bahkan tangan Pak Harun akan menjadi galang gantinya.

Tak cukup dengan suami isteri yang kelakar ni, ditambah pula watak Musalmah yakni jiran mereka. Meskipun dah tua tapi cukup buatkan kita geli hati dengan watak ‘putus wayar otak’ acik Musalmah ni. Orangnya bersahaja. Dalam kelakar dia, ada seriusnya tapi serius yang tak menampakkan yang dia ni seorang yang betul2 peduli. Seperkara lagi, Musalmah ni seakan-akan diberi petunjuk untuk merawat Pak Harun. Dengan petunjuk dari mimpi itulah, Musalmah bawa Mak Jemah berjumpa Bomoh Karir. Bahagian bomoh ni satu-satunya plot yang saya suka (kelakar nak mamss 😆)

Kalau nak tahu, endingnya macam mana samada Pak Harun dapat diubati atau tidak… wajib baca buku ni. Abaikan tanda ‘bacaan matang’ sebab tak ada apa yang menjurus kepada bacaan matang tu sendiri. Saya sendiri rasakan novel ni utk bacaan umum. Tak ada 18sx, tak ada kata kesat mahupun kasar, tak ada adegan melampaui batas mcm gaduh, bunuh, dll. Semua tu tak ada. Ia bacaan santai. Tapi, tak pasti kalau ada bab yang ada sedikit triggered factor utk sesetengah orang tapi tidak ada bagi saya.

Sekian review ikhlas bukan berbayar 😂
Profile Image for Brown Guy Reads.
64 reviews1 follower
October 10, 2024
This story felt refreshingly original. Based on the title, I initially expected a horror novel, but things took a hilarious turn just a few pages in. The first scene had me laughing out loud, and even now, just thinking about it makes me chuckle. The humor was truly the highlight of the book, making the whole experience so much fun.

As for the plot, while it wasn’t the most groundbreaking or jaw-dropping, it was solid enough to keep the story going. What really stood out was the humor—it outshined everything else. The chemistry between the characters and the funny situations they found themselves in made the novel a delight to read. Each chapter delivered a fresh dose of comedy, and I enjoyed every minute of it.

Pak Harun and Mak Jemah’s characters stayed with me the entire time. They were so adorable and charming, adding a lot of warmth to the story. Musalmah, as a supporting character, was brilliantly crafted—her comedic timing was perfect, and she brought a ton of laughs to the narrative.

The other supporting characters also played their part well, ensuring the story flowed smoothly.
I’d definitely recommend giving this book a try, but with a reminder that comedy is subjective. Whether or not the humor clicks with you is a personal thing, but if it does, you’re in for a real treat. Highly recommended!
Profile Image for hans.
1,156 reviews152 followers
December 19, 2025
Plot misteri, seram dan humor tentang hidup seorang penggali kubur, Pak Harun dan isterinya, Mak Jemah yang jadi huru-hara bila Pak Harun ‘kena kacau’ sewaktu kerja menggali kubur pada satu tengah malam. Naratif yang penuh elemen mistik, hal lucu dan serba kalut dengan kerenah Pak Harun dan Mak Jemah yang penakut bila gangguan-gangguan yang dikatakan berpunca dari kes terkena badi mayat menular ke hal penampakan hantu sehingga mereka perlu cari seorang bomoh untuk ubatkan Pak Harun.

Suka karakter Musalmah dan hal persahabatan dia dengan Mak Jemah. Adegan seramnya tak terlalu menakutkan bagi aku dan hal misteri juga gangguannya pun semacam berulang dengan babak-babak yang distruktur pendek dalam formula saspens dan intens yang sama. Ada bahagian yang menghiburkan, ada yang meleret. Lama nak tunggu twist di akhir cerita dan rasa kasihan pulak dengan Pak Harun lepas tahu cerita sebenar. 3.5/5*
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
April 17, 2025
Ceritanya slow sikit. Lebih kepada komedi drpd horror. Lawak merapu bersama Musalmah
Profile Image for Adawiyah  Yusoff .
54 reviews1 follower
January 17, 2025
Tajuk: Badi
Penulis: Hafizuddin Ghazali
Penerbit: Fixi

Aku dah habis baca! Ya Allah, punyalah aku elak tengok buku ni bila anak solehah bawa ke hulu ke hilir, minta dibacakan. Sekali, bila dah baca, terbahak-bahak ya. Sampaikan bila aku cerita pada suami, dia pun tergelak. Anak aku yang empat tahun tu pun gelak, entah sebab faham ke sebab tengok ibu ayah dia gelak. Baca tengah-tengah malam, dah macam aku pula si Farah atau Nek Biah. Beria je aku takut-takut nak baca haritu.

Babak awal di warung Mastura je dah buat aku mengekek. Rupanya bila watak-watak utama hadir, lagilah geli hati. Memang banyak ketawa dari seram. Seram tu adalah juga, sebenarnya pada aku, lebih kepada geli. Watak kegemaran aku ialah Musalmah, aku bayangkan dia dalam lingkungan umur 30-40an, bersahaja, masuk air sikit. Mula-mula aku syak Musalmah ni yang sesuatu.

Cuma, aku kerap kali kena ingatkan diri, yang Mak Jemah dan Pak Harun tu, baya ibu ayah kita je, sebab ada dialog dan perbuatan rasa macam tak sesuai umur pula, tapi bila akau bayangkan kalau Mak Jemah tu dilakonkan Fazlina Ahmad Daud, boleh je jadi dia punya manja-manja tu. Aku yang muda ni baca mereka asyik terjatuh, aku pula yang rasa sakit. Begitu juga dengan sesetengah babak jump scare, kalau dalam filem mungkin lebih feel, tapi dalam buku lama-lama dah boleh agak apa jadi seterusnya.

Ada beberapa pengajaran yang aku dapat:
1. Tak ramai nak buat kerja-kerja mengali kubur. Bayangkan lah kalau harap orang lama saja, bila mereka sakit, kelam kabut juga.
2. Babak dalam kubur, terutama ketika Pak Harun ditimbus tanah, buat aku rasa insaf, dalam kubur nanti kita seorang saja. Macam tu agaknya nanti kita lihat orang-orang menanam kita.
3. Jangan pandang rendah pada seseorang, orang yang nampak biasa-biasa, mungkin sebenarnya lebih hebat dari kita
4. Hutang jangan lupa bayar, syarat mati bukan tua.

Ditiga perempat bacaan, aku mula rasa bosan, tapi perasaan tu lekas hilang, dialog lucu dan kisah silam Musalmah buat aku tertarik semula. Buku ni ada amaran, untuk pembaca matang. Aku rasa mungkin sebab ada babak darah menitis, ulat, atau kain tercabut. Selebihnya, biasa saja. Oh, ini juga buku pertama Fixi dan penulis yang aku baca. Overall, bacaan yang menyeronokkan. Aku taknak spoil plot, kalau nak tahu, kena baca sendiri. Memang sesuai untuk bacaan santai, kalau rasa nak rehat sikit otak lepas baca buku yang “berat”, sangat sesuai.

Aku bagi 5 Ha. Eh, 5 ⭐️

#Badi #illbeereading
Profile Image for Hamidah Effendi.
349 reviews3 followers
September 21, 2025
Badi – Hafizuddin Ghazali

Memang kelakar habis cerita ini! Dari awal lagi sudah menumpukan kepada dua watak utama, Pak Harun dan Mak Jemah. Kisah bermula dengan satu kematian di kampung, di mana jenazah perlu dikebumikan malam itu juga. Disebabkan tiada tenaga kerja, Pak Harun terpaksa meminta isterinya menemaninya di kawasan kuburan.

Namun, sesuatu berlaku di tanah perkuburan itu—ada yang mengekor, ada yang menuntut. Sejak itu, bermulalah gangguan dalam kehidupan suami isteri ini. Mujurlah mereka turut “dibantu” oleh watak Musalmah. Watak ni memang sengal betul, tapi aksi dia bersama pasangan ini sangat menghiburkan!

📌 Mood cerita:
Humor: 80%
Kekeluargaan + jiran: 70%
Sihir: 50%
Seram: 20%

Antara babak yang paling saya tak boleh lupa ialah ketika Musalmah muncul tiba-tiba dan menyakat habis-habisan pasangan ini, terutama Mak Jemah. Memang pecah perut ketawa! Jalan ceritanya ada vibe Zombie Kampung Pisang—banyak lawak daripada seram. 🤣

Walaupun plot twist hanya ada satu, tetapi kisah gangguan yang dialami mereka tetap sangat menghiburkan dari awal sampai habis
Profile Image for Izzatimare.
78 reviews1 follower
October 5, 2024
Dia macam berbelah bg nak bagi 3.5 ke 4. Tapi sebab ada part yg aku gelak terbahak2, fine, aku bg 4. Hahah

Kisah tentang perjuangan Mak Jemah yang cari penawar untuk Pak Harun yang terkena badi Nek Biah. Yelah, bukan senang kalau dah terkena badi. Bila baca cerita Pak Harun ni, kesian rasanya.

Plot kisah Badi ni bg aku bagus. Tak banyak sangat persoalan yg diutarakan dan kita pun takde la ternanti-nanti sampai habis cerita. Senang cerita, smooth jalan cerita tu. Kita takde la kena fikir sampai jauh nak fahamkan cerita ni. Santai-santai je baca.

Memang ada part yg korang akan terkekek-kekek gelak sebab memang penulis tulis sedetail boleh yang buatkan ko terbayang scene tu depan mata. Tapi ada part tu macam terlalu meleweh sampai rasa sudah-sudahla gaduh tu. Tak kelakar pun. Part serious bermula bila dah sampai beberapa bab akhir.

Keseluruhannya saya puas hati dengan naskhah yg santai ni. Boleh buat kita hilang stress.
Profile Image for Edi Rozaidi.
123 reviews
November 25, 2024
Novel ini agak laju juga bila dibaca. Plot cerita tak panjang, tapi sebabkan dalam satu situasi, memang lama juga penceritaan dan diselang-seli lawaknya.

Novel ini seramnya sikit tapi lawak nya agak banyak, kira dalam hampir 70-80%

lawak suami isteri Pak Harun dan Mak Jemah ketika nak korek kubur dan Mak Jemah bersama Mulsamah.

Aku paling berdekah masa part Mak Jemah dan Musalmah jumpa bomoh. Boleh pulak si Mulsamah ni menjawab dengan bomoh dan aku gelak sampai keluar air mata part ini. Salah satu mereka gaduh pasal kain kuning.

Tapi part yang lain lawaknya kategori boleh faham mungkin sebab premis di kampung. Mulanya dah agak Mulsamah ini watak lain macam, macam akan ada plot twist di hujungnya. Rupanya memang ada tapi tak seperti yang dijangka.

Novel ini bacaan yang seronok dan sekejap dapat habiskan bacaan sampai habis. Cuma jika nak buat sambungan, cadangan adalah buat plot yang banyak dan adventure mak jemah bersama mulsamah serta pak harun. Haha.
Profile Image for NikZah.
19 reviews
August 25, 2025
Mula-mula ingat buku ni kisah seram tapi bila tengok banyak review buku ni lebih kepada seram-komedi maka cubalah baca. Buku ni memang agak kelakar. Bermula dengan Pak Harun yang menggali kubur Daus tapi tergali pula kubur Mek Biah kemudian Pak Harun terkena badi mayat. Mak Jemah bersama Musalmah cuba mencari penawar untuk mengubati Pak Harun yang mula demam dan dikacau oleh jelmaan Nek Biah.

Ada juga part yang agak lewah contohnya waktu cicak melompat pada badan Mak Jemah membuatkan keadaan jadi huru hara.

Watak Mak Jemah dan Musalmah bertemu Bomoh Karir juga agak lucu memandangkan waktu itu Musalmah masih tak kenal siapa sebenarnya Bomoh Karir.(kalau dia kenal awal pasti tak lucu macam tu)


Mesejnya sampai dan masih ada pengajaran yang boleh diambil oleh pembaca. Tahniah kepada penulis menjadi pemenang sayembara Fixi.
102 reviews2 followers
August 1, 2025
Pak Harun merupakan seorang penggali kubur. Suatu malam, dia terpaksa menggali kubur sendirian kerana rakan sekerjanya berada si luar kawasan. Di sebabkan dia seorang yang penakut, dia telah mengajak isterinya untuk menemaninya. Pelbagai peristiwa betlaku semasa proses penggalian berlaku.

Pak Harun disyaki terkena badi mayat apabila dia jatuh sakit. Mak Jemah, isteri kepada Pak Harun melakukan pelbagai ikhtiar untuk memulihkan suaminya.

Musalmah, jiran Pak Harun dan Mak Jemah sentiasa ada di kala mereka memerlukan bantuan. Sikap Musalmah yang sengal- sengal ubi banyak menghiburkan mereka berdua tanpa mereka ketahui siapa sebenarnya
Profile Image for nurrou.
84 reviews1 follower
January 19, 2025
Baru jer habis alhamdulillah

Genre : komedi, seram, slice of life
Ratio : 90% komedi : 10% seram

Buku ni feels like slice of life plus komedi
Langsung takde seram
Tapi kelakar ah juga most of it
Cuma kalau kau baca ni untuk mendapatkan keseraman, minta maaflah, seramnya cam tawar.

Bagi 3.5⭐ sebab asyik on and off baca buku ni. Rasa ringan beban bila dapat habiskan. Tu pun speedrun membaca sebenarnya.

Author ni sesuai buat cerita komedi. Ada banyak lawak dalam buku ni. Dia ada feels feels baca buku Roh Rumah Sewa oleh Naim Tamjdis.
1 review
May 7, 2025
First time baca novel seram komedi 😂

Terhibur betul aku. Especially scene mak jemah dgn musalmah kat rumah bomoh tu. Aku gelak bersungguh betul ya macam tengok movie 😂

Ada unexpected twist kat hujung cerita. Tak sangka musalmah tu begitu. Cumanya lepas 70% dari jalan cerita dia jadi macam mendatar sikit. Stuck lama kat scene mak jemah dgn pak harun dalam rumah. Overall, menghiburkan and nak cepat2 habis baca 👍🏼
Profile Image for Lil red reading book.
158 reviews
September 12, 2025
Akhirnya berjaya juga R menghabiskan buku ni.
Konsep seran komedi yang menarik perhatian untuk membaca naskah ini. Namun, apabila dibaca, babak lawak yang betul betul buat R terhibur itu sangat sangat kurang.

Mostly adalah babak yang R rasa tertanya-tanya kenapa karakter ini tidak seperti warga tua yang sedang menghadapi kesukaran.
Agak kecewa kerana R mempunyai high expectation terhadap karya ini..tapiiiii 💔
Profile Image for Izz Rais.
26 reviews
May 6, 2025
NGL i have high expectations on this novel. Baca review mostly kata best dan lawak.

Bila baca, terlampau banyak plot plot yang berulang. Lawak pun agak dapat diteka. Dari awal cerita sampai ke suku sedikit menarik lah. Tapi side character terlampau annoying. Dan terlalu banyak plot yang dapat diteka, antara hantu atau Musalmah.
Profile Image for Nana Diyana.
3 reviews1 follower
June 24, 2025
Tajuk mcm cerita seram , tapi tidak .awal2 muka surat dh buat org gelak sorang2 mcm tgk drama komedi kt tv . Kelakar dan seronok untuk dibaca , hilang sekejap rasa masalh dunia 👏🏻

bnyk adegan antara Mak jemah dan Pak Harun yg mcm meleret .Kalau penulis mengembang kn lagi watak watak lain mungkin sy bg 5⭐️😆

Profile Image for sebijinanas.
49 reviews6 followers
December 22, 2024
istg buku ni funny sangat, hshshsh im afraid this is my sense lf humor HAHAHAHA, geram la part mak jemah dgn si mah tu. lawak habis. storyline pon light ii je senang faham and tak drag sangat. so far best la buku ni.
Profile Image for Natasha Shakila.
57 reviews
May 5, 2025
Buku ni best untuk dibaca bila kita dah lama ada reading slump. Jalan cerita yang kelakar, bersahaja tapi masih menyampai kan jalan cerita hantu tu. Gangguan dia lebih kepada kelakar daripada seram. Bg 4 bintang sebab enjoy sangat baca buku ni 😂
Profile Image for Yuna.
11 reviews
August 17, 2025
can't bring myself to finish this☹️ Idk but I just can't! I try to finish it but meh😅 Sebab jalan cerita for me is kinda slow.. comedy pun macam terlalu di paksakan.

I'll update If I want to🤷🏻‍♀️

sorry.
Profile Image for Nabilah.
29 reviews
November 13, 2024
settle this book within 3 days. funny asf. cuma takda storyline sangat hahaha banyak duk ulang benda sama tapi still rasa kelakor nak mampos
Profile Image for Rin&Page.
10 reviews
June 17, 2025
*** 3.5 ⭐️ ****

terhibur dengan watak mulsamah dan mak jemah😂 macam² ragam dua orang ni.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
November 5, 2025
Seramnya bukan sekadar pada hantu yang menjelma, tapi pada rahsia yang tak pernah reda. BADI buat jantung berdegup perlahan, tapi menyakitkan..
28 reviews1 follower
December 15, 2024
untuk 50 pages pertama, memang enjoy dan terbahak-bahak. Tapi lepas tu start rasa bosan +meleret + lawak hambar (maafkan saya.huhu)
ceritanya simple aje. masih boleh dilayan.
antara karya fixi yang masih 'bersih'.
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.