Lagipun... Ini hanyalah perkahwinan untuk enam bulan saja yang aku lakukan demi nenda. Kanser nenda tiba-tiba relapse dan nenda tak ada banyak masa. Aku hanya mahu nenda tahu aku bahagia selama hidup dia masih bersisa.
Tapi Dzar Hilman... Dia juga tak mahu mengalah!
“Abang ni suami. Awak tu isteri. Pangkat abang ni, bukan BOD yang bagi tapi GOD yang bagi. Allah yang tentukan tau.”
Banyak yang aku lalui dalam perkahwinan tipu-tipu ni. Aku ingat aku dah menang... Tapi, sebenarnya aku dah kalah the moment aku terima Dzar Hilman jadi suami aku.
“There’s always that one silly mistake that changes everything. Orang kata, penting untuk belajar dan tidak mengulangi kesilapan yang sama... Tapi, bagi abang... Kalau abang dapat peluang untuk hidup sekali lagi, abang akan mengulangi this silly mistake, only sooner. Sikit-sikit... Lama-lama membukit sayang Anais Alyana Hendra untuk Dzar Hilman.”
Ya... That silly mistake buat aku jatuh. Jatuh... Ke dalam gaung!
“I rasa Dzar, Haiyan dan Aidin berkomplot untuk jatuhkan you. You kena sedar, Anais. Hendra bakal jatuh kalau you masih tak bangun dari tidur dan bermimpi.”
Mana aku nak sangka... Aku dah kena scam dengan Dzar Hilman. Betul la orang kata, yang buta itu bukannya cinta tapi kita.
“Lepas hari ini, I am your estranged husband...”
Kadang-kadang melepaskan adalah satu-satunya cara untuk menunjukkan yang kita sayang.
Tahu tak perasaan bila dah jumpa perkataan ‘TAMAT’ kita terus rindu dan rasa macam nak start baca balik buku ni :D
Seriously best teruk cerita ni. Cukup rempah rasa. Best teruk!!! Happy pills semua orang; Dzar Hilman. Love!!
Aku menahan je tau kekadang baca teaser kt IG puan penulis. Dapat buku terus baca itu maksudnya apa gaisss?? Tbr lain side eye 👀👀 hihihi.
Review aku ni lebih kepada aku cerita pasal perasaan aku, bukan pasal buku kan? Sebab pe. Pergilah beli n baca sendiri! Hahaha. Tak tak. Aku ni memang sejenis tak pandai sebenarnya nak review2 ni. Yang aku tahu kalau bagi aku best aku bagi 5 star. Kalau ada 50 star, 50 lah aku bagi. Belilah korang MEH ni. Aku dah memang jatuh cinta teruk dengan penulisan author kita ni.
penulisan terlalu wattpad beginner untuk saya. terpaksa gagahkan diri baca sampai habis sebab dah beli. saya jenis tak kisah baca cerita cliche asalkan penulisan sedap tapi ni tak expect gaya penulisan begini dari author yang ada bertahun pengalaman huhu shock berat. plot pon biasa je banyak cakap pasal saham hence susah nak lure bacaan, kadang rasa fl umur 30 pon tapi gaya tak selari dengan umur dan jawatan ceo dia tu
not to add ada satu scene its giving racist sebab mention 'bau macam bangla' i dont think its appropriate to say this in a book just my 2cents. apapon mungkin silap saya jugak sebab letak high expectation seeing good reviews about this book but unfortunately didnt suit my cup of tea adoii nyesal la sikit beli hmm