Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ungu Karmila

Rate this book
ATAS nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.

Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.

Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi.

Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan.

Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali!

RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi... hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!

523 pages, Paperback

First published January 1, 2008

75 people are currently reading
1209 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,379 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
677 (44%)
4 stars
495 (32%)
3 stars
258 (17%)
2 stars
60 (3%)
1 star
17 (1%)
Displaying 1 - 30 of 111 reviews
Profile Image for SORA.
183 reviews6 followers
February 8, 2023
Permulaan cerita yang agak perlahan. Terlalu banyak watak membuatkan aku cepat hilang fokus tapi ada kemungkinan juga punca hilang fokus itu kerana buku ini dibaca pada masa yang kurang sesuai (baca : kesibukan yang amat). Cerita mula menjadi menarik dan bacaan menjadi laju apabila kebanyakan watak mula berkumpul di Vila Sunyi.

Punca kepada segala tragedi yang berlaku dapat diagak ketika di pertengahan cerita lagi namun jawapan kepada teka-teki masih menjadi tanda tanya sehinggalah berjaya dijawab oleh salah seorang watak. Aku memang lemah sikit bab teka-teki ni 😅
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
June 5, 2017
Sangat janggal bagi Tuan RAM menulis kemuncaknya dalam satu latar tempat yang tak terasing, cuma terasing mengikut bilik-bilik di dalam Vila Sunyi tu sahaja.

Agak berbeza dengan novel beliau yang lain; yang mana Tuan RAM menulis dengan klimaks yang suspen. Tetapi novel ini klimaksnya sebelum dari bab-bab akhir. Mungkin bab akhir ada twist juga, tapi sebetulnya novel ini anti-klimaks.
Profile Image for Syahira .
665 reviews71 followers
May 29, 2011
This book deserved a movie.

I read this book around 2008 and borrowed it from a friend. I was curious about the storyline and became intrigued by the story of a mansion named Violet Carmilla, a mansion (which was probably near Janda Baik)with a very dark secret.

The atmosphere was haunting, euphoric and mysteriously seductive. From a well known author, his writing was very intended to be investigative while fringing on the otherworldliness. The characters was thoughtful, flawlessly thought and well done. From satiric interpretation of the public's fascinations towards the unknown to vivid imaginary of the psychedelic situation faced by the victims of these nightmare. The ending was not a disappointment either.

However, being a scientist, the scientific explanation offered by the end was not sufficient, too brief, too bland and too uninteresting to describe an intriguing specimen. It deserved a toxicologist input. Even if its fictional but it could have still been even better.

A psychedelic thrilling adventure that deserved it all. It was perfect for those who preferred thought provoking local literature and it deserved a more wider audience than it already have.
Profile Image for Rainy Rose.
299 reviews32 followers
December 2, 2020
Mengisahkan tentang kematian tragis pasangan suami isteri Arif dan Karmila serta orang gaji mereka di Vila Sunyi. Sebetulnya, semasa part Arif terjumpa bunga misteri di taman larangan tu, aku dah boleh agak punca perubahan sikap Arif dan kematian mereka bertiga. Tapi aku tak boleh berhenti baca buku ni sebab aku nak tahu juga penghujungnya macam mana. Jalan cerita yang menarik dan penghabisan yang bagi aku, sedikit tidak dijangka.
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
October 29, 2021
Kisah mistik tapi bukan hantu. Puaka yang akan merasuk sesiapa saja yang memasuki Vila Sunyi menjadikan vila tersebut dibiarkan usang kerana tiada siapa yang berani menghampirinya. Selepas 8 tahun, Arafat iaitu abang kepada Arif, pemilik asal Vila Sunyi telah mengupah beberapa orang untuk membongkar misteri pembunuhan di vila itu. Arafat tidak percaya bahawa adiknya yang bunuh isteri dan orang gaji mereka dan kemudiannya membunuh diri. Kini puaka tersebut 'dikejutkan' dengan kehadiran orang-orang upahan Arafat dan insiden 8 tahun dulu berulang kembali. Tragedi berdarah tidak dapat dielakkan lagi.

Kemunculan Dr. Ismadi di vila tersebut berjaya merungkaikan misteri disebalik puaka yang menjadi igauan buruk masyarakat Orang Asli di situ. Ungu Karmila bukan sekadar bunga biasa. Kecantikkannya bisa membunuh sesiapa saja. Mereka yang dirasuki Ungu Karmila tidak dapat membezakan halusinasi dan realiti.

p/s: Ungu Karmila hampir serupa dengan pokok Gympie gympie atau mungkin kebetulan..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
August 20, 2012
Vila Sunyi merupakan lambang cinta Arif kepada isterinya yang tercinta,Karmila. Bersama-sama dengan Ibu Jainab,orang gaji mereka dari Indonesia,mereka hidup dengan bahagia. Tetapi,keadaan mula berubah apabila Arif menjumpai sejenis spesis bunga yang tidak dikenali di sebuah taman. Taman tersebut dipercayai berpuaka oleh masyarakat Orang Asli yang tinggal di sekitar Vila Sunyi. Arif diberi amaran keras oleh Tok Batin untuk tidak pergi ke taman tersebut. Namun,kedegilan Arif sukar dijinakkan. Dia mengambil satu spesimen bunga tersebut untuk dikacukkan dengan bunga mawar. Hasilnya,sejenis bunga baru berjaya dihasilkan yang dinamakan Ungu Karmila. Dari sini,bermulalah tragedi yang menyayatkan hati. Ketiga-tiga penghuni didapati mati terbunuh. Dipercayai,Ariflah pembunuhnya. Tok Batin dan masyarakat Orang Asli di bawah jagaannya percaya bahawa Arif,Karmila dan Ibu Jainab terbunuh kerana menjadi mangsa amukan puaka yang menjaga taman bunga tersembunyi itu. Lantas,Vila Sunyi juga dianggap sudah disumpah dan berhantu. Vila itu ditinggalkan begitu sahaja.
Beberapa tahun kemudian,Ema,seorang gadis Orang Asli yang moden,cuba untuk membongkar rahsia kematian abangnya,Jikon,yang mati ketika menceroboh vila tersebut untuk mencari harta karun yang dikatakan tersimpan di dalamnya. Ema yang tidak percaya kepada kewujudan hantu percaya bahawa ada rahsia tersembunyi yang menjadi punca kematian abangnya. Bukan Ema sahaja yang cuba merungkai misteri Vila Sunyi. Abang Arif,Arafat turut berasa curiga dan berazam untuk mengetahui perkara yang sebenarnya untuk membersihkan nama baik adiknya yang dituduh menjadi pembunuh Karmila dan Ibu Jainab. Dia mengumpulkan beberapa orang yang diupah untuk menyiasat Vila Sunyi. Apakah yang menanti mereka di Vila Sunyi? Adakah benar vila itu berhantu? Dapatkan naskhah novel Ungu Karmila hasil tulisan Ramlee Awang Murshid (RAM) di pasaran sekarang untuk mengetahui jawapannya!
Pada saya,Ungu Karmila merupakan sebuah novel thriller tulisan Ramlee Awang Murshid yang agak unik dan istimewa. Jika saya tidak silap,inilah kali pertama beliau menggunakan satu latar belakang yang menjadi fokus utama penceritaan novel. Di dalam novel ini,Vila Sunyi menjadi latar belakang utamanya. Tidak banyak yang boleh diulas mengenai gaya penulisan dan penceritaannya. Namun begitu,kepada mereka yang sudah biasa membaca novel-novel tulisan RAM,unsur-unsur tipikal RAM dapat dikesan melalui novel ini. RAM,saya perhatikan berjaya menyampaikan penceritaan dengan baik,walaupun ada diselitkan topik-topik yang berkaitan dengan sains seperti membincangkan penyakit kencing manis,delusi,pembungaan dan lain-lain perkara yang berkaitan.
Walau bagaimanapun,terdapat satu kekurangan yang saya fikirkan molek jika dapat diisi. Satu kekurangan tersebut yang saya dapati adalah ketidaktelitian dalam penceritaan latar belakang/sejarah watak-watak yang terlibat. Kekurangan ini bukanlah satu isu yang begitu besar sebenarnya. Namun,jika diberikan perhatian,mungkin akan membuatkan cerita novel ini bertambah baik. Sebagai contoh,sejarah pertemuan antara Bado,Winda dan Rosli patut diperluaskan dan diceritakan dengan lebih teliti,dari saat pertemuan mereka bertiga buat kali pertama sehinggalah mereka membuat keputusan menubuhkan kumpulan mereka. Walaupun RAM ada menceritakan sejarah mereka bertiga,tetapi agak ringkas. Begitu juga kepada watak-watak yang lain.
Walaupun demikian,novel ini tetap tidak mengecewakan. Buku ini disarankan kepada para peminat novel thriller bahasa Melayu.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
December 21, 2016
Dah lama khatam novel ini beberapa tahun lepas. Tapi aku masih ingat lagi penangan novel ini. Sampai masuk ke alam mimpi! Ada nilai tambah dalam novel ini, tentang ilmu kacukan spesis bunga. Sangat menarik dan informatif.

Profile Image for Mali.
210 reviews
December 25, 2016
was my first Ramlee Awang Murshid's book. THRILLING AND SUSPENSEFUL. Even finished it in one sitting. ♥♥♥♥♥
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
February 8, 2021
Ternyata Ungu kegemaran aku menyimpan tragedi yang berbekas di hati sanggup aku beli pula.  Sebelum ni baca pinjam kawan. Dulu baca yang cover dari Alaf 21 kali ni dari Buku Prima. Aku suka cover baru ini lagi sebab rumah ungu tu lawa🤩
Buku ini memang terpahat lama dalam ingatan. Sesiapa  nak berjinak novel thriller karya RAM boleh mula yang ini, mudahan tersangkut.
**
Sayu.Kata yang mampu aku luahkan tentang pengakhirannya.Sayu akan Watak Arif, Karmila dan Jainab, pengakhiran Ema dan Dr.Ismadi, hubungan Arafat dan adiknya. Rumah mewah berwarna Ungu Biru hadiah Arif untuk isterinya Karmila. Pasangan bahagia dan romantik, tinggal bersama orang gajinya Jainab. Kisah mereka walau hanya di bab awal dan imbasan diakhir tetap terpahat pada aku hingga titik dakwat terakhir. Pasangan kegemaran melalui hal tragis kerna satu perkara yang indah tetapi memakan diri😭 Tak ulas watak lain sebab Arif dan Karmila berbekas kuat  di hati aku.Sifat manusia, apa ditegah itulah yang kita buat.Pembunuhan atau Puaka? Sebelah percayakan ada unsur alam ghaib,satu pihak berfikiran moden merasakan ada hal lain yang menganggu 'Villa Sunyi' itu.
**
Buku ini juga banyak selit ilmu kerna buku ini waktu itulah, kenal apa itu istilah PMS,Penyakit Endometriosis dan info hal Diabetes. Ada juga tentang pemakanan, bioteknologi, tumbuhan,  hukum jenayah dan kaum orang asli. Ada mention UPM😉.Banyaknya penulis buat kajian.
**
Teka-teki "Ia Makan Untuk Hidup Tetapi Tak Pernah Minum" jawapannya tetap terpahat di benak ini. Misteri dan Penemuan yang tak dijangka. Cuma kedua kalinya masih tertanya siapa yang tulis teka-teki  di dinding sel itu? Ke aku terlepas pandang?  Satu lagi mengenai diari Jainab. Ema mudah dapat macam terhidang depan mata. Polis tak ambil ke. Atau aku sesat tak dapat rungkai.
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
September 18, 2018
My first RAM novel. Novel ini disuggest oleh seseorang.. Memandangkan aku mule membeli novel2 thriller...dah lame sebenarnya aku nak bace novel ini.. Tapi kalau xsilap aku.. Novel ni dh takde dalam bookstore.. Cume baru2 ini jelah selepas alaf21 buat cover baru...

Ungu karmila... Tak sangka sebenarnya pengakhiran yang sebenar adalah disebabkan itu.
Hahha just tertanya.. Siapa hero & herojn cite ni... Memandangkan watak2 dalam novel ini adelah sedikit2.. Adekah ema heroinnya... Hahah.. Aku jadi blur kejap. Hero dea pulak siapa? Dino ke.. Sebab dia je yang terselamat.. Haaa aku sedikit confuse tang tu... Tapi overall best.. Memang recommended.

Well... Novel ni aku rase ade dah dekat 10 tahun ke belom.. Aku tak sure pulak.. Dulu aku adelah penggemar novel cinta.. Suwit muwit ni.. Takdela nak bace novel2 thriller ni..

Tq to someone yang suggest aku bace novel ni.. 😄
Profile Image for Aqiela.
58 reviews1 follower
October 26, 2018
Cerita yang banyak naik turun. Awal2 cerita agak rancak, tengah2 agak mendatar & bosan dan satu pertiga akhir cerita kembali rancak. Banyak ilmu baru yang boleh dapat bila baca buku ni, memang jelas penulis banyak buat kajian, membaca atau rujukan semasa tulis buku ni. Jadi takdelah terasa macam baca buku ni untuk hiburan semata2. 😊
Profile Image for Izis.
52 reviews
February 23, 2019
Buku ni buku karangan RAM yang lama tp aku baru membacanya... susah nak cari buku lama ni... as usual karangan RAM tak penah menghampakan..plot twist yang interesting dan menarik..sebagai peminat RAM, aku berharap ada sambungan cerita sbb bunga asal tu masih belum dijumpa...
Profile Image for Izzat Zainal.
Author 3 books27 followers
January 9, 2025

Siapa je tak kenal Ramlee Awang Murshid, kan? Lebih mesra dikenali sebagai RAM oleh peminat lama, tak boleh nafi yang aku tergugat nak start baca novel nukilan beliau. Dia ni aku anggap macam Stephen King Malaysia - banyak novel keluar, nama tersohor dalam genre fantasy/seram ni.

Ungu Karmila pulak selalu naik sebagai cadangan novel untuk sesiapa yang baru nak berjinak-jinak baca buku abang RAM. Aku dah dicadangkan buku sekian sejak tahun 2015 lagi - buku ni pulak ditulis sekitar tahun 2007. Aku setel baca tahun 2025 - 17 tahun kemudian! Memang dahsyatlah sebab title ni masih dalam cetakan dan masih disebut-sebut orang!

So tak hairanlah aku pilih buku ni untuk mula mengenali dunia seram abang RAM, kan? Sayang sekali sebab aku rasa buku ni macam lapuk dek zaman sikit sebab ada banyak elemen gaya penulisan yang aku tak gemar. Yang paling obvious adalah dialog-dialog yang bunyi macam alih bahasa kartun dalam kepala otak aku - tapi benda ni common je dalam banyak novel terbitan klasik awal 2000an dulu. Tu aku tak kisah sangat. Tapi jalan cerita yang meleret, exposition yang ditulis macam manual/buku teks, dan watak-watak yang diolah secara simplistik buat aku susah nak engage dengan keseluruhan cerita. Jalan cerita dia pun memang tak berapa unik bila dibaca sekarang - untuk konteks, buku ni terbit zaman-zaman cerita macam Pontianak Harum Sundal Malam tengah box office. So gaya cerita seram dia pun gitu² jugak ler gamaknya.

Meh aku cuba explain satu-satu. Mula-mula sekali, jalan cerita yang meleret. Ini aku rasa banyak berpunca daripada tendency penulis untuk "tell" dan bukan "show" pembaca apa yang terjadi. Seolah-olah penulis ni macam terlalu micromanage cara watak/scene perlu diinterpretasikan, walaupun benda tu memang terang lagi bersuluh! Contohnya, watak si polan memang terang-terang dah mati, tapi nak jugak dia imbas kembali cerita pasal benda tu macam dia takut kita tak paham. Trust me, plot twist tu boleh dihidu sejauh sepuluh batu dah, jangan risau! Kesan dia, buku ni jadi panjang tak berakal tanpa suntingan yang kemas. Banyak olahan berulang-ulang. Ni belum cerita pasal typo-typo yang ada ('fosfat' jadi 'prostat' - macam mana pulak baja pokok ada prostat?)

Yang kedua pasal pengolahan watak. Akhir cerita ni ada macam-macam jadi dekat watak-watak kita. Tapi barisan bintang Ungu Karmila ni semuanya ditulis secara dua dimensi. Cardboard cutouts. Sebab abang RAM punya gaya penceritaan banyak melompat-lompat daripada satu watak kepada satu watak dengan point-of-view bercampur-campur, kau susah nak root untuk mana-mana watak yang ada. Kesilapan lama diaorang macam dijustifikasikan dengan banyak subteks Islamik, termasuklah watak yang tak berkongsi kepercayaan yang sama. Kisah silam mereka ni macam ditohmah penulis sendiri pulak. Contohnya, watak sekian-sekian menderita sebab dosa lama, dan apa yang dia dapat tu balasan yang wajar dia dapat. Tak ada ribut, tak ada angin atau musabab yang buat pembaca empati dengan mereka. Terbuat dosa, jadi dia tu jahat. Patut dapat balasan. So bila abang RAM smash siapa-siapa keluar daripada gelanggang cerita ni, kau jadi tak kisah. Tak kasihan. Just another one man down. Tak cukup cengkaman emosi sebab kau tak care langsung pasal mana-mana cast of characters yang ada.

Aku mula tertarik pada hujung cerita ni. Aksi dan pembongkaran misteri Ungu Karmila ni agak menarik untuk aku terus habiskan buku ni. Lagi satu, aku suka dengan watak Dino. Bagi aku, dia je watak yang ditulis dengan tekstur yang menarik walaupun masih bare minimum. Watak lain ada potensi tapi amat kurang dari segi nuansa dalam pengolahan mereka. Misalnya, salah satu watak perempuan yang pernah jadi mangsa rogol dan pilih untuk menggugurkan kandungan seolah-olah dicerca pulak. Keburukan jadi sebab dia menggugurkan kandungan. Tak ada langsung olahan tentang trauma atau keperitannya sebagai mangsa jenayah rogol. Tak ada depth pada keterdesakan watak sehingga membuat keputusan untuk gugurkan kandungan. Tak ada sorotan terhadap kezaliman si polan yang merogol. Cuma gunakan dia untuk justify kejahatan roh jahat tu terhadap mangsa sebab "bunuh bayi".

Dalam kulit kacangnya, aku faham kenapa buku ni disukai ramai sejak penerbitan 7 tahun yang lalu. Tapi bagi aku, baca benda ni tahun 2025 mungkin asbab utama aku rasa benda ni meh. Jadi Nora bagi tiga bintang jer la yek.

Profile Image for Boo Ajun.
39 reviews
November 11, 2025
3 stars but it’s a me issue, not the book. I’m just not vibing. Respect remains high tho
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books77 followers
September 16, 2015
3.3 bintang.

Aku mulakan kembali pembacaan aku untuk novel-novel RAM setelah lama berhibernasi. Sebab utamanya, aku dah tak boleh masuk sangat dengan gaya penyampaian RAM. Seperti bersyarah pada aku. RAM lebih banyak memberitahu daripada menunjuk kepada pembaca. Kalau dalam novel ini, aku awal-awal dah tahu yang geng-geng jahat pasti akan terima balasan sebab awal-awal lagi RAM dah ceritakan siapa yang jahat dan siapa baik.

Tapi, aku tak boleh nafikan yang idea-idea beliau memang di luar kotak dan RAM merupakan seorang penulis yang rajin buat homework sebelum menulis. Sebab itu beliau masih bertahan dengan gelaran novelis thriller nombor satu Malaysia.

Bukan sesetengah penulis yang tulis cerita thriller tapi watak dan perwatakan tak berkembang dan tiba-tiba boleh hilang dan muncul macam tu saja. Itu tak termasuk timeline cerita yang tak selari untuk bab-bab seterusnya.

Hmmm... emosional pulak tiba-tiba.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
May 9, 2017
Orang lain dah lama habis baca novel ni tapi aku baru je habis baca. Haha.

Kisah ni pada aku menarik juga untuk dibaca. Semakin dibaca, semakin nak tau apa kesudahan cerita. Namun disebabkan dek terlalu banyak watak sampingan yang ada dan juga banyaknya imbasan kembali serta beberapa rangkaian yang terjalin, ia sedikit sebanyak memeningkan kepala. Dan aku mengambil masa yang lama untuk habiskan novel ni.

Pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini adalah; jangan sesuka hati mengambil benda yang bukan milik kita sebab nanti hidup kita tidak akan aman.

Macam dalam kisah ni, si Arif ambil satu pokok bunga dalam hutan tebal untuk dibuat kajian yang akhirnya racun dari pokok itu meresap masuk ke dalam badannya dan merasuk dia hingga dia menjadi pembunuh kepada isteri dan orang gaji mereka dan dia juga membunuh dirinya sendiri. Malahan, seluruh penduduk di kawasan sekitar rumahnya menjadi takut dan tertanya-tanya siapakah sebenarnya pembunuh mereka bertiga.
Profile Image for Daisy.
156 reviews21 followers
January 13, 2021
Ungu Karmila 💜

Satu pembunuhan misteri berlaku di sebuah vila. Arif yang dikenali sebagai seorang lelaki dan suami yang baik didapati telah membunuh isterinya, Karmila dan pembantu rumahnya, Bu Jainab sebelum membunuh dirinya sendiri.

Walaubagaimanapun, tragedi tersebut seakan-akan ada yang tersembungi. Rahsia di sebalik Ungu Karmila.
-
Buku pertama yang I baca daripada RAM. First half tu rasa mengantuk sangat hahahha sebab jalan ceritanya agak slow paced. Lebih kepada pengenalan dan perihal watak-watak yang ada. Nasib baik second half laju sikit. Maybe sebab dah ke arah pembongkaran sebenar mengenai misteri yang menyelubungi tragedi dalam vila tersebut.

I dah boleh agak sebab atau punca tragedi tu. It’s totally obvious from the first half of the story. I’m almost disappointed. Nasib baik la there’s more to the story about Ungu Karmila. Fuh 😌

Overall, it’s a good read. Will read more of RAM’s books in the future.

Rate: 3.7🌟
Profile Image for مستور١ مكنن.
90 reviews8 followers
January 29, 2013
novel ni penat tau cari. susah juga tapi gigih juga sebab ada kawan kata best. tau dah cerita RAM yang ni seram. macam tak percaya je satu malam habis. tak pasal-pasal tidur jam3. esok keje kot. aish. cerita tentang misteri pembunuhan dalam Vila Sunyi. Kisah masalah rumah tangga Arif dan Karmila. dengan kisah silam Karmila dan Arafat iaitu abang kepada Arif. Kisah obsesi Arif dalam penemuan spesis kacukan baru ros berwarna ungu yang diberi nama 'ungu karmila'. Best!
Profile Image for Nabilah Imran.
3 reviews1 follower
January 16, 2014
ramlee awang murshid tak pernah mengecewakan saya dengan cerita yang di luar akal fikiran. ceritanya tidak terlalu berat namun masih mampu membuat kita memperolehi serba sedikit ilmu yang kita tak pernah tahu. beliau betul-betul mengkaji bahan yang akan digunakan di dalam novel beliau dan itu membuatkan saya lebih menyukai novel beliau. i will keep reading his novel.
Profile Image for Muhammad Hanifi Che Ibrahim.
3 reviews
July 2, 2008
Buku terbaru daripada Ramlee Awang Murshid.. Namun terdapat beberapa kelemahan dalam buku kali ini, seperti percanggahan sifat fizikal yang digambarkan pada Karmila. Jalan penceritaan agak mengecewakan. Tidak setanding dengan karya Ramlee yang lain.
Profile Image for Muhiy Osman.
8 reviews45 followers
May 26, 2009
sememangnya Ramlee Awang Murshid seorang penulis yang mempunyai gaya penulisan yang pelbagai!
11 reviews
February 10, 2010
buku yg mengandungi byk maklumat yg berguna...
scientific name of a plant...
Profile Image for Norain.
361 reviews25 followers
October 6, 2011
Setakat ini, buku Ramlee Awang Murshid yang paling seronok saya baca. Saya habiskan dalam satu hari sahaja (walaupun esoknya ada ujian Akaun).
18 reviews
Read
February 20, 2011
best!!! two thumps up for RAM.....rase mcm berada besama2 dlm buku tersebut...
Profile Image for Nur Fathiah Zahri.
32 reviews
April 16, 2011
Mula² menakutkan...sngat² seram krana dibaca pd wktu mlm ...berseorngn...
Profile Image for doktor_muda.
7 reviews
May 1, 2011
kurang menjadi. plot yg sengaja dipanjang-panjangkan. jalan cerita yg boleh diagak sejak dari mula.
Displaying 1 - 30 of 111 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.