Jump to ratings and reviews
Rate this book

Fiksyen 302

Rate this book
LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA'AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa.

Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!

RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

507 pages, Paperback

First published December 2, 2011

43 people are currently reading
462 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,379 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
406 (46%)
4 stars
310 (35%)
3 stars
123 (14%)
2 stars
13 (1%)
1 star
12 (1%)
Displaying 1 - 30 of 110 reviews
9 reviews1 follower
March 20, 2013
“Lain kali habis jer baca, terus buat review. Kalau tangguh-tangguh takut terlupa”. Itulah nasihat hatiku tiap kali usai membaca. Tapi akalku menjawab, “Itu kalau tulisan biasa…ini Ramlee Awang Murshid punya werk tau…terkecuali.” Haha, memang RAM penulis berbeza, atau lebih tepat ‘unik’. Unik kerana…


RAM sangat rajin buat homework dalam setiap buah tangannya. Buktinya, beberapa info mengenai perubatan, psikologi, perundangan, kepolisan dilihat sangat berkesan. Itu belum lagi melihat kepada plot dan jalan cerita, perkembangan watak dan transisi peristiwa.


Pendekatan cerita melalui kaedah imbas kembali (flash back) dan ke hadapan menjadikan perubahan masa selama 20 tidak terlalu ‘diada-adakan’ atau artificial. Walaupun teori quantum leap itu macam dah diperkenalkan dalam cereka “Back to the Future”, tetapi Fiksyen 302 langsung tidak dipengaruhi rencah filem tersebut. Bahkan Fiksyen 302 lebih santai, lebih munasabah dan diterima dek akal. Subjek tak perlu naik kereta berkelajuan tinggi untuk pergi ke masa silam dan pulang ke masa hadapan seperti di dalam cereka, sekadar menekan bulatan di tapak tangan yang dilukis menggunakan marker pen! Hebat bukan?


Fiksyen 302 juga tidak terlalu membebankan pembaca dengan plot serta watak yang berbelit-belit. Cukup sekadar anda ‘memegang’ watak Dato Mahali, Norhafiza Izura, Farid Jaah, Lan Lani dan Dr Rozlina (lihat…saya dapat mengingatnya tanpa melihat kembali 302) dan anda akan tetap mengikuti cerita ini tanpa sesat. Sememangnya dendam itu ibarat api membakar sekam, kerana dendam itu terus membara biar telah berlalu sekian lama, biar musuh telah menerima balasan dan dendam juga memusuhi kebenaran.


Sesungguhnya watak pembantu juga berperan menjadikan sesuatu cereka itu lebih berjaya. Dan RAM mencipta mereka penuh berhati-hati sehinggakan tidak perlu terlalu ramai ‘pelakon pembantu’. Penggunaan bahasa yang mudah juga menjadikan kita tidak hilang fokus, sesuai dengan tema thriller 302. Tagline “jangan percaya” pula mengingatkan kita jangan terus percaya dengan apa yang anda ‘telah’ baca kerana apa yang ‘akan’ anda jumpa adalah sesuai di luar duga.





Adalah menjadi harapan saya agar novel ini diangkat menjadi satu filem suatu hari nanti. Iyelah, daripada asyik mengangkat tema cinta yang semakin meleret-leret ke layar perak tempatan, apa kata kita cipta pula tema thriller. Eh, Fiksyen 302 pun tak kalah tau dengan idea luar…kerana RAM sememangnya raja dalam wilayahnya.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
August 7, 2018
Novel ini gila...sampai saya pun rasa macam nak gila, bila nak tahu siapa pembunuhnya..

Mengisahkan pada tahun 2032..Rita, seorang peguam yang disegani, menyertai projek penggembaraan minda yang di ketuai oleh Dr. Rozlina, seorang Dr psikiatri bagi menyingkap misteri kes pembunuhan pada tahun 2012 yang masih belum selesai.

Empat pesakit mental yang telah dibebaskan setelah pulih didapati membunuh mangsa-mangsanya dengan cara yang hampir sama.. Lan Lani membunuh Mubarak, seorang penyiasat persendirian dengan menjerut mangsanya kemudian dia menulis angka 302 di dahi mangsa, menghubungi polis dan berbogel dihadapan mayat sambil meratip. Begitu juga dengan Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah membunuh mangsa-mangsanya dengan kejam dan dengan cara yang hampir sama. Mangsa-mangsa yang dibunuh saling berkait dengan kes pembunuhan setiausaha Dato Mahali, Zarina Mustapha tiga tahun yang lalu.

Noorhafiza Izura di minta membela Lan Lani... Alias pula di arahkan untk menyiasat kes-kes tersebut dengan bantuan seorang pesara polis ( Hizamnudin) yang pernah menyiasat kes pembunuhan Zarina Mustapha.

Ke empat - empat pesakit mental tersebut memaklumkan, pembunuhan di lakukan atas arahan Zonan. Pada awalnya semua menyangkakan Zonan adalah watak khayalan pesakit mental.. Tapi, Zonan sebenarnya memang wujud dan dibongkarkan pada tahun 2032..Siapa Zonan?....
Profile Image for faryna syaza.
75 reviews13 followers
March 26, 2022
Buku ini gila. Sangat gila. Kegilaannya sampai ke tahap aku berasa aku tidak selamat lagi di dalam rumahku. Kegilaannya sampai ke tahap aku percaya Zonan itu ada di sekeliling aku. Kegilaannya sampai ke tahap aku sudah tidak percaya sesiapa lagi.
Profile Image for sooa.
62 reviews4 followers
February 7, 2025
ambil masa nak habiskan sebab nak kena faham satu satu plot yang bagi aku agak fenin and lembab sikit la otak ni nak pick up part awal awal cerita. dah separuh buku pun aku still stop kejap, pastu sambung baca then stop, belek ballk page belakang sebab dah lupa apa yang jadi. bila otak 2gb baca cerita genre psycho-thriller gini sis pun lambat nak hadam semua benda😭 (maybe aku dah banyak baca genre romance so bila tetiba baca genre sebegini otak terkena kejutan budaya kejap lol)

tapi bila dah sampai pertengahan cerita, aku ternganga jap dengan plot twist pertama. pastu baru dapat rentak and
enjoy baca sampai habis. this book issa chefkith sumpah plot twist dia bertwist twist sampai ke hujung. buku ni kau takleh skip satu page pun. kita predict macam mana pun, satu hint pun penulis tak kasi langsung memang speechless gila bila semua misteri terbongkar i was like- wtf did i just read? even my brain is not braining broo

elemen misteri dan suspens dalam buku ni sangat smooth like buttehh bro- RAM sumpah genius gila?? time-travel dengan sistem quantum pengembaraan minda dan pertukaran watak seseorang-fuh dah macam movie. and aku suka cara penulis 'scam' pembaca tentang zanon; the real villain dalam buku ni sumpah aku rasa nak pecah otak bila tahu siapa zanon yang sebenarnya.

buku ni bagi aku best sebab dia banyak main psikologi dan perundangan yang ditulis beserta fakta. fiksyen 302 ini tentang satu 'hukuman jenayah' bagi pesalah yang dikenakan hukuman gantung sampai mati mandatori di bawak akta 302 ciptaan zanon sendiri. nak join team tuan alias dan hizamnuddin rungkaikan misteri pembunuhan demi pembunuhan dalam kes fiksyen 302 ni, boleh try baca buku ni. sangat sangat rekomen. last but not least, jangan percaya siapa pun dalam buku ni🙂👍🏻
Profile Image for Hana Jimi.
33 reviews8 followers
April 6, 2012
Buku gila.sampai ke halaian2 akhir aku masih cari siapa pembunuh.langsung tak ditinggalkan sikit hint.puas aku teka,siap ada suspek lagi.rupanya tersasar jauh.terbaeklah RAM.tabik spring~

nasib baik kucing nakal dalam mood baik je hari ni.dapatlah selesaikan satu buku. :)
Profile Image for Watie Shaari.
391 reviews43 followers
June 17, 2019
Novel ke 4 yang aku baca hasil tulisan RAM. Sejujurnya aku pening kepale baca novel ni. Dia punya plot twist tu, Masya Allah.. Bertwist2. Sampaikan tak expect langsung ceritanya macam tu.

Novel Fiksyen 302 ini seakan-akan novel Rahsia Perindu. Dimana berkaitan dengan dunia jenayah dan dunia kehakiman.

Yang menjadi topik utama dalam novel ini adalah, Zonan. Zonan dikatakan yang dianggap sebagai satu halusinasi yang dialami oleh pesakit mental, Farid Ja'ah, Lan Lani, Jimmy Yeoh & Prakash Kumar. Bagi mereka, mereka telah dikuasai oleh Zonan supaya melakukan pembunuhan kejam. Dan mangsa pembunuhan mereka adalah mereka-mereka yang pernah terlibat dalam kes pembunuhan Zarina 3 tahun lalu. . Zonan seakan menuntunt bela atas kematian Zarina. Tapi siapa Zonan? Hanya halusinasi atau realiti?

Itulah yang berlaku pada tahun 2012. Selepas 20 tahun, yakni pada tahun 2032 kes itu dibangkitkan kembali. Untuk mencari siapa Zonan. Dan apa yang pernah berlaku selepas tu. Peguam muda Rita Yuzlina mengikut eksperimen yang dijalan oleh Dr. Rozlina yang mana beliau merupakan bekas doktor yang merawat ke4 pembunuh diatas semasa di pusat rawatan mental. Dr. Rozlina ingin mengkaji balik hal yang berlaku pada tahun 2012. Dan itu telah menyebabkan kemunculan Zonan kembali.

Banyak sebenarnya plot twist dalam novel ni. Jangan sesekali skip pages. Kalau tak, memang akan hilang poin penting. Aku bile bace jawapan sebenar akan masalah ini, serius sakit kepala. Unexpected.huh. kalau xde plot twist, bukan RAM la namanya. How come beliau dapat idea yang sebegini. Memang tabik la.

Next cadangnya nak beli novel 9 Nyawa & Raudhah.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
February 20, 2012
Kisah kali ini bermula dengan pembunuhan kejam oleh pembunuh yang mengalami masalah mental. Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan yang Farid Ja’ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka sendiri menghubungi polis. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar mereka amat kabur.

Kehadiran Noorhafiza Izura; peguambela yang dilantik untuk membela Lan Lani menimbulkan lebih banyak persoalan. Puas dia menjejaki siapa itu Zonan yang disebut-sebut oleh Lan Lani. Namun tiada langsung klu. Apakah Zonan itu hanyalah halusinasi Lan Lani? Tetapi mengapa kes pembunuhan lain turut mengaitkan Zonan? Siapa sebenarnya Zonan itu? Dia juga sering saja diingatkan yang jangan sesekali percaya. Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

Kemudian melangkau ke tahun 2032 – di mana seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri [salah seorang pakar psikiatri adalah bekas doktor piskiatri keempat-empat pembunuh mangsa 302] bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj dan kisah lama bagaikan dihidupkan kembali. Mampukah Rita Yuzalina membongkar jenayah fiksyen 302?

Novel ini mengingatkan aku dengan kisah Rahsia Perindu di mana RAM membongkar masalah psikiatri. Dan rasanya aku lebih suka ‘masalah psikiatri’ Amylia-Leopard berbanding dengan yang ini kerana kisah Farid-Dina Din tidak begitu menjadi. Atau pun mungkin kerana sebelum ini masalah mental dan psikiatri telah dikupas dan di-twist dengan baik dalam novel sebelumnya, ia sudah tidak jadi umphh untuk kali keduanya? Mungkin...

Tetapi seperti biasa, RAM memang gemar bermain dengan banyak teka-teki terhadap watak-wataknya. Membuatkan kita jadi keliru, tak faham dan tak sabar nak tahu siapa, kenapa dan bagaimana semua itu terjadi. RAM memang tak akan membiarkan jantung kita berdenyut biasa. Dan seperti novel-novelnya terdahulu, penggunaan masa adalah senjata utama untuk menggerakkan ceritanya. Jadi bersiap siaga lah anda, jangan sampai ketinggalan.

Kadang-kadang terlintas di fikiran – tak mudah sebenarnya menjadi seorang RAM. Beliau perlu bekerja keras dalam menghasilkan setiap novelnya. Perlu bijak bermain dengan keadaan, konflik dan masa untuk membuai emosi setiap para pembacanya. Dan tak salah kalau aku katakan yang beliau perlu berfikir dua kali lebih ke hadapan berbanding orang lain untuk melestarikan sebuah manuskrip yang menarik. Ya, aku tabik dengan kegigihan RAM dan kebolehannya memanupulasi minda pembaca. Just awesome!
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
May 12, 2012
Untuk beberapa waktu yang agak lama,Ramlee Awang Murshid (RAM) kembali dengan novel yang berkisar kepada thriller-psikologi yang mirip kepada novel Rahsia Perindu,yang juga merupakan novel tulisan beliau yang dikeluarkan pada tahun 2005. Perkara ini diakui sendiri oleh RAM di permulaan novel Fiksyen 302 ini sendiri. Saya tidak mahu membuang masa dan ruang di dalam ulasan buku ini dengan menyediakan sinopsis saya sendiri untuk novel ini. Saya berpendapat sinopsis yang sedia ada sudah memadai untuk menerangkan sedikit sebanyak isi kandungan yang terdapat di dalamnya.
Pada awalnya,saya agak bimbang juga sekiranya RAM hanya 'mengitar semula' idea Rahsia Perindu ke dalam Fiksyen 302. Sangkaan saya ini tercetus hasil dari pembacaan saya di dalam beberapa komen di Facebook yang menyatakan terdapat beberapa persamaan di antara Rahsia Perindu dan Fiksyen 302. Tetapi,ternyata sangkaan saya itu agak meleset. Walaupun terdapat persamaan mengenai kecelaruan personaliti,namun,jalan cerita dan plot adalah berbeza sama sekali. Malah,tambah menarik,RAM turut memasukkan unsur 'time travelling',atau mungkin lebih tepat lagi,pengembaraan merentasi masa melalui minda yang melibatkan 'Quantum Leap'.
Pada pendapat saya,RAM tidak pernah mengecewakan para pembacanya (sekurang-kurangnya pada pendapat saya). Seperti novel-novelnya yang lain,sungguh menghiburkan sekali ketika membacanya. Gaya dan lenggok tipikal penceritaan dan penulisan beliau masih sama dan kedinamikan,terutamanya dari sudut jalinan hubungan antara watak-watak dan plot cerita telah digarap dengan baik oleh RAM dan menunjukkan kebolehan beliau dalam menulis sesuatu yang begitu kompleks dan menarik untuk tatapan pembaca. Walaupun konsep cerita ini serius,tetapi,masih ada ruang untuk 'comic relief' disediakan oleh penulis. Kita akan tertawa atau senyum sendiri apabila membaca sesetengah dialog yang melibatkan watak-watak yang terdapat di dalam novel ini. Tidak ketinggalan,unsur-unsur Islamik dan murni juga ditonjolkan di dalam novel kali ini,seperti novel-novel yang lain tulisan RAM.

Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
June 30, 2018
Permulaannya agak mendatar. Keseronokkannya bermula ditengah-tengah novel. Apabila RAM ajak pembaca untuk bina sendiri cerita dengan membuat tekaan. Dipertengahan pembacaan, muka surat 250-300 macam tu, saya buat assumptions. Assumptions seperti yang tu jahat, yang ni baik, dalang sebenar dia tu, dia ni hanya mangsa. Betapa terujanya saya bila sampai muka surat terakhir, 90% agakan saya buat salah. Huhuhu.

Betul kata kawan masa di Pusat Asasi UIAM PJ, novel RAM yang ini unexpected. Dari tengah sampai hujung novel, kebanyakan reaksi saya ialah, "Wait. What?" dan "Apekah?". Novel ini lain. Lain daripada yang lain. Lain sangat sampai saya nak buat sinopsis pun jadi tak reti. Berbelit-belit dan berpintal-pintal. Bukan sahaja ruang waktu dan masa yang berbelit. Malah, watak pun berbelit juga. Maksud watak berbelit ialah "orang tu masuk dalam orang ni... satu jasad ada dua orang... orang sana pula ada multiple personalities... orang sini pula ada schizophrenia". Tak reti macam mana nak buat sinopsis plot. Hanya mampu bagi review tentang reaksi dan perasaan.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
January 21, 2018
Baca buku RAM yang siri thriller kalau otak tak berpusing kiri kanan depan belakang memang tak sah. Tengok cover tahu dah cerita pasal pembunuhan, yang tu tak surprise walaupun kita tak baca langsung dia punya sinopsis atau review. Yang surprise nya ialah siapa sebenarnya master murderer. Zonan tu manusia atau halusinasi? Kalau manusia, siapa Zonan? Sekejap Farid, sekejap Dina, sekejap Sabri, ... Dr Rozlina dan Dr Halimi pun masuk dalam senarai suspect saya. RAM pula pandai la main dengan unsur masa; dulu, kini, future... lagi lah bertambah pening. Novel Mandatori pun kalau tak silap macam ni juga bikin confuse tapi Fiksyen 302 lebih power. Tak sangka siapa sebenarnya yang bunuh Zarina. Sedih juga la bila cinta Alias dan gadis yang diminatinya tak kesampaian. Baca lah novel ni dengan minda seluas yang boleh dan 'Jangan Percaya'.
48 reviews6 followers
April 5, 2014
I must say at the end of the story,

To be honest I felt a bit disappointed. Anyway the story was page turning and I loved it. But I had to take some time to really accept the ending.

Kudos to RAM for a such great story.
Profile Image for Syahira .
665 reviews71 followers
May 26, 2012
I've been having a phase of criminal psychology since last year's case study on serial rapist and talk about forensic entomology with my professors and this book nearly hit that right spot (even I've been writing one but after third attempt, I kinda let it fermented on its own, it does get.... twisted and even more noirish than possible... but I will get back you about that much later) but the point is, as much as there's undeniably too many gore and mysteriousness that centred among its multitude of characters. I still found the book somehow clichéd in some ways.

The meaning of "302" was actually the death penalty section in Malaysian jurisprudence system for first degree murder or conducting premeditated death of someone where the consequences was death by hanging. The word 'fiksyen' or 'fiction' was defined as a prose literature and invention or fabrication as opposed to facts. The novel's title can taken in anyways possible but it does explain itself in the book so I wouldn't spare you the details.

The book is narrated by various point of views by more than twelve (?! I lost count after the tenth) characters. I suppose it does make the book appeared movie-like with flashbacks and fast forward and to be honest, its quite confusing. Five is minimal enough but more than ten? Plus, I don't know the other realize it or not, naming girls by repeating "N" and "Z" in their all their names can be quite confusing. Sometimes I don't realize that certain dialogues was for the other girl until I reread the last few pages for the other character's entrance into the book. Please, why can't the girls be called by simpler names with other alphabets? Like I said, there's multiple characters trying to be remembered. Generally I forget names right after I read the books and other than simpler male names, I barely remember the names of the people in the book.

The writing style is simple and structured. There's several poetic prose that I blink when I read them. Some of them made me displaced

Although the publisher had undertaken great slack to the cover of the novel with a white guy (?!) cropped including the photo-shopped picture of a guy named Zonan with the masquerade full mask (mistakenly called opera mask in this book, since the only well-known mask man in opera was The Phantom and he wore half mask) and put it on every chapter of the book. I actually wished the publisher just italic the whole changes in characters or when the time setting changed since and when scene change, I'm confused about the scene right after that. Well, its suppose to be confusing since its a mystery novel but its hard to find definite clues in the book. And then it went Fringe and become Criminal Mind and such that made me slightly less keen about the book.

At this point, I need to stop finding Olivia Dunham everywhere but..... .... .. you do know that last blurb is really really like Olivia. I don't want to be spoil-sorts but that last quarter of book was season 3.... oh well..

description

Olive have became clichéd science fiction character that people like to base their character on even subconsciously in this century

I do appreciate the undertone of Dexter in the book. The amount of blood violence kept me interested even in clichéd malay female characters which one of them does surprised me at the end. Compared to other psychological thriller books by Ramlee Awang Murshid, I like this book better than Ungu Karmila which most of the story about hallucination, redemption and romance. I do notice that the book does minimise RAM's tendency too tell instead of showing it to the readers. Random science info-dumping titbits made me look around and wondered if this book have endorsement or something.

I noticed the deus ex machina that are prevalent in this book which is a bit disappointing. But its an okay book, and the ending doesn't surprise me at all since I know some discrepancies in some middle scenes that made me guess the outcome. What? I read and watch too many procedural crime fiction anyway.

Final gist: Good writing and prose, confusing POVs but satisfyingly divided by movie scenes, does keep me guessing and occupied enough, doesn't do cheap sex-filled bombs like some fake malay thriller do, some of the characters weren't well-developed enough like the others, while the others that are prominent behave frustratingly the same that I expected their conclusions. Although I'm in biological medicine field, I do amaze at the translation work the author have on scientific term. He must have a book or something.

Goodreads : 4
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
March 29, 2016
Memang x mengecewakan saya.. cita nie buat otak saya bekerja keras.. habis je baca penin jap kepala saya.. hahaha... serius ini adalah novel RAM yang betul2 mnguji otak dan fokus saya... sampey otak saya blanklah lepas baca novel nie.. hahaha... thanks RAM
Profile Image for Anwaruddin Tajuddin.
19 reviews98 followers
January 28, 2012
Ada beberapa plot yang aku rasa tidak perlu ada. Kerana melarat-larat. Ini apa yang aku rasa lah. Sebab memang bukan kegemaran aku plot cerita yang melarat-larat. Tengok lah, Buku ni 512 muka surat. Awal-awal lagi aku mengeluh. More on http://bit.ly/w4z410
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
November 22, 2014
Jangan percaya! Memang sy xpercaya pun dgn RAM. Sebab apa yg kita target, confirm xkena! RAM masih mengekalkan penulisan luar kotaknya dalam naskah ini. Takde nak komen banyak sebab sentuhan RAM masih dalam carta teratas.
Author 11 books60 followers
February 17, 2021
Novel RAM pertama buat saya. Baru rasa nak baca walau dah bertahun-tahun dibeli. Fuh, memang tak salah pilih untuk baca Fiksyen 302 terlebih dahulu. Baru faham kenapa ramai betul pembaca karya beliau.

Peminat genre Psychological thriller, ini buat kaliannn
Profile Image for Izzati  Hashim.
38 reviews8 followers
Read
October 23, 2012
Satu demi satu pembunuhah yang berlaku.
Dan setiap pembunuhan itu, corak pembunuhannya sama; terukir 302 di dahi setiap mangsa.

Sabar membaca walau hati melonjak ingin habiskan secepatnya. =D
Profile Image for waceed.
111 reviews
November 3, 2018
Penulisan RAM tak pernah mengecewakan — setiap kali nak stop baca mesti ada scene yang membuatkan aku curious then nak baca lagi sampai habis 😂 — setiap bab mesti scene suspens sikit,sedih sikit so bila digaul sehingga sebati,jalan cerita dia jadi menarik — kisah ni menceritakan tentang pembunuhan yang dilakukan oleh pesakit mental yang berlainan — tapi disebalik pembunuhan tu ada someone yang dah planned semua benda — and pesakit-pesakit mental tu sebenarnya tak salah pun — so bila baca buku seakan-akan korang pun terlibat untuk ‘menyiasat’ siapa dalang pembunuhan tu — dan itulah yang menjadikan aku pun turut gila jugak — tapi korang mesti macam *WHAT(?)* bila dah tahu siapa dalang tu 😏 — sebab aku pun rasa macam tertipu dengan ‘dia’ tu 📝

Love,
💕
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
November 25, 2012

Tatkala membaca novel ini, RAM seolah-olah membawa aku 'mengembara' bersama-sama watak dalam meniti jalan cerita hingga ke penghujungnya. Macam-macam perasaan terbit; suspen, takut, seram, marah, dll...kalau tak, bukanlah RAM namanya kan? Kepada sesiapa yang meminati cerita thriller, korang patut baca novel ni... terutamanya untuk mengetahui siapa Zonan sebenarnya. *tekaan aku tersasar sebenarnya...hu hu*
Profile Image for Jinna.
2 reviews
October 16, 2022
Novel yang sangat gila, olahan cerita yang mind blowing. Plot cerita yang diketengahkan sangat membingungkan, penuh dengan rahsia, penuh dengan ketidakpastian. Inilah karya RAM yang pertama kali saya baca, dan saya sangat puas hati dengan jalan ceritanya. I highly recommended this novel to everyone yang mencari novel thriller yang penuh dengan 'kegilaan'. Saya tak sabar nak baca novel RAM yang lain!!
Profile Image for Elaiza.
7 reviews1 follower
October 16, 2013
I like this book. A good thriller/pshchology book. You will never thought who the real killer. This book made ​​me could't sleep until I finished reading it. I'm looking forward to read others book by the same writer Ramlee Awang Murshid
Profile Image for chjy007.
10 reviews
December 27, 2021
3.5/5

Setelah 4 hari berlalu, akhirnya aku berjaya juga habiskan buku ni. Storyline OK, plot OK, yang tak OK-nya ialah cara penulisannya. Mungkin sebab aku dah terbiasa baca buku fixi, prologmed etc. Jadinya, agak sukar untuk aku hadam cara penulisan RAM.

Tapi best best. Plot twist tu fuhhh kaw kaw. Teori aku semua tak mengena. Mungkin aku belum cukup psycho hahahaha
Profile Image for Salwa.
3 reviews
January 11, 2012
Saya meminati genre yang berkisar tentang psikologi abnormal. Cuma kali ini, RAM berjaya membuatkan saya tertipu dengan pengolahan cerita yang kompleks. Sebagai seorang yang pernah belajar psikologi, saya berharap masalah yang dihadapi oleh Farid Jaa'ah dikupas lebih mendalam.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 2, 2014
xberapa menarik. satu je saya fikirkan bila baca novel ni, Keluang Man (siri kartun malaysia pada satu masa dulu) sebab dia ada selitkan kisah orang gila dalam ni. watak psiko pembunuh yang saya boleh lihat dalam drama csi dari jepun/korea.
Profile Image for Kematz.
13 reviews
December 7, 2011
Seriusly ..... Amazing ... Unexpected .... Seriusly ....
2 reviews
December 29, 2011
Nak abiskan pembacaan buku ni pun merupakan satu pengembaraan minda... best! thrilling sgt2...
Displaying 1 - 30 of 110 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.