Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hilang #1

Hilang

Rate this book
Blurb

Sebaik saja dia sedar dari koma, dia dikejutkan dengan sesuatu yang tak masuk akal. Yang dia ingat hanyalah kenangannya di waktu kecil sehingga dia berusia 17 tahun.

“I'm your husband.”- Nadim Eijaz

“Aku memang tak ingat siapa dia. Nak tinggal serumah dengan dia pun aku takut. Aku tak nak jadi isteri dia.”- Aira Nadira

Gila!

Sedar-sedar, dia sudah berusia 27 tahun. Nak tak nak, dia perlu terima statusnya sebagai isteri kepada lelaki berwajah dingin. Sikap kasar lelaki itu membuatkan dia keliru. Ditambah pula dengan layanan buruk yang diterima dari adik iparnya membuatkan dia tertanya-tanya tentang punca gadis itu membencinya.

“Tak cukup kau paksa along kahwin dengan kau, kau buat rumah ni macam harta kau sendiri. Biadap dengan semua orang dalam rumah ni. Paling aku benci, kau kikis duit along aku.”- Nurul

Aira tak mampu terima kenyataan itu. Lantas perpisahan diminta agar dia dapat menamatkan penderitaan Eijaz memperisterikan dia.

“Aku tak akan lepaskan kau. Selagi kau tak ingat, kau akan terus tinggal di sini. Anggap itu satu hukuman atas kesalahan yang kau buat dulu.”- Nadim Eijaz

Aira semakin tertekan. Satu demi satu perkara terbongkar menyebabkan dia semakin takut untuk mengenali Aira yang sekarang.

“Kalau saya diberi pilihan, saya lebih rela tidur untuk selama-lamanya. Apa yang berlaku dalam hidup saya sekarang, satu mimpi ngeri, tuan.”- Aira Nadira

“Mimpi ngeri? Aku dah lama alami semua ni sejak kau masuk dalam hidup aku. Dan sekarang... aku akan pastikan kau menyesal atas pilihan yang kau buat dulu.”- Nadim Eijaz

Apakah yang berlaku terhadap Aira dalam tempoh 10 tahun yang hilang? Dan adakah benar Nadim Eijaz mahu menghukum Aira seumur hidup atas khilaf yang lalu?

429 pages, Paperback

First published June 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Mia Azwari

86 books449 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
406 (65%)
4 stars
154 (24%)
3 stars
31 (5%)
2 stars
12 (1%)
1 star
16 (2%)
Displaying 1 - 30 of 76 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,316 reviews243 followers
February 10, 2025
No wonder my sister suka karya Hilang. Best, fast-paced sampai F tak sedar dah nak habis baca.

Lunch pun skipped sebab leka baca. Perut automatic rasa kenyang.

Kisah dimulakan dengan Aira hilang ingatan. Aira yang polos.. aira yang pandai masak masakan kampung.. aira yang polite dan lemah lembut.. semua orang suka dengan perubahan Aira yang jadi diri asal semula.

Aira pun tertanya² camne sikap dia dulu. Hubungan dia dengan Eijaz bertambah baik. Dia ingat semula pun selepas Hannah jumpa Aira. Aira terus terang dengan Eijaz padahal Eijaz dah tahu kebenaran.

Nanti ada flashback apa yang berlaku sebenarnya... time ni sedih. Of course la F nangis²



Aira yang nak balas dendam terhadap pembunuh TokWan. Merayu² Aira tapi sebab pangkat Dato dan berduit membuatkan Hannah terlepas dari hukuman. Lantaran Ajis jugak terima rasuah dari ayah Hannah.

Aira nekad nak rampas orang kesayangan Hannah. Bertahun² Aira follow Hannah akhirnya Aira teruskan misinya. Kawan baik Aira, Teah advise Aira jangan teruskan tapi Aira ignored.



Aira perangkap Eijaz masuk dalam bilik dan letak something dalam minuman Eijaz. Bila Eijaz dah pengsan Aira jalankan misi dia.

Tak sangka pulak scene tu jadi hebat bila ada pelayan nampak Eijaz masuk bilik dia. So terjadi incident putus-tunang.

Aira senyum sinis. Eijaz taknak kahwin tapi Aira ugut dia macam². Watak nakal Aira ni buat F tergelak² sebab ada jela scene yang nakal



Still after dengar pengakuan Aira, Eijaz tetap sayang Aira. Dia takda niat pun nak ceraikan Aira. In fact before Aira accident sampai miscarriage, Eijaz dah mula sayang kat Aira



Bacalah karya ini before jadi drama. Nanti dah jadi drama, adalah tambahan penyedap cerita 🤭

Watak Nurul agak menjengkelkan. Cuma F pelik, ending takda pun cerita Nurul minta maaf ke.. habis begitu sahaja.
Profile Image for Amal Lee.
282 reviews36 followers
August 6, 2025
3.6 ⭐️

Another hype books yang I baca tapi kalini diterima oleh akal fikiran & hatiku (even agak berperang sikit). Dan, I baca time ni sikit pun tak kisah kalau terbayang jap muka pelakon tu hmmm hahaha sebab I pun tengok video dekat tiktok pahtuu senyum sensorang :D


1) Fast paced yeeee plotnya. Dok dang merasee mende mende pungpangpunpang dah habis.

2) I okay saja dengan plotnya. Cuma bila dah fast paced ni takdan nak menjiwai terus dah bergerak ke lain.

3) I agak kurang nak rasa kenapa Eijaz boleh cepat jatuh cinterr dengan Aira? Lepastu Aira dah goda sikit terus….. Bukan ke kalau dh kena perangkap macam tu Ya Allah ya robbi sakitnya hati. Dengan fitnahnya lagi.

4) Menyakitkan hati betul ya watak Aira masa jadi Dira tu (menjadi ehh penulis buat kita bencikan Aira tapi lepastu kesian balik). Dengan tak sedor dirinyaa. Eijaz pula I tak boleh nak marah sangat bila dia dengan ego taknak mengaku sayang Aira sebab macam faham kenapa macam tu.

5) I tak puas hati sikitlahhh kenapa bila watak utama perempuan ni ada buat salah, senang betul jalan penyelesaian. Memaafkan itu amalan mulia okay I tahu tapiii dah berdendam dengan orang lain tapi orang lain yang kena tempiasnya. Kalau watak utamanya seorang lelaki ya Allah maybe tebal buku akan jadi berganda. Kenapa Eijaz senang sangat boleh terima? Kalaulah penulis panjangkan lagi maybe I lagi boleh menghayati.

6) Ending yang agak rushing. Nadia tu takkan macam tu je watak dia?
Profile Image for Eisya.
212 reviews4 followers
January 5, 2026
Fast paced ceritanya.. tau tau dah nak habis je. Kisah dendam aira terhadap seseorang yang menjadi punca kematian tok wan dia.. kerana duit manusia jadi gelap mata. Sanggup tutup kebenaran apabila disogok dengan duit.
Profile Image for Athirah.
48 reviews
August 12, 2024
I can already expect the ending so tak ada lah rasa macam plot twist sangat. And bila you dump like ±40 pages of flashback in the last 100 pages, dia jadi sangat boring and makes me want to skip the whole entire flashback thingy supaya boleh focus on the current time.
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews22 followers
August 31, 2025
5 ✨️ kerana olahan dan alur cerita kemas, plotnya tersusun dan jalan cerita pantas. Perwatakan Aira Nadira sebelum dan selepas hilang ingatan sangat-sangat berbeza. Suka bila penulis menggunakan nama Aira dan Dira untuk membezakan perwatakannya yang dahulu dan sekarang. Jika dilihat seorang Aira sangatlah lembut dan sopan manakala watak Dira kasar dan keras kepala. Semuanya kerana dendam atas tragedi yang berlaku 10 tahun lalu, yang mengubah seorang Aira.
Profile Image for meenie.
449 reviews3 followers
February 26, 2026
tamat sudah 🤓👏🏻

saya tahu saya lambat baca tapi seronoknya?! seronok sangat 🥰🫰🏻

cerita sangat fast paced. maybe boleh jadi kelemahan tapi bagi saya sangatlah kemanisan dan kelebihan. sebagai seorang yg sangat benci slow burn buku ini sangatlah tepat dengan citarasa saya. know know habis. konflik pun direct cerita bila nak habis.

kesimpulannya, aira memang salah dan kejam tapi hannah lagi salah. niat tak menghalalkan cara. thats how it work. nampak tak adil tapi kita tak boleh buat apa? kita kena bersabar sahaja.

dan cerita ni buatkan saya nak kawin 😞💔 benci aku rasa nak pukul muka sendiri haih - ok skrg bak natang buku no 2!!! harap best ye
57 reviews2 followers
August 16, 2024
Best!!!

Mungkin sebab aku suka novel yang main plot pasal hilang ingatan kot 🤣 Bagi aku, penulis berjaya untuk buat watak Aira dan Nadira tu berbeza walaupun mereka orang yang sama.

Permulaan cerita pun aku dah start menangis. Tapi rasanya scene tu taklah sedih sangat tapi mungkin emosi kot dengan keadaan Aira versi 17 tahun yang sangat polos tu. Dikelilingi orang 'asing', dibenci pulak tu.

Lepastu bermacam-macam dugaanlah dengan adik ipar yang perangai entah apa-apa, suami acah-acah benci tapi dalam hati sebenarnya sayang. Banyak sebenarnya scene dalam novel ni yang buat aku menangis lagi-lagi scene LRT. Kuajo betull.

Aku rasa novel ni memang antara karya MA yang aku paling suka and honestly dah entah berapa kali aku repeat baca (since PBAKL) sebab tak rasa bosan dari awal sampailah part flashback tu. Mungkin signature MA kot sekarang ni flashback akan diletakkan di pertengahan cerita macam novel Demi Dia (sakit pulak hati bila teringat novel ni grr). Walaupun rasa macam tak best tapi bila baca balik sebenarnya okay je part tu sebab kalau terus letak dekat permulaan tak ada element surprise. And maybe sekarang aku lebih suka writing style MA yang macam ni.

Akhir cerita ni, banyak sebenarnya benda yang disampaikan. Sebelum maafkan orang lain, maafkanlah diri sendiri dulu. Jangan hidup berpaksikan dendam dan redha dengan apa yang dah terjadi. Bagi aku, tajuk 'Hilang' ni bukan hanya membawa maksud hilang ingatan sahaja, tetapi kehilangan yang lain juga. Hilang apakah? Silakan baca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nik Natia.
106 reviews5 followers
August 16, 2025
memang fast-paced baca ni..Tut Tut dah hbs..
Profile Image for Yan Haurashom.
153 reviews2 followers
December 26, 2024
Kehilangan orang yang kita sayang, sangat lah menyakitkan…🥺

Rating: 🌟🌟🌟🌟.3

Seorang wanita mengalami amnesia selepas kemalangan dan koma. Dia hilang memori selama 10 tahun kehidupannya. Yang dia ingat, dia berumur 17 tahun, bakal menduduki peperiksaan SPM tak lama lagi. Tapi, bangun2 jer dari koma, seorang lelaki mengaku sebagai suaminya. And she’s not 17, but 27? Ehh? 😱 Tak cukup dengan itu, suaminya dan adik iparnya sangat membenci wanita tersebut? Apa yang wanita tue dah buat?

ML - Nadim Eijaz / Jaz
Terpaksa berkahwin dengan FL kerana satu kejadian yang memalukan. Awal2 perkahwinan, ML melayan FL dengan agak dingin dan suka menyakitkan hati FL. Tapi, dalam tak suka tue, sempat lagi mengandungkan FL…🙂‍↔️😏

“𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝑨𝒊𝒓𝒂. 𝑩𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒕𝒂𝒌𝒂𝒕 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈. 𝑻𝒂𝒑𝒊 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒆𝒏𝒅𝒊𝒓𝒊 𝒕𝒂𝒌 𝒕𝒂𝒉𝒖 𝒃𝒊𝒍𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒉 𝒋𝒂𝒕𝒖𝒉 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒔𝒆𝒏𝒅𝒊𝒓𝒊.” 𝑱𝒂𝒛 𝒕𝒐 𝑨𝒊𝒓𝒂.

FL - Aira Nadira / Aira / Dira
Sebelum FL hilang ingatan, FL adalah Dira. Seorang wanita yang jahat di mata ML. Licik. Berpakaian seksi. Seorang yang pendendam. Tapi, bila FL hilang ingatan, terus jadi wanita yang baik. Polos. Menjadi seorang yang bernama Aira. Sampai kita yang membaca nie pun jadi kesian kat FL…🥹

Cerita nie bertemakan dendam. Dendam kerana kehilangan. In the beginning of the story, kita disajikan dengan FL sebagai villain of the story. So, masa dia hilang ingatan tue, memang tertanya2, kenapa dia jadi jahat, kalau dulu dia baik?

Sampai ke pertengahan cerita, then, kita akan disajikan dengan another villain. The villain yang menyebabkan FL jadi villain. Fuhh, kita suka sungguh jalan cerita nie. Memang kita terus selak, and selak buku nie sebab nak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada FL…🤔

Moral of the story, jangan lah jadi seorang yang berdendam. Nak tuntut keadilan tue tak salah. Tapi biar di jalan yang betul. Bila baca cerita nie, kesian kat ML, sebab macam dah jadi mangsa keadaan plak. Kerana dendam, ML yang menjadi mangsa…😔

Buku nie bagi kita, fast paced. Kita nie jenis slow reader. Tapi buku nie, within 2 days kita dah habis baca. Penulisan sedap dibaca. Jalan cerita tak meleret. Bagi kita, ada certain parts, kalau diolah lagi, mungkin akan jadi lebih best. Sebab bila dah fast paced nie, sometimes, kita tak sempat nak menerokai perasaan sesuatu scenes tue. Tengok2 dah habis…😅

Buku nie bagi kita, antara high quality book. Sebab, cover cantik. Tajuk dalam Bahasa Melayu. Characters’ names yang senang disebut. Plot cerita yang tak memeningkan kepala. And paling kita suka, kesalahan ejaan yang tersangatlah minimal. Kita hanya jumpa 1 sahaja kesalahan ejaan dalam buku nie. Good job untuk author, dan editor untuk buku nie…👏🏻👍🏻 Cuma, kita perasan, ada perkataan ‘miting’ yang digunakan. Kenapa tak guna ‘mesyuarat’? Mungkin, kita yang dah tua nie pun, dah ketinggalan banyak perkataan yang dah updated gamaknya…😅

This is my first time reading a book from this author. Selalu kita cuba elak baca buku dari author nie, sebab apa yang kita tahu, author nie suka menulis cerita pain, kan? Tapi, lepas baca buku nie, dah rasa nak baca buku2 lain dari author nie. Apa2 pun untuk author, good job untuk karya nie. Kita suka…👍🏻 And to author, jangan sesekali give up dalam menulis yer.
Kita menunggu karya next dari author…👏🏻👍🏻
Profile Image for Lola.
104 reviews18 followers
August 9, 2025
Guess siapa yang tengah menggila sebab drama yang satu ni dekat tv? Sayalah tuu. ✋Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena tau tak sebab nak tunggu next episode aje. Tu yang kita beli novel ni. 😭 Srs kita jarang tgk drama melayu tapi drama ni mmg best tak tipuuuu. PEGI TGK! 😩

Ya, kitonyo fomo. But one thing I can assure you that this book totally worth the hype yer. Definitely can't resist when the trope is enemies-to-lovers, revenge, she fell first he fell harder & act of service ml.

Long short story, buku ni menceritakan pasal Aira yang kahwin dengan Eijaz dengan sengaja. Ya, Aira sendiri yang perangkap Eijaz. Ada sebab kenapa Aira buat macam tu. Sampailah satu hari, Aira ni accident dan hilang ingatan. Satu-persatu kebenaran mula terbongkar.

Bagi kita kan, buku ni mmg best! Dah lama kita tak baca buku pasal suami isteri ni, bila dah baca ehh best pulak. 😭Apatah lagi kita suka sebab buku ni tak cringe langsung yerrr. Mmg lurveee. 🫶

Hilang ni buku ketiga dari Kak Mia yang kita baca. Kita perasan buku2 kak Mia semua memang fadt paced, tak banyak description. Dia more to kepada banyak dialogue. Tapi kita faham je storyline diaa.

Eijaz dalam buku mmg hits differently yer dari dalam drama. MMG HUSBAND MATERIAL BETHOLLL. Dia punya act of service tu memang tak boleh nak sorok. Nampak je dia tu ego, kasar dengan Aira tapi dia still ada soft spot for Aira. 🙈🦋

Walaupun Aira ni dah perangkap dia, buat dia macam tu, tapi si Eijaz ni still maafkan dia, still sayang dia & still nakkan dia as isteri. LIKE HOW TO FIND A MAN LIKE HIM?!?! 😩

Aira pulak, dia ni bukan typical fl yang lemah yer. First few chapters tu dia mmg baddas. Memula baca mmg geram dengan Aira, like apasal dia ni sanggup buat mcm tu dekat Eijaz?!?! Tapi semua tu bersebab. 🥺 And masa part dia hilang ingatan tu mmg bnyk scene yang lawak. Aira mmg berubah 360 darjat. From badass to innocent girl. Tu yang dia direct je. Siap panggil Eijaz tu pakcik padahal tu suami dia. Haiyoo🤣

Overall, buku ni memang berjaya buat saya tendang dinding yer same macam saya tgk drama dia. Ni buku kak Mia yang paaaaling kiter suka setakat ni. 🫶😍❤️‍🔥

P/rating; 4.7/5 ⭐
Profile Image for Izz.
421 reviews9 followers
August 4, 2024
Pertama kali cuba baca buku tulisan penulis ni. Okay, saya suka. Cerita ni tak terlalu berat, cerita menarik, baca dalam masa 1 malam ja. Suka!
Profile Image for Alia Fatihah.
124 reviews12 followers
February 10, 2025
Karya Mia Azwari yang kedua aku baca selepas tewas. The best thing pasal buku yang ditulis MA ni dia sangat laju and tak draggy langsung. Aku jadi tak sabar nak menghabiskan pembacaan.

Mengisahkan Aira/Dira yang tersedar dari koma dan hilang ingatan. Masa dia sedar tu dia ingat umur dia ni 17 tahun padahal dia dah pun berusia 27 tahun. Sedar-sedar je, dia dapat tahu yang dia ni dah berkahwin dan suami dia si Eijaz ni benci kan dia. Sebab apa Eijaz ni bencikan dia korang kena baca sendiri.

Jangan risau conflict dendam dalam ni light light je and bagi aku Eijaz ni taklah toxic sangat or jahat sangat terhadap wife dia walaupun memang perkahwinan dorang tu puncanya daripada kesalahan Aira. So sepanjang Aira hilang ingatan tu dia tak macam Aira yang dulu. Dia jadi macam Aira yang masa dekat kampung, yang menutup aurat dan sopan so Eijaz ni dari nak ceraikan dia jadi terjatuh cinta pulak.

Dalam buku ni aku kesiankan watak Eijaz sebab dia menjadi mangsa dendam Aira terhadap seseorang. Dan sejujurnya bagi aku tak salah pun bila dia marahkan Aira pada awal perkahwinan dorang tu. Kemalangan yang menimpa Aira sampai dia hilang ingatan tu dirancang sebenarnya.

Overall memang best and worth to read
⭐️⭐️⭐️⭐️/5
Profile Image for chelsannereads.
251 reviews5 followers
August 29, 2026
Genre: romance
Trope: enemies to lovers/ amnesia FL/ suka tapi ego/ etc...

My thoughts 💭 (my opinion)

Akhirnya aku dapat baca juga buku ni setelah lama sidai dia sebagai never ending tbr ku hshshs.. Satu je nak cakap BESTTTT! Menyesal sikit sebab lambat baca buku sebelum drama keluar tapi it's okey better late than never kan? Aku ni sebenarnya bukan tipikal yang suka baca sesebuah novel bila novel tersebut nak diangkat sebagai adaptasi drama tau. Sebab aku orangnya memang tak suka drama adaptasi dari novel sebab for me you could never turn my imagination into reality!

Tapiiiii..... Novel ni dikecualikan. Nak tahu kenapa? Sebab aku SUKA GILA DRAMA HILANG DALAM RINDU TU!! 😩🤍 Bila baca novel tak sangka sama gila jalan cerita novel dengan drama. I can say drama sama sangat dengan novel dalam 80-90 percent macam tu. Tengok? Kalau producer drama buat jalan cerita sebijik macam dalam novel best kan? And look how successful the drama became? Inilah yang saya mahu. Korang tak tahu aku sepanjang baca buku ni asyik terkejut je dengan setiap scene, nak tahu kenapa? Sebab aku terkejut yang setiap scene dalam buku ni sebiji² sama macam dalam drama. Dorang ikut betullah weh aku suka gila rasa nak nangis! 😭 Setiap kali jumpa scene yang familiar aku mesti akan cakap 'IHHH SAMALAH'.😆

Kalau tanya aku mana lagi best antara novel dengan drama? Sorry gaiss aku biased sikit when it comes to novel, so jawapan aku mestilah novel tapi drama kalini not bad juga aku suka! Membaca cerita hilang ni buat aku nampak perspektif lain dari apa yang ditayangkan dalam drama. Ada babak yang ditambah dan ditukar tapi bagi saya it's okey sebab dalam 10-20 percent je dorang tukar yang lain semua sama. Lepastu, aku rasa pemilihan pelakon pun semua kena! Boleh bayang Tracie Sinidol sebagai Aira Nadira dan Jazmy Juma sebagai Nadim Eijaz kena sangat! Tapi aku rasa sekarang macam lari topik je ni, bukan aku nak review buku ni ke? Dah tiberrr jadi perbandingan antara novel dengan drama HAHAHAHAHA AMPUNNN SAYA LARI TOPIK BANYAK! 🤣

Okay here's my review untuk buku ni. Bagi saya ceritanya very fast-paced dan sebagai orang yang tak suka slow burn saya tersangatlah suka dengan karya² kak mia sebab memang laju je habis kalau baca. And not to mention cerita yang penulis karang selalu best²! Enemies to lovers memang makanan saya agaknya sebab cerita ni mmg mak lovee gila nyah! Saya suka watak Dira sebab dia slay dan badass gitu! Tidak lupa juga Nadim Eijaz ku yang manis sekali... Dalam benci² dia yearning juga pada isterinya. 🌚 Patut pun tajuk drama Hilang dalam rindu dalam bahasa english kalau kita translate 'Lost In Yearning' kena sangat nyah! 😩🤍

Pengakhiran cerita sesuai sangat. Saya suka sebab ada closure dalam konflik antara Aira Nadira dan Hannah. Kalau suka sangat kenapa tak rate 5 stars je terus kenapa ada 0.5 lagi? SEBAB SAYA TAK PUAS BACA, MACAM NAK LAGI!! That's my answer HAHAHA.. 😂 Secara keseluruhan, jujur cakap saya sangat suka cerita ni. Kalau ada orang suruh saya rekomen satu karya Mia Azwari yang dia nak cuba, saya akan automatically rekomen Hilang sebab memang best! Highly Recommended!🔥

4.5 🌟

Next month maybe hilang 2 pula saya nak baca? 🙈💙
Profile Image for Tiara Sapphire.
165 reviews6 followers
Read
June 21, 2025
REVIEW: https://www.tiarasaphire.com/2025/06/...

kisah Aira Nadira yang hilang ingatan selepas enam bulan koma akibat kemalangan jalan raya. Yang dia ingat hanyalah kenangannya di waktu kecil sehingga dia berusia 17 tahun.

banyak perubahan yang berlaku pada Aira dalam tempoh 10 tahun tersebut sehingga dia keliru dan takut nak berdepan dengan realiti yang berlaku dalam hidupnya sekarang. tambahan pula bila tahu dia sudah berkahwin tapi suaminya pula sangat bencikan dirinya dan mahu berpisah.

Plot dan jalan menarik novel HILANG agak menarik sebab dari awal banyak persoalan dan rahsia tentang diri Aira. walaupun dah boleh teka Aira ni nak balas dendam tapi tetap juga nak tahu apa sebenarnya misi dan target Aira.
Profile Image for Diniy Qistina.
237 reviews7 followers
January 5, 2026
Woah, akhirnya dapat juga baca novel ni. Lama dah teringin nak baca tapi sengaja tunggu situasi reda dulu. Tapi tulah, terlajak lama pulak ambil masa. 🙈

Nampaknya versi drama tak jauh lari dari versi asal novel. Tapikan kesian pulak Sarip dalam drama tu. Dalam novel elok je dia baik siap bahagia lagi dengan isteri dan anak-anak dia. Versi drama? Allahu! Kesian dia jadi tidak disukai oleh penonton. 😅😂😭

Kalau ditanya mana satu versi lagi best sama ada asal novel atau drama, memang susah nak pilih. Sebab 2-2 best dengan cara tersendiri. Hihihi... 🤭
Profile Image for Cutie_pie28.
547 reviews12 followers
January 6, 2025
Suke sangat ngn cerita nie.. tk bole move on okay.. sedih ngn kehidupan Aira selepas kehilangan Tok Wan nye.. niat die dri awal da slh bile perangkap Eijaz.. last² ter suke suami sendiri.. mule² Eijaz marah ngn Aira.. tp lama kelamaan die pun jatuh syg n cinta isteri sendiri.. tk boring yee cite nie.. cume time flashbacks tu, rase nk forward cepat untuk tau ape yg jdi lepas die cite sbb die dendam tu..
13 reviews
August 10, 2026
Ok I would say Hilang by Mia Azwari is a very fast paced novel. Penulisan pun very short and simple so tak sempat pun nak menjiwai dan mendalami watak Aira dan Eijaz dlm ni. Plot dalam ni pun aku siap dah boleh predict jalan cerita akan jadi macam mana.

Kisah percintaan Eijaz dan Aira ni pun satu. Berlaku secara tiba-tiba haha entahlah mcm aku ckp tak sempat pun nak menjiwai.

Watak Hannah pun very predictable. Dari awal cerita pun aku dapat agak. Like eeevery single plot yang berlaku in this novel was so predictable.

Sajalah aku nak baca buku dari author ni sebab aku tak pernah ada novel dari Mia Azwari. Turns out oh biasa saja novel ni bagi aku. Mungkin aku dah byk sgt baca novel yang dimana MC tu mesti akan terlibat dalam accident hilang ingatan bagai. Balik-balik itu saja ke plotnya?
Profile Image for Safinaz Johani.
38 reviews2 followers
August 28, 2024
First time baca penulisan penulis ni. Best! Tak sangka aku boleh terima. Rasa macam nak try penulisan dia yg lain…..

Jalan ceritanya laju. Semua cukup rencah. Best!
Profile Image for Nita.
75 reviews
September 26, 2024
Suka sangat novel ni. 1hari dah habis baca sebab excited nak tahu macam mana dia boleh kahwin dengan suaminya & kenapa dia dia kahwin dengan suaminya.
Profile Image for Abby.
2 reviews
August 14, 2025
I don't regret reading this. Best destination ever lepas berkurun in book slumped 😂 menyesal tak baca buku ni awal ii Dulu kesian dia tersadai jadi TBR kat tak buku haha. I finish this book in one setting yerr 😆 tau-tau dah habis. I mean, author? taknak tambah sikit chapter ke hehe.

But, since the author also the book got the hype jadi terpengaruh and bangkitkan balik minat membaca Tu and it's worth it! lurve! The hype really got me. But satu je menyesal patutnya baca Dulu baru watch the drama. But, luckily tengok pun sekerat-sekerat so not fully spoiled thank god 😮‍💨 but menyesal jugak sebab when reading I already knew the few things first and I blame it to myself like why 🥲. but overall even though dah tau lil bit jalan cerita because the drama Ada few Yang xda which is obviously the physical contact.

Guys! in this novel ML (Eijaz) love language is physical touch ke? haha
Eijaz mula-mula very garang yer if Ada kat Real life I tak tau Ada ke Yang kuat and kebal macam FL (Aira) because Kita ni hati tisu dek 🥲 kena jerkah sikit dah nangis ni Kan pulak kena ayat tajam bak pisau, nak pulak ayat makan dalam dengan suami sendiri. I cannot guys 😭😭
But, don't worry guys Eijaz tak lah teruk sangat dia buat gitu sebab balas dendam dengan Si isteri ja and lama-lama jadi the greenish forest ever!!!!!.
Satu je lah takda macam kat drama which is scene Eijaz letak chip kat phone Aira or cctv kat bilik Dalam novel so kureng sikit lah yearning Tu tak macam Dalam drama. But, ofc novel is more better since I know well kat drama dorang tapis-tapis sikit.

For Aira, I really cannot imagine apa rasa Aira waktu hilang tok wan, the only family she had. One week before Spm pulak Tu 😭 berat betul ujian dia. No wonder She boleh berubah that drastic. She just want some justice but jalan Yang dia pilih bit risky and causing so much things. I could tell sebenanya waktu tengah stalk hidup Eijaz and Hannah for 7/8 year dalam masa Tu actually Aira dah lama fall in love dekat Eijaz but Aira just deniel. Fall In love at enemies boyfie? 👀 Pandai kau pilih Aira 😛. Aira is such innocent girl and baik je sebenarnya. Keadaan je Yang buat dia macam Tu. I love both sides of Aira before and during dia hilang ingatan but she looks sassy la before haha. I wish to be like Aira Yang don't give a f apa orang sekeliling cakap. love the vibe about her. She bertuah dapat in laws Yang over the top terima je Aira seadanya. Don't worry guys Dalam ni takde mertua Yang menyakitkan hati 😆mertua dia baik Yang Amat!!!. I'm jealous haha 😆

For Hannah....hemm this girl is insane and straight to tak bersyukur type of girl haha 😂 Dah elok dapat tunang helok,green light, ayah Yang manjakan kau, Kaya, play victim,nak apa je dapat but unfortunately you tak bersyukur! ishhh geram je dengan dia ni 😤😤😡 But at the of story macam tak padu apa dia dapat. I was like, eh ni je ke pempuan ni dapat? like ughh! gitu macam tak puas!!! she deserves more than that. Ayah dia pun Sama, macam tak setimpal je dengan apa Yang Aira lalui. mintak maaf je dah settle habis like? are you kidding me? they deserve worse than that!! At least kena macam ajis tu sikit pun jadi lah 🙄

Also Nurul tak pun mintak maaf or whatsoever I tak puas Hari Bab Tu macam hemm to rush to finish .
Profile Image for Hamidah Effendi.
638 reviews7 followers
August 17, 2025
✨ Review Novel Hilang – Mia Azwari

Novel Hil4ng karya Mia Azwari memang lain daripada yang lain. Dari bab pertama lagi sudah tarik perhatian — seorang gadis bangun tidur, mendapati dirinya sudah berusia 27 tahun, sedangkan memori terakhir terhenti ketika berumur 17 tahun. Sepuluh tahun hilang begitu saja.

Lebih mengejutkan, dia kini sudah berkahwin. Namun, hidupnya tidak mudah. Walaupun ibu bapa mertua menerimanya, ada yang membencinya — terutama adik ipar bernama Nurul dan bekas tunang suaminya. Dari sinilah konflik bermula, ditambah pula dengan misteri memori yang hilang.

Watak Eijaz, si suami, benar-benar menyerlah. Walau terpaksa berdepan isteri yang berperangai remaja 17 tahun, dia tetap setia menjaga dan melindungi. Yang kelakar, Aria sering memanggilnya “pakcik”, tetapi dari panggilan itulah lahir chemistry yang unik. Walaupun mulut asyik bertekak, Eijaz tetap jatuh cinta dengan Aria yang polos dan jujur. Dia adalah definisi green flag husband – sabar, caring dan tetap setia walaupun hatinya pernah dilukai oleh Dira, sisi gelap Aria.

Kekuatan cerita ini ialah gabungan cinta, dendam dan misteri. Aria bukan gila harta, sebaliknya dia mengejar sebuah misi — dendam terhadap insan yang merosakkan hidupnya. Dalam masa yang sama, dia dikelilingi support system yang kuat, membuatkan pembaca simpati dengan keperitannya.

Keseluruhannya, Hilang bukan sekadar kisah cinta manis. Ia sarat dengan emosi, penuh rahsia, dan buat pembaca tertanya-tanya: apa sebenarnya yang berlaku dalam 10 tahun yang hilang itu?

Novel ini buat hati cair dengan cinta Aria–Eijaz, tapi dalam masa sama mendebarkan dengan misteri yang membelit. I want MORE!!!🤭🥹tak puas tengok drama mereka berdua..Novel lebih best daripada Drama yang sedang ditayangkan. My expectation kalau nak buat drama is High. Drama ditayangkan tak capai apa yang aku mahu..i'm sorry..i Stay with Novel version.

Rating: 4.5/5 ⭐ – kombinasi cinta, dendam dan misteri yang memang chef’s kiss!
Profile Image for Emily.
142 reviews8 followers
August 16, 2024
I think this is the first book of the author yang genre hilang ingatan ni. For me she did great, even though plot dia dah expected. But a good thing is the pace is so fast to the point i tak rasa pun ada unnecessary scene. So with that, my curiosity keep on running. This book berjaya buat i tahan diri dari selak untuk reveal the truth. Cumanya author selitkan semua past memories dekat belakang so bila dah sampai kat situ i feel a bit empty because i enjoy more the future instead of past scenes. But overall best je.

Rasa tak puas sikit sebab chemistry between Aira and Eijaz baru nak built up tapi dah habis cerita. Past relationship diorang pun tak jelas sangat. Memang nampak macam housemates instead of married couple. Untuk Nurul pulak lagilah rasa tak puas hati, punyalah jahat tapi takde pun tanda dia berterima kasih or menyesal dekat si Aira ni.

As for Eijaz, i suka dia punya development dari dia betul-betul benci kan si Aira ni sampailah dia rasa dia tak boleh kehilangan Aira. I think for sure, yess I agree apa yang dia buat dekat Aira. She deserve it even though niat Aira nak balas dendam sebab Eijaz is not the one at fault. Dia mangsa dendam antara Aira dan Hannah. Kira baik la dia tak dera si Aira ni. I lurve character dia started to change after dia tak sengaja tahu punca kenapa Aira berubah.

Untuk Aira pula, mungkin tak banyak scene dia in the past but in fact semua orang tak suka tu can show sangatlah tak beradab and oenuh dengan dendam. I think the whole plot is about kifarah to Aira jugak. Hilang ingatan untuk bertaubat mungkin sebab dah tak boleh nak ditegur secara lisan.

Apa pun buku ni takde bawa diri hehehe, yang ada cuma kena tinggal je tapi tak sampai sehari pun!
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,363 reviews69 followers
June 26, 2026
[BOOK 20_2026]

Hilang by Mia Azwari.
.

Best!
.

Aku rasa, dalam banyak-banyak novel MA yang aku baca, ni antara yang paling best! Patutlah jadi drama.
.

Cerita ni fast-paced. Baca sambil golek-golek atas katil, tengok-tengok dah habis.
.

Kisahnya, Aira accident. Dia koma selama berbulan-bulan. Bila dia sedar dari koma, dia hilang ingatan.
.

Dia lupa yang dia dah berusia 27 tahun. Dia masih ingat yang usianya 17 tahun, dan masih tinggal bersama Tok Wan nya.
.

Dia lupa dia dah kahwin dengan Eijaz. Paling penting, dia lupa kelakuannya sebelum dia accident.
.

Sementara menanti ingatannya pulih, Aira tinggal di rumah keluarga Eijaz. Aira yang sekarang, tak sama macam yang dulu. Sekarang, lembut, sopan dan rajin. Segala perlakuannya sangat berbeza dengan yang dulu.
.

Eijaz pulak kononnya layan Aira dengan buruk, tapi masih prihatin tentang kebajikan Aira. Bila Aira nak lari dari rumah, punyalah menggelabah. haha.
.

Rupanya, ada sebab kenapa Aira yang dulu tu wujud, sedangkan Aira yang sebenarnya sangatlah baik.
.

Sangat sedih bila tahu punca tersebut. Bila kita tidak berharta, dengan mudah diperlekehkan oleh orang yang kaya raya.
.

Suka bila akhirnya Aira mampu memaafkan. Terutamanya kepada Ajis. Sedih jugak part Ajis. Dia sebenarnya baik je, selalu tolong Tok Wan, tapi bila disogokkan dengan duit, jadi gelap mata.
.

Best! Cumanya bila buku yang ada sekuel ni, aku biasanya baca buku first sahaja. Demi mengekalkan perasaan suka terhadap buku ni.
.

Oh ya, buku ni ada beberapa typo dari segi panggilan nama mama dan mak tu, di awal-awal cerita. Confused sikit je la.
.

Apa-apa pun, ceritanya best.
Profile Image for Aira Zira.
224 reviews5 followers
August 8, 2025
Novel pertama yg saya baca dari kak Mia. Awal pembacaan dah jatuh cinta. Penulisan yg ringkas dan sedap dibaca. Pace juga lancar dan laju. Senang nak proses cerita sebab penulis terus bagi satu2 tak meleret.

Comel tau watak Aira Nadira masa dia lupa ingatan. Bangun2 cuma ingat masa umur 17 tahun padahal dia dah 27. Perwatakan mcm budak2 tu la yg mencuit hati. Terkejut terus dia bila tahu ada lelaki mengaku dirinya suami Aira. Tentulah si Nadim Eijaz.

Seronok layan keletah Aira dgn Eijaz ni. Lagi2 bila Eijaz acah ego padahal caring je dekat isteri itu. Lama2 terzahir juga perasaan sayang tu bila isteri yg lupa ingatan lebih menyenangkan hati. Yg Aira pun boleh tahan juga bila ‘pakcik’kan si suami. Dalam tak kenal tu, Eijaz juga yg buat dia rasa selamat dan disayangi.

Tak banyak nak ulas cerita ni sebab mmg best dan love gila dgn penulisan kak Mia. Dendam dan masalah yg berlaku pun smooth je disampaikan. Part sweet pun boleh diabetes dibuatnya sbb terlebih dos gula. Kalau time konflik pun boleh rasa membara. Kemain benci nau la konon.

Sebab drama la terjebak beli dan terus baca. Tapi, mcm cringe sikit tgk drama. Novel lagi best! Saya lagi suka susunan cerita dalam novel ni. Kemas dan matang. Yg penting happy reading dan puas hati🫶🏻.

8 reviews
July 29, 2026
NO NEED TO ASK. I SUKA GILA BUKU NI. BUKU NI TOP 1 I. sumpah masa mula2 tu mcm nmpak tak interesting tau tapi bila kawan i bagi pinjam i TERUS FELL IN LOVE. NADIM EIJAZ IS MY FIRST NOVEL CRUSH. terbeliak mata i tau wktu tau mcm mana diorg boleh kahwin. and honestly , i bersyukur eijaz kawin dgn aira sbb kalau eijaz kahwin dgn hannah , hancur hidup dia agaknya. i takle nak describe how much i love this book. i dah repeat baca buku ni almost 10 kali. 10 KALI. sbb buku ni konflik dia berat jugak tau tpi somehow dia tak buat kepala i pening ! i rasa macam wow sgt sbb first time baca konflik berat tpi tak pening. i ade tgk versi cerita punya tpi i prefer novel punya. wktu eijaz bwk aira jalan2 lps dia hilang ingatan tuu alahhaii comellnyaaaa. i suka sgt laaa buku nii pleaseelaa bacaaaaa !!
Profile Image for Siti Sarah.
258 reviews
March 7, 2026
Jalan cerita yang fresh dan best.
Aira Nadira bangung dari koma selama beberapa bulan dan dalam pemikiran dia adalah Aira Nadira berumur 17 tahun tetapi hakikatnya dia sudah berumur 27 tahun dan sudah bersuami.
Nadim Eijaz suami Aira, mereka berkahwin disebabkan Aira hendak balas dendam kepada Hannah, bekas tunang Eijaz kerana Hannah menyebabkan Tok Wan Aira meninggal dunia.
Kisah pertemuaan antara Aira dan Eijaz bukan lah kisah percintaan yang indah bagi dua insan yang bercinta.
Aira perangkap Eijaz dalam bilik hotel untuk hancurkan orang yang Hannah sayang.

Di sini juga mula percintaan antara Aira dan Eijaz (Eijaz pon satu mula2 tak suka, bila dah suka sayang pulak)....
Profile Image for Arlene 🌸.
113 reviews
November 24, 2025
I can finish a day w/o any disruptions but i really need to hold this cause this will trigger my insomnia! hahaha😂

5⭐️ as currently hilang by Mia Azwari is my fav😍😍😍! Sambil baca sambil imagine mcm mana Tracie Sinidol berlakon.. hihihi.. i really love the happy ending ❤️ especially Tracie became the heroine.

its true that we should learn to love and forgive ourselves then we can learn to forgive people.❤️

Anyway, no cliche and no annoying scene. thats why i love this novel so much! im not into romance tpi boleh terjebak juga sbb Tracie Sinidol watak utama nya😬😂
14 reviews
August 6, 2025
best buku ni. jalan cerita light je. in one sitting boleh habis. pada saya, semua cukup rasa. lama dah tka baca buku Melayu yang ada plot macam ni. paling kesian watak Eijaz sebab tak semena-mena jadi mangsa keadaan. mungkin takdir/jodoh, tapi permulaan percintaan yang Nauzubillahminzalik. faham je dengan perasaan manusia, angkara dendam semua boleh terjadi. suka dengan penulisan melayu yang moden tetapi masih ada unsur kesopanan.
Displaying 1 - 30 of 76 reviews