Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kerana Takdir Tak Pernah Mungkir

Rate this book
Buku ini berkenaan struggle hidup daripada pelbagai perspektif dan latarbelakang yang berbeza, terutamanya yang hampir berputus asa untuk meneruskan hidup.

Di sini, kita boleh mengetahui bahawa kita tak sendiri dalam kesusahan hidup, setiap orang mempunyai struggle masing-masing, cuma berbeza antara satu sama yang lain.

Dan di akhirnya, semuanya akan baik-baik sahaja. Kita akan sampai ke akhir cerita dengan tenang dan menerima takdir, kerana takdir tak pernah mungkir.

177 pages, Paperback

First published January 1, 2023

1 person is currently reading
10 people want to read

About the author

Ahmad Fedtri Yahya

10 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (30%)
4 stars
11 (55%)
3 stars
3 (15%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for budu kicap.
48 reviews
August 18, 2024
Tak semua orang sesenang Kita. Ada orang diuji dengan ujian lebih berat daripada kita.
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
September 14, 2024
48/2024

-Kerana Takdir Tak Pernah Mungkir
-Ahmad Fedtri Yahya

Secara keseluruhannya, saya suka membaca naskhah ini. Walaupun tipis sahaja tidak sampai 200 halaman, namun impak yang diberi usai membaca naskah ini sangat besar. Bagaimana tentang hidup ini bukan hanya tentang kita, tapi tentang semua manusia yang punya hati, punya emosi. Terkadang kita sering memilih tewas berbanding juang. Sehingga kita terlupa, hidup ini berTuhan. Tuhan tidak pernah tidur. Kembalilah kita kepada Tuhan. Perbetulkan kembali arah tuju hidup ini. Takdir Tuhan sudah tertulis cantik, jadi kita yang masih bernafas teruskan hidup dengan baik.
Profile Image for bookmehnia.
336 reviews18 followers
August 17, 2024
{50/2024} 3.5/5🌟 Motivasi/Bukan Fiksi | 177 ms

“𝘚𝘦𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘱𝘶𝘯 𝘶𝘫𝘪𝘢𝘯, 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘥𝘢 𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶𝘢𝘯 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘥𝘢 𝘩𝘪𝘬𝘮𝘢𝘩, 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘢𝘸𝘢𝘳. 𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘭𝘢𝘳𝘶𝘵 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘦𝘮𝘰𝘴𝘪 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘴𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘥𝘰𝘢. 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘬𝘦𝘴𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯.”

Lewat kebelakangan ini, Malaysia sering dikejutkan dengan berita-berita “kurang menarik” yang tidak perlu saya nyatakan kerana jika anda mengikuti rantaian berita di TV atau akhbar harian fizikal mahupun dalam talian, pasti tahu apa yang dimaksudkan.

Ekonomi yang tidak stabil, gejala rasuah yang berleluasa, himpitan hidup kais pagi makan pagi, miskin bandar, sistem-sistem yang tidak adil, malahan karenah birokrasi, dan gejala sosial yang berleluasa pastinya menganggu-gugat kelangsungan hidup sesebuah masyarakat.

Ramai yang menyalahkan takdir hidup. Wajarkah? Menyalahkan takdir hidup seumpama kita menyalahkan Tuhan. Jadi, pentingnya seseorang itu berdamai dengan takdir. Qada’ dan Qadr. Jika seseorang itu faham konsep ketuhanan, kenapa kita mempunyai agama, dan kenapa 17 kali al-Fatihah dilafazkan setiap hari, Insya Allah, pasti kita akan berdamai dengan takdir.

Fedtri Yahya, sudah pasti nama yang tidak asing lagi di kaca TV Malaysia. Seorang hos dan penulis lirik yang gemar bermadah dan menulis secara puitis. Beliau jugalah merupakan penulis kepada buku ini.

Menariknya secara visual, buku ini seolah-olah diisi dengan luahan hati (kemungkinan) pelayar-pelayar media sosial saudara Fedtri di dalam rekabentuk seolah-olah emel. Luahan-luahanhati ini adalah permasalahan yang mungkin dilihat seperti masalah biasa sahaja pada pandangan sesetengah orang, namun bagi mereka yang sedang bergelut dengan perasaan, masalah yang diluahkan mungkin adalah masalah berat yang mengkusutkan.

Salah satu yang menangkap hati saya ialah permasalahan ahli keluarga yang tidak bersolat dan tidak berpuasa, dan ahli keluarga tersebut adalah ibubapa pengadu sendiri. Ya Allah, ujian sungguhlah. Antara permasalahan lain ialah berkenaan ibubapa yang memperhambakan anak-anak dengan meminta balasan wang ringgit, yang jika tidak dituruti, anak dipanggil derhaka. Betapalah sesungguhnya, menjadi ibubapa itu juga perlu berilmu.

Luahan-luahan hati ini dijawab dengan sebaiknya oleh saudara Fedtri dan mungkin juga tidak berapa menyelesaikan masalah yang ada, namun sekurang-kurangnya luahan hati itu terbalas. Terkadang kita tidak perlukan jawapan pun kerana kita sudah ada dan tahu jawapannya, namun apabila seseorang sudi meminjamkan telinga untuk mendengar dan membalas sebaiknya, kita tahu yang kita tidak pernah keseorangan. Kita juga ada Pendengar Paling Setia yang sentiasa ada dengan kita - Allah SWT, sebaik-baik Pendengar.

Namun, bahagian paling menarik di dalam buku ini bagi saya ialah apabila saudara Fedtri menulis sedikit coretan perjalanan tugasannya ke Aceh sewaktu terjadinya tragedi tsunami pada tahun 2004. Saya rasa kisah ini layak dibukukan kerana saya pasti banyak intipati yang boleh dikongsi dan diambil pengajaran. Travelog pendek yang dikarang ini membuakkan rasa ingin tahu tentang kisah-kisah di sana. Sayangnya, cuma beberapa mukasurat sahaja. Kalau boleh pihak penerbit buku cadangkan kepada saudara Fedtri?

Sebagai seorang Islam, kita pasti tahu, antara cabang-cabang penting adalah percaya kepada Allah dan juga percaya kepada Qada’ dan Qadr. Allah tidak pernah membebani seseorang hambaNya dengan masalah yang tidak boleh ditanggungnya. Percaya bahawa sebarang takdir dan ujian itu adalah tanda iman kita yang kuat, Insya Allah.

#justreaddontbawang #bookmehnia #AugustReads #AugustTBRs #bookstagrammalaysia #bookstagrammy #malaysiamembaca #bookstagrammer #bookgram #bibliophile #bibliophilemy #bookish #bookaddict #bookaesthetic #readersofinstagram #goodreads #bookrecommendations #bookreview #bookworm #keranatakdirtakpernahmungkir #fedtriyahya
Profile Image for Ridwan Hakim.
8 reviews
December 4, 2024
Saya sangat menggemari buku ini kerana ini adalah buku ini merangkumi pelbagai cerita yang dikongsikan yang mana secara keseluruhannya adalah tentang pencerita atau boleh dikatakan ‘peluah’ mencari jawapan dan inginkan suara mereka didengari. Sudah pasti mereka inginkan solusi atau jawapan yang menenangkan supaya sekurang-kurangnya mereka dapat keluar dari keserabutan atau beratnya ujian.

Fedtri Yahya sangat bagus dalam memberikan solusi, semangat dan sentiasa mengingatkan yang Tuhan sangat benar mencintai hambanya, selalu menukilkan tentang manisnya ujian, manisnya menikmati setiap hela nafas.

Secara tuntasnya, buku ini adalah ruang untuk kalian melihat sendiri segala masalah yang pelbagai yang mungkin sama dan kalian boleh ‘relate’ dalam hidup kalian. Personally, saya boleh ‘relate’ 90% cerita-cerita yang terkandung dalam buku ini berdasarkan apa yang terjadi dalam hidup saya.

Akhir kata, terima kasih Fedtri Yahya yang selalu mencari ruang untuk menabur inspirasi, memberi peringatan, menghasilkan karya sama ada menerusi dokumentari, buku, lagu dan sebagainya. You are truly my inspiration!

Teruskan berkarya dan menyajikan yang terbaik buat ummah!
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
November 30, 2024
Rating sebenar: 4.3/5.0

Suka dengan kata-kata hikmat/pesanan/nasihat yang turut diselitkan dalam buku ini. Pada helaian-helaian di penghujung buku ada diselitkan pengalaman penulis membuat lawatan juga liputan mengenai bencana alam, Tsunami yang melanda Banda Acheh. Part of the interview session ada yang buat kita somehow tend to reflect on our life, tentang bagaimana semua yang kita ada hanya sebuah pinjaman daripada Tuhan
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.