Dalam Islam wanita dimuliakan, diangkat tinggi, dihormati zaman. Bukan terzalimi, bukan terpinggir, di bawah naungan Tuhan, jiwa tenang mengalir.
Impian suci menjadi solehah, langkah-langkah menuju redha Allah. Dengan iman, sabar dan syukur di hati, istiqamah dijunjung, dalam rahmah Ilahi.
Teladan mulia dari sejarah nan suci, Maryam, Fatimah, Asiah jadi inspirasi. Solehah bukan sekadar panduan di jalan, tetapi ilham megah, menuju keberkatan Tuhan.
" Dan janganlah kamu mengumpat satu sama lain. Adakah seseorang di antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentu kamu merasa jijik kepadanya."
Buku ni penuh dengan tips, langkah dan nasihat untuk menjadi perempuan yang baik dan dicintai Allah. Penulis tekankan betapa pentingnya ilmu sebelum beramal. Actually,This book is quite enjoyable although it starts off a little slow but after I reading this book, I learned that we need to always stay calm in every action we take, especially when dealing with challenges or even our enemies. Okiess let’s change and become calm and graceful women together! 🫱🏻🫲🏻💕 Sebab Syurga tu mahal so teruslah berusaha dan jangan berputus asa! 💫
Bagus utk basic information how to be solehah, banyak ilmu baharu juga saya dapat daripada buku ni, semua diterang secara ringkas². Secara peribadi, untuk mantapkan lagi pengetahuan , kena cari juga buku² agama tentang sirah nabi. Penulis sediakan banyak tips berguna kepada pembaca, tapi ada beberapa bahagian yang saya perasan ada pengulangan dalam huraian topik yang berlainan.
Pun begitu, saya masih rasa bukunya sangat bermanfaat. Setiap isi, disertakan hadis dan petikan ayat Al-Quran. Kalau ada adik² masih remaja, bagus bagi buku ni dekat diorang tapi buku ni masih sesuai dibaca semua golongan wanita (ibu, isteri, wanita bekerjaya dsb).
Alhamdulillah buku ini berjaya dihabiskan dalam masa 7 hari, dari 22 Julai hingga 27 Julai 2025. Walaupun nampak tebal, 455 muka surat, tapi buku ni merupakan bacaan ringan dan mudah dihadam. Namun, dari awal hingga akhir pembacaannya ada seperti typo pada ayat-ayat Qur'an, ada huruf mim kecil pada kalimah yang ada tanwin yang mungkin menganggu pembacaan. Mungkin boleh diperbaiki pada cetakan yang akan datang.
Buku ini dibahagikan kepada 7 bahagian, Wanita, Solehah, 7 Masalah, 7 Langkah, 7 Peranan, 7 Qudwah, dan 7 Tolehah.
Bab pembukaan seperti membidas suara-suara yang mengatakan Islam menzalimi wanita, dengan ayat Al-Quran; Surah An-Nisa ayat 1, Al-Hujurat ayat 13, dan Surah Maryam ayat 16-17.
Seterusnya penulis menukilkan 7 keistimewaan seorang wanita, menurut hadis Nabi SAW, ketika dilahirkan dia memudahkan ibu bapanya masuk syurga, diberikan kerehatan dari solat ketika haid, menyempurnakan separuh agama suaminya ketika berkahwin, dikira mati syahid jika mati ketika melahirkan anak, syurga anak di bawah telapak kakinya, mendapat penjagaan Rasulullah SAW, dan boleh pilih mana-mana pintu syurga jika solehah.
Seteruskan penulis kupas satu persatu tentang solehah, apa itu solehah, kenala jadi solehah, bagaimana jadi solehah serta siapa yang solehah dan siapa bukan solehah.
Bab seterusnya menyenaraikan beberapa dosa-dosa yang menghalangkan untuk jadi solehah. Bab ini agak panjang berbanding bab sebelumnya, jangan terasa berat dan tinggalkan buku ini pula. Namun bagi saya untuk pembacaan yang lebih boleh baca Buku Ustaz Adnin Roslan, Surat Cinta Untuk Pendosa dan Maksiat Akhir Zaman (belum baca tapi tengok isi sepertinya lebih detail)
Bab 4, 7 langkah mengandungi langkah-langkah menjadi solehah iaitu dengan niat, ilmu, amal, sabar, redha, syukur, dan istiqamah. Tertarik dengan penjelasan penulis tentang beza sabar dan redha, dan pemahaman cetek masyarakat tentang keduanya. Juga tertarik dengan kaedah untuk istiqamah; tauhid, doa, Al-Quran, ambil uswah dan qudwah, takhliah dan tahliah, menutup pintu kejahatan, ingat mati, sahabat dengan orang soleh dan bertaqwa, hindari ujub, serta mengenali hakikat diri
Kemudian Bab 5, peranan wanita iaitu sebagai hamba, anak, isteri, ibu, dalam pendidikan, dalam perniagaan dan dalam aspek sosial. Paling minimum, wanita tak dapat lari daripada 3 peranan ni; sebagai hamba Allah, anak dan pendidikan. Pada muka surat 257, ada kesalahan ayat Al-Quran. Terjemahannya sudah betul mengikut konteks, tapi ayat yang sepatutnya ialah Al-Hujurat ayat ke-2 bukan Al-Hujurat ayat ke 13 seperti dalam buku tersebut. Ayat 2 Al-Hujurat baru tentang tinggi suara melebihi suara Nabi SAW.
Bab keenam iaitu Qudwah adalah bab kegemaran saya. Dimulakan dengan kisah Maryah AS, Fatimah RA, Asiah, Hajar, Ummu Darda', Khadijah RA dan Aisyah RA. Selepas itu ditambah dengan contoh dari 11 Ummu Mukminin kita, Khadijah, Aisyah, Saudah, Hafsah, Zainab binti Khuzaimah, Ummu Salamah, Zainab binti Jahsy, Juwairiyah, Ummu Habibah, Safiyyah dan Maimunah radiAllahu Anhunna. Tidak cukup dengan itu, ditambah dengan 17 wanita inspirasi solehah.
Bab terakhir ialah 7 tolehah iaitu isteri Nabi Nuh AS, isteri Nabi Luth AS, isteri Abu Lahab, Isteri Al-Aziz, Wanita pembunuh Nabi SAW, wanita ke neraka kerana kucing dan wanita ke neraka kerana lisan.
Buku ini ditutup dengan Mahkota Solehah dam Epilog. Juga dimuatkan dengan bahagian bonus, Suamiku Depresi, petikan daripada buku Tukan Sembuhkan Depresi ini karya Aiman Banna. Macam menarik juga buku tu, hasil pembacaan bahagian bonus tu. Dahsyat juga ujian Aiman Banna.
Kesimpulannya, buku ini bukan sahaja sesuai untuk pembaca wanita yang mahu menjadi solehah, juga untuk lelaki yang ingin jadi soleh yang menginginkan wanita solehah menjadi isterinya serta yang menginginkan anak-anak yang soleh dan solehah juga.
Menjadi seorang wanita adalah sebuah anugerah namun menjadi seorang solehah adalah sebuah perjuangan yang memerlukan ilmu dan ketabahan hati.
Sebaik sahaja saya memulakan bacaan ini saya seakan ditarik ke dalam sebuah ruang muhasabah yang sangat dalam tentang betapa indahnya kedudukan wanita di sisi Allah. Solehah itu sebuah kata yang sangat dalam dan ia merupakan kembara menuju keredaan Tuhan yang sangat indah untuk ditekuni oleh setiap wanita.
Melalui tulisan yang cukup santun dan mudah dihadam ini penulis membawa saya berjalan melihat cermin diri. Saya diajak mengenali tanggungjawab paling asas seperti menjaga solat lima waktu yang menjadi tiang kekuatan sehinggalah kepada rahsia menjaga maruah diri.
Bait-bait bimbingan dalam naskhah ini menjadi cermin yang memantulkan kembali wajah jiwa saya yang rapuh dan membuatkan saya tunduk malu mengakui betapa kerdilnya diri ini di bawah naungan kasih sayang Tuhan yang tidak pernah bertepi.
Saya sangat tersentuh apabila menelusuri bahagian wanita hebat yang dijanjikan syurga. Kisah Maryam dan Fatimah serta para pejuang wanita yang lain merupakan api semangat yang membakar jiwa saya untuk terus tabah menempuh ujian. Di sisi lain terselit juga kisah wanita yang perlu kita ambil iktibar agar sentiasa berhati hati dalam setiap langkah dan lisan agar tidak tergelincir dari landasan cahaya.
Satu susuk yang benar-benar menetap di ruang hati saya adalah Zainab binti Ahmad bin Abdul Raheem. Ketabahan beliau dalam menuntut ilmu meskipun diuji dengan masalah penglihatan merupakan satu tamparan buat saya agar tidak mudah menyerah kalah dalam mengejar cahaya pengetahuan. Beliau membuktikan bahawa keterbatasan fizikal itu kecil buat jiwa yang sudah jatuh cinta pada ilmu.
Melalui naskhah ini saya turut dibawa untuk bermuhasabah tentang sisi gelap yang sering kali tidak sedar telah merosakkan keindahan akhlak seorang wanita. Ada peringatan tentang enam sifat buruk yang perlu dijauhi jika kita benar benar ingin menggenggam gelaran solehah.
Terima kasih saya ucapkan buat penulis kerana menghidupkan naskhah ini dengan penuh kasih sayang. Semoga setiap aksara yang tertulis menjadi ladang pahala yang terus mengalir buatmu. Buat kalian para wanita milikilah naskhah ini dan biarlah ia menjadi teman bicara yang setia di saat kita sedang mencari jalan pulang untuk menjadi seorang muslimah yang sentiasa diredai Allah. آمين يا رب العالمين
Perkongsian yang baik daripada penulis tentang kedudukan wanita yang istimewa di dalam Islam, langkah-langkah untuk menjadi muslimah yang solehah serta peranan seorang wanita yang beriman dalam keluarga, masyarakat, dan ummah. Dikongsikan juga contoh-contoh wanita solehah yang banyak menyumbang bakti kepada agama dan diiktiraf ketakwaan mereka oleh Allah SWT di dalam Al-Qur'an. Pada bahagian akhir buku ini, penulis memberi contoh-contoh wanita talihah, yang tidak patut dicontohi dan perlu dijauhi sifat-sifat mereka seperti isteri Nabi Nuh AS, isteri Nabi Luth AS dan sebagainya. Kesimpulannya, banyak iktibar yang dapat diambil daripada buku ini cuma ada beberapa typo (kesalahan ejaan) di bahagian awal buku ini yang boleh diperkemaskan lagi untuk cetakan akan datang.
Terima kasih penulis untuk karya ini, semoga Allah SWT merahmati penulis di atas perkongsian yang bermanfaat ini.
Laras bahasa ringan, macam kawan yang soft-spoken tengah bagi nasihat so tak pressure lah baca. Susunan point tu teratur so senang faham. Paling best maksud syukur and redha tu sebab selama ni salah kan. Lepastu, cerita" wanita solehah vs tholehah, ha part ni kena cari buku sirah kalau nak dalami betul", pilih 1 yang paling relate dengan bidang, ibu ke, cikgu ke, pelajar ke. Semua bab ada dalil ya so no worries, sambil" boleh dapat pahala baca ayat Quran.
Malu tu mahkota wanita yang ramai remehkan sekarang. Fav quote: "Tatkala wanita lain tak malu nak dedah aurat, kita malulah." Malu pada Allah yang menciptakan, malu pada Nabi s.a.w yang memperjuangkan kita.
Sangat recommended MashaAllah banyak ilmu dalam ni, my only issue bahagian taat suami sampai isteri nak balik rumah mak ayah pun tak boleh kalau suami tak bagi, isu ziarah mak ayah ni Ustazah Asma dah jelaskan few years ago bahawa haram suami menghalang isteri dari jenguk mak ayah dia, malah tanggungjawab suami untuk bawa isteri pergi ziarah mak ayah, wallahhu alam. Jazakallah for this book 💜
Bacaan ringan yang sesuai untuk muslimah yang ingin memperbaiki diri ke arah kebaikan. Namun, terdapat terlalu banyak kesalahan ejaan dari awal hingga akhir buku, selain pengulangan isi yang agak kerap. Walau bagaimanapun, buku ini tetap memberi banyak manfaat terutamanya kepada gadis muda.